Ikut Serta Keretapi Sarong 2022 | Team Bandar Utama

Sunday 2 October 2022

 

Tema Keretapi Sarong tahun 2022 adalah retro dari zaman 50-an hingga 90-an dengan syarat wajib pakai sarong sama ada kain pelikat mahupun kain batik. Acara Keretapi Sarong ni dah lama diadakan sejak tahun 2014 lagi bermula dengan kelab pemuda UMNO di UK berpakaian tradisional di sana kemudian bawa balik acara tersebut ke Malaysia. 

Lepas pandemik 2 tahun lepas, Locco buat balik acara tahunan Keretapi Sarong dengan tajaan oleh Pavillion, Air Asia, UiTM dan ramai lagi jenama untuk menghidupkan semangat kekitaan pada Hari Malaysia. 

Pana pun ikut join sekali sebab tak ada event apa-apa pada Hari Malaysia dan ini pertama kali join acara Keretapi Sarong. Selama ni tengok dekat Twitter je sebab kerja sebelum ni even public holiday pun pulun kerja sebab nak mengejar triple pay. Ada hati nak join tapi tak sempat nak menyelam maka kita mix and match je baju dalam wardrobe lepastu ikut tema 90s dan pinjam kain batik Kak Iza sebab Pana tak ada kain batik hehe....


So this is me for Keretapi Sarong ikut tema 90-an, bucket hat, lace blouse, jeans, tied hoodie around waist and striped socks. Thanks to Pinterest for the references but I tak bergambar sangat sebab orang lain punya dress up jauhhhhhhh ikut tema dan lagi cantik. 

Nak join Keretapi Sarong ni kena bangun awal pagi sebab masa berkumpul di MRT Bandar Utama ialah pada jam 8.30 pagi so imagine kitorang bangun pukul berapa untuk pergi sana dari MRT Kwasa Sentral. 


'Amboi Ana, pergi Keretapi Sarong kemain semangat bangun awal pagi. Pergi kerja pukul 8.30 baru mandi' - Ain

Pergi melagha memang semangat, kalau pergi kerja malas nak bangun awal sebab kena hadap traffic jam sampai sejam. Angkat tangan siapa yang suka traffic jam. 

Masa berkumpul dekat MRT Bandar Utama tu ada persembahan dikir barat tapi dalam 2 atau 3 lagu sahaja kemudian passed down to audience yang nak serlahkan bakat menyanyi. Having fun dekat situ sementara menunggu yang lain sampai. Silap besar dekat sini tak pergi breakfast dulu sebab sepanjang acara ni tak ada break time untuk makan. First time join kan, so tak tahu :(


Lepas habis persembahan dikir barat dan keretapi khas untuk acara Keretapi Sarong sampai, semua naik MRT menuju ke Pavillion Bukit Bintang. Dekat dalam tren, setiap koc nyanyi lagu patriotik dan juga lagu klasik. Meriah lah dari hujung sana sampai ke hujung sini lawan nyanyi lagu retro sampai lah tiba ke destinasi. Bukan kaum Melayu je join Keretapi Sarong ni, ada Cina, India, Borneo people even foreigner pun join. 

Sampai dekat Pavillion, team Bandar Utama berkumpul depan McDonalds untuk kuiz tradisional tapi disebabkan speaker yang diorang bawa tu rosak terpaksa lah akak tu menjerit dekat tengah. Suka hati je panggil akak entah entah dia lagi muda dari Pana. Sejak dua menjak orang asyik anggap Pana umur 25, semua orang I akak-kan wkwkwk




I berdiri tak lah jauh dari akak tu tapi malas nak join kuiz dia sebab matahari terpacak atas kepala. Lagi satu hal, I lupa bawa kipas tangan. Dah mula nak migraine sebab panas, bersesak dengan orang lain, lapar lagi. Nasib baik tak lama dekat sini lepastu bergerak ke Pavillion Mall sebab dekat situ stage dan the rest of the event akan diadakan. 

Kalau ikutkan pengumuman masa dekat MRT Bandar Utama, team Bandar Utama kena berkumpul atau bergerak ikut bendera dan sepanduk tapi bila sampai dekat Pavillion entah bendera dekat mana, ahli pun entah dekat mana. 


credit to Captain Khai

Penuh juga lah depan Pavillion gara-gara Keretapi Sarong ni, kalau tak silap masa ni around 11am tapi matahari kemain terik. Stage yang penganjur setup untuk acara Keretapi Sarong tu kecil dan rendah so orang yang dekat belakang tak nampak apa pun. Pana yang pendek dah pakai wedges ni pun nampak rambut pramugara kat atas stage tu je. 

Bila semua dah berkumpul dekat Pavillion, semua berdiri tegak untuk nyanyi lagu Negaraku dan baca Rukun Negara. Disusuli dengan ucapan penghargaan kepada pihak penganjur kemudian ambil kehadiran untuk setiap kumpulan - MRT Kajang, LRT Gombak, LRT Ampang, LRT Subang, MRT Bandar Utama, ERL KLIA, ERL Putrajaya dan KTM KL Sentral. 



Banyak lagi ucapan dekat depan tu tapi dah mula tak dengar sebab panas lepastu tak nampak apa. Masa ada pertunjukan kebudayaan tu kitorang dah give up sebab lapar dan panas. Terus masuk dalam Pavillion pergi foodcourt cari benda nak makan. 

1 : Weh, ni nak buat apa sekarang ni? 
2: Entah mana aku tau, aku pun first time join event ni. 

Sebelum kitorang blah, dua orang lelaki dekat belakang ada confusion yang sama hshshs. Masa mencari makanan tu ternampak ada booth Keretapi Sarong dekat hujung. Singgah kejap sementara tak ramai orang. Rupanya ada booth berjualan dengan booth yang buat game anjuran Wardah dan Emina sebagai penaja acara Keretapi Sarong. 




Mudah je nak join permainan ni, kena register melalui Google Form lepastu pusing roda Simpulan Bahasa. 

Pana: Jangan bagi peribahasa susah, I tengah lapar ni.
Brader Retro: Okay okay ermmmm 'Bagai pungguk rindukan .......'
Pana: Bulannnn!
Them: Yeayyy dapat hadiahhhh



Haaaa ni lah hadiahnya dari Emina! Skincare bag dari Wardah pun cantik dengan warna pastel, will use it for sure! Tahun depan kalau tak ada aral melintang, Insya-allah join lagi dengan pakaian yang lebih mengikut tema. Bila pakai ala kadar ni nak bergambar pun segan. Thanks LOCCO dan semua penganjur yang adakan acara Keretapi Sarong ni. A pleasant experience indeed. 

Kad Penderma Darah Digital di MySejahtera

Saturday 1 October 2022

Masuk bulan Oktober Kementerian Kesihatan Malaysia bawa berita baik kepada rakyat Malaysia bila applikasi MySejahtera ada features baru, iaitu kad penderma darah digital. Masuk je applikasi MySejahtera kemudian update profile dan klik di bahagian profile. Nanti nampak lah jumlah menderma dan apa keistimewaan yang akan diberikan mengikut tahap keistimewaan. 


Tapi tak semua individu yang menderma akan terima data yang sama sebab Kad Penderma Darah Digital cuma ambil kira mereka yang menderma darah menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja yang sedang digunakan di seluruh negara buat masa ini. Sebab tu akan ada bilangan derma di buku derma darah tak sama dengan data yang ditunjukkan pada applikasi MySejahtera. 

Terdapat 22 buah pusat pendermaan darah yang menggunakan BBISV2:-

1) Pusat Darah Negara
2) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
3) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
4) Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
5) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
6) Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.
7) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
8) Hospital Taiping, Perak.
9) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
10) Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
11) Hospital Pulau Pinang.
12) Hospital Miri, Sarawak
13) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
14) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
15) Hospital Seri Manjung, Perak.
16) Hospital Umum Sarawak.
17) Hospital Sibu, Sarawak.
18) Hospital Tawau, Sabah.
19) Hospital Queen Elizabeth II, Sabah.
20) Hospital Sandakan, Sabah.
21) Hospital Melaka.
22) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.

Tempoh untuk MySejahtera update bilangan menderma pun makan masa paling lama pun 24 jam. Kalau tak ada juga, kena contact pusat darah ataupun berhubung secara terus dengan admin MySejahtera di media sosial. Sama juga kalau ada ralat atau perbezaan data dengan buku derma darah. 


Data dekat applikasi MySejahtera memang sama lah dengan yang dekat buku sebab baru ada kekuatan untuk menderma pun pada tahun 2018 lepastu pandemik. Setiap kali team bank darah datang ke Star Avenue mesti sama dengan tempoh datang bulan ataupun waktu sekitarnya maka tak cukup lah hemoglobin untuk menderma. Jumlah darah yang diambil setiap kali menderma lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah dalam badan.

Pernah juga cukup syarat untuk derma tapi buku derma pula tak bawak sebab kebetulan terjumpa pusat derma darah buka booth masa tu. Nak menapak ke pusat menderma darah memang malas sebab kena naik Grab. Tak mampu betul nak hadap traffic jam di bandaraya tu walaupun tahu kepentingan menderma darah ni boleh tolong selamatkan nyawa pesakit pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Tssskkk....

Terima kasih kepada KKM yang ambil inisiatif untuk wujudkan Kad Penderma Darah Digital sebab sebagai seorang yang pelupa, kad digital ni tersangatlah membantu. Lepas ni boleh tunjuk MySejahtera apps je dekat nurse lepas derma darah. Dan kerana jealous tengok orang lain dapat keistimewaan lebih tinggi darjatnya maka Pana akan rajin menderma darah mulai dari sekarang! 


Jalan-Jalan Japan salah satu port menyelam untuk barangan preloved dari Jepun sejak tahun 2016 lagi. Tak pasti lah ramai yang familiar dengan preloved store ni ataupun tidak sebab kebanyakan store terletak di mall yang jarang orang pergi. Macam One City Mall ni mati segan, hidup tak mahu ibaratnya. Hidup sebab ada Bizmilla dengan beberapa kedai makan. 

Jalan-Jalan Japan di One City Mall ni ada dua tingkat di mana tingkat atas penuh dengan pakaian lelaki, bag, bagasi, toys, alat tulis, decoration, barangan bayi, topi dan kasut. Dekat tingkat bawah pula ada pakaian perempuan, pakaian kanak-kanak, barangan rumah, peralatan dapur dan lain-lain. 












Yang selalu pergi Bon Odori best lah beli kimono dekat sini sebab murah, corak pun cantik. 



2 jam juga lah mencari barang dekat dalam preloved store ni dan sangkut lama dekat bahagian pakaian wanita sebab cari blazer. Kebanyakan blazer cantik dan ada saiz tapi tebal sangat, kalau pakai dekat pejabat confirm berlecak lah. Nak pakai masa pergi event apatah lagi. Bab harga of course murah boleh dapat dengan harga RM10 dengan kualiti masih baik. Tak ada benang tertetas, butang tercabut ataupun koyak dekat tempat tersembunyi. 

Tang nak cari kemeja dengan dress memang susah sikit lah sebab kebanyakannya saiz kecil dan lengan pendek. Ada yang terlampau nipis macam see through jugak. Seluar pun kecil, tak ada saiz besar sebab orang Jepun majoritinya badan slim cantik. 

Naik tingkat atas nak cari heels atau wedges yang selesa lah tapi kebanyakan kasut semuanya saiz kecil ataupun terlampau besar. Saiz 7 tak jumpa pulak dekat sini padahal kalau pergi kedai kasut, saiz 7 lah paling senang dapat. Bila jumpa yang cantik mesti tak muat sebab kecil haihhhh patah hati. 

Tak banyak pun hasil tangkapan yang dapat, belek dekat bahagian home deco pun tak banyak decoration yang sesuai dengan selera. Masa tengah membelek tu jadi tak syok sebab banyak bahagian yang ditutup sebab pekerja dia nak susun barang baru sampai tapi boleh je kot kalau susun tanpa perlu tutup? Kalau rasa taknak diganggu tutup je lah store tu untuk susun barang. Nasib baik lah menyinggah sebab attend majlis dekat sini, kalau pergi sebab store ni semata memang sakit hati dapat layanan tak best macam tu. Memang tak lah nak datang lagi. 

One thing yang bagus dekat sini ialah cashier counter dia laju walaupun panjang barisan untuk beratur tapi sekejap je dah settle bayar tanpa perlu tunggu lama. Yang lain hmmmm ikut luck masing-masing lah kot. 


Tahun 2020 dah pernah pergi ke Bizmilla One City ni, 2 tahun kemudiannya dapat lagi undangan dari En. Rosdi dan Puan Ramlahuntuk meraikan perkahwinan anak diorang. Tahun 2020 tu ramai juga ex Arena Auctioneers yang datang tapi tahun ni tak berjumpa lah pulak. Tak pasti lah kalau diorang dah datang lebih awal sebab kitorang sampai pun dalam pukul 1 tengahari macam tu. Sesat cari jalan tu yang lambat sampai. 

Masa makan kitorang duduk semeja dengan Kak Iza sebab nak menyembang lepastu jumpa pulak dengan Puan Kamariah. Masa dekat Arena dulu tak pernah berjumpa, bila dah berhenti baru dapat jumpa orang yang selalu disebut-sebut. Ramah orangnya, siap ajak selfie sekali nak masuk dalam group. Tapi sebab ramai lagi tetamu yang datang tak lama sangat lah menyembangnya. Insya-allah ada rezeki, boleh jumpa lagi lepak makan dekat area rumah sebab rumah kitorang tak jauh pun. Area Subest tu jugak. 

Kalau datang Bizmilla cenggini lah gaya, sana sini nak bergambar sebab banyak port cantik. Tapi heels tak bagi kerjasama sangat untuk bergerak banyak sebab kaki dah melecet. Kelam kabut sangat keluar sampai terlupa nak pakai stokin. T.T




Dah habis bergambar dekat atas, sambung bergambar dekat bridge lepastu singgah Starbucks sebab panas then sambung bergambar balik dekat area bawah sebab lighting on point kekeke


Dari heels dah bertukar jadi selipar dah sebab kaki melecet teruk. Nak berjalan pun dah tak selesa. Anyway tahniah En. Rosdi sekeluarga sebab dapat ahli keluarga baru. 

 

Makan dah lama dah tapi baru sekarang nak update entry sebab lupaaaaa. Kalau ada yang pernah baca entry CANTEEN, kedai makan 10% Kopitiam X Mix Thai 88 Subang Bestari ni di lokasi yang sama juga. Sedih betul bila tahu CANTEEN tutup sebab pandemik sebab makanan dengan kopi dia sedap. Interior kedai makan kopitiam ni tak jauh beza pun dengan CANTEEN sebab interior luar dalam dah cantik, buat apa nak tukar kan? Warna je lah dia cat hitam bingkai oren kuning ikut tema kedai dia. 

Menu dekat 10% Kopitiam X Mix Thai 88 ni adalah menu makanan Thailand so signature menu dia tomyam, kerabu, somtam, kari hijau dan menu lain yang kita biasa jumpa. Kitorang pergi ni masa Raya Haji. Kedai dekat kawasan Subest ni tak buka sebab semua balik beraya. Entah kenapa kitorang tak balik tapi yang pastinya kitorang tak balik lah sebab tu datang makan sini. 


Untuk menu lunch, kitorang order tomyam campur dengan spicy salad. Malas nak order banyak sebab a) dua orang je makan, b) dalam tomyam tu pun dah ada banyak lauk. Dalam tomyam campur tu ada ayam, sotong, udang dengan isi ikan dory. Kitorang order spicy salad tu sebab nak makan salad...... Alasan macam tah pape tapi malas nak makan somtam, tu yang pastinya. 




Harga makanan dekat kedai 10% Kopitiam X Mix Thai 88 ni agak mahal sebab tomyam tu RM40 tak silap tapi berbaloi lah makan sebab kuah tomyam dia pekat. Bahan kat dalam tu pun banyak, bukan ditutup dengan 'sampah' semata. Seafood yang dia guna pun fresh especially isi ikan dory tu. Sama juga dengan spicy salad dia, tengok pun dah boleh nampak kot bahan dia banyak dan segar. Rasa masam, manis tomato dan gula dengan rasa pedas semua bergabung elok je. Masa makan ni rasa mengah nak habiskan sebab banyak, maybe better makan bertiga kot. 

Untuk minuman kitorang order Kopi Vietnam tapi lama betul ambil masa nak habiskan sebab pekat sangat. Kalau yang suka kopi pekat macam ni, memang berbaloi lah datang lepak sini. So far I tak repeat lagi sebab tengah berjimat tapi rasa teringin pulak nak rasa nasi goreng nenas dengan green curry dia. Kalau follow Facebook 10% Kopitiam X Mix Thai 88 boleh tengok promo dan diskaun dia bagi setiap minggu. 

Blog Performance September 2022


Lately ni berkenan sangat dengan warna sage green sampai satu set cadar katil warna sage green, beli baju pun pilih warna tu, tengok something yang guna warna sage pun bahagia maka terbitlah poster guna warna sage jugak. Poster ni kosong je awalnya tapi touch up biar nampak hidup sikit. A bit messy but still I love it. 

Walaupun makin suka tengok warna hijau tapi tak bermakna report card warna yang sama jugak. Bulan September banyak yang merah terutamanya pageviews....


1. PV

Pageviews bulan Ogos mencecah sampai 148k sebulan tapi bulan September turun sampai 97k sahaja. Lebih kurang macam bulan Julai around 95k, possible tak puncanya sebab ada 30 hari? Hehehe mungkin kita boleh tengok bulan Oktober punya pulak.

Tengok dekat graf tu pageview menjunam jatuh masa dekat awal bulan dengan hujung bulan. Bulan September banyak cuti umum lepastu ada cuti sekolah so orang banyak pergi vacation dan travel. Siapa yang buat niche atau entry travel memang mencanak la kot. 

2. Posts


Air Force The Movie tu bukan setakat dapat kutipan tinggi, menyumbang kepada pageview tinggi pun ye jugak. Tahniah team Air Force untuk kejayaan kutipan, dengar pengarah menyembang haritu ada plan untuk sekuel pulak. Movie macam ni memang patut lah jadi franchise. Kalau buat prolog pun nice jugak sebab nak kenal Lejen dan Gaban lebih mendalam lagi. 

Sama macam bulan lepas, Popular Post untuk bulan ni pun penuh dengan movie review. Baru semangat nak buat review banyak sikit. Dekat dalam draft tu ada banyaaaaak movie review yang tak publish lagi. Ada jugak yang dah tengok tapi lupa buat review. Bulan Oktober ni mungkin ada banyak review untuk movie Indonesia dengan Bollywood sebab panggung wayang dah aktif balik dah. Tak terkejar nak tengok sebab release dekat cinema ada, release dekat streaming platform pun rancak. 

3. Keywords


Keywords ada yang baru nampaknya sebab bulan September ada update pasal pengalaman jadi live audience Terpaling Juara. Ada lagi dua entry pasal Terpaling Juara ni tapi tak sempat nak update. Bab ambil gambar sampai storage phone penuh kemain laju tapi bab nak update malasnya ya rabbi. 

4. Audience


Lepas 3, 4 bulan dok resah mana audience Indonesia pergi dari carta, bulan September dia datang balik ambil tempat kedua. Kalau ikutkan memang wajar lah sebab banyak movie review filem Indonesia juga. Tapi Singapore pulak hilang dari top 10 padahal dulu yang ketiga atau keempat je tempat dia. Well, that's life kan, you gain some but you lose some. Orang bertuah je dapat semua benda. 

Anyway, terima kasih kepada pengunjung baru dan lama, terima kasih datang beri sokongan, komen dan views. Selamat menempuh Oktober yang penuh dengan tragedi dan momen angker sempena Halloween. Take care and stay safe everyone :)

Aiman & Zahirah Paparkan Kisah Hitam Yang Diselubungi Cinta Dalam ‘Tiada Maaf Buatmu’

Tuesday 27 September 2022

Drama terkini Astro Ria iaitu ‘Tiada Maaf Buatmu’ membawa kisah percintaan persis office romance yang bakal menjadi kegemaran ramai. Namun drama baharu pertaruhan kali ini bukanlah berdasarkan naratif percintaan biasa atau cliché semata-mata. 

Penceritaan menerusi 24 episod ini mengisahkan Aina Cempaka seorang gadis yang mengalami kecelakaan sehingga ia merubah kehidupannya. Perbuatan abangnya yang tidak melangsaikan hutang pemilik kelab malam menjadikan Aina Cempaka mangsa keadaan. Kejadian itu membuatkan kehidupan Aina Cempaka menjadi lebih malang apabila dia kehilangan ingatannya. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Namun, takdir menemukan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal  kembali apabila dia mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di syarikat Faiz Iqbal. Keberadaan Aina Cempaka di sisi Faiz Iqbal membuatkan kerja-kerjanya lebih teratur, menarik perhatian Faiz Iqbal yang menaruh hati padanya dalam diam. Bibit-bibit percintaan mula berputik di antara mereka tanpa mengetahui sejarah hitam yang terjalin antara satu sama lain lima tahun lalu. 

Drama ini menampilkan kemunculan semula pasangan popular Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson sebagai watak utama selepas bergelar suami isteri lantas mengembalikan keterujaan para peminat dengan lakonan mereka selepas drama hit mereka dalam  ‘Curi-Curi Cinta’.

Drama terbitan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini diarahkan oleh sutradara Idora Abdul Rahman serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali dan Sofia Dendroff. 

‘Tiada Maaf Buatmu’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 September 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama, Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Idlan Zahari - Pengurus Saluran Astro Ria

“Astro sekali lagi membawa pertaruhan yang besar dengan kembalinya Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson dalam ‘Tiada Maaf Buatmu’. Berbeza dengan penceritaan yang sebelumnya, drama ini memberi gambaran cinta yang terselit sejarah hitam antara watak utamanya. Kelainan ini mampu melahirkan jangkaan yang berbeza di kalangan para penonton memandangkan kedua-duanya akan menunjukkan sisi yang baharu. Uniknya lagi, ini merupakan penampilan pertama mereka selepas bergelar suami isteri jadi para penonton pasti akan tidak sabar untuk melihat gandingan mereka berdua yang memberikan watak kontra dengan kehidupan mereka yang sebenar. 


Kerjasama dengan pihak produksi iaitu Suhan Movies & Trading amat menyenangkan. Mereka memahami kehendak para penonton serta pihak Astro. Malah pihak kami sentiasa ingin mencabar landskap industri drama dengan mengetengahkan penceritaan yang berbeza serta berlandaskan genre yang lebih edgy dan dark.

Drama ini turut berjaya menyelitkan elemen pemerkasaan wanita serta kebangkitan mereka apabila mereka disalah lakukan.  Kami berharap naratif ini mampu menjadi inspirasi kepada para penonton kami serta menarik segmen penonton baharu termasuk generasi muda untuk menontonnya. Akhir sekali, kami berharap ‘Tiada Maaf Buatmu’ bakal menjadi perbualan hebat di kalangan peminat drama dan penonton Astro.” 


Idora Abdul Rahman - Pengarah Drama ‘Tiada Maaf Buatmu’

“’Tiada Maaf Buatmu’ merupakan sebuah naskah yang memberi gambaran side-effect kepada para penonton mengenai isu serangan seksual. Ia bukanlah sesuatu isu  yang ringan, malah ia menjadi satu cabaran buat kami untuk memaparkan dengan baik. Kami ingin menonjolkan masalah yang datang daripada isu ini, bukan sahaja masalah cinta lovey dovey atau putus cinta yang biasa dipaparkan dalam drama melayu. Namun, pengambilan Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah MacWilson merupakan penyelesaian yang terbaik kerana mereka sangat profesional dan tidak mencampur-adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya. Dua-dua memang kompetitif dan sering melahirkan idea dan lakonan yang lebih realistik. 

Saya berharap para penonton akan tertarik dengan jalan ceritanya dengan plot twist yang mencabar emosi. Kami juga berharap mesej dan pengajaran yang diselitkan sampai kepada mereka dan diterima dengan baik.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘TIADA MAAF BUATMU’


Faiz Iqbal - Aiman Hakim Ridza
Aina Cempaka - Zahirah MacWilson
Burn - Wan Raja
Mohsin - Hafreez Adam
Rashid - Josiah Hogan
Tan Sri - Datuk Jalaluddin Hassan
Puan Mariam - Watie Sadali
Suzy - Sofia Dendroff

LOGLINE DRAMA ‘TIADA MAAF BUATMU’

Kehidupan Aina Cempaka telah musnah dan dia hilang ingatan disebabkan musibah yang menimpanya. Faiz Iqbal jatuh cinta pada Aina Cempaka tanpa mengetahui bahawa Aina Cempaka adalah mangsa daripada sejarah hitamnya.

SINOPSIS DRAMA ‘TIADA MAAF BUATMU’


‘Tiada Maaf Buatmu’ mengisahkan seorang gadis bernama Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu, akibat daripada kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam. Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu. Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya. 

Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal. Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri. Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini. 

Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing? Nantikan jawapannya.