Lepas beli barang dapur dekat
Giant ternampak bunting Coolblog tayang menu baru, Coffee Choc Syiok! Dekat
situ ada Chocolate Walnut Brownies with Chocolate Syrup dengan Cappuccino Roasted
Hazelnut with Chocolate Chip.
Disebabkan terliur dengan nama
dan gambar, memang nak try lah cerita dia. Mine, Chocolate Walnut Brownies,
adik pulak order Cappuccino Roasted Hazelnut with Chocolate Chip. Masa tengah
tunggu order tu nampak Menu Baru 2018 Coolblog, ada 8 flavor baru macam dalam
gambar bawah ni.
Dah order, dah bayar, tunggu
kejap and dapat menu yang kitorang nak tu tapi quite shocked jugak lah sebab
cup dia tak besar mana macam menu coolblog yang sebelum ni plus cup dia tak
nampak eksklusif pun? Macam beli dekat tepi jalan je.
But I just let that slip away je
lah, sebab product dia yang penting dari packaging. But wow oh wow I’m shocked
for the second time sebab hambarnya hoi. RM7 for this taste? Ice blended
dekat booth tepi jalan lagi bagus dari produk baru Coolblog ni. Takde rasa
walnut or brownies pun. Macam semata chocolate dengan chocolate syrup je.
Cappuccino pun pahit ya rabbi, mungkin hazelnut tu dah blend sekali sampai
hancur sampai tak wujud dalam tu.
Dah beli, kena habiskan walapun
menyesal. Second time? Never! Tapi lain orang lain tekak dia, maybe ada yang
jatuh cinta dengan dua flavor ni. Ciao!
Aiskrim Jipangi ni agak popular di Korea dan peminat Korea di Malaysia, of course. Disebabkan ramai sangat yang tergila-gilakan aiskrim berbentuk J dan mempunyai aiskrim di penghujung, saja nak try dan cari apa faktor yang membuatkan ramai tergila sangat tu.
Jipangi bermaksud tongkat dalam bahasa Korea sebab tu bentuk aiskrim ni seperti tongkat berjalan yang digunakan. Lagi satu sebab dibuat berbentuk J sebab nak kurangkan masalah comot dan aiskrim meleleh bila makan.
Dekat booth Jipangi Ice-cream ni ada 3 flavors - vanilla, chocolate and strawberry.
Dua jenis sahaja available :
1) Junior - RM8
2) Original - RM10
Bila tengok harga rasa macam nak menangis tau tapi dalam hati takpe lah, sekali je try. Mungkin sedap, mungkin tak. Tapi ragu-ragu jugak nak ambil original ataupun junior sebab saiz berbeza beberapa inci. Tapi takut jugak kalau ambil banyak nanti tak habis. Dalam kepala dah fikir nak original tapi mulut sebut junior. iRedho. Tak sempat nak tukar dah sebab staff dia laju sangat buat kerja.
Compared dengan ice-cream scoop biasa, Japangi ni ambil masa sikit sebab kena reheat cone dia dalam microwave lepastu nak tembak aiskrim dalam kon lagi. Fret not, even dah sampai ke tengah masih ada lagi aiskrim tu, bukan takat di penghujung saja.
First bite, second bite dan beberapa bite sampai habis all I can concluded, tak sedap, overrated, apa yang orang gilakan sangat? Aiskrim dia tak sedap mana pun, tak ada keunikan pun sampai boleh cecah RM8/RM10. Rasa aiskrim biasa macam aiskrim seringgit tepi jalan je pun. Sedap lagi aiskrim Cornetto,Walls ataupun Le Cremaria. Kon dia pun hambar macam makan jajan murah 20 sen jual dekat kedai tu macam tu la rasa dia.
Berbalik kepada objektif kurangkan comot masa makan supaya aiskrim tak meleleh tu is just a myth or delusional theory from the founder? Sebab makan punya laju nak habiskan sebab meleleh serupa takde hari esok. Nasib ada wrapper tu, kalau tak dah meleleh kena baju. Yang geramnya Melawati Mall tu dia punya sejuk memang tahap nak pakai sweater tambah pulak masa tu hujan. Jadi kenapa beria meleleh?
Was it worth it? TAK BERBALOI LANGSUNG sebab tak sedap tapi mahal dan cepat cair. Nasib mulut cakap nak saiz junior, kalau original menangis nak habiskan sebelum cair. Memang tak lah nak repeat lepasni.
Pelakon : Sharifah
Sakinah, Aiman Hakim Redza, Ungku Hariz, Fiza Thomas, Sharifah Shahora, Puteri
Khareeza, Shahmir Afzan Idris, Jamil Abdul Manap, Amber Adneen Ajwad Mubarak
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 1
jam 40 minit
Tarikh Tayangan : 17 Jun 2018
Terbitan : Hyper Pictures Sdn Bhd
Trailer :N/A
Sequel khas untuk Girlfriend Aku
Dari Neraka The Series bersempena dengan raya ditayangkan di Astro Warna yang
mengisahkan tentang kehidupan Rudi (Aiman Hakim Redza) dan Lydia (Sharifah Sakinah) setelah berkahwin. Lydia masih
lagi mengekalkan imej bimbo untuk mengelakkan Rudi jatuh hati pada awek bimbo
yang lain. Dalam masa yang sama Lydia minta tunjuk ajar dari Tasha (Fiza Thomas) dan Aunty
Fara (Sharifah Shahora) untuk dapatkan anak sebab sunyi di rumah bila Rudi pergi berkerja.
Tasha yang makin busy dengan
kerjaya dan anaknya, Aus (Amber Adneen Ajwad Mubarak) terpaksa melayan kerenah Mamat (Ungku Hariz) yang tak boleh lagi
tinggalkan perangai zaman bujang bila melepak bersama Rudi. Rudi pula enggan
beri komitmen sebagai seorang ayah dan mula menunjukkan minatnya kepada Dayang (Puteri Khareeza),
PA baru di tempat kerja barunya selepas dinaikkan pangkat kerana ideanya yang
bagus.
Rudi makin happy pergi ke pejabat
bila Dayang mula jatuh suka pada dia ditambah pula kasihan dengan Rudi yang
terpaksa menjaga isteri yang sakit mental. Lydia pula makin hanyut dalam dunia
dia bila terpengaruh dengan kakiperamal.com yang mengeluarkan fatwa palsu
sehingga boleh membahayakan nyawa Rudi dan Lydia.
Expectation untuk sequel ni tak
lah tinggi sangat sebab video yang viral pun tak lawak sangat, lebih kepada
bodoh sebenarnya especially scene makan ikan dengan handsock. Tapi dalam
telemovie ni memang ada la scene yang kelakar dari Lydia macam scene masuk
kereta guna kaki kanan, scene Lydia nak pergi masjid untuk terawih dll.
Telemovie ni dah bertukar
pengarah, bukan lagi dibawah arahan Dira Abu Zahar tapi Helmi Yusof so nampak
berbeza jugak lah antara dua ni. Momentum plot macam tak berapa nak meyakinkan
sangat dalam telemovie ni. Even dialogue pun tak berapa nak kick sangat macam
dalam the series cuma ada beberapa tagline dicedok dari telemovie macam tagline
‘Hati Sedih, Hati Pedih!’.
Wardrobe Lydia masih lagi
menggunakan khidmat tajaan yang sama dari Miss Anastacia and yes masih vogue
sama macam the series cuma part makeup je macam over sikit plus banyak guna
lipstick matte warna lavender or purple which looks mehhhh. Hairstyle Aiman pun selekeh bila dengan Lydia but looks great dengan Dayang.
Kalau dah layan the series memang
patutlah layan telemovie ni lagipun sekejap je sejam lebih je walaupun tak lah
best mana dan try hard nak buat lawak. Plot twist dia pun tak menjadi sangat
sebab nampak bodohnya benda yang kau teringin sangat nak, bila dah dapat tapi
tak pergi confimkan tapi dah beli semua kelengkapan.
Plus, agak kesian dengan Lydia
put massive effort supaya Rudi tak curang tapi dia menggatal jugak dengan
perempuan lain siap dah plan nak kahwin lain. Lagi suka kalau Lydia jadi diri
dia yang asal daripada try hard nak jadi bimbo yang tak mendatangkan apa-apa
faedah pun baik untuk diri dia ataupun untuk perkahwinan dia since Rudi tak appreciate pun usaha Lydia. Tak matang pulak tu, semua benda nak harapkan bini je walaupun dah 2 tahun kahwin.
Anyway, harap lepasni dah takde
dah kot drama/telemovie Girlfirend Aku Dari Neraka ni unless ada plot menarik
dan lawak yang fresh untuk semua pelakon. Penat jugak kalau tengok Lydia sorang
je yang galas tugas untuk ceriakan suasana.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9.
Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10
Pelakon : Aiman
Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahora, Ungku Hariz, Afi AF, Nad Zainal, Sharifah Shahora.
Genre : Komedi
Jumlah Episod : 18
Episod
Tarikh Tayangan : 30
Ogos 2017
Terbitan : Hyper
Picture Sdn Bhd
Penerbit : Astro Warna
Trailer :
Kalau dulu ada telemovie popular
terbitan Astro, Girlfriend Aku Dari Neraka sekarang muncul dengan drama pula.
Bila dah drama maksudnya lagi panjang lah ceritanya, lagi banyak lah perangai
bimbo si Lydia ni. Masih lagi menggunakan leading actor yang sama dan beberapa
tambahan karakter. Kalau dalam telemovie, ada Ayda Jebat sebagai kawan baik Rudi
tapi dalam drama ni digantikan dengan Afi AF. Both are still good to watch.
Masih lagi menggunakan plot yang
sama dengan telemovie dimana Rudi (Aiman Hakim Redza) yang jatuh hati pada awek
bimbo kerana mudah untuk dia control supaya dia dapat pasang ramai awek lain
since dia tak dapat tinggalkan perangai playboy dia. Kebetulan masa parti dekat
rumah Tasha (Afi AF), kawan sepejabat dia, Rudi berkenalan dengan Lydia
(Sharifah Sakinah), awek bimbo yang baru balik belajar dari London.
Sejak dari malam tu, Rudi mula
rapatkan diri dengan Lydia dan mengharapkan bantuan dari Tasha yang sebenarnya
menaruh hati dalam diam pada Rudy tapi tak pernah diendahkan pun. Hanya Mamat
je tempat dia mengadu sudahnya dari kawan baik bertukar jadi pasangan bercinta.
Kebetulan Mamat pun dah penat dengan bebelan omak dia tentang kahwin dan cucu.
Disebabkan perangai bimbo Lydia,
memang banyak lah kejadian kelakar yang berlaku sampai penat nak gelak tengok
karakter dia yang gila-gila dan muka tebal tu. Tapi tak lama kemudian, Rudi
jatuh cinta pula dengan Nelly (Nad Zainal), kawan baik Lydia masa belajar di university
dulu. Lagi comel dan lagi bimbo dari Lydia yang membuatkan Rudi jatuh hati pada
pandangan pertama.
Lydia yang kecewa dengan perangai
Rudy mula dating dengan Aaron yang kaya raya walaupun tak sekacak Rudi.
Disebabkan cemburu tengok Lydia bahagia dengan Aaron, Rudi mengekori ke mana
sahaja Lydia pergi sampai hubungan dengan Nelly dan hal kerja pun terabai.
Dalam series ni episod ke-6 baru
karakter Lydia muncul and of course agak lambat tapi berbaloi bila kehambaran
dari episod 1 hingga 5 dah hilang walaupun seksa juga nak hadap lakonan kayu
dari Aiman yang tak berubah pun sejak telemovie lagi. Scene omak dengan Mamat
pun mencuit hati jugak sebab ada sahaja idea omak dia untuk Mamat berkenan
dengan calon menantu yang dia bawa. Scene Nelly awal kemunculan tu macam
kelakar jugak tapi karakter dia lebih kepada annoying daripada kelakar, tak
macam Lydia. So drama ni memang sepenuhnya digalas oleh Sharifah Sakinah je lah
dengan Sharifah Shahora.
Dalam drama ni ada part yang agak draggy and of course lah banyak scene yang hambar nak pula kalau scene Aiman Hakim seorang. Boleh dipendekkan lagi jumlah episode sebenarnya tapi mungkin slot memang wajib 18 so terpaksa lah stretch mana scene yang boleh.
Bab visual biasa je takde yang
wow sangat pun even shooting location pun tak serlahkan mana-mana scenery or
view yang letops. Suka tengok wardrobe Lydia & Nelly sebab fashionista sangat walaupun ada beberapa pakaian Lydia tu macam over tapi mostly banyak yang cantik sesuai la diorang dengan graduates dalam bidang fashion dari London. Kudos Miss Anastacia dan Ina Bunga!
Brownie points untuk soundtrack GFADN sebab lagu Stacy – Kasanova genre electropop memang sesuai dengan drama kelakar dan perangai Rudi yang mata keranjang. Lagi satu lagu Pura Cendana masa Lydia nyanyi dekat hospital melawat Rudi. Boleh pulak lagu ni naik balik sebab drama ni. Millenials yang tak tahu jadi tahu.
Drama arahan Dira Abu Zahar
memang pecah perut nak layan cuma mengah nak layan hambar pelakon lain bila tak
mampu keep up dengan lawak Sharifah Sakinah sebagai awek bimbo. Tapi orang lain
mungkin okay je kot sebab tengok ramai yang boleh layan series ni dari awal
sampai habis.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4.
Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10
Production Company : Motion Picture Capital, Friday Filmworks, Pen India Limited, Plan C Studios
Distributor : Reliance Entertainment, Pen India Limited
Genre : Drama / Crime
Running Time : 160 minutes
Release Date : 16 February 2018
Trailer :
Aiyaary antara movie dalam
waiting list untuk tahun 2018 sebab arahan Neeraj Pandey yang terkenal dengan
movie kenegaraan ataupun special agent seperti A Wednesday, Special 26, Baby
atau Naam Shabana tapi sayangnya Aiyaary ni tak mencapai tahap wow pun macam
movie-movie dia sebelum ni. Well another factor haruslah sebab Sid Malhotra is
bae ❤
Tapi sayang bila Jai mula
mengkhianati dia dengan menjual data kumpulan diorang kepada businessman dan
pihak media. Jai bekerjasama dengan kekasihnya, Sonia Gupta (Rakul Preet Singh) seorang hacker di London
supaya plan dia berjalan seperti yang dirancang. Abhay pula mencari Tariq bhai
(Anupam Kher) untuk membantu plan dia menghalang Jai dari bocorkan rahsia
negara.
Antara dua generasi berbeza
dengan strategi berbeza untuk menghalang rasuah berleluasa dan mencemarkan nama
negara, Major Jai Bakshi dan Abhay Singh cuba buktikan siapa yang berada di
pihak yang benar.
Jalan cerita Aiyaary agak hambar
dan mengarut, idea untuk banteras rasuah dalam barisan pertahanan dah cantik
dah sebab jarang dapat jumpa kes askar buat duit melalui pembelian senjata api
tapi bila masuk cerita perbalahan Jai dengan Abhay ni rasa nak sepak pun ada.
Kalau tak payah buat diorang bergaduh pun takpe, buat movie skuad rahsia tu
hapuskan kes rasuah ni pun dah cukup strong dah. Dia nak buat konflik da sudahnya caca marba.
Tu belum tengok cara Jai jadi
secret agent lagi. Tengah undercover boleh tinggalkan wallet atas meja sampai
kantoi dengan awek yang dia tu sebenarnya askar. Masa dia curi hard disk dekat
bilik server pun dia masuk macam tu je tak matikan langsung cctv like what are
you trying to tell us actually? Kalau dia nak bagitau dia yang ambil data tu
baik tak payah datang malam-malam pakai topi sorok muka. Yang paling tinggi
dalam skuad tu kau je. Sekali tengok pun dah tahu siapa punya angkara T.T
Colonel Abhay Singh pun boleh
tahan jugak lah sembang tentang berpegang teguh dengan prinsip cintakan negara,
banteras rasuah tapi sudahnya dia pun bagi duit dekat orang bawah yang bagi
info sulit dekat dia walaupun orang bawah dia tolak duit tu. Dia paksa jugak
masukkan dalam poket like apakah ini????
Walaupun hero utama movie Aiyaary
ni Sid Malhotra tapi lakonan Manoj Bajpayee dengan Naseerudin Shah lebih
menyerlah dan meyakinkan. Sembang pasal Naseerudin Shah, watak dia sebagai
Baburao dalam movie ni agak pelik juga sebab misteri movie Aiyaary ni terletak
pada karakter dia dan anjing-anjingnya. Nampak macam tak membantu tapi lebih
membantu dari Jai Bakshi dan Abhay Singh dan kumpulannya.
Ada elemen humor dalam movie Aiyaary tapi humor pun rasa annoying dan merepek. Undercover agent tapi tak mampu nak faham hint ahli skuad nak pulak hint orang atasan. Kalau betul pun baru join, takkan lah lemah benar nak faham? Botol dengan kotak jauh beza kot. Lagi sedih bila skuad tu ambil askar terbaik tapi lemah IQ is such weird criteria for a special agent?
There’s nothing much to offer pun
dalam movie Aiyaary, baik jalan cerita mahupun visual dan soundtrack. Semua pun
hambar dan menyeksakan.Tapi scene dekat
Kashmir tu macam biasa lah haruslah cantik sebab Kashmir memang cantik. Tak
pernah jemu tengok kecantikan Kashmir dalam semua movie Bollywood.
For me, Aiyaary is a total
failure dalam career Neeraj sebagai director. Sayang seribu kali sayang sebab
idea mvie ni cantik tapi hancur. Kalau you guys familiar dengan 4 movie dekat
atas, you guys will know Neeraj’s awesome plot twist and tricky plot. Walaupun
nama movie ni Aiyaary bermaksud tricky tapi ia adalah sebaliknya. Mungkin my expectation
terlampau tinggi dan mungkin jugak magic Neeraj dah hilang but whatever it is,
Aiyaary is a disaster for 2018.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.6, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7.
Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10