Movie Review : 5cm

Sunday 28 July 2019


Pengarah : Rizal Mantovani
Penulis Skrip : Rizal Mantovani
Pelakon : Herjunot Ali, Fedi Nuril, Pevita Pearce, Saykoji, Denny Sumargo, Raline Shah
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 12 Disember, 2012
Syarikat Produksi : Soraya Intercine Films
Trailer :


Suggestion dari Twitter bila ramai yang cakap movie ni best. Jarang nak tengok movie dari negara seberang ni sebab English subs tak ada. Luckily this one ada Malay sub walaupun dia campur Indo sub sekali hshshs sabar je lah. Movie 5cm ni adaptasi novel karya Donny Dhirgantoro.


Kisah tentang 5 orang sahabat yang berkawan sejak sekolah menengah lagi sampai dah masak benar dengan perangai masing-masing. Satu hari masa lepak di Garden, Genta (Fedi Nuril) suggest untuk diorang berlima berpisah selama 3 bulan dan jumpa balik pada 14 Ogos.


Actually plan asal selama 6 bulan tapi disebabkan Riani menangis cakap tempoh tu lama sangat, so diorang setuju untuk pendekkan tempoh. Riani tu suka dengan Genta sebab tu dia cakap lama since dia tak boleh nak jumpa crush dia dah.


Dalam masa 3 bulan tu tak boleh berjumpa ataupun contact langsung walaupun ada happy or bad news. Bagus jugak lah Genta come up dengan plan macam tu sebab nampak la juga ruang untuk masing-masing jumpa dan interact dengan orang lain dan fokus dengan impian masing-masing.


Tapi Zhafran (Herjunot Ali) yang suka dengan Dinda (Pevita Perace), adik Arial (Denny Sumargo) tetap berusaha keras contact sampai dapat masuk line. 3 bulan tu jugak lah dia tak kena layan langsung sampai dah boleh hafal skrip Dinda setiap malam. Ian (Igor Saykoji ) pula busy dengan thesis degree dia untuk grad macam kawan dia yang lain.


Bila dah cukup 3 bulan, diorang berlima berjumpa balik di Malang untuk daki puncak Mahameru sebab kata Genta dia nak diorang jadi manusia yang hebat dan takkan lupakan kenangan persahabatan diorang.


Kalau first half you guys enjoy tengok friendship diorang berlima dengan scene kelakar, second half enjoy dengan view Gunung Mahameru, yang tertinggi di Puncak Jawa. Second half lebih serious dan mode dari kelakar masuk air berubah jadi motivational habis tengok diorang semangat mendaki.


At first macam geram jugak dengan Genta sebab buat plan hiking bila dia serious habis cakap part final stage pendakian tu paling bahaya sebab I tak suka hiking and I know how hard bila stamina tak cantik pastu nak daki gunung paling tinggi. Mana maunye yeop.


Dah la final scene dekat puncak tu tiba-tiba makin ramai pulak yang mendaki padahal director fokus dekat diorang je. Bila tengok movie ni baru tahu kenapa masing-masing jadi patriotic lepas pacak bendera Indonesia, rupanya tarikh 17 Ogos tu Hari Kemerdekaan Indonesia.


Walaupun nampak tak real part final stage pendakian tu tapi quite enjoy and emotional jugak lah bila batu dari atas jatuh. Masa daki Bukit Saga dulu tanah agak lembut sampai batu besar jatuh. Bila tengok scene batu dalam movie ni rasa trauma jugak lah. Menangis tengok bila Dinda dengan Ian injured kena batu dengan scene Arial putus asa nak daki puncak.


Nampak je macam plot movie ni straightforward kan tapi sebenarnya ada twist dekat hujung cerita and I was like whatttt?! Pandai gila director simpan sampai hujung rahsia 5 sekawan ni. But no worries sebab happy ending cuma nak kata rahsia Tuhan tu lagi cantik dari hajat kita haa gittew.


Bukan setakat visual je cantik, music score pun quite nice lah from Nidji. I perasan movie Indonesia yang hit mesti ada soundtrack dari Nidji. No wonder lah fanbase dia strong.


I really recommend this movie sebab entertaining, breathtaking visuals, nice soundtrack, lakonan bagus and of course direction skills dan dialog dia jugak best especially quotes memasing sebelum daki ke puncak Mahameru.





"Cuma kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya, tangan yang akan berbuat lebih banyak berbuat dari biasanya, mata yang akan menatap lebih banyak dari biasanya, leher yang akan lebih sering melihat ke atas. Serta mulut yang akan selalu berdoa...."


Even dah masuk 7 tahun pembikinan but still nice nak layan and really great for those yang nak layan movie about friendship dan motivational genre. Percaya pada 5cm impian dari keningmu.

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 8.8/10

Career Test

Saturday 27 July 2019



Tengok dekat Twitter tengah trending career test then terasa nak join sekali buat career test ni. Mana tahu ada something yang boleh explore. Genuine ataupun tak tu I'm not so sure lah tapi dua kali buat, dia ada la lari sikit dari yang awal tu. 

Soalan dia tak lah susah mana pun, ada 31 soalan kena jawab untuk dapat result kerjaya mana yang sesuai untuk diri kita berdasarkan minat dan tahap kreativiti individu. Cumanya dalam test ni kerjaya tu tak lah pelbagai sangat cabangnya. 



Tak kisah sangat dengan kerjaya tu sebenarnya tapi nak tengok berapa banyak level realistic, creativity, investigate and other characteristic dalam diri sendiri. Kadang kita bukannya sedar sangat pun bab ni. 

Yang nak try ambil test ni, tekan je gambar dekat atas tu nanti keluar lah link career test ni. Good luck!

Wait, What?!

Friday 26 July 2019

Kalau semalam I bermuram durja dengan perangai 'pakar IT', harini lain pulak kejadiannya. Since semalam dah format PC, lepas dah siap tu terus call company Cannex untuk minta dia link PC dengan photocopy machine. 


Dah set date and time semua, dia supposedly datang pagi around 10am tapi pagi tadi dalam jam 11 baru dia sampai tapi okay la sebab awal pagi I agak busy. Dia datang just nice je la timing tu. 

Kalau semalam I menyampah, hari ni I happy sangat sebab dia punya kerja memang wow! Dia kata ada je device tu dalam PC so boleh terus guna je. Ughhh 'pakar IT' tu la beria suruh call. Apa benda lah. Nasib baik la ada masalah lain yang perlukan bantuan dia. Kalau tak kesian dia kena datang setup benda yang dah memang ada. 

Masalah lain tu bila print document, ada keluar logo penuh satu paper. Rugi la kertas terbazir macam tu je. Kalau kertas baru boleh buat recycle paper tapi kalau dah guna recycle paper pun keluar jugak memang membazir sangat lah. 



Dia kata tu bukan masalah photocopy machine tapi masalah dari PC and suprisingly dia pandai fix problem tu. Dia just tekan tekan tekan pap dah siap! Tak sampai 5 minit pun. I was like wei cepatnya! Dia tergelak tengok I terkejut. 

Kau gila tak terkejut sebab semalam 'pakar IT' tu ambil masa setengah hari sebab nak settlekan masalah yang kononnya dia pakar tu. I tahu format PC ambil masa lama tapi berbeza sangat karakter masing-masing. 

This girl datang siapkan kerja and tak perlekehkan aduan I pun, dia tanya I baru lagi ke sebab tak pernah nampak sebelum ni. Memang bagus la service dia and kalau dia claim service charge tinggi pun I tak kisah sangat sebab dia buat kerja bagus and settlekan my problem within minutes! 


Nampak tak beza orang ikhlas buat kerja dengan tak ikhlas? Lagi satu hal bila ramai yang momokkan jangan guna service dengan bangsa lain nanti kena tipu bla bla bla but my case bangsa sendiri yang buat perangai sebab tu I jarang berpegang sangat dengan pesanan masyarakat yang satu ni.