Pentingnya Blog Archive

Tuesday 27 February 2018


Dalam dunia blogging, blogwalking tu sangat penting sebab menjaga hubungan sesame blogger dan dari situ boleh tambah traffic kita. Dalam masa yang sama tambah pengetahuan dan perkenalan kita dengan blogger lain. Tapi tak semestinya kita mampu visit semua blog yang kita follow setiap hari. Ada yang terlepas pandang terutamanya yang bukan dalam kalangan bloglist kita.

Jadi apa gunanya blog archive ni?

Fungsi blog archive untuk menyenaraikan semua entri yang ada dalam blog tersebut ikut susunan paling terbaru sehingga yang paling lama. Ada blogger suka update sekali sehari. Ada yang update 5 kali sehari ataupun ada yang update ikut mood. Kalau rajin, meriah lah update. Kalau yang datang penyakit M dan brain freeze ataupun sibuk dengan urusan harian, kosong berhabuk lah blog.

For me bila berkunjung ke blog seseorang, memang akan baca dalam 5 entri untuk bukan yang dalam bloglist sebabnya jarang datang. Jadi bila dah datang, kita kena la buat meriah supaya tuan rumah rasa happy dengan kita ye dak?

Kebanyakan template yang blogger guna sekarang memang jenis ada button Read More. Personally I hate button Read More sebab akan bertambah tab. Ada pula tu yang jenis bila tekan button Read More dia tak buka new tab, dia loading dekat page tu. Nanti nak kena gigih back/undo.

Blog yang paling best bila dia letak Blog Archive dalam keadaan Hirearchy beserta post title. Sangat senang dan jimat masa untuk blogwalking. Dia letak pula di kawasan body post. Memang kawasan senang nampak.


Sekarang ni makin ramai yang usha Top Commentators blog diorang untuk appreciate yang rajin bagi komen tapi tak nice lah bila tuan rumah pun sambil lewa je dengan keadan blog dia. Nak dig entry satu persatu memang makan masa. Nak pula bila line slow macam dekat office ni. Memang I tak pandang langsung award tu walaupun quite interesting.

However this is just my personal opinion je since trend Top Commentators makin menaik sekarang ni so hopefully lepas ni ada la yang pandang betapa pentingnya Blog Archive ni. Happy Blogwalking guys J

Movie Review : The Florida Project

Image result for the florida project

Director : Sean Baker
Cast : Brooklynn Prince, Bria Vinaite, Willem Dafoe, Valeria Cotto, Christopher Rivera, Mela Murder, Caleb Landry Jones, Sandy Kane.
Genre : Drama
Running Time : 115 minutes
Trailer :


Movie TFP merupakan Top 10 movie of 2017 dan dipilih berdasarkan kekuatan karya pengarah dan lakonan barisan pelakon yang bagus thus won several awards in various award events for 2017 -  Critics' Choice Movie Award for Best Young Performer, Best Actor in a Supporting Role, Best Cinematography, Best Editing, Best Film and Best Director. 

TFP mengisahkan tentang Moonee yang berusia 6 tahun tinggal bersama ibunya, Hailey di kawasan pinggiran bandar Florida di flat kos rendah, Futureworld. Moonee (Brooklynn Prince) berkawan baik dengan Scooty (Christopher Rivera) dan kawan baru, Jancey (Valeria Cotto).Walaupun berumur 6 tahun tapi Moonee belum bersekolah disebabkan ibunya yang menganggur. 

Hailey cuma mendapat duit hasil menjaga Scooty ketika ibunya pergi bekerja di deli. Makan minum diorang pun ambil dari deli tu. Even worst Hailey ni ada stok ganja dalam rumah. Bukannya dia menjaga sangat pun budak berdua tu. Most likely diorang jaga diri sendiri je sambil diawasi penjaga bangunan tu, Bobby (Willem Dafoe). I really love how Dafoe carry his performance and his chemistry with Brooklynn in TFP. 

Disebabkan asuhan Hailey yang agak teruk, Moonie merupakan acuan yang kurang elok kepada rakan-rakannya. Memaki, mencuri aiskrim, menipu tu dah jadi benda biasa untuk dia. Lucky for Scooty, ibu dia pantau pergerakan tambah pula lepas kejadian rumah terbakar disebabkan mereka bertiga. Tapi nak kata Moonee ni acuan teruk tu tak juga sebab dia pun ada kecantikan dia tersindiri. Dia belajar dari pemerhatian dia yang dipengaruhi manusia sekeliling.

Not recommend this movie to anyone since movie ni banyak bahasa yang tak elok dan scene yang agak over untuk tontonan umum tapi storyline movie ni bagus ditambah dengan script, editing and cinematography yang cantik. Its definitely one of my fav movie. Lakonan Brooklynn dalam movie ni pun power sampai dapat pujian dari juri dan menang banyak award. Ending scene memang emosi teruk walaupun tu jalan yang terbaik untuk dua beranak ni tapi sebak jugak tengok apa yang jadi. 

1. Team Production +1,  2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Silicone Sponge Vs Beauty Blender

Monday 26 February 2018

Due to reaching expiry date of my makeups and I've bought a silicone sponge last week, so I saja nak try best ke tak silicone sponge ni sebab ramai yang kata lagi best guna silicone sponge. since its my first try, I just bought it at Mr. DIY since its cheaper just cost me ermm RM2.90 lol cheapskate. 

Okay, so this is my silicone sponge

 

Silicon sponge ni comel & lembut. Rasa macam nak picit sampai pecah je. Best main penyek-penyek dekat muka sebab lembut. So I try guna silicon ni apply BB cream and it turns out tak boleh nak dab macam beauty blender so its kind of awkward sebab dah biasa dab. Boleh wipe here and there. Kalau dab pun dia tak bagi effect apa pun. Sangat comot and sangat tak diserap masuk. Boleh nampak pores dekat kulit and it turns out buruk gila. I don't think a picture is needed sebab teruk benar muka. 

Then letak contour and highlight tapi sebab base tak cantik, it turns out tak cantik bila kita dab. Bahagian mata paling susah sebab bentuk dia lebar. Sangat tak berkesan dekat bahagian mata. Kucar-kacir cari beauty blender and dab macam biasa. Blend semua contour and highlighter tapi bila base tak cantik, hasil blend pun macam apa entah. Alang-alang dah makeup, selfie lah apa lagi. Plus nak try teknik selfie guna langsir + matahari tapi tak menjadi sebab matahari dah nak tenggelam. Bayang-bayang pun dah tak wujud dah. 






Idk if different silicone sponge will give different effect since I guna yang murah tapi tengok dekat Youtube pun kejadiannya sama je. Memang tak menyerap sangat macam beauty blender sebab tak boleh dab. Tapi yang bestnya guna silicone sponge ni, senang sangat nak basuh and cepat je kering tak macam beauty blender. Lama nak basuh and nak keringkan. Kalau kasar sikit dah terkoyak dah. Bila cuci pun tak bersih sangat. Dah la mahal. 


But comparing how effective both works, I definitely choose beauty blender sebab bila dab nampak cantik helok je. So you guys prefer guna silicone sponge or beauty blender kalau apply makeup base?

A Beloved Superstar, RIP Sridevi

Ahad lepas 25/02, SriDevi menghembuskan nafas terakhir disebabkan heart attack dalam bilik air hotel di Dubai semasa bersiap untuk makan malam dengan suaminya, Boney Kapoor di Jumeirah Emirates Towers Hotel selepas menghadiri majlis perkahwinan Mohit Marwah, anak sepupunya. 

Selain family SriDevi yang susah untuk terima berita pemergian ni, of course the whole Bollywood industry tak percaya dengan kematian SriDevi since she’s a healthy person. In addition, Sanjay Kapoor adik ipar SriDevi keluarkan statement yang SriDevi memang tak pernah ada sakit yang berkaitan dengan jantung pun. 

SriDevi, Boney Kapoor dan anak perempuan bongsunya, Khushi berada di Dubai selama seminggu untuk perkahwinan Mohit. Anak perempuan sulung, Jhanvi ada di Mumbai busy dengan shooting movie debutnya, Dhadak. A heartbreaking moment for Jhanvi I bet since she’s not even there to spend last moment with her beloved mom. Plus, SriDevi memang excited sangat nak tengok Jhanvi debut. 

Related image

Sebelum mayat SriDevi diterbangkan ke Mumbai, they have to go through with Dubai authorities untuk pastikan kematian SriDevi memang natural cause since kematian berlaku di luar hospital Dubai. Funeral akan berlansung di Mumbai, di rumah Anil Kapoor dengan kehadiran semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan media. 









It such a great lost for Bollywood industry and of course fans. Start acting since she's 4 yo, become a superstar in 80's era through Chaalbaaz, Naagin, Lamhe and Chandni thus now an acting legendary. My fav movie of her is Judaai, English Vinglish and Mom. Her songs, Hawa Hawaai and I Love You in Mr India. SriDevi’s last appearance will be seen in SRK’s upcoming movie, Zero. Rest in peace SriDevi mam. Forever will be missed. 

Repair Bahagian Depan Office

Saturday 24 February 2018

Minggu ni bila petang je awan dah start mendung lepastu hujan lebat. Even sekejap tapi cukup untuk buat some area banjir nak pulak dekat kawasan perindustrian macam dekat Shah Alam ni plus with some construction here and there. Khamis petang memang kuat sangat angin tambah dengan hujan lebat & petir sana sini. Thank God sekejap je dalam sejam macam tu. Pukul 5 dah boleh balik macam biasa and tak banjir langsung. Kalau banjir, confirm traffic slow campur dengan budak balik sekolah lagi dari 20 minit boleh stuck sampai sejam. 

But even hujan sekejap je banyak jugak pokok yang tumbang sebab angin kuat. Even our office pun rosak bahagian depan. Habis tercabut papan sampai kena ganti baru. Bumbung pun ada yang tercabut tapi tak teruk so boleh paku balik je. Hari ni boss dah panggil workers repair bahagian depan sebab berlubang sana sini. Lagipun minggu depan authorities nak datang memang kena touch up cepat lah cerita dia.

 


Hoarding belah belakang pun ada yang dah nak tumbang sebab hujan lebat haritu. Tapi satu je lah yang rosak. Yang lain kukuh lagi. Dah nak habis projek ni banyak benda nak kena repair sebab dah lama bertapak kat sini. Dah nak masuk 6 tahun dah. Minggu depan dari Isnin sampai Jumaat ada inspection tapi tak pasti dah boleh handover ke belum dekat TUDM ni. Harapnya boleh lah sebab pegang lama-lama pun buat tambah kos je. Hopefully everything went well next week. Tapi malamni kita pergi CNY dinner dulu dekat Putrajaya. Yeay! 

p/s : Tak tahu kenapa ramai yang cakap office cantik haritu dekat post Bosan Dekat Office meanwhile this is my actual office. Maybe you guys got confused so kalau rajin I'll make a tour entry. Kalau rajin :P