Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

Tuesday 29 December 2020

Haid… Boleh menyebabkan senggugut, perubahan mood dan jerawat. Tetapi bukan itu sahaja, ia juga berisiko mendatangkan ‘malapetaka’ pada sistem pencernaan anda!

Pernahkah anda mendengar istilah period poop? Jika tidak, dalam bahasa mudah ia membawa maksud cirit-birit ketika haid, pergerakan usus yang berubah apabila haid bermula. Period poop agak berbeza jika dibandingkan dengan ‘bahan buangan’ anda sebelum haid, dan ia selalunya bersifat lebih cair, lebih kerap, atau menjadi cirit-birit.

Menurut Dr. Yolanda Kirkham, Pakar Sakit Puan di Women’s College Hospital dan Pusat Kesihatan St. Joseph di Toronto, hormon sebahagian besarnya adalah punca yang boleh dipersalahkan!

Tahukah anda, setiap kali kitaran haid berlaku, tubuh kita akan mengalami banyak perubahan hormon? Ya, benar. Perubahan ini mempengaruhi seluruh tubuh, lantas menyebabkan gejala sindrom prahaid (PMS) yang merangkumi perubahan mood, kekejangan, dan perubahan sistem pencernaan.

Persoalannya di sini, bagaimana haid boleh mempengaruhi pergerakan usus? Ingin ketahui dengan lebih lanjut? Jom baca!

Haid & pergerakan usus

Sebelum penulis mengupas isu ini dengan lebih lanjut, mari kita fahami dahulu makna pergerakan usus. Untuk pengetahuan anda, pergerakan usus (bowel movement) adalah cara tubuh kita membuang sisa yang tidak ada sebarang kegunaan di dalam badan.

Kandungan najis adalah kira-kira 3 per 4 air. Selebihnya adalah campuran bahan yang merangkumi:

  • Bakteria
  • Lemak
  • Serat (makanan yang tidak dicerna)
  • Sisa makanan
  • Lendiran
  • Garam

Faktor-faktor berikut membincangkan perubahan di dalam badan yang berlaku sebelum dan semasa haid yang mempengaruhi pergerakan usus anda, antaranya:

#1 Peningkatan pengecutan otot

Tepat sebelum haid bermula, tubuh akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai prostaglandins. Apa fungsinya? Hormon-hormon ini merangsang pengecutan otot di rahim lantas membantu badan menyingkirkan lapisan rahim.

Pada masa yang sama, hormon haid turut merangsang otot di usus yang berdekatan dengan rahim untuk mengecut, menyebabkan pergerakan usus yang lebih kerap. Bukan itu saja, ia juga mengurangkan keberkesanan tubuh dalam menyerap air, menyebabkan najis lebih cair dan meningkatkan risiko cirit-birit.

Namun, apabila ia berlaku, mungkin sukar untuk anda membezakan sama ada mengalami kekejangan rahim, perut atau usus kerana semuanya menyakitkan dan tidak menyelesakan. Tambah lagi, hormon prostaglandins juga terlibat dalam banyak gejala PMS yang lain, termasuklah sakit kepala.

#2 Progesteron meningkat

Antara hormon lain yang bakal meningkat tepat sebelum haid bermula adalah, hormon progesteron. Bagi sesetengah wanita, progesteron berisiko mempengaruhi saluran pencernaan sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit.

Pada wanita yang mempunyai masalah usus kronik atau penyakit radang usus (IBD), seperti ulcerative colitis atau penyakit Crohn, maka menstruasi boleh memburukkan lagi gejala yang dialami. Contohnya, pada individu yang mengalami sembelit berkaitan dengan IBD, perubahan yang berkaitan dengan hormon progesteron akan memburukkan lagi masalah sembelit.

Bukan itu sahaja, hal ini juga mempengaruhi mereka dengan kondisi seperti endometriosis, fibroid rahim, malah sista ovari.Tambahan itu, pesakit IBD juga lebih cenderung mengalami simptom PMS yang lain, seperti sakit kepala atau senggugut.

#3 Tahap stres atau kegelisahan meningkat

Ketika PMS atau haid, kebanyakan wanita mengalami perubahan mood atau peningkatan tahap kegelisahan.Ternyata, bukan hanya faktor hormon malah stres juga boleh mempengaruhi pergerakan usus anda, menyebabkan sembelit mahupun cirit-birit.

Menurut penyelidikan di dalam jurnal BMC Women’s Health, golongan wanita melaporkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap kesakitan dan ketidakselesaan dalam fasa prahaid dan semasa haid. Justeru, ia berisiko memburukkan lagi simptom stres dan kegelisahan yang dialami.

#4 Perubahan diet

Selalu rasa lapar dan craving makanan-makanan manis apabila nak datang bulan? Ternyata ada penjelasan di sebaliknya! Ia berpunca oleh hormon progesteron yang meningkatkan rasa lapar dan membuatkan kita teringin makanan tinggi kandungan lemak atau gula, seperti aiskrim, kek mahupun coklat.

Namun, disebabkan tubuh sukar untuk mencernanya, pengambilan makanan ini mampu mempengaruhi saluran pencernaan anda. Perubahan berkaitan PMS dalam tabiat pemakanan menyumbang kepada penyebab segelintir wanita melihat perbezaan dalam konsistensi, kekerapan, atau bau najis mereka sebelum atau semasa haid.

Tip menguruskan period poop

Bagi sesetengah kaum Hawa, haid adalah tempoh masa yang paling ingin dielakkan dek kesakitan yang terpaksa dihadapi! Tetapi usah risau, jika tidak dapat menghilangkannya secara total, anda masih boleh mengurangkan simptom-simptom dialami dengan perubahan diet dan gaya hidup.

Tip berikut dapat membantu anda menangani masalah cirit-birit ketika haid:

  • Makan banyak serat semula jadi, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian: Makanan berserat tinggi membantu menjaga sistem pencernaan yang sihat

  • Lakukan aktiviti fizikal: Jangan terlalu pasif dan hanya berbaring sepanjang hari. Pastikan badan sentiasa bergerak dan kekal aktif kerana ia boleh melegakan masalah kekembungan, ketidakselesaan dan membantu usus bergerak dengan baik

  • Cuba pelembut najis: Ubat pelembut najis membantu najis melewati usus dengan lebih mudah

  • Ambil ibuprofen: Ibuprofen (ubat tahan sakit) bukan sahaja dapat bantu mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan rahim, malah mengawal prostaglandins. Kadangkala, kesan ubat ini juga dapat mengatasi gejala pencernaan yang berkaitan dengan haid

Sekiranya masalah ini berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian, usah buang masa dan segera berkonsultasi bersama doktor agar pilhan rawatan terbaik dapat diberikan.

Konklusinya…

Benar, masalah sembelit dan cirit-birit terutamanya ketika period adalah amat menjengkelkan dan menyiksakan, namun biasanya ia akan berakhir apabila habis haid. Sekiranya rawatan di rumah masih tidak membantu, doktor anda mungkin akan mengesyorkan pilihan ubatan lain ataupun rawatan hormon.

Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

Tuesday 15 December 2020

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan

Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita. Walau bagaimanapun, sedikit trivia berkenaan dengan hukum alam, ia tidak mempunyai sebarang bentuk diskriminasi. Mungkin mereka lebih berisiko, namun lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah terbabit.

Artikel ini akan memperkenalkan 7 ‘penyakit wanita’ yang turut mempengaruhi kaum Adam.


#1 Osteoporosis, penyakit tulang rapuh 

Osteoporosis agak popular dan jika anda perhatikan iklan di televisyen, kebanyakan penghidap (jika bukan semua) diperwatakkan oleh pelakon wanita. Keadaan ini menyebabkan timbul salah faham berkenaan dengan maklumat demografi dan risiko bagi penyakit tulang rapuh. Apabila tulang anda mengalami penurunan ketumpatan, ia mudah retak dan menyebabkan komplikasi serius.

Walaupun kajian menunjukkan setinggi 1 daripada 3 wanita menghidap masalah ini, namun lelaki juga tidak terlepas daripada didiagnosis walaupun tidak sekerap itu (1 daripada 5 lelaki). Keadaan ini berlaku berikutan perubahan proses fisiologi wanita selepas mereka mencapai usia menopaus.

Namun, apabila mencecah usia 65 hingga 70 tahun, proses patologi penyakit berlaku pada kadar yang hampir sama bagi kedua-dua jantina.


#2 Kanser payudara, boleh didiagnosis pada lelaki


Walaupun payudara sering dianggap sebagai penyakit wanita, namun pernyataan tersebut adalah tidak tepat.

Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai tisu payudara. Cuma wanita mengalami tumbesaran dan peningkatan pada jumlah tisu payudara akibat peningkatan hormon ketika mereka akil baligh. Payudara lelaki akan kekal rata seumur hidup mereka.

Melalui fakta tersebut, kita boleh simpulkan segelintir lelaki berisiko untuk mendapat masalah kanser payudara walaupun sangat jarang berlaku. Terdahulu, kajian menunjukkan kira-kira 1 peratus lelaki berisiko mendapat masalah kanser ini namun insidennya semakin meningkat tahun demi tahun.

Oleh sebab ia merupakan satu bentuk tabu, keadaan kesihatan ini sukar dikesan pada peringkat awal, maka tahap kelangsungan hidup lelaki jauh lebih rendah berbanding dengan wanita yang turut mempunyai kanser payudara.


#3 Masalah berkaitan organ tiroid

Tiroid adalah organ kelenjar kecil yang terletak di bahagian bawah hadapan leher. Ia merupakan satu organ yang penting dalam mengawal kadar metabolisme badan melalui penghasilan dan rembesan hormon. Jika jumlah hormon yang dihasilkan berada di luar kawalan, ia boleh menyebabkan masalah hipertiroid.

Penghidap boleh mengalami simptom seperti:

  • Kelesuan
  • Mudah lupa
  • Rambut dan kulit kering dan kasar
  • Berat badan susut secara berlebihan
  • Apa akan terjadi jika jumlah hormon yang dihasilkan tidak mencukupi? Anda boleh didiagnosis dengan masalah hipotiroid.

Simptomnya adalah:

  • Lemah otot
  • Sukar tidur
  • Berat badan naik
  • Mudah marah
Walaupun keadaan kesihatan ini adalah 5 hingga 8 kali ganda lebih lazim didiagnosis dalam kalangan wanita, namun lelaki turut menjadi mangsa memandangkan mereka juga mempunyai organ tersebut.


#4 Kecelaruan tabiat pemakanan, hanya untuk wanita?

Apabila kita berbicara mengenai masalah tabiat pemakanan seperti anoreksia dan bulimia, jarang sekali kita terbayangkan lelaki.


Pasti gambaran wanita kurus kering bermain di fikiran anda.

Hakikatnya, 10 hingga 15 peratus daripada jumlah mereka yang didiagnosis terdiri daripada jantina lelaki. Ia bukanlah satu penyakit yang eksklusif untuk wanita.

Atlet, individu obes, lelaki homoseksual dan transgender serta individu yang mempunyai personaliti tertentu seperti mudah resah, perfectionist dan sebagainya berisiko untuk mendapat masalah ini.

Komplikasi serius seperti masalah jantung, osteoporosis, kegagalan organ dan kematian boleh berlaku jika ia tidak dirujuk kepada pakar.


#5 Jangkitan pundi kencing bukan penyakit wanita sahaja

Ya, wanita lebih mudah untuk mendapat jangkitan pundi kencing berikutan struktur uretra mereka yang lebih pendek. Namun, lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah ini terutamanya bagi penghidap:

  • Masalah prostat bengkak
  • Batu karang
  • Kecacatan kongenital pada uretra
Mereka yang mengalaminya boleh mendapat simptom seperti:

  • Kerap kencing
  • Air kencing keruh
  • Tidak boleh tahan kencing
  • Rasa terbakar semasa kencing
  • Demam

#6 Kemurungan, turut dialami kaum Adam


Walaupun wanita adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk didiagnosis dengan masalah kemurungan, tapi terdapat percanggahan berkaitan dengan maklumat tersebut.

Secara amnya, lelaki dan wanita boleh menunjukkan simptom kemurungan yang berbeza. Lelaki lebih mudah untuk marah, tertekan dan hilang motivasi untuk melakukan sesuatu manakala wanita pula lebih kepada perasaan sedih dan sering menangis.

Keadaan ini menyukarkan proses diagnosis justeru ramai lelaki yang mengalami kemurungan tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Mereka lebih cenderung untuk mencuba dadah terlarang, alkohol atau terlibat dalam aktiviti berisiko.

Lelaki juga lebih berisiko untuk berjaya membunuh diri sendiri sekiranya mereka mencubanya. Tanpa rawatan, kemurungan boleh menyebabkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.


#7 Masalah autoimun lupus sering didiagnosis pada wanita

Dianggarkan 90 peratus wanita menghidap masalah autoimun ini. 

Selebihnya adalah lelaki yang terkesima dengan diagnosis yang dikatakan ‘sangat jarang’ berlaku dalam jantina mereka. Mereka yang mengalaminya boleh menunjukkan simptom seperti:

  • Bengkak dan sakit sendi
  • Lemah otot
  • Kelesuan ekstrem
  • Demam yang tidak diketahui puncanya
  • Keguguran rambut
  • Kaki bengkak
  • Mata bengkak
  • Sakit mulut
  • Kelenjar bengkak
  • Ruam merah persis bentuk rama-rama pada kawasan hidung dan pipi

Konklusi

Sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana masalah kesihatan seperti yang tersenarai, jangan ragu-ragu. Anda masih lelaki. Lelaki juga boleh mendapat masalah yang sama seperti wanita.

Mungkin anda berasa tertekan selepas didiagnosis dengan kanser payudara namun rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Maka penting bagi setiap lelaki untuk memberikan perhatian terhadap simptom yang mungkin dialami kesan daripada ‘penyakit wanita’.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!

Thursday 12 November 2020

 Tahukah anda, asid folik bukan hanya diambil ketika hamil, teetapi vitamin ini juga perlu diamalkan oleh wanita yang belum dan tidak mengandung.

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan.

Asid folik ialah sejenis Vitamin B yang penting untuk tumbesaran bayi ketika mengandung. Bayi memerlukan asid folik bagi tujuan tumbesaran. Pengambilan asid folik juga boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kecacatan pada otak dan juga tulang belakang (kecacatan tiub neural). Jika anda pernah mengandung, maka anda pasti sudah tidak asing lagi dengan asid folik.

Namun, tahukah anda bahawa pengambilan asid folik tidak terhad kepada wanita mengandung sahaja? Malah, lelaki juga perlukan asid folik! 

Bagi wanita mengandung, pengambilan asid folik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan. Wanita yang ingin mengandung perlu ambil asid folik sebanyak 400 mg selama sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.

Saya belum mengandung, perlukah saya ambil asid folik?

Sebenarnya, semua wanita disarankan mengambil asid folik walaupun tidak bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat!

Kesedaran dalam pengambilan asid folik bagi kalangan wanita muda masih lagi rendah. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Korea terhadap wanita berusia 19 – 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik. Namun, hanya 2 orang sahaja yang faham tentang fungsi sebenar asid folik untuk melawan kecacatan janin semasa mengandung.

Walaupun mereka faham tentang kebaikan asid folik, hanya 1 dari 10 wanita sahaja yang benar-benar mengamalkan pemakanan suplemen asid folik secara konsisten. Wanita yang berumur 19 – 24 tahun yang belum berkahwin juga mempunyai kesedaran yang lebih rendah mengenai asid folik. Golongan ini jarang mengambil supplemen asid folik, mungkin kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan vitamin ini.

Selain itu, pengambilan asid folik juga terbukti untuk mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan juga sebahagian jenis kanser.

Bila saya perlu ambil asid folik?


Wanita perlu mengambil suplemen asid folik atau makan makanan yang kaya dengan asid folik bermula dari sekarang hinggalah 12 minggu pertama kehamilan. CDC juga menggalakkan wanita untuk mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan supaya kecacatan pada otak dan tulang belakang bayi dapat dielakkan.

Dos yang disarankan ialah sebanyak 400 mg kepada semua wanita yang boleh mengandung. Sebanyak 40% daripada kehamilan di seluruh dunia adalah tidak dirancang. Oleh itu, pengambilan awal asid folik akan membantu para ibu untuk mencapai tahap folat yang mencukupi untuk tumbesaran bayi.

Tambah lagi, kecacatan tulang belakang dan otak bayi boleh berlaku seawal 3 – 4 minggu kehamilan iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu bahawa dia sedang mengandung. Sebab itulah penting untuk wanita mengambil asid folik walaupun masih belum mengandung!

Jika anda tidak pernah mengambil asid folik sebelum hamil, maka anda disarankan untuk segera makan suplemen ini setelah anda tahu anda hamil. Dos untuk wanita hamil ialah sebanyak 500 – 600 mg, mengikut situasi dan juga keadaan ibu ketika mengandung.

Walau bagaimanapun, kami sarankan untuk para ibu mengandung mendapatkan konsultasi daripada doktor kerana keperluan setiap ibu mungkin berbeza-beza mengikut situasi.

Bagaimana saya boleh dapatkan amaun asid folik yang mencukupi?


Ada 3 cara untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi bagi keperluan tubuh badan anda : 

1. Makan makanan yang kaya dengan asid folik

  • Makanan seperti sayur-sayuran yang berdaun gelap (sawi dan bayam)
  • Brokoli, kubis, kubis bunga, asparagus
  • Buah-buahan seperti buah oren, nanas, pisang dan betik

2. Ambil suplemen yang mengandungi 400 mg asid folik.

3. Makan makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti nasi, pasta ataupun roti yang diperkaya dengan asid folik.

Jika anda sedang mengandung, adalah agak mustahil untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi hanya daripada diet anda. Oleh itu, anda haruslah mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan asid folik anda setiap hari.

Kesimpulan

Pengambilan asid folik adalah penting bagi semua wanita. Walaupun anda belum mengandung atau tidak berkahwin, asid folik ada banyak kebaikan lain seperti mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.

Selain itu, pengambilan asid folik ketika mengandung juga dapat mempengaruhi kecerdasan anak. Jika diambil secara konsisten sewaktu mengandung, asid folik mampu meningkatkan keupayaan anak menguasai bahasa. 

Pengambilan asid folik secara berkala juga dapat meningkatkan kesuburan wanita. Penting untuk wanita zaman sekarang faham akan kepentingan mengambil asid folik pada usia muda. Oleh itu, kesedaran perlulah dipupuk seawal usia remaja lagi.

Jangan tunggu sehingga anda mengandung baru mahu mengambil suplemen asid folik. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan ya!

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Friday 30 October 2020

Apa warna darah haid? Mestilah merah, kan? Tapi adakah benar darah haid hanya berwarna merah? Tahukah anda, warna darah period yang berbeza mungkin petanda masalah kesihatan!

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor.com

Perubahan warna darah haid

Darah haid boleh berubah warna dan tekstur pada setiap bulan, bahkan pada 1 kitaran haid. Warna darah haid boleh memberikan petunjuk tahap keadaan dan masalah kesihatan yang mungkin dialami wanita.

Semasa period, badan akan menyingkirkan tisu dan darah daripada rahim melalui faraj. Pelepasan berdarah ini boleh menjadi berbeza daripada warna merah terang hinggalah ke coklat gelap atau hitam. Perubahan hormon, diet pemakanan, gaya hidup, usia dan persekitaran seseorang boleh mempengaruhi variasi warna darah ketika period. 

Jenis perbezaan warna darah haid 

Jangan ingat warna darah semasa haid hanyalah merah semata-mata, ya? Ini ada 6 jenis perbezaan warna yang perlu anda perhatikan.

1. Hitam

Darah haid yang berwarna hitam boleh muncul pada permulaan atau hari terakhir kedatangan period individu. Biasanya warna ini melambangkan darah lama atau darah yang mengambil masa lebih lama untuk keluar daripada rahim. 

Ia mempunyai masa untuk mengoksidasi (oxidize), berubah kepada coklat atau merah tua sebelum bertukar kepada warna hitam. Namun warna darah haid hitam juga boleh menunjukkan masalah kesihatan melibatkan penyumbatan di dalam faraj. 

Antara simptom lain yang boleh diperhatikan adalah:

  • Lendir faraj yang berbau busuk
  • Demam
  • Kesukaran membuang air kecil
  • Gatal atau bengkak di dalam atau sekitar faraj

2. Coklat atau merah pekat

Haid yang berwarna kecoklatan atau merah pekat ini juga menandakan ia adalah darah lama dan boleh keluar pada waktu awal atau akhir period. Tempoh masa mengoksidasi darah ini tidak selama darah hitam dan ia boleh muncul dalam pelbagai warna.

Kehamilan

Tompokan atau darah coklat yang terhasil juga boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan yang dipanggil sebagai pendarahan implantasi dalam istilah perubatan. Pelepasan atau tompokan berwarna coklat ini semasa tempoh kehamilan pula boleh menjadi petunjuk masalah kesihatan seperti kehamilan ektopik atau keguguran.

Sekiranya anda menyedari tompokan darah pendarahan faraj seperti ini semasa mengandung, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Lochia

Lendir berwarna merah gelap atau coklat yang berlaku selepas proses kelahiran disebut lochia – pendarahan selepas bersalin. Biasanya lochia adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia merupakan cara badan mengeluarkan lebihan darah dan tisu daripada rahim. 

Umumnya, lochia akan bermula daripada darah merah terang dan kemudian akan berubah kepada warna lebih gelap apabila pengalirannya semakin berkurang. 

Tempoh lochia adalah berbeza bagi setiap individu, tetapi biasanya berlangsung dalam tempoh beberapa bulan pertama selepas melahirkan anak.

3. Merah terang

Warna darah haid merah terang menunjukkan ia adalah darah segar dan aliran stabil. Darah haid pada awalnya mungkin akan berwarna merah terang dan berubah kepada gelap pada akhir haid. Ada wanita mendapati warna darah haid tetap berwarna merah terang sepanjang tempoh period. 

Tompokan atau pendarahan luar biasa di antara kitaran haid mungkin menjadi tanda masalah kesihatan melibatkan jangkitan kelamin seperti klamidia. Pertumbuhan pada lapisan rahim, disebut polip atau fibroid, juga boleh menyebabkan pendarahan luar biasa.

Dalam kes yang jarang berlaku, pendarahan merah terang mungkin merupakan tanda barah serviks. Gejala lain yang perlu diperhatikan seperti:

  • Pendarahan banyak 
  • Tempoh haid lebih lama 
  • Pendarahan selepas hubungan seksual
  • Keputihan berbau
  • Sakit pada bahagian belakang badan, pelvis atau kaki
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

4. Merah jambu 

Ciri darah haid berwarna merah jambu ini boleh berlaku apabila darah haid bercampur dengan lendir serviks. Penggunaan alat kawalan kelahiran jenis hormon boleh menurunkan kadar estrogen di dalam badan dan mengakibatkan warna darah lebih cerah dengan rona merah jambu semasa period. 

Hubungan seksual juga mungkin boleh menyebabkan koyakan kecil pada faraj atau serviks. Darah kesan koyakan ini akan bercampur dengan cecair faraj dan disingkirkan daripada badan sebagai keputihan merah muda.

Punca lain penyebab warna darah haid menjadi merah jambu adalah:

  • Penurunan berat badan mendadak
  • Diet yang tidak sihat
  • Anemia 
  • Kehamilan

Lendir berwarna merah muda dengan tisu dan disertai dengan kekejangan mungkin petanda keguguran. Penting bagi wanita yang mengalami pendarahan faraj semasa mengandung untuk berjumpa doktor.

5. Oren

Campuran darah dengan cecair serviks juga boleh menghasilkan ciri darah haid berwarna oren. Darah berwarna oren ini menandakan masalah kesihatan jangkitan seperti vaginosis bakteria atau trichomoniasis.

Simptom lain yang perlu diperhatikan adalah kegatalan faraj, ketidakselesaan dan lendir berbau. Sebaiknya, lakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti puncanya.

6. Kelabu

Ia petanda masalah vaginosis bakteria, disebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam faraj. Simptom lain yang perlu diperhatikan adalah:

  • Kegatalan di dalam dan sekitar faraj
  • Faraj berbau hanyir
  • Kesakitan semasa kencing

Pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor. Biasanya anda akan diberikan antibiotik untuk merawat masalah kesihatan tersebut.

Kehamilan 

Pada peringkat akhir kehamilan, pelepasan warna kelabu dengan darah beku adalah petanda keguguran.

Berwaspada..

Warna darah haid dan tahap kepekatan darah boleh memberikan maklumat berguna tentang tahap kesihatan individu secara keseluruhan. Jika mempunyai keraguan atau kebimbangan, lakukan pemeriksaan dengan doktor obstetrik dan ginekologi. 

Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

Saturday 17 October 2020

Untuk artikel lebih lanjut, layari Hello Doktor.com
Untuk lebih banyak artikel kesihatan, klik gambar untuk ke HelloDoktor.com

Beberapa bulan yang lalu, rasanya ramai dalam kalangan kita yang menyangka bahawa wabak pandemik COVID-19 sudah berjaya dikawal dengan baik. Sangkaan ini ternyata meleset kerana sejak kebelakangan ini jumlah kes positif virus korona baharu ini semakin meningkat secara mendadak dengan tiba-tiba.

Ada yang kata bahawa ia adalah disebabkan sikap acuh tidak acuh kita semua dalam mengamalkan langkah pencegahan dan pengawalan wabak ini.

PKPP hanya pada nama sahaja

Sehingga kini, kita semua sebenarnya masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pun begitu, sedarkah anda bahawa PKPP yang sedang giat berlangsung ini sudah tinggal hanya pada nama sahaja? Ramai individu kini dilihat sudah bebas bergerak ke sana ke sini seolah-olah tiada wabak yang sedang menular!

Konsep pemakaian topeng muka, pengamalan jarak sosial atau pemeriksaan suhu badan kini hanya dibuat untuk melengkapkan syarat sahaja. Sebagai contoh, suhu badan manusia perlu diperiksa dengan menggunakan alat seperti termometer dan sebagainya sebelum boleh masuk ke mana-mana tempat.

Apa yang menyedihkan adalah segelintir individu tidak langsung melakukannya atau memeriksa suhu dengan perlakuan yang boleh dianggap ‘main-main’. Ini adalah satu perkara yang tidak wajar untuk kita semua teruskan.

Periksa suhu badan adalah penting!

Pergi ke mana sahaja sekarang, suhu badan perlu diperiksa terlebih dahulu di pintu masuk sebelum dibenarkan mengunjungi sesuatu tempat. Ini bertujuan memastikan setiap individu yang memasuki sesuatu tempat itu mempunyai suhu badan manusia yang normal yakni sekitar 36 ke 37.5 darjah celcius.

Jika melebihi jumlah ini, maka adalah wajar untuk kalian sendiri berundur dan tidak memasuki sesuatu tempat bagi langkah berjaga-jaga. Ini adalah selaras dengan pengamalan prosedur operasi standard (SOP) pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Pun begitu, masih wujud segelintir masyarakat yang bersikap acuh tidak acuh!

Periksa suhu badan acuh tidak acuh?


Angkara sikap malas dan mahu cepat, ada individu yang beranggapan bahawa perbuatan ini adalah tidak penting dan tidak ikhlas ketika melakukannya. Sebagai contoh, ada individu yang memeriksa suhu badan mereka menggunakan tangan sahaja sedangkan bahagian tubuh yang sepatutnya adalah pada dahi.

“Bacaan suhu paling tepat apabila pengimbas suhu diletakkan pada dahi seperti disyorkan penggunaannya,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau lagi, tidak dinafikan wujud kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat kesan sampingan kepada kesihatan jika pengimbas suhu sering digunakan pada dahi. Namun setakat ini tiada lagi bukti saintifik mengenai dakwaan itu dan perbuatan periksa suhu secara acuh tidak acuh ini hanya akan menerukkan lagi keadaan yang sedia ada.


Konklusinya, bertanggungjawablah pada diri sendiri, masyarakat dan negara agar kita semua mampu bersama melawan penularan wabak COVID-19 ini!

Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

Friday 2 October 2020

pening kepala
Klik gambar untuk baca lebih banyak info kesihatan
Tahukah anda, sakit kepala merupakan penyakit yang dominan dalam kalangan wanita? Untuk pengetahuan anda, pening kepala boleh diakibatkan oleh masalah hormon tidak seimbang. Menurut statistik, wanita mengalami sakit kepala 3 kali lebih kerap jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Selain itu, hampir 70% pesakit migrain adalah wanita.

Antara punca utama yang menyebabkan wanita kerap sakit kepala adalah disebabkan hormon yang tidak seimbang dalam badan. Tetapi, apa kaitan hormon dengan pening kepala? Anda hendak tahu lebih lanjut? Jom ikuti artikel yang kami sediakan di bawah!

Hormon tidak seimbang punca pening kepala?

pening kepala

Seperti yang ramai sedia maklum, pening kepala selalunya berpunca daripada umur dan juga sejarah keluarga. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa perubahan hormon dalam badan wanita, terutamanya hormon estrogen dan progesteron mempunyai kesannya yang tersendiri terhadap kesihatan!

Jika anda sering diserang migrain ketika datang bulan, mungkin perubahan hormon inilah punca yang menyebabkan anda sering sakit kepala! Pening kepala boleh berlaku apabila ada perubahan dalam tahap estrogen dalam badan.

Ketika datang bulan, wanita akan mengalami ketidakseimbangan hormon estrogen. Sakit kepala yang wanita alami semasa datang bulan ini turut dikenali sebagai menstrual migraine. Menurut Dr Anne MacGregor daripada National Migraine Centre UK, hampir separuh wanita yang mengalami pening kepala percaya sakit yang mereka alami itu berkait rapat dengan tempoh haid yang mereka alami.

Sakit kepala yang disebabkan oleh period selalunya akan bermula pada 2 hari sebelum datang bulan hinggalah 3 hari selepasnya. Pada waktu ini, tahap estrogen dalam badan mula berkurang. Serangan migrain pada waktu ini juga selalunya lebih teruk daripada biasa. Selain itu, sakit kepala ini juga mungkin akan berulang pada keesokan harinya.

Bukan perubahan hormon sahaja yang boleh menyebabkan sakit kepala!

Datang bulan atau period bukan satu-satunya punca sakit kepala dalam kalangan wanita. Ada juga punca lain yang mungkin menyebabkan migrain yang dialami jadi semakin teruk.

Sebagai contoh, wanita yang mengambil pil kontraseptif akan mengalami migrain yang lebih kerap apabila kadar hormon estrogen dalam badan mereka mula menurun. Keadaan ini selalunya berlaku ketika mereka berada dalam minggu ‘pill-free’.

Selain itu, wanita yang sedang menghampiri menopaus juga akan mengalami sakit kepala yang kerap. Sakit kepala ini selalunya berlaku akibat gangguan hormon dalam badan. Wanita yang mengandung juga boleh mengalami pening kepala pada minggu awal kehamilan. Namun, pening kepala ini selalunya akan beransur pulih setelah kandungan mencapai usia 3 bulan.

Sakit kepala ini sebab hormon tidak seimbang atau kerana tekanan?



Tetapi, takkanlah semua sakit kepala yang dialami adalah berpunca daripada masalah hormon?

Sakit kepala juga boleh berlaku jika anda rasa stres atau tertekan. Tapi, bagaimana hendak bezakannya? Sebagai permulaan, anda boleh mencatat tarikh anda diserang sakit kepala di dalam kalendar, dalam diari ataupun menggunakan aplikasi di dalam telefon bimbit.

Pastikan anda mempunyai data yang cukup sekurang-kurangnya selama 3 kali haid. Jika pening kepala selalu berlaku ketika anda hampir-hampir datang haid, maka tidak salah lagi, sakit tersebut pasti berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Namun, jika sakit yang anda rasa bertumpu pada bahagian dahi dan sisi kepala anda, sakit ini mungkin berpunca daripada tekanan.

Selain itu, sakit kepala disebabkan oleh migrain atau tekanan selalunya mempunyai tanda-tanda berikut:

  •  Sakit kepala berlarutan selama 4 – 72 jam.
  •  Nampak bintik-bintik atau garisan ketika pening kepala.
  •  Sakit kepala jadi makin teruk jika pesakit lebih aktif.
  •  Sensitif terhadap cahaya, bunyi atau bau.
  •  Rasa loya atau muntah-muntah.

Sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan turut diikuti dengan rasa sakit pada bahagian leher dan juga bahu.

Bagaimana hendak hilangkan sakit kepala?

Jika anda kerap diserang sakit kepala, ada beberapa pilihan rawatan yang doktor boleh cadangkan bergantung kepada keseriusan sakit kepala yang pesakit alami.

Doktor mungkin akan mencadangkan kepada pesakit untuk melakukan perubahan dari segi gaya hidup untuk merawat sakit kepala yang mereka alami. Jika ia tidak berkesan, doktor akan memberi preskripsi ubat-ubatan mengikut kesesuaian.

Sakit kepala yang disebabkan oleh stress boleh diubati dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen yang boleh didapati di farmasi berdekatan. Wanita yang mengalami sakit kepala akibat hormon juga boleh ambil ubat yang sama. Namun, mereka yang kerap mengalami sakit kepala mungkin perlukan rawatan lain.

Antara ubat-ubatan yang boleh diberi kepada pesakit termasuklah:

  1.   Beta blockers
  2.   Anticonvulsants
  3.   Calcium channel blockers
  4.   Antidepressants
Doktor akan menyarankan pesakit untuk mengambil ubat-ubatan di atas mengikut keperluan masing-masing. Pesakit mungkin perlu makan ubat setiap hari ataupun ketika diserang sakit kepala.

Cara mencegah sakit kepala akibat hormon tidak seimbang

hormon tidak seimbang

Jika anda kerap mengalami sakit kepala ketika datang bulan, anda boleh cuba ambil pil perancang kehamilan ataupun pelekat estrogen (estrogen patch) untuk mengurangkan sakit kepala yang anda alami.

Walau bagaimanapun, cara ini mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Ada juga yang akan mengalami sakit kepala yang lebih teruk setelah mengambil pil perancang kehamilan.

Anda juga boleh gunakan pek ais untuk melegakan sakit kepala anda. Selain itu, rehat yang mencukupi dan mandi air panas juga antara langkah yang terbukti berkesan untuk merawat sakit kepala.

Walau bagaimanapun, jika anda menghidap sakit kepala yang berpanjangan dan tidak sembuh-sembuh, pastikan anda berjumpa dengan doktor dalam masa yang terdekat!

Sakit kepala boleh mengurangkan kualiti hidup seseorang dengan drastik. Oleh itu, jangan abaikan rasa sakit yang anda alami dan cuba ikhtiarkan sesuatu untuk meredakan sakit yang dihadapi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

Monday 14 September 2020

hoarding disorder
Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan

Kita selalu dengar orang tua bercakap, “Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna!”. Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu ungkapan kegemaran milik pesakit hoarding disorder.

Nak tahu apa itu hoarding disorder? Jom ikuti artikel kami di bawah!

Simpan terlalu banyak barang, tapi sayang nak buang!

Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai masalah hoarding? Selalunya, orang yang mempunyai masalah ini ada timbunan barang yang amat banyak di rumah. Individu yang menjadi hoarder atau pengumpul barang selalunya sukar untuk berpisah dengan barang-barang kepunyaannya.

Mereka mempunyai ikatan emosi, fizikal, dan sosial dan kadangkala kewangan terhadap barang yang mereka simpan. Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang simpan barang dikategorikan sebagai hoarder.

Apa yang membezakan mereka dengan collector atau pengumpul barang ialah orang yang mempunyai masalah ini akan simpan apa sahaja walaupun mereka tidak perlukan barang tersebut.

Lambakan barang yang mereka kumpul juga boleh memenuhi rumah hingga mencecah siling. Kadang-kadang, barang mereka terlampau banyak dan bersepah sehinggakan individu tersebut tidak dapat akses ke bahagian lain rumah mereka.

Keadaan yang bersepah ini selalunya akan memberi impak yang negatif kepada hidup mereka. Rumah yang bersepah pasti tidak sesuai untuk membesarkan sebuah keluarga. Mereka juga akan jadi sensitif jika barang mereka dibuang atau dialihkan.

Mereka yang menderita sakit ini selalunya akan mempunyai konflik dengan keluarga dan sukar untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti memasak ataupun mandi di rumah masing-masing. Hoarding disorder berlaku kepada 2 – 6% daripada populasi di seluruh dunia. Penyakit ini juga lebih biasa dalam kalangan lelaki daripada perempuan.

Simpan banyak barang antara simptom hoarding!

simpan barang

Antara tanda-tanda individu yang mengalami penyakit ini ialah:

  1. Sukar untuk membuang barang.
  2. Rumah, kereta atau pejabat bersepah dan dipenuhi barang.
  3. Boleh hilang barang penting dalam timbunan barang.
  4. Gemar ambil barang-barang percuma
  5. Tidak akan menjemput sesiapa ke rumah kerana takut ataupun malu.
  6. Tidak akan membaiki rumah.
  7. Beli barang kerana ada diskaun ataupun untuk simpan sebagai stok di rumah.
  8. Tidak boleh susun barang mereka.
  9. Takut untuk buang barang kerana fikir ia akan digunakan nanti.

Kadangkala, penyakit ini terjadi kerana individu tersebut sudah biasa mengabaikan diri sendiri. Oleh itu, mereka yang hidup seorang diri, tidak berkahwin, miskin semasa membesar, ada sejarah keluarga yang turut lakukan perkara yang sama dan sudah biasa hidup dalam keadaan bersepah adalah mereka yang berisiko untuk menjadi hoarder.

Selain daripada menganggap barang yang mereka simpan boleh digunakan nanti, mereka juga kadangkala ada ikatan emosi yang terlampau kuat terhadap barang-barang tersebut. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak boleh buang barang yang berada di rumah mereka kerana ia milik ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia dan diwariskan kepada mereka.

Hoarding disorder, sebuah penyakit mental

Hoarding disorder adalah satu tanda individu tersebut mungkin alami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).

Ada kajian yang mendapati bahawa 1 daripada 4 penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang. Penghidap penyakit ini boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun, sukar untuk membantu pesakit yang mengalami keadaan ini kerana mereka sendiri tidak menganggap ia sebagai satu masalah.

Selalunya, ahli keluarga yang akan membawa pesakit hoarding disorder berjumpa doktor. Namun, mereka memerlukan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada keluarga terdekat untuk berubah. Yakinkan pesakit bahawa tidak ada sesiapa yang akan membuang atau simpan barang mereka di rumah ketika mereka berjumpa doktor.

Ahli keluarga juga tidak boleh terlalu memaksa individu yang mempunyai hoarding disorder kerana ia hanya akan membuatkan keadaan jadi lebih teruk. Mereka mungkin akan putuskan hubungan atau mengelak daripada berjumpa anda pada masa hadapan. Tunggu hingga mereka mendapat motivasi sendiri untuk berubah dan jangan paksa mereka secara keterlaluan.

Sukar, tetapi tidak mustahil untuk dirawat

simpan barang

Selalunya, penghidap hoarding disorder akan menjalani rawatan dan menerima ubat yang sama seperti pesakit OCD. Namun, kadangkala rawatan ini tidak berkesan kepada pesakit hoarding disorder. Pesakit perlu mempunyai stretegi sendiri untuk melawan nafsu masing-masing. Antaranya adalah elakkan daripada kerap membeli barang sewaktu keluar rumah.

Perubahan ini perlukan motivasi, komitmen dan juga kesabaran. Penyakit ini juga tidak akan pulih serta-merta dan perlukan masa selama berbulan-bulan. Lama-kelamaan, individu tersebut akan mampu kurangkan barang, mengemas dan menyusun barang-barang mereka. Walau bagaimanapun, relaps mungkin berlaku pada masa hadapan.

Oleh itu, pesakit perlu ada pelan tambahan untuk atasi masalah yang sama jika ia berlaku semula pada tahun yang akan datang. Pada akhir intervensi, pesakit hoarding disorder mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya. Tapi mereka dapat mengawal tingkah laku mereka dan lebih memahami penyakit yang mereka alami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Seronok Berenang Sampai Air Masuk Telinga? Bahaya, Usah Biarkan! Ini 5 Cara Mudah Keluarkannya!

Saturday 29 August 2020

air masuk telinga
Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan

Anda seorang yang gemarkan aktiviti berenang? Jika ya, risiko air masuk telinga anda juga adalah sangat tinggi!

Hakikatnya, bukan aktiviti berenang sahaja yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi.

Malahan aktiviti seharian yang biasa seperti mandi di bilik air juga boleh mengakibatkannya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia adalah satu perkara yang biasa berlaku namun mungkin ramai yang hanya akan membiarkan dan tunggu sehingga air masuk telinga tadi keluar sendiri.

Salah, sebenarnya ada cara yang perlu anda lakukan! Ingin tahu apakah cara-cara tersebut?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan kondisi ini…

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita tahu akan bahaya air masuk telinga ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perkara yang normal dan biasa terjadi kepada setiap individu.

Ini kerana bukan mereka yang gemar berenang sahaja akan mengalaminya malahan semua orang tidak terkecuali.

Bayangkan, aktiviti seharian seperti mandi di bawah pancuran air, di dalam tab, jakuzi, kolam atau laut sudah pasti akan mengakibatkan air masuk telinga.

Meskipun ia normal dan biasa, anda tidak harus memandang ringan akannya kerana ia boleh mengakibatkan bahaya kepada diri anda jika dibiarkan begitu sahaja.

Bahaya yang diperkatakan itu adalah anda berisiko terkena jangkitan otitis externa atau lebih dikenali sebagai swimmer’s ear.

swimmer's ear

Ia berlaku disebabkan oleh bakteria yang berada di dalam telinga, membiak dan berganda ekoran kawasan tersebut lembap akibat air.

Jika terkena, inilah yang akan terjadi kepada telinga anda:

  • Kegatalan
  • Kemerahan
  • Kesakitan
  • Keluar cecair jernih yang tidak berbau

Disebabkan itu, adalah penting untuk mengeluarkan air masuk telinga dengan cara yang akan kami nyatakan di bawah nanti.

Cara keluarkan air masuk telinga

Sekiranya ia berlaku, anda mungkin akan kekurangan atau kehilangan pendengaran yang bersifat sementara pada telinga yang dimasuki air.

Apa yang anda perlu lakukan? Ikuti langkah berikut!

#1. Keringkan bahagian luar telinga dengan kain yang lembut.

#2. Sengetkan kepala ke arah berlawanan agar air tadi dapat mengalir keluar.

#3. Tarikkan cuping telinga yang dimasuki air ke bawah untuk memudahkan aliran air.

#4. Gunakan alat pengering rambut ke arah telinga yang dimasuki air dengan frekuensi terendah.

#5. Dapatkan ubat titis telinga di farmasi, klinik atau hospital.

Ataupun, anda boleh membuat ubat ini sendiri di rumah dengan cara campurkan cuka dengan alkohol dan letakkan 1 sudu kecil sebatian ini ke dalam kedua-dua telinga.

Kemudian, tegakkan kembali kepala anda yang disengetkan untuk memasukkan sebatian ini dan biarkan sahaja air mengalir keluar dari telinga dengan sendiri.

telinga berdesing

Dalam pada itu, ada beberapa pantang larang yang kalian mesti patuhi untuk mengeluarkan air dari dalam telinga.

Jangan buat ini jika air masuk telinga

Ramai orang melakukan kesilapan ketika berusaha untuk mengeluarkan air daripada telinga tanpa menyedarinya.

Penggunaan metode yang salah boleh mencederakan bahagian dalaman telinga kalian.

Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan meningkatkan lagi risiko telinga untuk mendapat jangkitan.

JANGAN buat ini jika air masuk telinga:

  • Menggunakan putik kapas – Ia akan menyebabkan tahi telinga termasuk ke dalam telinga dengan lebih dalam sekali gus menyebabkan jangkitan bakteria lebih mudah.
  • Memasukkan jari atau kuku – Ia akan menyebabkan kecederaan pada lubang telinga.
  • Menitiskan ubat titis telinga (hydrogen peroxide) sekiranya anda mempunyai kondisi kesihatan atau kelainan pada telinga.

Apa langkah pencegahan yang terbaik?

Hakikatnya, mencegah itu sudah pasti lebih baik dari mengubati, Makanya, sesuatu perlu dilakukan sebelum air masuk telinga lagi.

Apakah ia? Mudah sahaja. Caranya hanya dengan menggunakan alat penutup telinga atau topeng penutup telinga ketika berenang.

kolam

Untuk lebih selamat, kedua-dua alat ini juga anda boleh gunakan ketika sedang mandi di dalam bilik air. Selain itu, ketahuilah bahawa peluh juga mungkin boleh menyebabkan jangkitan swimmer’s ear ini.

Oleh itu, wajarlah untuk anda kerap mengelap peluh pada muka untuk mengelak masuk ke dalam telinga. Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk mengeluarkan sebarang bendasing yang termasuk dalam telinga, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
kolesterol hdl
Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor

Apabila berbicara mengenai kolesterol, pelbagai tanggapan negatif muncul di minda kita. Penyakit berbahaya sering dikaitkan dengan kolesterol seperti serangan jantung dan strok. 

Namun, tidak semua kolesterol berbahaya untuk tubuh kita. Sebenarnya, kolesterol merupakan zat lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk mencipta sel-sel baru agar tubuh terus berfungsi dengan normal.

Terdapat 2 jenis kolesterol yang dikenal pasti iaitu kolesterol HDL yang baik untuk tubuh dan kolesterol jahat LDL. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai kebaikan kolesterol HDL dan makanan tinggi dengan zatnya.

Apa itu kolesterol HDL?

HDL atau lipoprotein densiti tinggi adalah seperti pembersih vakum untuk kolesterol dalam badan.

Apabila ia berada dalam tahap yang sihat dalam darah anda, ia boleh menyingkirkan kolesterol dan penumpukan plak dalam arteri anda. Kemudian, lemak-lemak tersebut akan dihantar ke hati anda di mana proses penyingkiran lemak dari badan akan berlaku.

Akhirnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dalam jangka masa panjang.

Tahap kolesterol HDL yang optimum

Persatuan Jantung Amerika (AHA) menyarankan ujian darah kolesterol pada usia seawal 20 tahun.

Tahap kolesterol HDL yang ideal ialah 60 mg/dL atau lebih tinggi. Jika HDL anda berada di bawah 40 mg/dL, ia dianggap rendah dan bahaya untuk kesihatan anda.

Oleh itu, ketahuilah jenis makanan tinggi HDL untuk penjagaan organ penting tubuh anda.

10 makanan tinggi kolesterol HDL

Sebenarnya, makanan tidak dapat meningkatkan HDL secara langsung. Namun, beberapa faktor seperti perubatan dan persekitaran boleh membantu anda. Sesetengah hormon seperti estrogen dan tiroid boleh meningkatkan konsenstrasi HDL dalam tubuh anda.

Pilihan makanan kolesterol tinggi yang betul boleh menurunkan kadar LDL anda, yang secara tidak langsung boleh meningkatkan nisbah HDL ke LDL anda.

#1 Minyak zaitun

Jenis lemak yang terdapat dalam zaitun dan minyaknya adalah baik untuk jantung anda. Ia boleh menurunkan kesan keradangan disebabkan oleh kolesterol LDL pada badan anda.

Namun, pastikan anda menggunakan minyak zaitun dalam jumlah yang sederhana kerana ia mengandungi kalori tinggi.

#2 Avokado

makanan kolesterol tinggi

Buah avokado sering kali digunakan sebagai hidangan dalam salad, sandwic atau sos celupan. Avokado tinggi dengan jenis lemak yang sihat seperti folat dan lemak monotaktepu. Ia membantu untuk menurunkan LDL dan mengurangkan risiko anda untuk strok dan penyakit jantung.

Selain itu, ia juga kaya dengan serat, yang secara semula jadi membantu menjaga kolesterol dalam keadaan yang terkawal.

#3 Ikan tinggi omega-3

Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam beberapa jenis ikan boleh menurunkan LDL anda. Beberapa pilihan yang elok untuk tubuh anda termasuklah :

  • ikan salmon
  • ikan tenggiri
  • ikan sardin
  • ikan tuna
  • ikan trout pelangi


Sertakanlah ikan-ikan tersebut dalam hidangan anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

#4 Buah-buahan berserat tinggi

makanan tinggi kolesterol

Buah-buahan tinggi serat seperti prun, epal dan pir boleh menurunkan kadar LDL serta meningkatkan kolesterol HDL anda. Sertakan buah-buahan tersebut dalam hidangan oat atau bijirin anda, jus mahupun sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari atau malam.

#5 Kekacang

Seperti biji-bijian, kekacang tinggi dengan sumber serat yang mudah larut. Pilihlah kekacang seperti kacang hitam, kacang polong bermata hitam, kacang merah, kacang lentil dan sebagainya. Kekacang dalam tin mengandungi kira-kira separuh kandungan folat daripada kacang kering yang dimasak. Folat merupakan vitamin yang penting untuk kesihatan jantung anda.

#6 Biji-bijian penuh

Biji-bijian penuh seperti oat, bijirin dan beras perang boleh menurunkan kadar LDL dan jumlah kolesterol anda. Ini seterusnya boleh meningkatkan tahap HDL anda. Hal ini kerana makanan ini mengandungi serat senang larut yang tinggi, terbukti mampu menurunkan tahap LDL. Ambillah sekurang-kurangnya 2 hidangan bijirin penuh setiap hari.

#7 Biji chia

kolesterol hdl

Biji chia mengandungi asid lemak omega-3, serat dan nutrien sihat lain yang baik untuk jantung anda. Menambahkan biji chia ke dalam pemakanan boleh membantu menurunkan kadar LDL dan tekanan darah.

#8 Rami

Biji rami dan minyaknya mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung anda. Ramai dalam kalangan vegetarian menambahkan rami dalam diet mereka seperti campuran oat, bijirin, salad, yogurt dan sebagainya.

#9 Soya bantu tahap kolesterol HDL

Mengubah diet anda kepada produk berasaskan soya adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan pengambilan daging. Penurunan kadar LDL dapat dilihat jika konsumsi daging berkurangan, dan kolesterol HDL akan meningkat.

Edamame yang dikukus tanpa garam boleh dijadikan snek yang lazat. Selain itu, tauhu panggang dan resipi kebab tauhu juga sedap untuk dimakan.

#10 Wain merah

Mengambil alkohol dalam jumlah sederhana seperti wain merah terbukti boleh meningkatkan tahap HDL dan menurunkan risiko penyakit jantung. Pengambilan yang digalakkan ialah sebanyak satu gelas sehari untuk wanita, dan dua gelas sehari untuk lelaki. Namun, berbicaralah dengan doktor anda sebelum mula mengambilnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Jaga-jaga Wanita Bujang, Anda Juga Berisiko Dapat Masalah Kesuburan, Endometriosis!

Wednesday 5 August 2020

masalah endometriosis
Klik gambar untuk ke website Hello Doktor untuk lebih banyak artikel kesihatan

Penyakit endometriosis adalah masalah yang sering melanda kaum Hawa, dan ia juga berpotensi mengganggu sistem pembiakan seseorang wanita.

Namun, bagaimana pula halnya bagi si gadis yang belum berkahwin?

Sekiranya perkara ini menjadi suatu persoalan buat anda, teruskan membaca kerana artikel ini bakal mengupas isu tersebut.

Apa itu endometriosis?

wanita

Endometriosis adalah gangguan yang menyakitkan di mana tisu yang serupa dengan tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim wanita, endometrium tumbuh di luar rahim.

Endometriosis selalunya melibatkan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis wanita dan jarang bagi tisu endometrium boleh merebak di luar organ pelvis.

Dengan endometriosis, tisu seperti endometrium akan menebal, pecah dan berdarah pada setiap kitaran haid. Tetapi kerana tisu ini tidak mempunyai cara untuk keluar daripada badan, ia menjadi terperangkap.

Apabila endometriosis melibatkan ovari, sista yang disebut endometrioma mungkin boleh terbentuk.

Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan yang kadang-kadang boleh menjadi agak kronik terutamanya semasa haid. Masalah kesuburan juga mungkin timbul. Namun jangan risau, kerana terdapat rawatan yang mampu membantu.

Tisu-tisu yang terperangkap di pelvis anda boleh menyebabkan:

  • Berlakunya kerengsaan
  • Pembentukan parut
  • Sakit yang teruk semasa haid anda
  • Mengalami masalah kesuburan
Endometriosis adalah keadaan ginekologi yang biasa, yang mempengaruhi sehingga 10 peratus wanita. Anda tidak keseorangan jika mengalami gangguan ini.

Gejala-gejala utama penyakit endometriosis

Walaupun para wanita banyak mengalami kekejangan semasa haid, namun mereka yang mengalami endometriosis biasanya menggambarkan kesakitan haid yang jauh lebih teruk daripada biasa.

Kesakitan juga boleh meningkat dari masa ke masa. Tanda-tanda dan gejala endometriosis yang sering terjadi termasuk:

  • Haid yang menyakitkan (senggugut): Kesakitan dan kekejangan pada pelvis mungkin bermula sebelum dan berlanjutan beberapa hari sehingga haid. Anda juga mungkin mengalami sakit bahagian belakang dan perut.

  • Sakit ketika melakukan persetubuhan: Kesakitan semasa atau selepas hubungan seks adalah kerap berlaku buat wanita dengan endometriosis.

  • Sakit dengan pergerakan usus atau ketika membuang air kecil: Anda kemungkinan besar mengalami gejala ini semasa haid.

  • Pendarahan haid yang berlebihan: Anda mungkin mengalami haid yang berat sekali.

  • Kemandulan. Kadang-kadang, penyakit endometriosis pertama kali didiagnosis pada mereka yang mencari rawatan untuk masalah kemandulan.
Antara tanda dan gejala lain ialah anda mungkin mengalami keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya, terutamanya semasa haid.

Tahap kesakitan anda tidak semestinya merupakan petunjuk yang boleh dipercayai mengenai tahap keadaan masalah ini. Anda mungkin mengalami endometriosis ringan dengan kesakitan yang teruk, atau anda mungkin mengalami endometriosis yang kronik dengan kesakitan yang sedikit.

Endometriosis kadang-kadang disalah anggap sebagai masalah lain yang boleh menyebabkan sakit bahagian pelvis, seperti penyakit radang pelvis (PID) atau sista ovari. Ia juga mungkin dikelirukan dengan sindrom iritasi usus (IBS), keadaan yang menyebabkan serangan cirit-birit, sembelit dan kekejangan perut.

Apakah endometriosis boleh berlaku terhadap wanita belum berkahwin?

sakit perut ketika haid

Ya, masalah ini sememangnya boleh berlaku terhadap wanita belum berkahwin asalkan mereka sudah akil baligh, mana-mana wanita pun berisiko terhadap endometriosis.

Semasa kitaran haid, badan anda akan melapisi lapisan rahim dan ini membolehkan darah haid mengalir daripada rahim anda melalui bukaan kecil di serviks dan keluar melalui faraj anda.

Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui, dan terdapat beberapa teori mengenai penyebabnya, walaupun tidak ada satu pun teori yang terbukti secara saintifik.

Salah satu teori tertua adalah mengenai endometriosis berlaku kerana proses yang disebut menstruasi retrograde. Ini berlaku apabila darah haid mengalir kembali melalui tiub anda ke rongga pelvis dan bukannya keluar daripada badan anda melalui faraj.

Teori lain adalah bahawa hormon mengubah sel di luar rahim menjadi sel yang serupa dengan sel yang melapisi bahagian dalam rahim, yang dikenali sebagai sel endometrium. Ini juga mungkin berlaku kerana sel-sel di perut anda tumbuh dari sel-sel embrio, yang dapat berubah bentuk dan bertindak seperti sel-sel endometrium.

Sel-sel endometrium yang dipindahkan ini mungkin berada di dinding pelvis anda dan permukaan organ-organ pelvis anda, seperti pundi kencing, ovari, dan rektum anda. Mereka terus tumbuh, menebal, dan berdarah sepanjang kitaran haid anda sebagai tindak balas terhadap hormon kitaran haid.

Masalah endometriosis ini juga mungkin berkaitan dengan genetik atau toksin di persekitaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tekak? Selain Lozeng, Ini 5 Ramuan Boleh Cuba!

Monday 3 August 2020

ubat sakit tekak
Klik gambar untuk artikel kesihatan lain di website Hello Doktor

Mungkin ramai yang akan kata mereka tidak ada masa untuk sakit kepala, bagaimana pula jika sakit tekak?


Ia juga adalah salah satu kondisi yang akan mengakibatkan kehidupan seharian kita terganggu dan terjejas! Ini terutamanya jika anda bekerja sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara, peniaga atau apa-apa sahaja kerjaya yang memerlukan suara sebagai aset utama.

Untuk menyelesaikannya, sudah pasti ada dalam kalangan kita yang akan mengambil ubat sakit tekak.

Persoalannya, adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Siapa yang ada masa untuk sakit tekak?

Sakit tekak merujuk kepada rasa sakit, pedih, perit atau gatal pada tekak yang akan menjadi lebih teruk ketika menelan air liur, makanan dan minuman.

Kebiasaannya, ia berpunca daripada pharyngitis yang merupakan jangkitan virus akibat demam, selesema atau flu dan akan sembuh dengan sendiri. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria (streptococcal infection) yang memerlukan pengambilan antibiotik untuk merawatnya.

Sekiranya ia bukan berlaku akibat daripada virus atau bakteria, maka sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Pun begitu, siapa yang ada masa untuk sakit tekak sehingga perlu berjumpa doktor?

Inilah punca ramai orang gemar mengambil pil yang dihisap sehingga larut (lozeng)!

sakit tekak

Adakah lozeng berkesan merawat sakit tekak?

Kami faham bahawa ramai orang memang sangat gemar mencari lozeng untuk melegakan tekak di farmasi, klinik atau pasar raya. Ini ekoran ia sangat popular dan mempunyai pelbagai jenama, perisa dan jenis yang anda boleh pilih mengikut kesukaan diri.

Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan untuk merawat sakit tekak?

Jawapannya adalah ya, tentu sekali kerana lozeng mengandungi beberapa sebatian yang mampu membantu melegakan tekak seperti:

  • Menthol
  • Tylenol
  • Amylmetacresol
Lebih menarik, lozeng ini didatangkan dengan bentuk dan rasa seakan gula-gula lantas membuat individu yang tidak gemar makan ubat mampu mengambilnya.


Adakah terdapat sebarang alternatif yang lain?

Ya, ada. Jom sama-sama kita ikuti alternatif untuk merawat sakit tekak seperti berikut:

#1. Madu

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, madu adalah sangat bagus untuk merawat masalah tekak.

Menurut sebuah kajian, telah terbukti bahawa ia mampu melegakan batuk pada waktu malam, lebih bagus berbanding ubat batuk biasa. Bukan itu sahaja, kajian juga membuktikan bahawa madu adalah sangat bagus untuk membantu merawat luka.

Ini sekali gus menjadikannya sebagai ramuan terbaik untuk merawat sakit tekak.

#2.  Pudina

Pudina sangat popular dicampurkan dalam ubat gigi ekoran kemampuannya untuk membuat nafas lebih segar.

Dalam pada itu, ia juga mengandungi menthol yang mampu menipiskan lapisan mukus dalam mulut sekali gus melegakan batuk dan sakit tekak. Selain menthol, pudina juga tinggi sebatian antiradang, antibakteria dan antiviral yang bagus untuk merawat luka.

Jika digabungkan kesemuanya, ia lebih daripada mampu untuk merawat sakit tekak.

khasiat cuka epal

#3. Cuka epal

Secara semula jadinya, cuka epal memang tinggi sebatian antimikrobial yang mampu melawan pelbagai jangkitan. Disebabkan sifatnya yang asidik, ia berupaya membantu menipiskan lapisan mukus dalam mulut dan tekak lantas menghalang mikrobial dari merebak.

Pun begitu, ketahuilah bahawa ia mungkin mendatangkan efek sampingan buat mereka yang sensitif terhadap cuka. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

#4. Bawang putih

Bawang putih adalah tinggi kandungan allicin, sebatian organosulfer yang berfungsi melawan pelbagai jangkitan. Menurut kajian, pengambilannya dalam diet seharian anda mampu menghalang diri daripada terkena demam atau selesema yang biasa.

Dalam pada itu, ia juga boleh digunakan sekiranya anda mempunyai masalah sakit atau gatal pada tekak anda. Ini adalah disebabkan bawang putih juga mempunyai sifat antimikrobial yang mampu mencegah jangkitan.

sakit tekak

#5. Serbuk penaik juga boleh ubat sakit tekak?

Akhir sekali, ini adalah satu alternatif yang agak pelik.

Menurut The National Cancer Institute, kumur air garam bercampur serbuk penaik mampu melegakan sakit tekak kerana ia boleh membunuh bakteria selain menghalang pertumbuhan yis dan kulat.

Caranya, campurkan 1/4 sudu kecil serbuk penaik, 1/8 garam dan 1 cawan air suam kemudian kumur sebagai alternatif ubat sakit tekak. 

Pun begitu, ini semua hanyalah cadangan yang boleh membantu sahaja. Sebaiknya, dapatkan konsultasi daripada doktor pakar terlebih dahulu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.