Jelajah Busking GEGAR bakal temui peminat di Pantai Timur

Thursday, 14 September 2023

Jelajah Busking GEGAR bakal temui peminat di Pantai Timur | Mulai 15 September, setiap Jumaat, 9 malam, di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Jelajah Busking GEGAR bakal temui peminat di Pantai Timur

Bulan September ini, semua peminat GEGAR dijemput hadir memeriahkan Jelajah Busking GEGAR untuk berhibur dengan persembahan busking dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik, dijadualkan berlangsung di tiga negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Pahang, pada setiap Jumaat bermula 15 September hingga 29 September 2023.

Sila rujuk jadual Jelajah Busking GEGAR di bawah:

• Jelajah Busking GEGAR bakal menampilkan persembahan busking daripada selebriti-selebriti tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Peminat GEGAR juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti GEGAR termasuk Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang), dan Aswad Jalil (GEGAR Malam).

• Selain persembahan busking, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR’ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan. Penyertaan dibuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama akan berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi busking. Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.

• Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial GEGAR.


Lepas kenyang makan saran pagi di Malaya Garden, kitorang berjalan pula ke Pasar Seni belek apa ada dekat situ. Bersempena Hari Merdeka, ada Bazar Haute & Gold Merdeka Kita 66 Tahun. Suka kalau ada bazar dekat Pasar Seni ni sebab banyak small businesses yang join meniaga dekat sini. Boleh jumpa banyak juga produk yang unik dan kreatif. Bukan setakat cuci mata tapi boleh tahu juga lah produk yang tengah trending sekarang. I tak suka sangat beli barang online so dekat bazar macam ni lah nak cuci mata dan membeli pun. 

Bazar Haute & Gold Merdeka Kita ni bermula dari pintu utama Pasar Seni sehingga lah ke bahagian luar. Bersambung juga di tingkat atas yang menempatkan baju bundle dan barangan vintage. 



Tertarik dengan barangan di booth Analogue Apotik sebab pelik produk apa yang dia jual memandangkan semua dibungkus dalam kertas minyak. Bila belek rupanya dia jual perfume tapi untuk lelaki lah. Sesuai sangat dijadikan hadiah sebab cara pembungkusan tu unik dan klasik. 

Analogue Apotik ni dah wujud sejak tahun 2015 tapi guna nama The Apothecary. Jenama ni nampak macam indie tapi sebenarnya dah pergi jauh ke luar negara. Selain cologne, ada juga scented candles, hair product, razor dan oil cologne. 




Booth Self Supply pun mencuri tumpuan sebab homemade candle dia comel belaka. Seller guna warna pastel dan soft pulak tu. Ada jugak candle dengan perkataan tapi hmmm mengundang sangat. I suka tengok tea cup cherry dia sebab cantik. Nak beli tapi kenapa satu je? Dia macam cantik kalau satu set kan?











Kitorang stay lama dekat booth Mossy Bola sebab unik sangat pasu tanaman dia. Diperbuat dari tempurung kelapa yang dibalut dengan tali supaya tanah dalam tempurung tak terbuka. Bukan saja pasu yang bersifat alami, cara tanaman ni pun mudah sebab tak perlu nak siram pokok setiap hari. Cukup rendam dalam air untuk beberapa tempoh kemudian biarkan sampai kering. 

Dah la mudah, cantik pula tu sebagai hiasan dalam rumah. Nak letak dekat meja kerja pun cantik. Kalau pasu tu dah tak muat untuk tampung tanaman dekat dalam, boleh contact Mossy Bola untuk re-pot. Masa Hari Merdeka tu ada offer lah untuk certain pokok, dari RM120 macam tu tak silap jadi RM50 je satu pokok.


Bergerak ke ruang luar ternampak booth Fluffeh yang jual Supreme Croissant. Tergoda pulak tengok pastry dia cantik so kitorang beli Pistachio Supreme Croissant. Menyesal jugak beli pistachio sebab tak kena dengan tekak. 


Patutnya ambil perisa Nutella sebab dah tahu rasa dia macam mana. Supreme Croissant ni pun tak sesuai makan on the go sebab messy bila pastri dia rapuh lepastu fillings banyak. So you tend to become comot in just a second. Rosak mood terus bila fillings kena dekat tangan dan tudung. Dah la panas dekat situ T.T



Dekat ruang luar ni banyak jual makanan sebab ada tempat untuk duduk. Lagipun makanan kan berbau so better letak dekat open space. Teori platao by me :')




Stuck dekat booth Temu Bunga sebab banyak aksesori comel dari manik. Husna ajak beli friendship ring dekat sini. Lama nak pilih yang mana satu sebab semua pun cantik. Lepas dah beli cincin dekat Temu Bunga, naik ke tingkat atas nak cuci mata tengok baju. 


Husna dengan Sheera je habiskan masa dekat sini sebab saiz I tak ada :')

Lepas habis belek baju dan cuci mata, kitorang gerak mencari bunga pulak. Apa lah maknanya ke Pasar Seni kalau tak beli bunga kan? 

Masa cuti Hari Merdeka, kitorang lepak Pasar Seni sebab tak nak bersesak di Dataran Putrajaya. Ikutkan plan asal nak ke sana sebab nak tengok jet dan abang bomba tapi kalau pukul 2 pagi pun dah ramai book seat, memang idak le nak ke sana. Beratur kemain lama untuk something yang nampak tak nampak je. 

Since tak pernah lagi makan dekat Malaya Garden, Husna ajak breakfast dekat sini. Husna dah sampai Pasar Seni lebih awal dari I, adik I dan Sheera. Kitorang dah sampai awal dah tapi Sheera tersalah masuk jalan lepastu kena block dengan bas MRT. 4 kali tren sampai jugak lah baru dapat naik sama-sama dengan Sheera. 

Sampai dekat Pasar Seni around 9 pagi lepastu terus menapak ke Malaya Garden sebab dah lapar. Nasib baik lah tak ramai pagi tu walaupun public holiday sebab dah ramai menapak ke Putrajaya. Even public holiday pun ada geng promoter bekerja keras mencari pelanggan depan café. Memang tak layan lah cerita dia sebab kitorang nak jalan-jalan bukannya nak dengar lecture on products. 

Kalau yang berjalan kaki macam kitorang, cafe Malaya Garden ni terletak dekat je dengan stesen LRT/MRT. Dari stesen pun dah boleh nampak sebab berdekatan dengan Luckin Kopi

Malaya Garden ni dari luar lagi dah cantik sebab warna tema café dia ialah hijau pekat, menyerlah antara semua bangunan yang ada sederet dengan dia. Board nama café pula berwarna emas. Interior dan deko Malaya Garden antara strong point sebagai tarikan pelanggan. Slogan dia local is the new luxury tapi menu yang dihidangkan tu gabungan makanan local dan makanan Barat. 

Dari pintu utama dah nampak display counter untuk pastries dan desserts. Kebanyakannya cantik tapi for me it's a bit pricy sebab satu slice jedah RM9.90 padahal tak besar mana pun. Kalau setakat kek pandan kelapa, rasanya boleh dapat dekat tempat lain yang lagi murah lah. Pandan kelapa kot, dua bahan tradisi yang terpaling mudah nak dapat di Semenanjung. Kalau Lotus Biscoff dengan Pistachio nak letak harga tu boleh sembang lah sebab bahan premium. 

Mostly pelanggan yang datang masa tu naik ke tingkat satu. Nak naik spiral stairs dia mencabar jugak sebab anak tangga dia kecil. Kalau naik atau turn sambil menyembang, silap haribulan terpeleot. Fariha dah stress sebab gayat, nasib baik lah tak tinggi. Tak pasti rooftop dah dibuka atau belum masa tu sebab waiter memang kumpulkan dekat tingkat pertama. 



Seronok tengok menu Malaya Garden ni sebab besar, template akhbar klasik dengan warna yang vintage. Dari kulit depan sampai ke belakang dok belek tak henti. Ikut nafsu mata dan perut, banyak menu nak order sebab cantik. 

Stuck juga lah nak pilih menu dia sebab banyak makanan yang heavy untuk breakfast. Seram pulak nak makan Nasi Lemak Raksasa tapi tergoda dengan menu Nasi Lemak Sotong. Tapi takut juga kalau sambal nasi lemak dia tak kena dengan tekak jadi I pilih jalan selamat dengan order Colonial Big Breakfast, share dengan adik. Sheera ambil Sir Benedict sementara Husna ambil Good Morning Breakfast Set.

Tak tunggu lama pun untuk order sampai which is good lah sebab kitorang lapar. Makanan dah sampai kena ambil gambar estetik pulak. Makanan ada 3 je pun tapi memasing ambil gambar kalah food reviewer.





Breakfast set I dengan Husna tak jauh beza pun cuma Husna punya tak meriah sangat lah. Ada cube butter, omelette, bread, baked beans dengan salad. Mine ada kerang bakar, beef bacon, smoked sliced duck, tatter tots, roasted cherry tomatoes, baked beans, omelette, sosej, sauteed mushroom dan coral salad. Bila senaraikan jadi banyak pulak haha. 


For drinks tak pilih banyak sangat pun sebab dah share dengan Husna air Tealive yang wujud gara-gara bosan tunggungu kitorang sampai ke Pasar Seni. Sheera pula ambil Iced Honey Lemon. Walaupun makanan dekat Malaya Garden ni murah tapi harga minuman dia bikin nangis. Jadi baik tak payah bazir duit dekat minuman. 



Lama jugak kitorang lepak makan dekat Malaya Garden sebab ambience dia seronok. Sejuk dan tenang je walaupun tak ada music. It's really a good place with good food to spend time with your lovely circle. Habis makan, settle bayar terus ambil gambar dekat luar cafe sebab lighting cantik hiksss. 

For sure akan datang lagi sebab nak cuba Nasi Lemak Sotong dia. Dah confident dah nak try sebab semua menu yang kitroang makan haritu sedap. Recommended to try :)

Menang wang tunai menarik di ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN pada September ini

Tuesday, 12 September 2023


Menang wang tunai menarik di ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN pada  September ini |
Semua rakyat Malaysia berpeluang menang wang tunai menarik dalam peraduan-peraduan: ‘Teka Jawline ERA’, ‘Jerat SINAR’, ‘Teka Kacang GEGAR’ dan ‘EJAWI ZAYAN’ di udara.

ERA: Teka Jawline ERA

Teka nama selebriti berdasarkan gambar ‘jawline’ dan berpeluang menang RM250, dari sekarang hingga 22 September di udara


  • Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Peserta perlu meneka nama selebriti berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ERA. Pembayang disediakan di Instagram ERA.
  • Peserta hanya boleh membuat satu tekaan dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM250 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Jawline ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.
SINAR: Jerat SINAR

Jawab 10 soalan dan berpeluang menang wang tunai RM1000, dari sekarang hingga 15 September di udara


  • Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Jawab 10 soalan dengan perkataan ‘ya’ atau ‘tidak’ dalan tempoh 60 saat sahaja.
  • Peserta perlu menjawab kesemua soalan secara berturut-turut dan tidak boleh menukar atau melangkau soalan.
  • Jika kesemua 10 soalan dijawab dengan tepat, peserta berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Jerat SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.
GEGAR: Teka Kacang GEGAR

Teka bilangan kacang dan berpeluang menang wang tunai RM500 dari sekarang hingga 21 September di udara

  • Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Kongsikan tekaan bilangan kacang berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram dan TikTok GEGAR bersama personaliti GEGAR.
  • Pemenang mingguan akan diumum setiap Ahad, jam 10 malam menerusi TikTok Live GEGAR.
  • Tekaan bilangan kacang yang tepat ataupun paling hampir akan membawa pulang wang tunai RM500 secara mingguan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Kacang GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.
ZAYAN: EJAWI ZAYAN

Eja perkataan jawi dan berpeluang menang wang tunai RM200, dari sekarang hingga 22 September di udara

  • Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Eja perkataan jawi berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ZAYAN dalam tempoh 10 saat.
  • Peserta yang berjaya mengeja dengan tepat akan membawa pulang wang tunai RM200 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘’EJAWI ZAYAN’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.