Lirik Lagu Satu Peluang - Andi Bernadee

Tuesday 30 October 2018

Dari minggu lepas tunggu tarikh hari ni sebab Andi Bernadee nak release MV untuk lagu Satu Peluang genre pop & reggae! Jarang nak dengar lagu Melayu dalam genre reggae so its kinda fresh and funky! You guys should try to listen Satu Peluang karya Alif ni. 

Dari hari Andi drop teaser untuk MV Satu Peluang pun dah excited nak tengok sebab cantik sangat visual & color grading dia. Dah ala-ala Kpop dah gaya dia. Siapa yang belum tengok, klik dekat bawah okay



Lagu : Satu Peluang
Artis : Andi Bernadee
Komposer : Alif (Magic Potions)
Lirik :  Alif (Magic Potions)
Producer: Alif (Magic Potions)

Verse 1
Hatiku masih berdebar tiap kali bertemu,
Aku cuba bersuara walaupun lidahku kelu,
Perasaanku padamu seluas lautan biru,
Beriku satu peluang untuk mengenalimu

Pre Chorus
Aku suka cara jalanan kamu
Aku suka hilang dalam alismu
Siapa lagi sini seperti kamu?

Tindak balas kamu sangat terkawal
Itu tanda-tanda kau jual mahal
Siapa lagi sini seperti kamu?

Chorus 2X
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan aku hanya satu peluang
Satu peluang

Hook
Oweyoweyowey, Satu
Oweyoweyowey, Peluang
Oweyoweyowey,
Oweyoweyowey, Percayalah

Verse 2
Keindahan wajahamu sama seperti hatimu
Suaramu yang lembut dan juga merdu
Bagiku, seribu tahun pun tak ku jemu
Beriku satu peluang untuk mengenalimu

Pre Chorus

Chorus 2X

Hook

Bridge

Beri aku ruang,
Beri aku satu peluang,
Beri aku ruang,
Oh sebelum engkau pulang,
Beri aku ruang,
Beri aku satu peluang,
Beri aku ruang,

Kea Farm Cameron Highland

Monday 29 October 2018

Pretty sure siapa yang menapak ke Cameron Highland akan masukkan Kea Farm dalam list diorang sebab dekat sini ialah pasar tani terbesar di Cameron. Memang tersangatlah sesak sampai polis kena control keadaan untuk tak sesak teruk.


Dekat Kea Farm ni agak murah harga tapi hati-hati lah jangan berterabur iman kena bodek dengan peniaga. Boleh rabak tau poket korang nak pulak jenis yang tak tau nak beli apa tapi balik penuh satu kereta. 

Benda biasa lah korang akan jumpa dekat Cameron, pelbagai jenis sayur fresh dijual. 




Memborong jugak lah cendawan tiram dekat sini sebab gemuk dan murah. Kalau turun bawah memang tak cukup zat je cendawan memasing. Asparagus pun kitorang beli jugak sebab 1 ikat RM5 je tapi syahdu jugak bila masak sebab dia pahit. Mungkin asparagus tergolong dalam makanan makan dekat atas je. 




Dekat Cameron ni memang banyak yang jual ubi keledek mentah dengan yang dah rebus tapi yang paling best nak makan bebola ubi keledek ni. Makan panas-panas memang sedap tapi dah sejuk boleh tercabut gigi. 


Lagi satu makanan yang agak banyak dijual dekat Cameron ialah brokoli goreng, rasa dia macam brokoli celup tepung je lah. For vegetarian laku keras lah kot, for meat eaters rasa biasa je. Kimcam goreng is a no no noooooo!


Perut dah rabak dekat Cameron ni sebab asyik melantak aiskrim je. So mampu tengok je, bak kata pepatah, makan dengan mata. 


Remember I said earlier poket akan rabak dekat sini? Ni haaa puncanya, habis RM50 sebab beli bunga yang katanya tahan sampai 2 tahun. Cantik macam ni siapa je tak bergetar iman bila tengok!












Dekat tepi jalan, banyak jual poncho, sweater, selipar bebulus, bantal strawberry, chocolate, dried fruits dengan teh pelbagai rasa. Kitorang boleh pulak lupa beli selipar bebulus dia sebab dah excited sangat dapat borong bunga. Selipar dia banyak yang comel sebab tu gedik sangat nak beli. 




Madu pun bersepah dekat Cameron siap ada honey stick, senang je nak consume kalau dalam stick ni tapi bukan peminat madu so pandang sebelah mata je lah. Lagipun stok dekat rumah pun ada lagi.


Sebelum balik tu sempat jugak lah grab jagung satu plastik dengan satu paket ginseng. Ragu-ragu jugak nak makan ginseng actually tapi makcik tu kata makan dengan nasi buat ulam. Ha'ah rasa dia okay je tak pahit pun, boleh telan buat kekacang masa layan movie pun okay jugak. 

Jagung dia tu agak murung, dah rebus dengan gula, rebus dengan garam pun tetap tawar. Menyesal tak beli dengan akak jagung manis viral tu. Entah apa nasib entah kebanyakan yang dibeli agak menyendukan jiwa.



Oh ya, kan kitorang beli bunga 2 tahun tu, bila balik rumah lepas 2 hari dah berkulat dah. Maka berhuhuhuhu lah mengenangkan duit yang melayang. Syahdu!

Kek Pasar Malam Subang Perdana

Sunday 28 October 2018

Entri ni dah lama tapi selalu teringat-ingat kek sedap akak yang jual dekat pasar malam Subang Perdana ni. Jarang nak pergi dekat pasar malam ni sebab sesak sangat, nak cari parking memang menangis jugak kadang. Pernah sampai 2,3 kali pusing sebab tak mampu la nak park jauh sangat since nak memborong dekat situ. 

Pasar Malam Subang Perdana ni agak besar jugak lah dan sesak so kena datang awal kalau tak banyak yang habis dijual nak pula kalau makanan. Tengah mencari buah masa tu sebab tengah musim buah tapi lain pulak yang kitorang jumpa.

Gerai kek akak ni ada dekat bahagian buah-buahan and gadget, kebetulan je terjumpa tapi sebab kebetulan ni, gatal pulak tangan nak ambil kek dia dekat dalam bekas tester. Dah rasa satu cubit terus nak rasa kek yang lain pulak sampai decide nak beli 3 bekas kek.

Nampak tak perangai?


Bila dah beli banyak memang tak mampu la nak habiskan semua dalam masa singkat lagipun akak yang jual tu kata kek dia boleh tahan seminggu tapi dua minggu baru habis tapi rasa dia okay je lagi. Habis teruk pun sakit perut je kalau dah basi/rosak.

Siapa yang pergi Pasar Malam Subang Perdana tu try lah rasa kek akak ni sebab murah je dia jual. 1 bekas RM8 je. Sedap pun sedap.