Angka Roman selalu kita gunakan dalam penulisan rasmi sama ada surat, buku, kajian dan ada juga yang bukan untuk kegunaan urusan rasmi tapi selalunya stop sampai 10 je lah, itupun dah habis power. Bila buat assignment memang berdoa tak lebih dari 10 sebab malas nak pening fikir. Jam tangan pun ada yang guna angka Roman ni
Padahal tak susah pun sebenarnya nombor roman kuno ni kalau nak belajar. Dalam gambar dekat atas adalah nombor Roman yang biasa kita guna.
I = 1
Bila I + I = 2, bila I+I+I = 3.
V pula mewakili 5, bila I berada di depan bermaksud (5-1). Thus, IV.
Bila I di belakang V, maksudnya operasi tambah digunakan, (5+1). Thus, VI
Sama juga dengan X yang mewakili 10.
Untuk yang lebih susah sikit bila masuk belas dan perpuluhan, kan?
Here some notes for you guys:
X mewakili 10,
L mewakili 50,
C mewakili 100,
D mewakili 500,
M mewakili 1000.
Jadi bila nak buat nombor puluh contoh macam 29,
XXIX = (XX mewakili 20, IX mewakili 9)
Contoh lain, 49
XLIX = (XL = 50-10, IX = 10-1)
Boleh faham tak setakat ni? Cewahhh macam cikgu Maths dah.
Bila dah masuk 60 ke atas dia macam mencabar sikit sebab banyak simbol nak ingat, ada yang cecah sampai 8 simbol macam nombor 88.
LXXXVIII = [(L = 50 + XXX = 30) (V= 5 + III = 3)]
Kalau pening dah, refer chart dekat bawah je
Kalau nak tulis tahun pula macam tahun 2018 = MMXVIII
MM = 2000
X = 10
VIII = 8
Lagi satu contoh tahun lahir sendiri, 1991 = MCMXCI
M = 1000
CM = 900 (1000-100)
XC = 90 (100-10)
I = 1
Pening tak nak faham? Kalau pening, bersyukur lah tak guna nombor Roman dalam sistem angka kita. Menangis kalau tersalah letak semua simbol ni. Tapi cool lah kalau nak guna dalam penulisan, nampak artsy or historic hah gittew. Have a nice day guys!
First of all, thanks to every
readers for spending some of your time reading my movie/drama/telemovie
reviews. Lagi terharu kalau ada yang lepas baca & drop comments yang
berkaitan dengan entri. I faham my review agak panjang dan details tak macam movie
reviews di blog atau media sosial yang lain so agak mengambil masa untuk baca
tambah pula kalau emosi lepas tonton. Paling terharu bila ada yang up entri
penghargaan untuk slot review. Thanks is such understatement for Mai. You guys can read it here.
Tbh, slot movie review untuk
suka-suka dan medium untuk lepaskan emosi yang terbuku di hati lepas menonton.
Tak sangka pulak ada yang request review untuk movie yang diorang nak tengok
ataupun dah tengok tapi nak tahu from my POV. Ada juga yang nak bagi job, ada
yang bukukan so yeah terharu, terkejut, happy semua ada.
Okay, berbalik kepada tajuk asal
kenapa perlunya ada entri ni sebab nak jelaskan kepada yang kurang jelas supaya
tak wujud sebarang salah faham.
1) Kenapa Movie Review Detail Sangat?
Sebuah filem/drama/telemovie
adalah hasil kerja bukan pelakon dan pengarah tapi pelbagai department ataupun
team. Pelakon, pengarah, penulis skrip, editor, team visual, team audio,
costume, stylist and makeup dan ramai lagi. So my review here is to appreciate
every effort that have been poured into a movie.
Tak semestinya jalan cerita best
akan digarap cantik oleh pengarah dan tak semestinya pelakon berbakat besar
akan berikan yang terbaik bila jalan cerita hancur dan banyak lagi. You guys
can read in HERE which criteria I put in my reviews.
2) Kenapa Movie Tak Best Tapi Rating Tinggi?
Rating bergantung kepada setiap
kriteria yang terpilih dalam sistem pemarkahan. Bila ada yang compare review
dia dengan my review, rasa macam tak boleh pergi sebab rating dia based on
emotions solely while for mine, markah untuk plot atau jalan cerita ialah +1 so
kalau best ke tak best limit dia memang 1 dan ke bawah. Kalau movie tak best
boleh dapat markah tinggi, itu disebabkan kriteria lain yang bagus. Like I said
tak semestinya tak best, semua benda pun hancur.
But hey, I baca je semua movie
reviews rakan blogger yang lain and some entries influenced me to watch certain
movies. Yang I komen nak tengok tapi tak tengok lagi, faktornya ialah kekangan
masa.
3) Kenapa Movie Best Tapi Rating Rendah?
Jawapan dekat soalan nombor dua
cuma terbalikkan je situasinya.
4) Dekat Mana Download Movie
Soalan ni walaupun tak relate tapi rajin betul muncul sekerap yang boleh dan jawapannya di SINI. Selalunya berkesan lah, tanpa gagal.
********************
Dulu memang sama je macam semua
orang, bila orang tanya best tak movie tersebut dan jawapannya antara ya
ataupun tak tapi tak tahu nak explain untuk kuatkan hujah sendiri. Blog lama
pun ada jugak buat movie review sampai kena kecam.
Since then, belajar macam mana
nak tulis movie review yang elok sikit, apa yang perlu ada dalam sesuatu
review. Bila dah ditahap sekarang ni, my aim and goals agak tinggi jugak, nak
movie review bantu sesiapa yang mencari rujukan tentang movie/drama/telemovie
tersebut since movie sekarang dah menjadi medium menyampaikan mesej sosial
selain menjadi medium hiburan atau escapism. Ada jugak berangan nak masuk newspaper ataupun mana-mana magazine wei 40 orang doa benda sama ada possibility termakbul ni.
Last but not least, I’ll put this
entry and movie review criteria at featured post so you guys can read it later
or anyone new in town wants some explanation for this blurry lane? Till then,
have a nice day and grab a popcorn!
Cast : Dylan Minnette, Katherine Langford, Kate Walsh, Christian Navarro, Alisha Boe, Brandon Flynn, Justin, Prentice, Miles Heizer, Ross Butler, Devin Druid, Amy Hargreaves, Derek Luke, Kate Walsh, Brian d'Arcy James, Bryce Cass, Sosie Bacon
Genre : Teen Drama/Mystery
Running Episodes : 13 episodes
Release Date : 18 May 2018
Production Company : July Moon Productions, Kicked to the Curb Productions, Anonymous Content, Paramount Television
Distributor : Netflix
Trailer:
5 bulan lepas kejadian tragis Hannah Baker dalam Season 1, Mrs Olivia Baker (Kate Walsh) ibu kepada Hannah membawa isu ni ke mahkamah dengan menyaman Liberty High kerana gagal membantu Hannah dalam masa yang sama gagal memberikan persekitaran sekolah yang selamat.
Semua nama yang ada dalam kaset rakaman Hannah sebelum mati diminta hadir ke mahkamah untuk trial session kecuali Alex yang baru sedar dari koma selepas menembak dirinya sendiri kerana rasa bersalah yang amat sangat kepada Hannah. Disebabkan kejadian tu, tempurung kepala Alex berlubang dan menyebabkan amnesia sementara dan saraf terganggu di kaki dan tangan. Dia berusaha untuk pulih dengan bantuan dari keluarga dan Zach Dempsey (Ross Butler).
Sementara tu, Clay Jensen (Dylan Minnette) cuba untuk keluar dari kepompong kenangan dia bersama Hannah dengan cara bercinta dengan Skye (Sosie Bacon), rakan baiknya sejak kecil. Walau banyak mana dan sekuat mana Clay cuba untuk lupakan Hannah, makin kuat juga ingatan kepada Hannah datang dan lebih teruk lagi bila dia mula nampak roh Hannah, (Katherine Langford) tapi dia rahsiakan dari pengetahuan sesiapa.
Tak banyak yang mampu Olivia Baker lakukan untuk menegakkan keadilan anaknya yang dibuli dan dirogol oleh Bryce Walker (Justin Prentice) kecuali jika suara di Tape No. 9 mengaku dia juga dirogol oleh Bryce. Tapi siapa je yang berani jatuhkan Bryce bila dia mempunyai pengaruh dan kuasa besar di bandar tu ditambah pula dengan serangan misteri kepada sesiapa yang dapat subpoena dari mahkamah.
Sepanjang 13 episod memang berkisar tentang perbicaraan dan beberapa scene flashback yang tak ada pun dalam Season 1 cuma scene Alex nak ingat balik apa yang berlaku malam dia bunuh diri tu je. Dalam banyak scene flashback, suka tengok scene Hannah dengan Zach bercinta sebab Zach memang layan Hannah baik sangat dan dia memang betul-betul suka dengan Hannah. Sama juga macam Justin cuma mereka berdua ni takut dengan Bryce. Its sad to watch their relationsip ended just like that.
Ada juga scene that I loved, such as Justin (Brandon Flynn) menumpang di rumah Clay lepas lari dari rumah ibunya di Oakland. Justin memang serasi dengan keluarga Jensen sampai parents Clay banyak spend masa dengan Justin since Clay lebih suka keluar dari rumah dan cari cara untuk jatuhkan Bryce. Happy tengok scene tu sebab Justin tak pernah merasa kasih sayang family sejak kecil lagi so bila dia bonding dengan keluarga Jensen, terasa kasih sayang tu.
Dalam Season 2 ni lagi emosi dari Season 1 sebab director tunjukkan perspektif ibu bapa, macam mana parents kena handle masalah anak-anak supaya tak rosak ataupun dibuli di sekolah dan dalam masa yang sama handle masalah kerja dan masalah peribadi. Tak kira bagus macam mana pun, masih akan ada gap antara parents dengan anak-anak.
Memang enjoy throughout the series cuma tak suka episod 13 bila keputusan mahkamah keluar walaupun dua kali perbicaraan diadakan. Ending pun tak berapa kena sangat dengan situasi, dia macam nak create chaos tapi nampak merapu. Mungkin director simpan untuk Season 3 sebab ada watak penting yang tiba-tiba hilang macam tu je. Harap yang ke3 nanti digarap cantik dan bukan tergesa semata since viewers rating cantik.
Sama macam Season 1, 13 Reasons Why menekankan mesej kemurungan dan beberapa masalah sosial di kalangan remaja. Netflix juga keluarkan amaran untuk pengawasan ketika menonton untuk beberapa scene yang agak wild and yupp untuk yang depress tak digalakkan menonton since it could triggered the emotions.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10
First time dengar lagu Kisah
Antara Kita ni di Carta Era 40 minggu lepas, first time dengar dah suka dengan
lirik dan runut bunyi terutamanya part chorus sebab suara mendayu berombak.
Lagu dan lirik dihasilkan oleh vokalis kumpulan One Avenue Band sendiri,
Reyhan. Tapi yang uniknya, gubahan dan susunan musik diatur oleh keyboardist
One Avenue Band, Mahathir VAI yang cacat penglihatan and it turns out great!
Kepada yang belum kenal One
Avenue Band, mereka berempat merupakan buskers selama 5 tahun yang dikenali dengan One Avenue Buskers dan berjumpa dengan WMCRecords
yang joint venture dengan FutureMusic Entertainment kemudian menghasilkan
single pertama, Kisah Antara Kita. Perubahan nama dari Buskers kepada Band adalah kerana buskers merupakan pekerjaan dan band lebih sesuai untuk represent themselves as a band on stage.