Movie Review : Kedarnath

Sunday 21 April 2019


Director : Abhishek Kapoor
Writer : Abhishek Kapoor, Kanika Dhillon
Cast : Sushant Singh Rajput, Sara Ali Khan
Production Company : RSVP Movies, Guy in the Sky Pictures
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 116 minutes
Release Date : 7 December 2018
Trailer :


Kalau sebelum ni dah pernah review SIMMBA, kali ni review untuk movie debut Sara Ali Khan, anak sulung kepada Saif Ali Khan dan Amrita Singh. Movie yang diinspirasikan dari bencana alam terburuk yang pernah melanda India pada tahun 2013 di Kedarnath, Uttarakhand. Kedarnath ni kira tempat pergi haji bagi penganut agama Hindu. 

Kedarnath mengisahkan tentang Mansoor (Sushant Singh Rajput) yang bekerja sebagai porter di situ dan membantu family dia meniaga runcit. Masa tengah berkumpul di kedai runcit yang ada TV, dia terjumpa dengan Mukku (Sara Ali Khan) yang juga suka dengan kriket. Dari situ, diorang berdua kerap berjumpa sebab Mukku selalu guna khidmat Mansoor untuk turun naik dekat situ.


Mukku anak kepada ketua sami di Kedarnath, Briraj Mishra (Nitish Bharadwaj) dan tunang kepada pemilik hotel, Kullu (Nishant Dahiya). Asalnya Kullu bercinta dengan Brinda (Pooja Gor), kakak Mukku tapi disebabkan Mukku makin cantik bila besar, Kullu minta untuk bertunang dengan Mukku. Disebabkan Kullu, Brinda sakit hati dengan Mukku. Memang tak pernah aman sebab selalu bergaduh. 

Bila Brinda dapat tahu percintaan Mukku dengan Mansor, dia buat cerita yang Mukku cuma mainkan Mansoor supaya tak perlu kahwin dengan Kullu. Lagipun Mukku anak ketua sami sedangkan Mansoor pula Muslim, harta pun tak sebanyak keluarga diorang. So Mansoor ambil keputusan untuk jauhkan diri dari Mukku. 


Macam mana Mukku nak pujuk Mansoor supaya percaya yang dia memang betul cintakan Mansoor, tu kena tengok sendiri lah sebab jalan cerita memang cliché dengan movie romantic yang lain cuma yang bezanya kisah percintaan Mansoor dengan Mukku.

Kalau dalam SIMMBA, Sara tak dapat banyak screentime sangat tapi dalam Kedarnath memang dia menyerlah dan tonjolkan bakat dia. Chemistry dia dengan Sushant pun cantik onscreen. Paling sweet masa scene minum teh tepi gunung. Awww sangat tengok masing-masing senyum sorok-sorok. 


Kalau nak tengok keindahan Kedarnath di banjaran Himalaya dan macam mana cara diorang pergi haji dekat sana, boleh la tengok dalam movie ni. Macam mana boleh terjadinya banjir dekat situ pun Abhishek Kapoor dah ceritakan. Disebabkan banjir ni, 4500 orang terkorban dan ada yang masih hilang sampai sekarang. Kudos to Tushar Kanti Ray and his team yang berjaya hidupkan suasana tragedi tu dengan cantik hasil teknologi dron.




Soundtrack album hasil arahan Amit Trivedi pun terbaik nak pula bila kebanyakan lagu dinyanyikan oleh Arijit Singh. Movie romantic penuh dengan lagu nyanyian Arijit memang menusuk ke hati lah cerita dia. Paling suka dengan lagu Jaan-Nisaar sebab alunan muzik soft je masuk ke hati.


I’m glad Sara ambil keputusan untuk debut dengan movie Kedarnath instead of SIMMBA, her performance worth Filmfare Best Debut Actress 2018. Disebabkan tunjuk ajar Sushant, lakonan Sara capai expectation dari team production and yes, audience too. Masa promo events, Sara banyak kali berterima kasih dekat Sushant sebab ajar dia Hindi since dia menetap lama di California untuk study dia.

Recommended to watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Dah jadi trend untuk new gen stars mengaku diorang ni outsider walaupun masuk guna kabel besar. Tak ada masalah pun sebenarnya kalau new gen tu nepokids, cuma effort diorang dan siakan peluang yang ada.

Parineeti Chopra, adik sepupu kepada Priyanka Chopra debut dalam movie Ladies vs Ricky Bahl dengan Ranveer Singh tahun 2011. Disebabkan talent dia, lakonan dia dapat anugerah Filmfare Best Debut.


Tahun 2012 dia berlakon dalam Ishaqzaade dengan Arjun Kapoor and dapat anugerah Special Mention di National Award yang ke-60. Masa tu ramai yang predict Pari boleh pergi jauh dan kalahkan Alia & Shraddha yang debut lebih kurang sama dengan dia jugak.


But then movie Shuddh Desi Romance, Daawat-E-Ishq & Kill Dill flop. Lagi teruk bila dia reject Piku & pilih Daawat-E-Ishq sebab dia kata movie yang bagus cuma terhasil under produksi YRF & Dharma. Bukan setakat movie je, kontroversi Pari pun jatuhkan imej dia sebagai A-list star.

1. Outsider vs Nepo

Dia selalu kata dia outsider padahal terang-terang dia adik sepupu PC kot. Tak macam adik sepupu PC yang lain, Mannara dengan Meera credit their success sebab PC banyak tolong diorang dalam industri.




Pari pulak claim dia outsider macam dia susah nak dapat job walhal Rajkumar Rao, Aayushman, Kangana, Radhika Apte, Konkona, Irrfan etc boleh je naik atas dengan usaha & talent diorang. Mungkin dia belajar dengan Ranveer Singh.


Dalam interview dia, sebelum Pari debut dia berkerja dengan YRF sebagai celebrity manager so dia memang dah kenal ramai stars even lunch or party dengan diorang. Dalam movie Rocket Singh, Badmaash Company dengan Band Baajaa Baaraat ada nama dia dekat credit list.

Pari pernah jadi manager sementara Rani Mukherjee, join marketing dept untuk promote movie2 YRF and join PR team Priyanka untuk movie under YRF.


Lepas berbalah pasal susah senang hidup sebagai pelakon dengan Priyanka, dia bagitau Maneesh Sharma, merangkap kekasih hati dia masa tu yang dia nak berlakon. Lepas hantar surat resign dan habis rakam audition tape for fun dia, Shanoo Sharma kata dia sesuai untuk role Dimple dalam movie Ladies vs Ricky Bahl.

Senang kan ada kabel? Dalam interview tu dia kata orang kampung macam dia usaha lagi besar dari orang bandar tapi nak compare usaha dia dengan Alia ataupun Shraddha, dia paling hambar sekali. Dia kata nepokids senang sebab dah familiar dengan movies, script pastu selalu pergi set tapi dia cuma ambil experience dengan tengok movie je.

Dia kata nepokids ada family or relatives dalam industry, tak macam dia totally outsider. Habistu Priyanka tu siapa? Priyanka jugak yang buat success party bila Ishaqzaade hit dekat box office untuk celebrate kerja Pari. Lepastu dia kata dia 50% je percaya yang nepotism ni wujud dan bergantung pada situasi.


Sekarang ni bila tak banyak movie offer tak habis2 menempel dengan Mimi didi. Siap kata kalau bukan sebab Priyanka, dia tak mampu nak jadi actress. Dulu dia kata PC bukan role model dia tapi sekarang dia ikut apa yang PC advice jugak


2. Flower Pot Roles

Pari pernah kata dia takkan berlakon watak pasu bunga which actress jadi cantik je sepanjang masa & that kind of role memang tak susah mana.  Watak pasu bunga ni buat dia rasa heroine dan bukannya pelakon. Dia akan jadi banker or usaha bisnes sendiri bila audience dah taknak tengok dia berlakon. 

Tapi lepas flop after flop, Pari pergi kuruskan badan dengan harapan dia akan dapat banyak movie offer lagi bagus. Sudahnya dia berlakon dalam Golmaal Again & Kesari as flower pot roles

3. Miskin

Tahun 2017, Pari kata dia tak mampu nak join kelas pertahanan diri sebab dia miskin. Ayah dia tak mampu nak beli kereta so dia pergi sekolah naik basikal je. Pelajar lain siap boleh bawak bekal pergi sekolah tapi dia tak mampu.


Kantoi dia menipu bila classmates dia sendiri kata keluarga Pari ni agak kaya di Ambala. Nak pulak ayah dia businessman jual spare part kereta. Pari kata media putar belit cerita bila sebenarnya dia kata ayah dia ada kereta untuk pergi office je





Bila ada yang buat background check, Pari study dekat Uni Manchester tapi Pari kata dia dapat pergi sebab dapat biasiswa. Tapi biasiswa uni tu cuma offer partial scholarship untuk pelajar luar negara itupun kalau terpilih sebagai 3 orang pelajar terbaik.

Fans dia backup kata dia kerja part-time dengan MU. Dalam interview Pari mention yang dia suka pergi shopping esp kasut sebab dia gila kasut & dia suka spend duit dekat gadget esp handphone. Dia selalu tukar phone.

Macam mana pulak dengan kos dia kuruskan badan dekat Viva Mayr di Austria? Dia pergi kuruskan badan lepas movie dia flop semedang. Viva Mayr bukan training class Kevin Zahari tau. Nak belajar kunyah makanan 30kali untuk satu suapan pun cecah RM16k. Ni RM, bayangkan Rupees.


4. Kuruskan Badan

Lepas dah habis beriban untuk kurus, dapat jadi duta Built It That Way & Speedo, Pari kena bash lagi sebab dia kata dia tak stress pun dengan fizikal dia. Berbeza dengan IG post dia tahun 2016 bila dia blame ‘Bollywood pressure’. Dia bersyukur dia jadi pelakon so dia boleh guna pressure ni sebagai motivation untuk kuruskan badan dia.


Entah kenapa fans dia boleh nangis sambil berterima kasih dengan dia sebab motivate diorang untuk kuruskan badan padahal dia selalu kata dia selesa dengan body weight dia sebelum dia decide untuk kurus.

Plus, dia bukannya selalu upload fitness routine dekat IG macam Sonakshi, Kat, Deepika ataupun Alia pun. Dia hilang dari Btown lepastu muncul dengan perubahan drastik dalam kempen Built That Way.


5. Attitude

Dekat Whishper event, wartawan lelaki tanya 'Pari ada problem tak pergi kuil bila tengah period' tapi Pari potong cakap dia, malukan dia, gelakkan siap ugut nak bunuh pastu suruh cameraman expose muka wartawan tu.

Dalam video tu sendiri dia kata dia datang untuk bagi knowledge tentang menstruation so jawab je la elok2. Lain cerita la kalau perempuan yang tanya. Plus his question quite legit tho.

Pari promote diri dia sebagai seorang yg jujur so dia akan endorse brand bila dia percaya product tu jujur kpd customer. Bila wartawan tanya macam mana kalau product yang dia endorse tu problem? Pari jawab dia ada legal team, business team & PR team untuk buat research.

Tapi kalau product tu teruk, tu salah product tu sendiri sebab dia cuma jalankan kerja untuk endorse product tu je. Bukan stars yang produce ataupun manufacture product yang diorang endorse.

6. Bodyshaming

Pari kena bash dengan netizen sebab dia upload video birthday wish untuk kawan baik dia tapi mention 'eat less & become thin' padahal dia sendiri yang kata bodyshaming is rude. 

Plus dia sendiri kata 'be comfortable with your body vagera vagera'

Lepas kena bash, kawan baik dia defend sebab Pari taknak komen pasal ni. Of course for them it just a joke tapi bila wartawan bawak bergurau pandai pulak dia melenting siap maki bagai


7. Delusional 

Pari pernah kata life as celebrity quite demanding unlike commoners. Dah claim outsider, miskin sekarang ni nak kata hidup sebagai star mencabar. Sejak kurus dia berlakon watak senang, selalu on vacation, photoshoot show off body, busy bercinta, shopping etc



8. PR team

She needs to change her team asap! Her team tak mampu nak cari skrip yang bagus untuk dia tapi busy create fake sympathy stories untuk Pari. Dah jelak baca kisah outsider dan miskin dia, sekarang come up with depression pulak. Mungkin betul, mungkin tak tapi bila datang dari orang yang suka menipu dan buat cerita, fans dia je lah yang nak percaya.


PR team dia agak pemalas bila birthday wish untuk PC dengan KJo repeat gambar yang sama. Of course isu kecil je tapi kalau PR team dia nak jual cerita yang Pari rapat dengan PC, cari la gambar throwback yang lain. Kalau nak mengampu KJo pun, tukar la gambar. 3x guna gambar yang sama, wartawan nak update exclusive article pun tak lepas. No wonder lah KJo malas bagi job dari Dharma.


Makin lama, makin teruk pulak perangai dia, sedih la sebab Priyanka usaha teruk untuk naikkan nama tapi adik sepupu dia cuma gunakan connection Priyanka untuk naik itupun malas kerja tapi kontroversi sana sini. Latest, dia bergaduh dengan Sonakshi Sinha sebab dia geram Sonakshi kata dia leading lady padahal screentime diorang sama banyak je. 

Dia ada rupa, ada bakat tapi kalau attitude diva macamni, memang susah lah nak bertambah fans. Makin menyampah lagi ada. 

Lirik Lagu Meluruh - Datin Alya

Lepas lagu Jutaan Purnama sebagai lagu comeback Datin Alyah, 3 hari lepas pada 18 April 2019 satu lyric video lagu Meluruh keluar secara official di Youtube. Lagu genre balada ni dikarang liriknya oleh Datin Alyah sendiri based on kisah hidup dia sendiri kemudian dibantu oleh Slen. 


Sama seperti single Jutaan Purnama, lagu Meluruh diterbitkan di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Ikutkan hati Datin alyah dia dah nak give up sebab 5 lagu dia tak dapat sambutan sebab sebelum ni dia tak pandai promote lagu. Tapi bila Warner Music datang offer contract, Datin Alyah setuju pastu belajar macam mana nak promote lagu supaya reach pendengar. 

Lagu Meluruh gubahan Helen Yap ni dah dapat 40k views dan 2k likes di Youtube. Yang belum dengar boleh klik dekat sini :


Lagu : Meluruh
Lirik : Alyah & Slen
Komposer : Helen Yap
Syarikat Rakaman : NAR Records
Label : Warner Music Malaysia

Lirik Lagu Meluruh

(Verse)

Diamku tak bererti aku akur

Diamku tak bererti aku hancur

Isi hatiku bukan menzahirkan kita

Semua menjadi rahsia.

          

(Chorus)

Haruskah aku meluruh

Bagimu dosaku hina tak terhitung

Biar kali yang terakhir ku bertanya

Apakah sebenar yang kau inginkan dari diriku


(Verse)

Senyumku bukan kerna aku gembira

Senyumku bukan kerna aku bahagia

Setiap waktu jiwaku meronta resah

Merengkuh cinta yang makin tersisa

          

(Bridge)

Ku berikan kau segala di atas nama cinta 

Ku percaya bahagia kan jadi milik kita

Tiada yang aku pinta hanyalah keikhlasan jiwa

Tapi semua dusta

Movie Review : Miss Baek

Saturday 20 April 2019


Director : Lee Ji-won
Writer : Lee Ji-won
Cast : Han Ji-min, Kim Si-a, and Lee Hee-joon
Production Company : Bae Pictures
Distributor : Little Big Pictures
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 98 minutes
Release Date : October 11, 2018
Trailer :


Miss Baek mengisahkan tentang Baek Sang-ah (Han Ji-min)yang hidup sebatang kara. Mak dia jadi alcoholic dan abusive lepas ditinggalkan oleh ayah dia. Disebabkan taknak Baek mati dipukul, mak dia hantar ke rumah anak yatim. Berpuluh tahun lepas tu, mak dia mati berulat dalam rumah, itupun lepas sebulan baru supervisor datang jenguk. Baek taknak tahu pasal kematian mak dia walaupun Detektif Jang-Sub (Lee Hee-joon) dah pujuk. 

Disebabkan trauma dengan kehidupan dia sebagai mangsa dera dan pernah dipenjarakan lepas cederakan lelaki VIP yang cuba merogol dia, Baek taknak berkahwin atau ada anak walaupun Detektif Jang-Sub sayang dan setia dengan dia lepas kes gangguan seksual tu. 


Di kawasan perumahan Baek ada budak perempuan berumur 11 tahun, Kim Ji-Eun (Kim Shi-A) yang selalu didera dengan kekasih ayah dia. Susah Baek nak buat aduan pada polis sebab status dia sebagai banduan. Awek ayah budak tu, Joo Mi-Kyung (Kwon So-Hyun) aktivis NGO yang ramah dengan penduduk kawasan tu. Pernah je Ji-Eun pergi balai polis tapi sudahnya polis hantar balik rumah tanpa failkan kes.

Baek taknak masuk campur tapi dia faham perasaan Ji-Eun sebab dia dah pernah rasa. Kes dera kanak-kanak di kawasan tu makin meningkat bila mayat kanak-kanak dijumpai ditanam penuh dengan kesan pukul. Walaupun Detektif Jang-sub bengang dengan statistik kes dan mayat yang dia jumpa, dia tetap tegah Baek untuk selamatkan Ji-Eun. Maybe dia cuba selamatkan Baek sebab parents Ji-Eun boleh dakwa Baek culik Ji-Eun. 


Sakit hati dengan undang-undang Korea yang ni sebab kecederaan fizikal Ji-Eun ketara sangat tapi polis boleh tutup mata je. Jari Ji-Eun dah hancur kena pukul dengan Joo Mi, badan dia penuh dengan kesan sebat. 

Movie yang bertemakan kes penderaan kanak-kanak ni menang Top 11 Films di 38th Korean Association of Film Critics Awards. Jalan cerita movie Miss Baek memang bukan untuk yang tak mampu nak tengok sisi gelap kehidupan di Korea. Some scenes are quite brutal especially scene Ji-Eun kena pukul ataupun cubaan membunuh dari ayah dia sendiri. Oh yeah, not to mention jangan tengok masa makan. 


Tbh tak kenal sangat Han Ji-min ni tapi dari movie list yang dia pernah berlakon, belum ada lagi watak intense macam Miss Baek and she did justice to this role sampai menang 8 anugerah Best Actress di pelbagai award events antaranya 38th Korean Association of Film Critics Awards, 3rd London East Asia Film Festival dan 39th Blue Dragon Film Awards. 

Lakonan dia menggambarkan trauma sebagai mangsa dera, cara dia clueless bila jumpa Ji-Eun and the way dia cuba untuk jadi yang terbaik pada Ji-Eun are delightful to watch in this movie. Ending movie ni mungkin tak seperti yang diharapkan tapi tu yang terbaik dari garapan pengarah Lee Ji-won sebab berpaksikan realiti kehidupan Baek dan kisah sebenar kes ni.


Movie ni tak sesuai nak tengok satu family nak pulak kalau ada underage sebab bahasa dan sesetengah scenes yang agak kejam dan sadis. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review : Touch Your Heart

Wednesday 17 April 2019


Director : Park Joon-hwa
Writer : Lee Myung-suk & Choi Bo-rim
Cast :  Yoo In-na, Lee Dong-wook, Lee Sang-woo, Son Sung-yoon, Oh Jung-se, Shim Hyung-tak, Park Kyung-hye, Park Ji-hwan, Jang So-yeon
Genre : Rom-com
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : February 6 – March 28, 2019
Production Company : Mega Monster, Zium Content
Distributor : tvN

Pasangan kedua dalam drama famous, Goblin – Grim Reaper & Sunny cast dalam drama rom-com, Touch Your Heart yang mengisahkan actress Oh Yoon-seo  (Yoo In-Na) yang dikecam lepas terlibat dengan skandal dadah hilang popularity dalam dunia lakonan. Untuk buat comeback, dia setuju untuk train di firma guaman Always Law Firm dan jadi setiausaha kepada peguam hati batu, Kwon Jung Rok (Lee Dongwook). 

Sepanjang intern dekat sana, Oh Yoon-seo  tolong Jung-rok selesaikan kes sebab Jung-rok agak tegas dan tak guna emosi untuk pujuk klien untuk buka cerita. Dalam masa 3 bulan tu Jung-rok mula kenal sisi sebenar Yoon-seo and vice versa so bermula la episod cinta diorang berdua. Drama ni diadaptasikan dari novel online bertajuk Reach of Sincerity karya Jäger.


At first masa kawan Twitter recommend drama ni memang tak lah nak tengok sebab genre rom-com. Tapi lepas tahu Dong-wook dengan In-Na yang berlakon terus play episod 1. Dari 1 tahu tahu dah habis dah drama ni. Rasa tak puas nak tengok sebab sweet sangat scene Jung-rok dengan Yoon-seo ni. Dalam drama Goblin tak puas tengok diorang nak pulak ending sedih tapi dalam drama ni awwww dah lah comel, happy ending pulak tu.

Tak tahu kenapa sebelum ni Yoo In-Na ni tak famous sebab dia cantik kot, dalam drama ni dia jadi actress pulak, memang terpukau jugak lah tengok kecantikan dia. Nak pulak bila dia buat muka comel ataupun wink. Siapa je tak jatuh cinta tengok dia.


Scene Kim Se-won (Lee Sang-woo) dengan Yoo Yeo-reum (Son Sung-yoon) pun sweet jugak sebab diorang berdua ni couple yang matang dalam cerita ni sebab dah bercinta 7 tahun dah. Teringat pulak couple Dae-Young & Myeong-Joo dalam Descendant of The Sun, kena putus sebab family tak suka tapi sebab sayang, diorang decide untuk stay and fight. Scene paling sweet bila Se-won belikan ubat sebab dia tahu Yeo-reum ni jenis cepat stress sampai effect digestive system. 7 tahun bercinta sampai dah kenal perangai partner even dah breakup.

Apart from leading cast, supporting cast yang lain pun hidupkan suasana kelakar dalam drama ni especially staff dekat Always Law Firm. CEO Yeon Joon-kyu (Oh Jung-se) paling best kalau dekat Malaysia ni ramai boss macam dia. Gahhh I miss my previous boss, working environment happy and feel warm je bila dia ada. Appraisal and motivation pun tinggi.


Drama ni banyak shoot dekat office Always law firm, court dengan rumah Yoon-seo so visual dia tak la menarik mana cuma cara diorang tonjolkan Yoon-seo dalam drama ni memang daebak! Nak match dengan slogan Korea’s goddess, universe goddess punya pasal, memang menjadi lah. Worth the effort and thumbs up to the team.

Music album drama TYH ni comel belaka lah, nak pulak suara Chen yang memang comel sesuai dengan genre drama yang rom-com ni. Soundtrack paling best dalam drama ni, lagu Be Your Star nyanyian LENA. 


Overall chemistry Dongwook dan In-Na and genre drama ni buat Touch Your Heart best nak layan, sesuai untuk tontonan family and count every moment you guys have with your partner!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10