#SolidarityWithKarim

Friday 26 January 2018

Trend #SolidarityWithKarim dengan gambar tutup sebelah mata dengan tapak tangan menjadi viral di social media di seluruh negara seperti Malaysia, UK, US, Pakistan, Jepun dan juga Korea sejak akhir-akhir ini.

 


Siapa Karim?

Karim Abdallah ialah bayi Syria yang berusia 2 bulan ketika pasaraya di kawasan Hammuriya dibom oleh tentera dalam satu serangan udara pada tarikh 29 Oktober 2017 menyebabkan hilangnya sebelah mata dan tengkorak kepalanya pecah. Ibu Karim meninggal dalam serangan tersebut. 

Kerosakan mata dan tengkorak kepala Karim mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang kerana bahagian depan otak memainkan peranan untuk menyimpan memori dan kecerdikan manusia. Sebelah lagi mata Karim mungkin akan dibuang jika tidak dirawat tapi keadaan Karim hanya mampu dirawat jika mendapat rawatan dari luar kawasan Syria.  



Trend #SolidarityWithKarim

Trend ini untuk memberitahu kepada seluruh dunia tentang nasib Karim secara tak langsung nasib kanak-kanak di Syria yang ditindas tanpa sifat keperimanusiaan sejak tahun 2011 yang telah mengorbankan 340,000 orang kanak-kanak.

"The goal of the campaign is to... bring to the world the voice of this baby, who lost his eye and his mother,"- Photographer Almohibany. 

Kepada yang membaca entri ni sebarkan hashtag #SolidarityWithKarim di semua platform socmed yang ada supaya makin ramai yang tahu dan makin ramai yang bersatu menjadi mata & suara salah satu keganasan dunia.

Movie Review | Udaan (2010)

Thursday 25 January 2018


Director : Vikramaditya Motwane
Cast : Rajat Barmecha, Ronit Roy, Aayan Boradia, Ram Kapoor, Manjot Singh, Anand Tiwari, Sumant Mastkar, Raja Hudda, Varun Khettry, Akshay Sachdev
Genre : Drama
Running Time : 138 Minutes
Trailer :


Dah lama dah download movie ni tapi tak pernah tergerak hati nak tengok. Baru hari ni tengok dalam folder movie ni ada lagi. Rating IMDB movie ni tinggi jugak 8/10 tapi movie ni flop dekat box-office walaupun menang banyak award domestik dan global & movie Udaan secara rasminya terpilih di tayangan Cannes tahun 2010 untuk kategori Un Certain Regard. Fun fact, movie Udaan ni dikategorikan sebagai movie terbaik Bollywood tahun 2010.


Udaan mengisahkan tentang Rohan (Rajat Barmecha) yang dibuang dari sekolah berasrama selepas kantoi dengan warden keluar secara curi-curi bersama 3 orang rakannya yang lain untuk menonton wayang filem dewasa di pekan. Rohan pulang ke rumah dan berjumpa dengan ayahnya (Ronit Roy) selepas 8 tahun & pertama kali berjumpa dengan adik tirinya, Arjun yang berumur 6 tahun.


Disebabkan dibuang sekolah, Rohan berkerja di kilang besi ayahnya pada waktu pagi dan belajar subjek kejuruteraan di kolej sebelah petang. Waktu malam Rohan curi-curi keluar lepak dengan senior kolej. Rohan tak minat langsung dengan kejuruteraan, dia gagal dalam exam tapi belum sempat dia bagitahu ayah dia, Arjun masuk ke hospital sebab jatuh dari tangga & ayah dia pergi ke Kolkata untuk cari tender untuk kilang dia.

Masa dia jaga Arjun baru dia tahu ayah dia pukul Arjun sampai jatuh tangga since ayah dia panas baran dan kaki arak. Stress dengan kehidupan dia, Rohan berazam untuk larikan diri dari rumah. 

Related image

I'm a fan of Anurag Kashyap, since he is co-writing this movie so I know this movie is real. Different shade of life in India. Different shade of what Bollywood cinema present onscreen. So far belum ada lagi karya Anurag yang gagal, for me lah. Even Bombay Velvet is a fine art regardless the criticism he faced. Dalam movie Udaan, team ni ketengahkan tentang isu parenting.

Di India engineering memang kerjaya yang dipandang tinggi. Remember 3 Idiots? Haaa macam tu lah kebanyakan parents dekat India terutamanya middle class. Sama jugak macam ayah Rohan yang nak anak dia belajar engineering walaupun hakikatnya Rohan nak jadi penulis & he have great talent in that.


Storyline Udaan biasa je sebenarnya dengan mesej untuk kita kejar impian but the way the whole team portray this onscreen is perfect. Kalau movie biasa, kita akan dapat different perspective and we might say just follow your parents because they know best. Being writer won't secure your future but engineering will. But here comes rebel for a teen like Rohan. He know best for his life, he know his talent, he know how to mold his future regardless everything his dad had done to him and Arjun.  

Kalau dengan Anurag Kashyap ni dah kenal dah pelakon fav dia siapa sebab dia suka berlakon dengan pelakon-pelakon berbakat dan bagus bab deliver content bukan glam macam most A-list movies. So his choice untuk Ronit Roy berlakon sebagai ayah Rohan & Arjun memang tepat lah. Tegas dan panas baran. Tak tahu lah nak cakap dia ni sayang ke tak dengan anak-anak dia sebab dia memang usaha untuk bagi yang terbaik tapi in return anak-anak kena ikut cara dia & bagi yang terbaik jugak. When every parents said it is the best trade in life, children tell otherwise.

Image result for udaan movie review

Watak Ram Kapoor sebagai pakcik dan juga sebagai penyelamat kepada Rohan dalam movie Udaan also a fine part. What's great about his character in this movie is, dia tak naik sebagai hero selamatkan keadaan. He know his place. Dia cuma orang luar walaupun dia ada pertalian darah. He stick to his place. He respect his brother & dia taknak sebab dia, Rohan & Arjun jadi mangsa. 

What I love in this movie macam mana supporting cast sekeliling Rohan desak dia untuk hadap masalah dia. Macam senior college dia marah dengan Rohan, instead of being drunk and be coward, he ask Rohan to go face his father. Kalau pun Rohan pernah usaha sebelum ni, maknanya dia kena usaha lagi sebab orang lain pun ada masalah yang sama. Bukan Rohan je yang ada masalah dalam dunia ni. Another thing is the bond between Rohan and Arjun. Dalam movie ni macam mana dari a total stranger kepada kasih sayang abang kepada adik.


Soundtrack movie Udaan, adalah dari hasil karya Amit Trivedi and yes all song memang inspiring and the lyrics add up the emotion. Ditambah pulak dengan lakonan Barmecha sebagai Rohan boleh tambah emosi. Soundtrack Udaan pun banyak menang award domestic & international. 

All in all you guys can enjoy this finest art of the whole team in Udaan. It deserves the accolades and attention. Tak tahu lah kenapa flop masa tayangan tu tapi memang berbaloi untuk ditonton. I really wish Manish character have more time onscreen sebab character dia brightens up the movie. Setiap kali ada dia mesti kelakar. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Cetaphil - Skin Breakout

Tak sangka ramai yang baca entri Muka Rosak Sebab Local Product tu and dekat hujung post tu ada mention nak guna cetaphil supaya hilangkan semua yang tersisa dekat muka. Dah lama nak try bukan sebab Nutox tak okay tapi sebab nak tukar kepada Cetaphil mana tahu lagi bagus dari Nutox. Nasib tak beli stau set Cetaphil. Lucky for me masa shopping dengan kawan, cakap dengan dia nak try Cetaphil sebab muka kawan pun rosak jugak sebab local product. Lepas guna Cetaphil kemain cun melecun. Kebetulan masa dia beli tu Cetaphil buat promotion free 250ml so dia bagi yang free tu untuk cuba.

Related image

First day try okay je lah macam biasa je. Tapi esoknya naik jerawat. I thought due to stress kot so I biar je. Esoknya bertambah pulak jerawat tu. Dari satu jerawat bernanah membawa ke dua, tiga, and then banyak sangat. Tapi muka tak pedih or panas macam local product tu lah. Since partner dah tegur muka makin teruk so I stop. Tak lama pun pakai. Dalam seminggu je. Before this ada jugak baca review ada jugak yang having breakouts bila guna Cetaphil. 

Lepas stop tu seminggu cuci muka dengan air suam lepastu pakai Vaseline sebagai masker. Dah surut jerawat yang bernanah tu semua, I guna balik Nutox macam sebelum ni. Alhamdulillah dah okay balik. Cuma parut jerawat yang lama lah tak hilang lagi. Since muka sesuai pakai Nutox je maybe dah tak tukar lah kot lepas ni. Malas dah nak try and error product lagi. Nak fokus buang 10kg je sekarang ni. Ni dah turun 2kg, ada lagi 8kg lagi. 

Saja up entri ni supaya kalau ada yang nak try Cetaphil tapi takut having breakouts, you guys don't have to worry sebab effect tak seteruk local product. Kalau pakai your skin breakout, bila stop your skin will heal. Itu beza local product timbang kilo dengan drugstore product since ramai yang cakap product drugstore pun ada yang tak sesuai dengan kulit. Yes, I agree sebab before this I pakai Safi tapi kulit jadi berminyak & berjerawat. I pakai Nivea tapi kulit keluar acne and I've tried Garnier pun sama tapi bila stop all those products my skin elok balik cuma silap langkah bila pakai local product. It took years to heal and sampai sekarang belum okay sepenuhnya. So I hope this entry will help you guys. Okay ciao!