Movie Review : Intruder
Sunday 26 July 2020
Director : Son Won-pyeong
Writer : Son Won-pyeong
Cast : Song Ji-hyo, Kim Mu-yeol, Park Min-ha
Production Company : B.A. Entertainment
Distributor : Ace Maker Movie
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 102 minutes
Release Date : 4 June, 2020
Trailer :
Arkitek Kang Seo-Jin (Kim Moo-Yul) dalam keadaan kemurungan selepas kematian isteri dia dan meninggalkan Ye-Na (Park Min-ha), anak permepuan mereka berdua berstatus anak yatim. Seo-Jin masih mencari siapa yang melanggar isteria dia tapi sayangnya walaupun menjadi saksi kejadian, memori dia terganggu dan tak ingat details kejadian tersebut.
Tak lama kemudian, dia dapat panggilan dari Seoul Emmanuel Orphanage bagitahu yang adik perempuan dia, Yoo-jin (Song Ji-hyo) muncul kembali selepas hilang 25 tahun. Hidup dengan keluarga angkat dan selepas kematian mereka berdua, Yoo-jin terjumpa surat dan dokumen lama yang mengatakan dia anak angkat. Masa tu baru dia tahu tentang keluarga yang sebenar.
Seo-jin ambil langkah berjaga-jaga dengan minta untuk buat ujian DNA. Selepas 3 hari, keputusan ujian dihantar ke rumah dan 99.9% hasil ujian sepadan. Parents Seo-Jin insist untuk bawa Yoo-jin menetap di rumah. Sampaikan ibu dia anggap kematian isteri dia diganti dengan Yoo-jin. Tersentak dengan kata-kata tu dan ragu-ragu dengan kehadiran orang asing, Seo-jin minta orang gaji dia perhatikan Yoo-jin.
Malangnya, orang gaji yang mula dapat tahu sisi buruk Yoo-jin dan boleh mengancam keluarga, dia pula hilang dan lari dengan teman lelaki secara tiba-tiba. Seo-jin tahu ada ssesuatu yang aneh dengan Yoo-jin dan cuba mencari jawapan dengan ujian hipnosis supaya ingatan dia kembali dalam dua kejadian – 25 tahun lepas dan hari kejadian langgar lari isteri dia. Tapi doktor pskiatri dia, Sang-Goo (Lee Hae-oon) rasa ujian ni tak akan membantu tapi nasihatkan dia untuk ambil ubat supaya tak keliru antara halusinasi dan nyata.
Novelis bergenre thriller, Son Won-pyeong debut sebagai pengarah dan penulis movie Intruder dan cuba mewujudkan misteri dengan konsep kekeluargaan sebab dari pandangan dia, bila keluarga yang berkelakuan aneh dia akan wujudkan impak yang lebih seram dan mengerikan. First half movie mungkin curious, intense dan menarik tapi masuk second half, jalan cerita dah mula nampak terburu-buru untuk habis sedangkan banyak scene yang boleh dikembangkan. Slow pace Intruder perlahan sangat. Mungkin untuk build up horror and suspense tapi buang masa sebab predictable. Stay untuk tahu apa motif Yoo-jin kacau keluarga Seo-Jin je.
Plot twist Intruder bagus lah jugak sebab golongan macam tu memang wujud dan director sepatutnya fokus dekat golongan ni dan dedahkan lebih lagi macam mana mereka plan untuk masuk dalam kehidupan mangsa. Sayang bila director buat sesuatu yang cliché, lemahkan watak utama dengan ganggu keadaan mental. Lebih menarik kalau kita boleh eh bersama dengan watak utama tapi tak ada moment tu. Sepenuhnya director letak rasa ragu-ragu untuk jadi punca utama Seo-jin gali balik apa kisah silam Yoo-jin.
Lakonan Song Ji-hyo dan Kim Mu-yeol pun bagus cuma sayang bila watak tak dikembangkan dengan baik dan tak ada hard-hitting dialogue. Ji-hyo banyak kali cuba wujudkan vibe ngeri dengan bahasa tubuh dia but nahhh! Pelakon sampingan pun tak ada banyak screentime untuk berkembang tapi kalau ada scene diorang pun semuanya menurut kata Yoo-jin dan orang-orang suruhan dia je. Nothing much they can do.
Tak faham scene detektif jumpa Yoo-jin untuk ambil statement orang gaji dia hilang tapi director tak fokus dekat percanggahan statement Yoo-jin bagitahu keluarga dengan detektif. Kenapa tunjuk percanggahan tu kalau tak ada apa-apa perubahan pada jalan cerita? Even Seo-jin tak argue benda tu sebab detektif dedahkan log panggilan orang gaji dia. Tak pelik pun kalau orang gaji dia last call dia sebab dia masih bekerja pada hari dia hilang.
Visual and music score just okayish. Nothing much to talk about. All in all, Intruder tak mampu wujudkan genre thriller dan seram hanya bersandarkan plot ahli keluarga yang lama hilang kembali.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10