HAPPY SANGAT HARI NI SEBAB DAPAT HADIAH DARI INDIA!!!
Lama dah tunggu bila hadiah ni nak sampai ke tangan sejak kawan tanya nak tak bekas tin limited edition Colgate sebab ada signature Ranveer Singh. Walaupun printed signature je dan bukannya Ranveer yang sign sendiri setiap bekas macam dia buat masa birthday dia dulu, I don't care lah! Yang penting limited edition artis Bollywood dan tak ada dekat Malaysia.
Bukan selalu nak dapat benda rare macam ni :')
Memang masa tu bila dapat DM je terus kucar-kacir reply nak! Satu bekas tin tu Rs299 so bila convert around RM15 macam tu lah. Tapi yang bestnya kawan belanja, anggap sebagai hadiah je. Mana nak jumpa kawan macamni entah. Dia nampak something lepastu teringat minat kita then bagi hadiah yang kita suka. Awwwww
Dalam bekas tin ni ada 4 tiub Colgate flavor spicy fresh dengan cooling crystal tapi tak spicy mana pun walaupun tagline dia 'Explosion Of Freshness'. Ingatkan rasa dia strong lah sebab personaliti Ranveer yang bertenaga sentiasa tapi ubat gigi ni so-so je. Lepas berus gigi ada la rasa sejuk berangin sikit.
Masa bukak tin ni memang bau wangi semerbak. Lagi lah rasa sayang nak guna. Nak simpan je sampai tua. Kalau guna pun nak simpan satu sebab ubat gigi ni cantik gara-gara cooling crystal dia yang bersepah. Warna merah dia pun merah hati, cantik je dekat mata lepastu jatuh ke hati.
Anyway, harap lepas ni ada lagi limited edition item dengan printed signature artis Bollywood. Nak pergi sana ataupun jumpa artis entah bila so kita mengumpul je lah bagi hilang rasa sendu. Last but not least, thanks Ain cumil, you just made my day happier and brighter!
Pelakon : Syafiq
Kyle, Hannah Delisha, Firdaus Nazaman, Julia Farhana Marin, Halim Radzi,
Shahkimin, Nazri John, Daaim Jailani
Genre : Seram/Romantik
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 20
September 2018
Syarikat Produksi : Guam
Teamwork Pictures Sdn Bhd, Nuansa Films,
Pengedar : Early-Bird
Productions
Trailer :
Lepas movie The Hantus, sekali
lagi Hannah Delisha pegang watak hantu tapi kali ni lagi seram walaupun tak lah
kerap mana dia berubah rupa jadi langsuir hodoh. Digandingkan dengan Syafiq
Kyle kali kedua lepas drama Mencintaimu Mr. Photographer di bawah arahan Osman
Ali.
Mengisahkan tentang sekumpulan
remaja berkhemah di Pulau Anak Langsuir di mana tempat tinggal Langsuir walaupun ditegah
oleh Pak Akob (Naza Manas), nelayan di kawasan tu. Kenapa diorang nak sangat
pergi Pulau Anak Langsuir? Sebab masing-masing nak cuba paku Langsuir gara-gara boleh
berubah menjadi perempuan cantik. Demi Instagram.
Watak Azlan (Syafiq Kyle) sebagai
hero dalam movie ni agak mengelirukan sebab dia arif selok belok pulau tu dan
dalam satu scene dia tunjuk kampung dia di teluk sebelah sana kepada Suri
(Hannah Delisha). So I bet dia orang kampung situ tapi gaya kawan-kawan dia
yang lain macam datang dari bandar, judging from their lifestyle.
Jangan kata watak Azlan dan
kawan-kawan dia je, watak Suri dengan kakak dia, Dewi (Julia Farhana Marin) pun
memeningkan jugak. Masa Suri kena paku oleh Zaman (Firdaus Nazaman) dan Kamal (Halim
Radzi), Suri ada bagitau Azlan yang paku tu tak boleh dicabut dah sebab nanti
dia akan terhapus selamanya tapi bila Azlan cabut, elok je dia hidup sebagai
Langsuir balik. I kenot brain this.
Lagi satu hal, kalau Dewi dapat
hidu busuknya niat Azman dan Kamal kenapa lah dia tak serang je yang busuk tapi
gigih kacau kawan-kawan Azlan yang datang nak memancing ikan je. Beria pulak tu
kacau sampai menangis diorang. Zaman dengan Kamal pulak dia serang last minute
lepas Suri dah kena ganggu.
Dewi kata manusia paling kejam di
muka bumi ni tapi Suri pulak sembang kewujudan diorang bila-bila je boleh
dihapuskan bila Tuhan nak sebab makhluk hina something like that lah sebab tu
dia minta Azlan cabut paku dekat kepala dia since dia dan Azlan takkan mampu
bersama. Oh yeah siapa lah punya idea paku dekat kepala padahal masa Azlan and
the geng sembang nak paku langsuir tu dekat tengkuk dia. Dah lah tu, korang
akan tercari-cari mana paku gedabak yang Azlan benam tu lepas Suri jadi
manusia.
Jalan cerita Langsuir ni memang
mengarut baik dari segi fiksyen mahupun fakta. Memang tak boleh hadam. Entah
bila masa wujud pondok dan sampan untuk Azlan dengan Suri entah. Lepas Suri
berubah jadi manusia, sistem biologi dia masih lagi seperti hantu – tak makan,
tak minum, tak kencing, tak berak.
Sebab kerja dia dengan Azlan berasmaradana
je dalam movie ni. Tatap muka Azlan pun boleh kenyang sebulan. Sama jugak lah
dengan Zaman, baru lepas kena rasuk tapi dia punya tenaga bila nampak Suri dah
serupa kuda gersang dah. Lagi tak masuk akal bila dia dan Kamal nampak
kecantikan Suri yang jauh terperosok di dalam gua masa dating dengan Azlan.
Lakonan Shafiq-Hannah pun nampak
kaku bila berdua, tak nampak cantik pun chemistry diorang berdua. Tak tengok
pun drama Mencintaimu Mr. Photographer so boleh judge dekat sini je tapi
nothing much pun they can offer dalam scene diorang berdua bersama. Annoying
jugak bila diorang gemakan suara Hannah sampai tak jelas butir bicara. Dah lah
dialog klasik dia cringe habis nak pula scene Suri-Dewi.
Bila tengok movie Langsuir ni rasa macam tak percaya je datang dari buah tangan pengarah yang sama yang pernah hasilkan movie Jwanita (2015). Kalau bukan sebab video dia besar, dah tukar video speed sampai 2
dah sebab movie ni slow pace nak pula bila scene Azlan-Suri.
Tapi tak semua dalam movie ni
buruk lah sebab karya Osman Ali ni memang kaya dengan sinematografi memukau.
Sama macam movie yang lain, Pulau Langkawi nampak cantik sangat tak kira siang
atau malam. Memang instaworthy! Tapi gua dalam movie ni Osman Ali gabungkan
beberapa gua di kawasan sekitar macam Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua
Muka dan Teluk Datai.
Dalam beberapa scene dalam movie
Langsuir ni, Azlan ada main seruling untuk seru Suri bila dia rindu. Lagu
seruling tu macam lagu Mohabbatein (haha wild guess je!) tapi lagu yang Suri
nyanyi memang sedap walaupun meremang dengan suara hantu dia.
Lagu tu Hannah
nyanyikan sendiri since dia pun memang penyanyi berbakat. Lagu Terdetik Rindu nyanyian
Shiha Zikir dengan Aman Aziz macam tak kena je dengan jalan cerita movie ni - cinta
yang tak diizinkan Tuhan walhal lagu ni doakan semoga cinta diorang direstui
Tuhan. I just can’t.
Walaupun movie ni genre seram
yang mana tak seram sangat pun langsuir dia, ada juga unsur komedi bila muncul scene
Udin dengan dialek utagha dia. Part dia menggelupur kena kacau dengan langsuir
pun kelakar. Dia berjaya hilangkan momentum flat dan kehambaran scene yang
lain. Muka dia dah lah ada iras Ropie Cecupak. Kelakar pun lebih kurang je.
Seriously tak recommend langsung
movie ni tapi kalau fans Hannah Delisha, boleh la kot layan betapa cantiknya
dia dalam movie ni.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2,
9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.2/10
Bulan lepas memang tak selesa nak kerja dekat office sebab sakit kepala gara-gara pening dengan bau busuk. Masuk je office dah berbau pagi Khamis tu tapi mulanya ingatkan bau cicak mati. Tunggu je lah cleaner datang bersihkan jam 10 nanti.
Bila cleaner datang bersihkan office bau tetap juga tak hilang sebab tak jumpa pun bangkai tu. Mungkin bukan cicak tapi binatang lain. Bila tengok bilik air ada bangkai tikus seekor rupanya bau ni bau bangkai tikus bukan bangkai cicak. Tu yang dekat bilik air bukan dekat pintu office. Bila cari dekat bawah tak jumpa, terpaksa lah panjat naik ke atas bahagian siling tetap juga tak jumpa.
Bahagian siling haruslah gelap, cuak jugak nak tengok atas tu sebab takut jumpa benda lain. Yang peliknya bau dekat atas tak ada tapi dekat bawah kuat sangat. Dah panjat naik siling siap merangkak ke bahagian lain pun tetap tak jumpa. Makin hari bau makin kuat, nak buat kerja pun tak fokus sebab busuk sangat. Kalau boleh nak balik masa tu jugak. Busuk dia tak boleh bawak bincang wei.
Esoknya masa officemate tengah lepak pantry sebab nak tukar carpet kepada tikar getah di bahagian pantry terjumpa lagi satu bangkai bila buka laci dekat pantry. Perggghhh dia punya bau boleh buat muntah! Besar pulak tu tikusnya. Sudahnya pantry pulak bau busuk sebab ada dua ekor yang mati. Kalau hari sebelum ni bahagian depan je berbau, sekarang ni officemate yang duduk bahagian belakang pulak pening.
Kalau sebelum ni tak tahan busuk dekat depan boleh ambil angin kejap dekat belakang hah sekarang ni mana nak pergi? Minyak wangi pun dah tak mampu nak tenyeh dah dekat hidung.
Minggu depannya masa cleaner tengah bersihkan bilik lelong, ternampak ulat jatuh dari atas. Besar! So kitorang syak dekat area situ lah bangkai tikus tapi tak berbau pun sebab dekat dengan tingkap. Esoknya lepas solat Dhuha berjemaah ternampak ulat dekat lantai. Ah sudah, dah penuh bilik ni dengan ulat. Maka bermula lah misi mencari dan membuang. Sebelum nak buka siling tu masing-masing dah get ready dengan minyak wangi, tisu dan serbuk kopi supaya tak muntah.
Finally lepas penat menanggung derita hidup dalam kebusukan bangkai, dapat juga keluarkan bangkai tikus yang dah berulat dekat atas tu. Lama jugak lah mencari sebab tersembunyi sampai bertukar assistant.
Dalam kotak ni banyak ulat sebenarnya tapi geli nak ambik close-up shot. Tikus yang mati tu tak sanggup nak ambil gambar sebab busuk wei bau dia. Even serbuk kopi tak mampu tutup bau busuk tu. Lepas dah jumpa bangkai kitorang sapu lantai sebab ada ulat-ulat yang terlepas sana sini.
Nampak tak betapa besarnya ulat ni? Tapi pandai tau bersembunyi bila orang nak menyapu. Bukan dekat dalam office je even dekat depan pintu, rak kasut dengan tangga penuh dengan ulat ni. Meremang bulu roma sebab geli. Alhamdulillah dah settle hari tu. Fuhhhhh
Production Company : Shanghai Lumination Pictures Co. Ltd, Huoerguos CHS Film & Television Media Ltd, Beijing Xingchi Media Ltd
Genre : Drama/Romance
Running Time : 99 minutes
Release Date : 29 May 2018
Trailer :
Tak tahu kenapa tiba-tiba nak
layan movie China, since ada English sub terus download. Movie ni quite good
actually. I tak familiar dengan pelakon China and jarang layan movie diorang
plus movie ni tak banyak info boleh google sangat. Ni pun dah berzaman baru
keluar sikit siapa pengarah dan pelakon dekat IMDB.
To My 19 Years Old ni bertemakan
time travel, apa yang berlaku kalau pilih jalan yang kedua walaupun takdirnya
sama. By takdir I mean watak utama tetap mati pada umur yang sama dan tarikh
yang sama. Movie start dengan pengembaraan Mo Xianfeng (Po-Hung Lin) untuk
koleksi fotografi dia. Dalam perjalanan tu terjumpa dengan pakcik tua yang jual
barangan unik. Xianfeng beli satu kotak kayu untuk dia simpan surat dan
kenangan dengan Yang Yixue (Anni Shi).
Lepas Xianfeng meninggal, kotak
kayu tu diserahkan kepada Yixue sebab ada surat Xianfeng tinggalkan untuk dia.
Bila baca mula lah terimbau kenangan lama dengan Xianfeng masa dekat zaman
kolej dulu sampai dia tulis surat luahan hati dia dan simpan dalam kotak kayu
tu. Sebab tu tajuk movie ni To My 19 Years Old since masa tu dia jumpa Xianfeng
pertama kali.
Esoknya bila dia bangun dia tengok
surat yang dia tulis tu hilang. Rupanya kotak tu berfungsi sebagai posmen.
Tulis tarikh dan waktu then surat tu akan sampai. Tapi banyak kali jugak lah
baru Yixue 19 tahun nak jumpa surat dari Yixue 29 tahun sebab bukannya kita
ingat sangat waktu bila kenangan tu. Tarikh mungkin ingat tapi masa belum
tentu. Dah dapat pun belum tentu Yixue 19 tahun nak percaya.
Berusaha gigih jugak lah Yixue 29
tahun nak ubah semula jalan cerita sebab dia memang cintakan Xianfeng walaupun
Yixue 29 tahun dah ada kerja bagus, tunang baik tapi mana nak sama dengan cinta
pertama kan. Tunang dia tu jugak lah yang tolong dia ubah cerita cinta lama dia
walaupun terpaksa lepaskan Yixue.
Walaupun jalan cerita movie ni
predictable tapi yang bestnya Xianfeng tetap pergi cuma kenangan cinta Yixue
dengan Xianfeng tu yang manis nak dikenang. Xianfeng mati dengan cinta Yixue
bukan mati mengejut sebab rindukan Yixue masa travel dalam hutan.
Shooting location movie ni
cantik-cantik, antara salah satu sebab kenapa best nak layan walaupun jalan
cerita biasa je. Visual movie ni pun cantik nak pula masa zaman diorang belajar
dulu. Since ada scene zaman study memang banyak scene kelakar sampai rasa rindu
zaman belajar dulu. Bukannya kisah sangat nak dapat A tapi sibuk nak berjimba
dengan kawan-kawan. Zaman kerja mana dapat dah semua tu. Hari-hari stress
dengan kerja, dapat gaji bayar bil sampai miskin balik.
Bukan cinta Xianfeng je yang
Yixue mampu ubah dengan surat dari kotak kayu tu tapi hubungan friendship dia
dengan Li Qian (Wendy Wang) jugak sebab Xianfeng sebenarnya pakwe Li Qian tapi
penat nak layan perangai diva dia.
Walaupun Xianfeng mati tapi
ending dia happy jugak lah nak hadam sebab kehidupan diorang berdua bahagia and
Xianfeng tinggalkan kenangan manis untuk Yixue dan anak diorang. Bak kata
Yixue, kebahagiaan sebenar bila diraikan bersama walaupun Xianfeng di sisi dia
ataupun jauh dari dia.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10
Sekarang ni kalau buka Twitter bersepah sana sini orang post pasal Oden dekat Family Mart. Sebab dah jadi kegilaan sekarang, Family Mart dah berkembang dan buka cawangan dia di Caltex Subang Airport 30 November 2018 lepas.
Disebabkan promosi pembukaan dia turunkan harga untuk manusia di Subang yang gilakan Family Mart ni. Tapi tak banyak pun lah 25% je.
Walaupun nampak macam syok je kan tapi haritu memang azab lah nak pergi sebab Family Mart tu kecik je nak tampung manusia di Subang ni memang tak muat lah cerita dia. Kitorang decide pergi hari kemudian je. Itupun sebab nak tanya ada vacant position je dekat situ.
Dalam Family Mart ni tak banyak benda pun yang best. Banyak actually tapi tak mencapai standard poket kau yang nipis. My pocket to be exact.
Alang dah menyinggah try lah Oden dia yang jadi kegilaan sangat tu.
Kaunter Oden kecik je tapi yang beratur sampai nak dekat pintu dah. Nasib tak ada yang pesen dilema nak makan set yang mana.
Takde lah sedap mana pun oden ni, biasa je. Baik korang beli pes tomyam lepastu makan dengan segala jenis bebola ni macam yang diorang post dekat FB tu. Menangis habiskan duit semata nak makan berapa ketul ni. Untuk manusia yang banyak duit maybe bahagia lah kot makan benda ni. Tapi lobster ball dia best sebab ada pop pop dekat dalam.
Kuah dia pun jenis pedas pijar dekat mulut, pedih dekat perut. Kalau tersedak memang perit. Kalau hirup kuah buat seksa perut je. So we decided beli aiskrim untuk legakan perut. Lagipun aiskrim pun antara product yang viral jugak.
Ungu perisa sweet potato, hijau perisa matcha tapi dua2 pun tak mampu nak bahagiakan tekak. Thank u, next.
Try jugak yang lain macam strawberry shortcake, matcha parfait dengan chocolate parfait. Choc parfait is a no no sebab pahit. Strawberry shortcake memang sedap! Matcha parfait ni ikut tekak, ada yang suka ada yang tak. Rasa dia lebih kurang kuih tepung pelita je hahahaha kbai