Cannes 2023 Fashion Files | Anushka Sharma

Monday 5 June 2023

 

Meriah Cannes tahun ni sebab banyak muka baru dan L'oreal sekali lagi mengambil duta baru. Tak sangka Anushka Sharma terpilih sebagai duta L'oreal untuk pergi ke Cannes selepas Aishwarya Rai Bachchan

Sama seperti Aish, Anushka juga tak stay lama di Cannes, sampai dekat sana terus jalan dekat karpet merah kemudian pergi ke conference yang membincangkan hala tuju wanita dalam industri. So ada dua penampilan sahaja untuk Anushka. 

1. Pearl Floral


Anushka buat pilihan yang tepat dengan mengenakan gaun yang mengikut bentuk badan rekaan Richard Quinn untuk penampilan pertama di karpet merah. Gaun berwarna putih dengan corak timbul yang berulang mempunyai bunga kecil pada setiap penjuru corak. Dihiasi juga dengan manik berwarna putih pada setiap tenunan. Gaun ekslusif ni mempunyai ropol besar berbentuk bunga pada bahagian bahu sebagai tarikan utama. 


Anushka tampil ringkas dan menawan dengan aksesori cincin berlian batu permata kuning, anting-anting juntaian batu permata kuning dari Chopard dan juga mengenakan makeup natural sebagai pelengkap gaya. Baik indoor mahupun outdoor, gaun putih ni menjadi tumpuan banyak mata dan terlihat dreamy. 


Yang mencacatkan penampilan ni ialah gaya rambut sanggul rapat sebab muka Anushka tak sesuai dengan sanggul. Kalau Anushka buat sanggul dengan juntaian rambut kiri dan kanan atau sebelah sahaja mungkin penampilan ni tampak sempurna. Curl ponytail pun cantik. Geram dengan Bollywood actress, kalau dah kahwin suka sangat stuck dengan marriage bun. 

2. Is It A Ribbon?


Penampilan kedua dan terakhir menimbulkan tanda tanya pada konsep penampilan Anushka Sharma di Cannes. Top satin berwarna pink lembut mempunyai rekaan yang unik ditemani oleh dua trail yang panjang di bahagian belakang badan dari butik Prada. Bukan seperti riben besar tapi cuma tali yang tersangkut, just in case Anushka lost in her space like she did in Koffee With Karan. 

Rasanya seluar panjang hitam yang sarat dengan sequin tu boleh digantikan dengan mini skirt atau fitted skirt sebab bahagian atas dah kembang. I wish she opted something else for the shoes. Gaya rambut tu nak menangis tengok walaupun kali ni Anushka buat ponytail. Tak pasti kenapa stylist dia suka tarik rapat sebab facial features dia tak kena dengan gaya macam tu. 


Makeup nipis dengan aksesori dari Cartier tu nampak cantik tapi sayang lah penampilan dia nampak mehhhh. 

Masa Met Gala haritu ada juga dress hitam dengan ribbon besar warna pink dekat belakang dari butik Oscar de la Renta, ada kemungkinan ke Prada nak ikut tapi gagal? Mungkin lain orang, lain pandangan dia sebab nampak ramai je puji penampilan Anushka dekat Cannes especially second look. What do you guys think?

Cannes 2023 Fashion Files | Diana Penty

Sunday 4 June 2023

 

Excited bila dapat tahu Diana Penty akan muncul kembali di karpet merah Cannes sebagai duta Grey Goose. Sebelum ni dah pernah terpana dengan fashion style Diana Penty di Cannes pada tahun 2019 jadi tertunggu-tunggu apa yang Diana nak pakai tahun ni. 

1. Ruffle Denim


Sebelum datang ke Cannes, Diana berjemur di Juhu jadi tak hairan lah kalau kulit dia gelap macam terbakar. Maybe that explains why dia tutup dari atas sampai bawah. Kemeja putih beropol secara menegak dari butik Anne Fontaine dipadankan dengan straight cut denim jeans. Lagi cantik kalau pumped heels berwarna hitam tak disembunyikan macam tu. Pretty sure that shoe looks pretty. Rambut dibiarkan lepas dengan shade berwarna hitam buatkan Diana nampak ranggi dan feminin. 

2. Precious Gold


Penampilan pertama Diana di India Pavillion di dalam persalinan mempersona dari butik Falguni and Shane Peacock menggunakan konsep Dewi India. Hugging crop top dan fitted skirt berwarna emas bertatahkan batu permata pelbagai warna menarik tumpuan setiap mata yang memandang. Semua material ditenun menggunakan tangan untuk mempamerkan kekayaan seni jahitan India. Sulaman pada fabrik menggunakan teknik Badla sementara batu permata yang menjadi hiasan adalah khazanah asli yang ditemui di India.

Diana tampil dengan rambut belahan tengah yang dirapikan juga dibiar lepas, makeup natural dengan smokey eyes. Aksesori merupakan anting-anting vintage berwarna emas, Hermes Clou De Selle dari butik Viange dan juga koleksi cincin yang sarat di bahagian jari dari butik Zariin Jewelry. 

Indoor ataupun outdoor, Diana nampak menawan sangat dalam persalinan cantik ni. Kalau jadi Diana pun dah merata bergambar dengan dress ni sebab custom made. Warna dia pula compliment skin tone Diana sekaligus buatkan dia tampak berseri. 

3. Tassle Hassle


Sama seperti sebelumnya, Diana juga menggunakan mini dress dengan juntaian tali untuk after party di waktu malam. Bezanya tahun ni Diana guna dress berwarna hitam dari butik Philipp Plein. Hairstyle pula disanggul dengan bergaya, makeup yang sama seperti siangnya dan juga strap heel berwarnaa hitam dari Giuseppe Zanotti. Anting-anting emas dari Seema Somani Fine Jewels melengkapkan gaya Diana. 

4. Chic Tuxedo


Diana tampil berbeza dan keluar dari kebiasaan karpet merah dengan tampil dalam persalinan tuksedo hitam dengan potongan yang feminin rekaan Lena Erziak. Tuxedo dengan padded shoulder besar dan hanya berada di paras dada mempunyai belahan luas di bahagian dada. 

Tuxedo jacket ni dipadankan dengan harem pants dengan warna yang sama. Uniknya harem pants ni mempunyai belahan tinggi paras lutut jadi stylist Diana padankan dengan snake wrapped heels dari Rene Caovilla. 

Jatuh cinta dengan gaya rambut Diana yang menggunakan curl sederhana dan bahagian atas diikat supaya kemas. Juntaian besar pada belah kiri dan kanan menampilkan keayuan pada wajah Diana yang mengenakan makeup berona merah jambu. Winged eyeliner tebal buatkan gaya ni mempunyai aura sexy. Cincin pelbagai rekaan dari Golden Window.

Walaupun I suka dengan kreativiti stylist dan Diana untuk red karpet tayangan perdana filem May December tapi looks ni macam lebih sesuai untuk gaya kasual ataupun photoshoot. Diana bukannya pakai untuk tengok filem tu pun, setakat jalan dekat karpet merah je jadi kenapa tak pakai something yang wow? Patutnya Diana pakai dress batu permata tu dekat red carpet dan tuxedo ni pula untuk event di India Pavillion. 

 5. Bubble Wrap


Kalau penampilan awal macam rumpai laut, kali ni Diana menggunakan bubble wrap untuk bersiar di Cannes dan photoshoot kasual untuk Grey Goose. Dalam gambar yang I ambil ni nampak cantik lah tapi kalau tengok dari depan, memang nampak sangat Diana pakai bubble wrap dengan hiasan bintang emas dari atas hingga bawah. 

Not saying it's bad but definitely not a love either. Warna putih suram yang digunakan untuk dress unik rekaan Saiid Kobeisy sesuai dengan skin tone Diana dan juga cuaca yang mendung. Vibe photoshoot ni nampak romantik tapi mellow which is good lah sebab stylist dia pandai padankan gaya dengan keadaan cuaca. Gaya rambut Diana pun guna wet hair style, dekat bahagian belakang ada tompokan warna kuning cair macam cat jatuh dekat rambut. 

Mungkin Diana dengan stylist dia bereksperimen dengan seni fesyen. But overall macam bubble warap comot dengan tompokan cat kuning. But I love that strap heels from Enrico Cuini, it exudes the sultry aura.

6. Autumn Cannes


Nasib baik lah final look Diana di Cannes redeem balik rasa terkejut akibat penampilan sebelumnya. Diana mengenakan trench jacket nipis paras buku lali dari Alberta Faretti yang dipadankan bersama mini dress berwarna oren labu. Tumpuan terarah pada dress yang mempunyai hiasan bunga dan juga daun kering untuk menutup cela. 

Stylist Diana, Namrita menggunakan handbag berbentuk bujur dengan material kulit berona coklat cerah dan sandal yang mempunyai hiasan berwarna coklat gelap di bahagian tengah. Palette warna senada yang digunakan menaikkan seri Diana lantas meningkatkan gaya feminin dengan gaya rambut dilepas bebas. 

Nak kata wardrobe Diana mengecewakan tahun ni tak juga tapi yang pastinya dia tak beri tumpuan pada karpet merah so it's a bit disappointing lah. Mungkin sebab kekangan masa sebab stylist dia cari semua pakaian ni dalam masa 10 hari saja but still, India ada banyak ready made designs even dari start-ups boutique. 

KEMPEN “GOLDEN TICKET” MENAWARKAN BAUCAR BELI-BELAH BERNILAI LEBIH RM600,000 UNTUK DIMENANGI | Tiket “Super Golden” Yang Terbaru Menawarkan Ganjaran Sehingga RM10,000!

Bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, Kumpulan Suria KLCC yang merupakan destinasi utama untuk membeli belah, kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang bakal menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik. Kempen ‘The Golden Ticket’ kini muncul untuk kali yang keempat lanjutan dari sambutan hebat yang diperkenalkan kepada para pengunjung pada tahun 2020.

Kempen yang sememangnya dinanti-nantikan ini akan berlangsung menerusi tiga peringkat yang bermula dengan Majlis Media pada 2 Jun diikuti oleh Tebusan ‘Golden Ticket’ yang akan bermula pada 3 sehingga 24 Jun dan akan berakhir dengan Majlis Pengharagaan Pembeli yang akan diadakan pada 25 Jun.

Acara tebusan ‘Golden Ticket’ akan berlangsung di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri akan tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan. Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50. Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e-Baucar yang dimenangi. Pentas utama kempen ini akan mempersembahkan sambutan yang meriah diiringi musik kemenangan yang membangkitkan semangat untuk tontonan para pengunjung bagi setiap cabutan ‘Golden Ticket’ yang berjaya ditebus.

Para pemenang ‘Golden Ticket’ bakal dirai apabila setiap dari mereka berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan setiap dari gambar para pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar yang bertempat di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.

Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara jam 12pm sehingga jam 8pm, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan untuk setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10am sehingga jam 2pm dan sesi kedua di antara jam 5pm sehingga jam 9pm. 100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.

Tidak kurang dari ganjaran tebusan tiket, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun. Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’ tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung. Bagi memeriahkan tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC juga, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan.

Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan. “Kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat. Sepanjang keberlangsungan kempen sejak tiga tahun lepas, kempen yang sangat bermakna ini telah memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setia dan telah mencatat nilai melebihi RM1 juta untuk baucar beli-belah yang berjaya diberikan. Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Alamanda Shopping Centre

Bertempat di Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya, kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung dari 26 Mei sehingga 18 Jun menjanjikan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik buat para pelanggan. Seiringan degan Kempen ‘Golden Ticket’ di Suria KLCC, pelanggan yang berbelanja berbelanja RM500 dan keatas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar beli-belah Alamanda.

Sebanyak 101 tiket akan dicabut untuk setiap hari yang mana setiap cabutan akan membawa cabutan ‘Golden Ticket’ yang utama dan bernilai RM1,000 bersama 100 cabutan ‘White Ticket’ yang bernilai RM50. Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain untuk cabutan keesokan harinya bagi meningkatkan jumlah tiket yang tersedia. Setiap pelanggan hanya berpeluang memenangi sebuah hadiah untuk setiap hari, selagi stok masih ada.

Mesra Mall

Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu akan menjayakan Kempen ‘Golden Ticket’ untuk 30 hari bermula dari 2 sehingga 31 Julai 2023. Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan pada kempen tahun lepas, konsep yang sama masih dikekalkan. Para pelanggan yang berbelanja RM300 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen cabutan bertuah untuk memenangi baucar Beli-Belah yang bernilai RM1,000 atau RM30. Resit tulen daripada mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli-Belah Mesra perlu disertakan semasa pendaftaran penyertaan kempen.

Untuk info lanjut, sila layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

**********************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

AEDY ASHRAF LEBIH FOKUS DALAM PERNIAGAAN 'KENTANG GORENG'| Penjenamaan semula Fam Fries, menepati citarasa para pelanggan dan Aedy mengajak ramai anak muda untuk membuka perniagaan!

Industri makanan segera Malaysia semakin mendapat perhatian apabila perniagaan sebegini diterajui oleh pelakon muda Aedy Ashraf iaitu Fam Fries. Makanan segera enak ini adalah sebuah jenama 'kentang goreng' popular yang telah disajikan buat seluruh rakyat Malaysia selama tujuh tahun. Wajah dan rasa Fam Fries terkini diubah adalah mengikut perkembangan semasa serta pemilihan warna, logo, tulisan juga adalah ke arah yang lebih santai dan lepak supaya sesuai dengan jiwa usahawan belia masa kini. 

Sebagai Pengarah Pemasaran Fam Fries, Aedy Ashraf juga sentiasa bersemangat untuk meningkatkan lagi mutu undustri makanan segera Malaysia. Aedy yang sangat teruja untuk menjadi sebahagian dari jenama Fam Fries kekal serius meneruskan minatnya dalam perniagaan dan berpendapat tidak ada rahsia besar untuk berjaya melainkan diri sendiri perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Bukan itu sahaja, malah untuk membuka perniagaan yang besar dan stabil. Hakikatnya, memulakan perniagaan sendiri bukanlah perkara mudah, malah proses yang dilalui perlulah dimulakan dengan ilmu pengetahuan mengenai bidang perniagaan yang anda jalankan. 

Kata Aedy, "Makanan segera adalah salah satu habit dan rutin masyarakat Malaysia. Dalam keadaan sebegini saya benar-benar percaya bahawa Fam Fries boleh menjadi peneraju dalam industri. Dengan penampilan dan rasa kami yang diubah suai, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada usahawan muda dan merevolusikan cara rakyat Malaysia menikmati makanan segera mereka. Apa yang saya boleh katakan, kentang goreng Fam Fries adalah antara yang terbaik di rantau ini. Tetapi apa yang paling menggembirakan saya tentang penjenamaan semula ini adalah memberi tumpuan pada logo, wajah dan rasa baharu yang lebih mesra dan diingati!"

Malaysia mempunyai begitu banyak potensi dan Fam Fries sedang menjalankan peranan untuk memperkasakan anak muda Malaysia untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin dengan mencuba perniagaan secara kecil-kecilan. 

Hari ini, Fam Fries mendedahkan pengumuman wajah dan rasa baharu bersama media dan rakan kongsi serta rakan selebriti. Penjenamaan semula itu ditetapkan untuk membantu rakyat Malaysia menemui semula tarikan makanan segera 'kentang goreng' istimewa ini dan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia boleh bersaing di peringkat global setaraf dengan jenama kentang goreng terkemuka. Harapan Aedy adalah agar look & feel dan logo terbaharu Fam Fries yang dilancarkan pada harini memberikan mood yang lebih fresh kepada pelanggan dan juga peminatnya. 

Untuk maklumat lanjut tentang Fam Fries dan pengumuman penjenamaan semula mereka yang akan datang, sila hubungi Bahagian Publisiti dan Pemasaran Fam Fries redbeetleidea@gmail.com. Selain itu, boleh juga layari laman sosial media kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Website. 

********************

MENGENAI FAM FRIES

Fam Fries merupakan sebuah perniagaan kentang goreng yang diasaskan oleh pengarah dan pengasas bernama Encik Brown. Kisah Fam Fries bermula dengan sebuah mimpi. Pengasas Fam Fries pada mulanya juga langsung tidakmempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, selepas berani untuk meredah liku-liku perjalanan perniagaan ini, Brown sangat berbangga untuk mengatakan bahawa Fam' Fries kini telah berkembang seiring dengan jenama makanan segera yang popular. Misi dan objektif Fam Fries juga adalah untuk berkembang lebih maju dan melebarkan sayap ke banyak lagi lokasi di Malaysia dan jika diizinkan bakal melebarkan sayap ke luar negara. Kini, Fam' Fries mempunyai hampir 9 outlet terletak di seluruh Kuala Lumpur, Selangor & Johor. 

 

Majlis sambutan Hari Raya tahun ni berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya sebab pecah tradisi, tak buat dekat HQ. Masa General Assembly Ram Reza & Muhammad bulan Mac lepas, telah diputuskan yang RRM akan bersatu di Ara Damansara jadi pejabat HQ dekat Setapak tu tengah sibuk berkemas untuk tutup. Sebab tu juga tak buat di HQ, nak buat di Oasis pun tak seronok sebab ruang kecil. Sepatutnya buat dekat pejabat baru tapi ada masalah dengan kunci. 

Sudahnya En. Hisham buka ruang di rumah dia sebab niat nak buat open house tapi tak sempat. Kebetulan RRM nak buat majlis Hari Raya, sekalikan je lah dengan niat dia tu. Walaupun majlis mula lepas Solat Jumaat, tapi kitorang yang staff ni dah sibuk buat kerja dari pagi. Kak Nurul dengan Kak Ida dari HQ datang pindahkan semua makanan dalam bekas makanan yang cantik. 

Setengah bekas makanan tu dari Ms Aida, setengah lagi sewa dari Restoran Dapur DD sebab ada khidmat katering jadi semua perkakas tu memang sedia ada. Tinggal nak book dan bagitahu bila nak hantar je. Untuk meja makan dengan meja buffet, tempah dekat Sungai Buloh, semalamnya dah siap set up dekat laman rumah En. Hisham. Rezeki kitorang jugak lah sebab cuaca elok je tak hujan. 


Makanan untuk tahun ni tak lah meriah sangat sebab buat lepas Zohor tapi meriah dengan desserts. Main dish ada Ketupat Palas, Nasi Impit Kuah Kacang, Nasi Minyak, Ayam Bawang, Daging Masak Kicap, Dalca, Rendang Daging, Satay Ayam dan Daging. 




Pencuci mulut pula Victoria Cake, Cream Puff, Risole, Tart Buah, Brownies, Burnt Cheesecake, Puding Koktel dan buah-buahan. Untuk air pula ada teh tarik sebagai mnuman panas dan air oren untuk minuman sejuk. Air mineral pun ada untuk hilangkan manis gula di tekak. 









Geng rokiah discuss macam mana nak posing



Nothing much pun untuk sambutan raya tahun ni sebab panas jadi make it simple and short. Sebab panas sangat, kipas dengan aircond pun tak mampu nak kurangkan rasa panas, terpaksa lah berkumpul dekat dalam di ruang tamu rumah En. Hisham. 



Sambutan Hari Raya 2023 bukan setakat RRM Lembah Klang je sebab RRM Penang dengan RRM Kuala Terengganu pun buat hari yang sama jugak. 





I update gambar je lah untuk belah sana sebab diorang pun tak sembang apa aktiviti sepanjang sambutan tu. Lepas dah habis berkumpul dekat dalam, kitorang sambung bergambar dekat luar pulak sebab awan pun dah start warna hitam. Takut pulak hujan lebat sebab bahang lain macam. 







RRM HQ & PJ Branch

RRM Kuala Terengganu

RRM Penang

Terima kasih Ram Reza & Muhammad terutamanya En. Hisham buat open house tahun ni. Seronok kalau ada majlis macam ni walaupun datang menyembang dan makan je sebab kalau masa kerja semua busy, nak menyembang pun tak lah beria sangat. Bila ada aktiviti macam ni baru dapat menyembang beria. Tahun depan agaknya boleh buat warna tema macam RRM Penang dengan RRM Kuala Terengganu buat kot. Cantik je memasing sedondon.