Drama Review : 13 Reasons Of Why

Wednesday 15 November 2017

Image result for 13 reasons why

Director : Gregg Araki
Writer : Brian Yorkey
Cast :  Dylan Minnette, Katherine Langford, Christian Navarro, Alisha Boe, Brandon Flynn, Justin, Prentice, Miles Heizer, Ross Butler, Devin Druid, Amy Hargreaves, Derek Luke, Kate Walsh, Brian d'Arcy James
Genre : Teen Drama/Mystery
Running Episodes : 13 episodes
Release Date : 31st March 2017
Production Company : July Moon Productions, Kicked to the Curb Productions, Anonymous Content, Paramount Television
Distributor : Netflix

Dulu masa English series ni tengah top, tak rasa nak tengok pun sebab takde Netflix, so malas nak gigih. Tapi Ahad lepas bosan pulak bila tak layan series. Dah lama kot tak layan series since The Vampire Diaries dah habis. The Orginals dengan Suits pun tak habis tengok lagi sebab dalam tempoh bermurung dengan TVD. Tak boleh move on lagi TVD dah habis.

Tapi dah nak masuk 2018 ni, berazam nak layan balik English series. Hambar pulak bila takde drama dalam kehidupan. At first macam give up jugak lah nak cari link download series 13 Reasons Why ni sebab banyak yang dah mati. Nak tengok online pun tak syok sebab takde english subtitles. Boleh je nak tengok tanpa subtitles tapi nanti kalau ada words baru tapi ditambah dengan accent pelik dari yang lain mula lah blur.

Finally jumpa jugak 1 site yang ada complete link dari episod 1 sampai 13. Well series ni mengisahkan tentang Hannah Baker (Katherine Langford) yang bunuh diri sebab depressed dengan life dia so before dia bunuh diri, dia record 13 kaset & pass kepada kawan-kawan lain. Siapa yang dengar kaset tu maksudnya dia ada kaitan lah dengan kematian Hannah. Masa dalam series ni, Clay Jensen (Dylan Minnette), kawan baik/crush Hannah yang dengar semua kaset & cuba perbetulkan balik keadaan. Tapi tu lah, walau macam mana pun dia betulkan balik, Hannah tetap dah pergi. Yang menyesal pun dah tak berguna dah.

Image result for 13 reasons why season 1

Emosi tau tengok series ni sebab director portray kehidupan high school ni memang stress sangat. Buli tu memang dah jadi makanan harian dah. At first rasa macam Hannah ni ratu drama, ada je yang dia tak puas hati. Ada je yang dia nak upset tapi bila dah hujung series baru faham kenapa dia ambil keputusan untuk bunuh diri.

But still tak boleh terima kenapa dia bunuh diri sebab dia sepatutnya faham keadaan orang lain jugak because basically semua pun ada masalah masing-masing, bukan dia sorang je. Plus, Clay tu memang sayang dengan dia dan lebih kesian dekat Clay sebenarnya. Emosi betul tengok series ni sampai kena get ready kotak tisu dekat sebelah since Katherine memang power betul main dengan emosi. And that's the reason she nominated for Best Actress for Drama Series at Golden Globe Awards. 

Tapi tak se-emosi macam The Vampire Diaries lah sebab TVD dia punya soundtrack pun syahdu kena betul dengan scene. Daripada hati kental jadi hati tisu jugak. One of the plus point for this series is the dialogue baik dari main cast mahupun supporting cast memang ada kekuatan masing-masing bukan sekadar masuk untuk jadi penghias je. Mungkin ni antara kelebihan drama yang diadaptasi dari novel, bunga bahasa tu cantik.

Image result for 13 reasons why season 1 quote

Siapa yang belum tengok series ni, memang recommended sangat since one of their objectives pun nak sebarkan awareness tentang bully & depression. Nampak benda tu macam remeh je tapi sebenarnya effect dia boleh tahan teruk jugak. Plus, semua pihak mainkan peranan dalam isu ni. Kawan-kawan, guru sekolah, guru kaunseling, ibubapa and the list goes on...

Image result for 13 reasons why

Harap ada Season 2 sebab nak tengok Dylan Minnette lagi since watak Jeff Atskin (Brandon Larracuente) dah mati haha kbai.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

1 comment

  1. Seriouslah!!! amer dah berkurun ada full episod tpi berkurun juga tak pernah nk tengok.. hahaha lepas baca review Farhana terus rasa nk tgk malam nih!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.