Lirik Lagu Karena Cinta Yang Menemani - Rossa

Sunday 24 November 2019

Dah lama tak dengar lagu Rossa lepas single dia dengan Hafiz, Salahkah. Tahun ni Rossa keluar single baru untuk soundtrack movie Susi Susanti, biopic pemain badminton yang pernah menang pingat emas untuk Indonesia. 


Lagu yang ditulis oleh Rian Ekky Pradipta (Rian D'Masiv) dan Nurul Damar Ramadan Rama mengisahkan tentang perasaan cinta terhadap semua orang di sekeliling dia. Untuk menjiwai single ni dan deliver yang terbaik, Rossa imagine diri dia di tempat Susanti sampaikan mesej lagu ni masa dia menang pingat di Barcelona tahun 1992. 

And she did her best sebab first time dengar pun rasa sebak dengan lirik mendalam dan susunan muzik yang sedap. 

Tak sabar nak tengok movie ni nanti & klik video di bawah untuk dengar full song. 


Lirik Lagu Karena Cinta Yang Menemani 

Artis : Rossa
Komposer : Ari Renaldi
Lirik : Rian dan Rama D'Masiv
Studio : Langit Musik

Di sini aku terlahir dalam sebuah ketidaksempurnaan
Ketakutan yang melemamahkanku
Dikalahkan mimpi yang kau nyalakan

Hidupkan, jadi kenyataan
Tak akan kuragu tuk terus melangkah
Karena cinta perjuanganku tak sia sia
Sepenuh hatiku, dayaku, tlah aku kerahkan
Yakin dan percaya walau ragaku bergetar hebat

Kutetap di sini, berdiri
Karena cinta yang menemani
Di sini kita terlahir sama
Tak perlu ada rasa berbeda
Setiap jiwa punya harapan dan mimpi
Yang harus kita nyalakan

Hidupkan jadi kenyataan
Tak perlu engkau ragu tuk terus melangkah
Karena cinta perjuanganku tak sia-sia
Sepenuh hatiku dayaku tlah aku kerahkan
Yakin dan percaya walau ragaku bergetar hebat
Kutetap di sini, sendiri
Karena cinta yang menemani
Karena cinta ku berdiri
hoo ooo

Karena cinta perjuanganku tak sia-sia
Sepenuh hatiku, dayaku, tlah aku kerahkan
Yakin dan percaya walau ragaku bergetar hebat
Kutetap di sini sendiri
Karena cinta yang Kutetap di sini berdiri
Karena Cinta yang Karena cinta yang menemani
Karena cinta yang menemani
wo ooh
Karena cinta
Cinta yang menemani

Karnival 3W : Jejak 10,000 Langkah, Stadium Sungai Besar

Saturday 23 November 2019

Minggu lepas mak suruh balik Sabak Bernam untuk support program PWB dekat Karnival 3W : Women, Welness & Welfare. 

Pukul 7 pagi dah terpacak dekat stadium ni dengan mata rabak tak cukup tidur malam sebelumnya sebab nyamuk banyak sangat. Lagipun minggu lepas busy kemas stor office memang tak cukup rest pun. 


Gagahkan jugak lah datang program ni sebab dah lama tak brisk walk pagi-pagi. Sekali sekala hentam sampai 10,000 langkah sebab selalunya 3,000 je setiap hari. 

Masa sampai tu diorang dah start dengan senamrobik pagi. Yang join program ni ramai budak sekolah je sebab hari yang sama ada jugak program lain dekat pekan Sabak dengan Parit 16 kalau tak silap. 


Tahun sebelum memang ramai yang join tapi tahun ni tak meriah sangat. Lori MILO pun tak datang tahun ni. Yang berniaga pun tak ramai sangat sebab ada 3 program besar hari yang sama. Program dekat Pekan Sabak lagi meriah sebab ada YB Izham turun padang rasmikan program. 


Lepas senamrobik kitorang start berjalan 10,000 start dari kawasan stadium. At first risau jugak Farah mintak dukung macam tahun lepas sebab tahun ni berat dia dah cecah 40kg. Mana larat nak dukung dah. Ada yang balik rumah jalan bongkok macam nenek kebayan. 

Tapi okay je dia tahun ni. Semangat gila jalan sampai ada pakcik tegur dia bila dia jalan sorang

'Adik ni hilang mak ke?' 

Sebab pakcik tu tegur dia slow down sikit. Marah katanya sebab dia dah biasa jalan sorang. Kitorang pun betul-betul dekat belakang dia je. 

Kecewa jugak la tahun ni hambar betul program dia sebab kata jalan 10,000 langkah tapi pagi tu jalan tak sampai 5,000 langkah pun. Mungkin diorang campur sekali dengan senamrobik kot sebab lama jugak diorang buat senamrobik tu sebelum start berjalan. 


Bila dah habis berjalan tu nampak ada ongoing activity untuk mak-mak bersenam dengan kerusi. Mostly banyak pameran je dekat karnival ni tak banyak aktiviti macam tahun lepas.


Pameran dari Kolej Komuniti


Pameran dari Slim Selangor 


Pameran Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara


Pameran CPR - ada demo CPR untuk baby dan manusia dewasa


Pameran Klinik Gigi - ada free service check gigi


Pameran Diabetis dari Klinik Kesihatan


Pameran Jabatan Kebajikan Masyarakat


Pameran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor - ada aktiviti untuk kanak-kanak sebagai tarikan untuk jadi ahli perpustakaan


Booth Archery - booth ni je la best sebab ada aktiviti memanah. Nak join kena bayar RM1 je untuk 3 arrow. Nak main lebih sikit tapi ramai pulak beratur dekat belakang. Space dia pun kecil je. 


Walaupun sekejap je tapi dapat ilmu baru untuk memanah ni. But still tak dapat bulls eye. Bila entah nak power memanah ni. Berangan jadi Katniss dah lama dah tapi skills tu tak improve lagi


Sebelum balik singgah booth PWB. Mak busy dengan kuiz teka nama sayur. Ramai yang tak lepas katanya walaupun ramai suri rumah yang join.


Dekat booth ni ada banyak barang jualan hasil homemade craft dari suri rumah macam tudung saji bercorak, beg tangan, bantal, kusyen dan lain-lain. Ada juga makanan macam kerepek, kuih, kek coklat, asam jeruk diorang jual dekat sini.


Booth sebelah ada pertandingan menganyam. Ramai jugak lah yang join walaupun acara ni tiap-tiap tahun diorang buat.


Sebelum balik singgah dulu booth polis dengan TNB untuk collect free gift bila mendaftar sebagai ahli. Singgah jugak dekat banner untuk bergambar. Nak bergambar dengan sijil yang berjalan tadi tapi kena tunggu majlis perasmian dulu. Memang tak lah nak tunggu sebab tak ada benda yang best pun. Biar mak je yang ambil sijil tu nanti. 

Hopefully tahun depan diorang buat la meriah sikit daripada masukkan duit dalam poket sendiri, baik guna duit tu organize program biar elok sikit. Emo sikit sebab mak kena kerah buat kerja tapi duit untuk program orang atas yang dapat tsskkkk

First Time Makan Dorayaki

Dari kecik selalu tengok Doraemon makan Dorayaki macam sedap sangat sebab tu fav dia. Bila dia dapat makan tu kemain bahagia. 

Mencari jugak tapi tak pernah jumpa. Nak pergi ke Jepun memang tak lah cerita dia. Sekarang ni dah tak payah perg sampai Jepun dah sebab dah ramai yang boleh Google resipi Dorayaki. 

Last week masa tengah menunggu kawan datang ternampak Dorayaki Choco dekat bakery The Curve. Ada dua flavor dekat bakery tu - Choco dengan Blueberry. Nak selamat, ambil chocolate lah sebab confirm sedap. 


Boleh tahan mahal jugak Dorayaki ni, sebiji je dah RM3. Dia macam pancake pun ye jugak. Sebelum makan tu macam was-was jugak macam mana Doraemon boleh kenyang makan 3 biji je. 


Bila dah makan baru tahu yang sebiji pun dah boleh buat kenyang. Dekat tengah tu dia letak inti chocolate. Sedap lah macam makan pancake dengan coklat. Cumanya tak gebu. Tak tahu lah kalau ada bakery lain buat lagi gebu dan tak soggy sangat. Lepas ni boleh try makan lagi. Hilang kempunan dari kecik hshshshshs