Menang Segmen Tambah Duit dengan Kerja Part-Time

Saturday 11 August 2018

11 Julai yang lepas ada join Segmen Tambah Duit dengan Kerja Part-Time dari blogger Ejulz. Masa dia announce nak buat segmen pun dah teruja nak join sebab nak curi traffic dia hihi lagipun nak meriahkan segmen disamping support rakan blogger. Tak sangka langsung terselit rezeki dekat segmen ni. 


Memang bersyukur sangat dapat menang hadiah dari segmen yang dianjurkan ni. Terima kasih yang sudi datang blogwalking ke sini dan drop komen/doa. Terima kasih Ejulz bagi hadiah bermanfaat sebab menang buku. Bertambah lah koleksi buku dekat mini library tu. 

Selasa lepas dah sampai dah hadiahnya tapi asyik lupa nak update. Buku pun tak berbuka lagi untuk dibaca. Jauh datang dari Kuching, Sarawak. 


Anyway, thanks for the gift and harapnya ada banyak lagi lah segmen lepas ni sebab nak menang lagi :P

Tauhu Bergedil Subang Bestari

Jumaat lepas officemate order tauhu bergedil dengan akak dekat area office sebab dekat dengan tempat kerja. Order tu actually kali kedua sebab before this dah pernah order tapi tak cukup sebab sedap sangat. 


Kali kedua ni kitorang join makan sekali sebab sedap katanya. Try makan satu memang sedap, bukan sebab sedap orang belanja tapi memang sedap lah cicah pulak dengan sambal kicap dia. Bahan dalam tu pun puas hati makan sebab banyak bukan kentang ataupun isi tauhu semata. Makan panas-panas pedas-pedas memang umpphhhh!


Sebelum ni ada juga makan yang jual dekat bazaar tapi begedil dia rasa masam. Mungkin sebab buat awal tapi tak mungkin juga sebab hari sebelum tu okay je. Terus taknak beli dah pastu tahan je kempunan tu. Nak buat memang malas sebab craving berapa ketul je tapi masak berbakul. 

Sekarang dah bahagia dah sebab dah tahu mana nak cari. Yang mana duduk area Subang Bestari boleh lah try tauhu bergedil akak ni okay. Here some details for your reference :

Tauhu Ayam 12pcs RM10
Tauhu Daging 12pcs RM15

- Self Pickup Apartment Damai
- COD beserta caj oleh Runner

Akak Tauhu Bergedil - 019-392 7972

Have a nice day guys!

Movie Review : Hantu Kak Limah

Friday 10 August 2018

Related image

Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip :
Pelakon : Delimawati, Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa,  Man Kadir, Zami Ismail, Ropie Cecupak,  Azwan Annuar, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Sabri Yunus
Genre : Komedi/Seram
Durasi Tayangan : 96 minit
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Syarikat Produksi : Astro Shaw , Infinitus Productions
Trailer :


Hantu Kak Limah merupakan movie ketiga dari franchise movie Kak Limah di bawah arahan Mamat Khalid. Masih lagi mengekalkan Delimawati dan Awie sebagai pelakon utama dan beberapa watak sampingan yang lain. Cuma movie kali ni ramai juga yang buat kemunculan khas antaranya Erra Fazira, Dato’ Seri Vida, Mus May, Jue Aziz dan lain-lain. Sejak ditayangkan, movie Hantu Kak Limah berjaya mengutip RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Mengisahkan Kak Limah (Delimawati) yang berkahwin dengan kawan baik Husin (Awie), si pucuk muda bernama Khuda (TJ Isa). Walaupun menimbulkan keraguan kepada Yeh Sekupang (Rab Khalid) kerana seingatnya Khuda pernah bernikah tapi dia tak ambil pusing asalkan Kak Limah dan Khuda bahagia. Husin dan Wani pula rajin menyinggah ke rumah Khuda pekena bubur keladi masakan Kak Limah.


2 minggu selepas berkahwin dengan Khuda, mayat Kak Limah dijumpai di kebunnya. Yeh antara yang terawal dapat berita kematian Kak Limah sementara Khuda, Husin dan Wani menjerat binatang buruan di hutan. Sejak kematian ngeri Kak Limah, banyak episod gangguan Hantu Kak Limah yang dialami oleh orang kampung sehingga Musalman (Pekin Ibrahim) kecewa dengan Husin and the gang sebarkan cerita sana sini since diorang yang paling kerap kena kacau.

Disebabkan takut dengan gangguan Hantu Kak Limah, mereka menapak ke rumah Solihin (Zul Ariffin), seorang guru silat dan juga pakar perubatan tradisional di Kg. Pisang tapi tetap gagal bila Hantu Kak Limah menyerang. Nak pula bila Solihin di Ong-Bak kan oleh Kak Limah. Jatuh air muka pahlawan Gunung Semanggol sebagai guru silat handal.

Image result for hantu kak limah

Dalam masa yang sama, Husin sama macam movie sebelum ni terjatuh cinta dengan makhluk lain, kali ni dengan Puteri Bunian Kg Pisang, si cantik Eton (Uqasha Senrose). Gagal dengan strategi Solihin, Husin cuba mendapatkan bantuan dari ayah Eton (Mus May) kerana Hantu Kak Limah ada rahsia silam dengan Ketua Bunian ni.

Sama macam movie-movie dalam francais Kak Limah sebelum ni, dari awal movie sampai habis movie memang sakit perut gelak tengok gelagat penduduk Kg. Pisang terutamanya Husin and the geng. Tapi kali ni lawak tu bukan terletak pada watak Husin tapi pada watak Nayan (Ropie Cecupak) yang berkerja sebagai pembantu klinik kesihatan. Scene paling kelakar bila dia redho hantu Kak Limah usha atas bawah dekat klinik tu since malam tersebut dia ditugaskan menjaga mayat Kak Limah seorang diri sementara menunggu Yeh Sekupang cari ahli keluarga Kak Limah. 

Image result for hantu kak limah

Watak Rab Khalid juga menonjol dalam movie HKL sebagai Menteri Informasi Kg Pisang dan kisah masalah kelamin yang dihadapinya. Masa dalam trailer memang tak yakin langsung zul Ariffin mampu bawa watak kelakar sebab comfort zone dia movie genre aksi dan romantic. Tak sangka karakter yang serius berubah kepada kelakar. Watak Solihin antara punca juga kenapa boleh pecah perut layan movie HKL ni. Nak pula scene menari lagu retro dengan scene ‘Buka Pagar!’

Screenplay HKL antara salah satu sebab penarik movie ni bila colour grading dan visual yang menghidupkan suasana kampung sama seperti movie sebelumnya. Ditambah dengan ketiga-tiga movie poster HKL juga mengikut theme yang sama. Tak kurang juga dengan sound effect yang old school dan OST menarik. Thumbs up for the creativity and effort from this team! Cuma tak pasti plot masa sebenarnya pada tahun berapa sebab dalam movie ala 90-an tapi bila bekas Ketua Kampung (Sabri Yunus) buka cerita tahun 1986 dah dikatanya cerita lama?

Image result for hantu kak limah

I truly enjoy lagu Hati Ku Luka Lagi - Black Dog Bone yang Solihin, Husin, Khuda, Yeh dan Wani nyanyi masa dekat rumah Solihin sebab tak menganggu momentum komedi movie tu pun walaupun pertama kali dengar and out of nowhere masuk dalam cerita. Ditambah pula Zul Ariffin yang sado boleh lembut menari. Since tak ada lagu ni dipromosikan macam lagu Srikandi Cintaku oleh pihak Astro, I guess lagu tu disimpan sebagai hadiah untuk penonton.

Dalam berbakul pujian ada juga terselit beberapa flaw untuk movie HKL antaranya kemunculan watak Sabri Yunus yang tak menghasilkan impak kuat macam watak Pok Ya Chong Codei. Boleh kata watak dia agak tenggelam ditambah dengan dialog yang biasa. Kalau perasan rumah Kak Limah dan Khuda di tepi sungai, so jalan cerita most likely dicedok dari movie Pee Mak so there's no originality in that scene ditambah pula boleh agak dah apa yang akan berlaku. Tapi still lawak so no worries. Another thing is when there are vulgarity and body shaming in several scenes. Jenaka tipikal masyarakat Melayu. 

Image result for hantu kak limah

Tak rugi habiskan RM10 untuk layan movie HKL sebab dari awal sampai habis movie gelak saja kerjanya walaupun ada juga beberapa scene tak berapa nak sampai punchline dan agak draggy tapi plot twist memang tak dijangka sebab tak ada hint pun yang Mamat Khalid tunjukkan dari awal movie. Hujung movie ada tribute untuk Rab Khalid yang baru sahaja meninggal, takziah untuk keluarga arwah dan juga beberapa pelakon francais Kak Limah yang lain. May Allah bless their soul :')

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.6 = 8.1/10

Lirik Lagu : Semaikan Cinta - Wany Hasrita

Wany Hasrita - Semaikan Cinta

Lagu terbaru dari Wany Hasrita untuk lengkapkan mini album pertama Wany, Semaikan Cinta baru sahaja keluarkan Official MV di Youtube hari ni. I totally in love with her album cover, minimal yet stylish with black gold theme. And yes Wany merindu-rindu untuk mini album pertama dia. Harapnya mini album pertama Wany laku keras di pasaran. 

Lagu terbaru Semaikan Cinta berkonsepkan tema 90-an genre jiwang, not bad cuma Wany macam terikut gaya Nana dalam lagu ni. Suara pun lebih kurang. Quite mehhh jugak lah sebab dari awal kemunculan Wany dia dah ada solid base untuk identiti dia sendiri. Intro musik lagu ni ada seiras dengan lagu Nian Di Hati - Siti Nurhaliza. 

Anyway, yang belum layan lagu baru Wany, here it is : 


Artis : Wany Hasrita
Judul Lagu : Semaikan Cinta
Composer : Wanz Baron
Lirik : Gouffran
Album : Menahan Rindu - EP
Label : FMC Music

Setiap bunga yang mekar mewangi
Berharuman dan menusuk di hati
Membelai hati yang sedang dilanda
Cinta antara kita

Bersaksilah
Hati ini kan terus setia
Mencintaiku sepenuh jiwa
Padamu hati ini berserah

Hanya kau yang bertahta
Dan merajai hati
Takkan ku cuba berpaling
Dan mencari yang sempurna

Seandainya kasihmu
Kan membawaku ke syurga
Setia ku mendoakan
Sejahtera kita disana

Harapanku
Semoga kita kan kekal selamanya
Mencintaiku seluruh jiwa
Bahagia hingga ke hujung nyawa

Hanya kau yang bertahta
Dan merajai hati
Takkan ku cuba berpaling
Dan mencari yang sempurna

Seandainya kasihmu
Kan membawaku ke syurga
Setia ku mendoakan
Sejahtera kita disana

Setiap bunga yang mekar mewangi
Berharuman dan menusuk di hati
Membelai hati yang sedang dilanda
Cinta antara kita

Movie Review : Tully

Thursday 9 August 2018

Related image

Director : Jason Reitman
Writer : Diablo Cody
Cast : Charlize Theron, Mackenzie Davis, Mark Duplass, Ron Livingston, Asher Milles Fallica
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 96 minutes
Release Date : 4th May 2018
Production Company : Bron Studios, Right of Way Films, Denver and Delilah Productions
Distributor : Focus Features
Trailer : 


Kalau you guys pernah layan movie The Jennifer's Body, for sure you guys akan suka juga hasil karya gandingan Jason Reitman dan Diablo Cody dalam movie Tully yang mengisahkan tentang persahabatan ibu kepada 3 orang anak dan pengasuh anaknya. 

Uniknya dalam movie ni kita diperkenalkan dengan profession baru di Amerika, the night nanny yang bertugas pada waktu malam since baby suka bangun pada waktu malam. Ada ibu yang tak mampu nak handle berjaga pada waktu malam dan siang so the night nanny ni lah yang akan bantu then kejutkan ibu pukul 3 pagi  untuk menyusu anak kemudian sambung tidur. Syif pengasuh malam ni akan berkhir pada waktu pagi selepas subuh.

Related image

Marlo (Charlize Theron) mempunyai dua orang anak dan sarat mengandungkan anak ketiganya yang dikandung tanpa dirancang since anak keduanya, Jonah mempunyai masalah perkembangan. Financial family agak bermasalah sebab dihabiskan untuk merawat Jonah (Asher Milles Fallica) sudahnya they both cut cost dan guna Wilbarger Protocol hasil belajar dari Youtube. 

Makin bertambah masalah bila Jonah menganggu murid lain untuk belajar di sekolah so pengetua sarankan untuk berpindah ke sekolah khas untuk kanak-kanak 'quirky' seperti Jonah. Untuk pindah ke sekolah khas perlukan duit lebih and because of that, abang Marlo, Craig (Mark Duplass) ingin bantu dari segi financial dan upah night nanny untuk Marlo. At first Marlo refuse bantuan abangnya dan anggap abang dia saja nak show off kekayaannya tapi niat Craig cuma taknak Marlo terbeban dan hilang identiti diri. Dia nak Marlo ada masa untuk berehat dan luangkan masa untuk diri sendiri. Tambah pula dia rindu untuk luangkan masa dengan Marlo.

Image result for tully

Lepas Mia lahir, Marlo berubah fikiran dan call night nanny seperti yang Craig sarankan sebab dia dah tak tahan dengan perangai Jonah yang suka membentak dan perangai Drew (Ron Livingston) yang pemalas dan habiskan masa dengan kerja dan main game bila pulang ke rumah. Night nanny yang bernama Tully (Mackenzie Davis) akan datang setiap malam jam 10.30 untuk menjaga Mia dan mengemas rumah. Sejak dari hari tu, hidup Marlo berubah menjadi lebih ceria. 

Tapi sayangnya Tully tak bertahan lama bila dia decide untuk berhenti kerja. Malam terakhir Tully berkerja, Marlo mengajak untuk pergi ke Brooklyn dan spent time bersama tapi dalam perjalanan pulang mereka berdua mengalami kemalangan dan terbabas masuk ke dalam sungai. Hanya Marlo yang dibawa ke hospital tapi Tully masih lagi hilang.

Image result for tully

Tema movie ni ialah post-partum depression atau lebih dikenali dengan gila meroyan selepas beranak. Movie ni cuba untuk bagi kesedaran kepada suami yang alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah kemudian lambakkan tanggungjawabnya kepada isteri atas alasan penat berkerja. I totally love the ending and this movie gives me warm vibe as a family. Tapi scary juga lepas tengok movie ni sebab mostly yang terjadi dalam rumahtangga Marlo adalah perkara biasa terjadi di kehidupan sebenar. 

Lakonan Charlize sebagai Marlo yang stress dengan kehidupan dia memang perfect sangat bila dia mengamuk di sekolah Jonah kes kena pindahkan anaknya, bila dia menyampah dengan Drew yang complaint itu ini lepas balik kerja. Scene dia malas nak layan Drew dekat meja makan tu scene fav! Marlo pula tak pernah bergaduh dengan Drew, dia cuma simpan dan pendam sorang. Dia menyampah pun cuma tunjuk dekat ekspressi muka.

Image result for tully

Sembang pasal Drew, dia ni agak annoying bila dia jarang ambil tahu hal anak bini tapi bila Craig nak hulurkan bantuan, dia anggap Craig cuba nak malukan dia depan Marlo padahal Craig cuma sayang dan ambil berat dengan adik kesayangan dia je. Marlo je yang dia ada lepas parents diorang meninggal. 

I totally recommend this movie to you guys since movie ni mendapat pujian dari ramai pengkritik filem di Sundance Film Festival tahun 2018 baik dari segi jalan penceritaan mahupun dari segi mutu lakonan. Cumanya movie ni tak menepati genre bila diklasifikasikan sebagi komedi tapi tak ada unsur humor pun.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3 /10