10 Lagu Korea Dengan Tajuk Lagu Yang Unik

Friday 22 June 2018

Dalam beberapa hari ni bersepah Ddu Du Ddu Du dekat socmed, pening jugak apa yang diorang sembang rupanya sebab lagu baru Blackpink. Dengan 80,121,322 views sejak dikeluarkan pada 14 Jun lepas, lagu DDU-DU DDU-DU ni dah berada di no 5 di carta trending.


Bukan pertama kali pun Blackpink release lagu dengan tajuk yang unik, sebelum ni dengan lagu Bombayah. Tajuk lagu yang unik dah jadi trend di Korea dan ada yang jadi kegilaan ramai walaupun tajuk lagu tu tak memberi apa-apa makna pun. Kpop idols definitely a trendsetter.

Here some list of unique title of Kpop songs :

1. Gee - Girls Generation


Lagu Gee merupakan salah satu hits kumpulan SNSD dan merupakan idol group pertama yang mulakan trend tajuk lagu yang unik ni. Gee menggunakan genre electropop dengan elemen hip-hop dan techno so most likely lagu rancak yang mengisahkan tentang tahap angau masa bercinta ni terngiang-ngiang di kepala. 

2. Bo Peep Bo Peep - T-Ara 


Lepas success dengan lagu Roly Poly, girl group T-ara muncul dengan lagu Bo Peep Bo Peep bergenre electropop dan menjadi kegilaan kerana gaya comel diorang bukan sahaja di Korea malah menjuarai carta di Jepun selepas MBLAQ dan Shinee. 

3. Ring Ding Dong - Shinee 


Bukan tajuk je unik part chorus dia pun unik jugak : 

Ring ding dong, 
Ring dingi dingidiggi,
Ding ding ding

At first masa dengar macam kelakar tapi part chorus ni la yang melekat dekat kepala sampai sekarang. Lagu genre afro-electro ni dihiasi dengan beat drum Afrrika which is congo untuk menghasilkan bunyi electro synthesizer. Tujuan part chorus tu diberi sentuhan unik untuk menggambarkan bunyi yang melekat di kepala bila angau bercinta. Fun fact, student takkan dengar lagu ni sebelum exam besar sebab mengganggu focus untuk study. 

4. LA chA tA - f(x) 


Lagu debut group f(x) pada tahun 2009 menggunakan perkataan La cha ta yang tidak membawa apa-apa makna pun, hanya ditambah untuk naikkan keunikan dan sensation lagu je. Strategi SM Entertainment berjaya bila lagu ni  merupakan lagu debut hits di Korea. 

5. Ringa Linga - Taeyang


'ringgalinggaling ringgalinggaling' memang tak ada maksud langsung pun. Lagu yang dicipta oleh G-Dragon Big Bang ni cuma fokus untuk pendengar enjoy dengan life dan music tu sendiri. Taeyang yang terkenal dengan genre balada come up with new genre, electropop dan rap. Skill rap Taeyang antara yang menjadi taruhan dalam single Ringa Linga. 

6. Bang Bang Bang - Big Bang


Sama seperti Ringa Linga, lagu Bang Bang Bang juga merupakan karya G-Dragon menggunakan genre dance pop dan trap-heavy breakdown dengan rap dari Top membuatkan lagu ni menjadi Song Of The Year untuk tahun 2015. Lagu lit & swag dari Big Bang menggunakan tajuk Bang Bang Bang yang merupakan bunyi yang dikeluarkan bila ditembak. 

7. Ko Ko Bop - EXO


"Shimmie shimmie Ko Ko Bop I think I like it". 

Berbeza genre dengan lagu EXO yang lain, Ko Ko Bop menengahkan genre reggae pop dan tajuk lagu Ko Ko Bop ni lebih membawa makna Haapy Dance. Since EXO release single Ko Ko Bop, beberapa kali jugak website crashed sebab terlampau ramai sangat yang stream and play. Lagu Ko Ko Bop mengungguli carta musik di Korea dan juga berada di tangga ke 155 carta musik global untuk tahun 2017.

8. Bombayah - Blackpink


Debut single group Blackpink merupakan MV ke-5 terpantas yang mendapat 100 juta views selepas release di Korea dan merupakan pencapaian terbesar antara Kpop idols. Menggunakan genre big room house dan hip hop dicipta oleh producer yang sama oleh idol groups lain dibawah naungan JYP Entertainment, Teddy. 

9. Boom Boom - Momoland


"Give it to you

My nunnunnunnunnunnun nunbit

ssodajineun My teoteoteoteoteoteo teochi

nae meoributeo ppumppum

nae balkkeutkkaji boom boom"

Lagu yang mempunyai kontroversi plagiat dari lagu Serebro - Mi Mi Mi yang pernah digunakan dalam episod pertama rancangan survival, Finding Momoland tahun 2016. Tapi composer lagu Boom Boom nafikan hal tersebut sebab genre dan beat yang berbeza antara dua lagu. Sama seperti lagu Serebro, lagu Boom Boom hits di Korea dan mengungguli carta berbulan lamanya. 

10. Latata - (G) I-DLE


Latata sama macam lagu La cha Ta kumpulan f(x) merupakan lagu debut yang menggunakan perkataan yang tiada maksud untuk menambahkan sensational element lagu tersebut tapi bezanya lagu Latata ni gagal mendapat tempat dalam carta musik di Korea walaupun famous di US. 

Tajuk lagu yang unik sentiasa mendapat perhatian para pendengar seluruh dunia, tahun depan apa agaknya tajuk lagu yang bakal hits di carta musik. Till then, have fun!
Related image

Director : Lee Chang-min
Cast : Kim Jung-hyun, Lee Yi-kyung, Son Seung-won, Jung In-sun, Ko Won-hee, Lee Joo-woo
Production Company : C-JeS Production, Drama House 
Distributor : JTBC
Genre : Comedy/Romance
Running Episodes : 20 Episodes
Release Date : February 5, 2018
Trailer :



Kalau layan K-Drama memang genre serious je but this one is exceptional! Dari episode awal sampai habis memang berdekah je kerja. Walaupun episode original cuma 16 tapi teapi team EW extend sampai 20 episod sebab rating mencanak naik, still kelakar tu tak surut ataupun hambar. Rasa macam tak puas je 20 episod tapi dengar cerita dah ada second season. Say whatttt!

Welcome To Waikiki mengisahkan tentang 3 sekawan yang tinggal serumah dan mengusahakan Waikiki Guesthouse dan dalam masa yang sama mengejar impian diorang untuk menghasilkan movie. Kang Dong-gu (Kim Jung-hyun) sebagai ketua rumah yang pasang impian untuk menjadi pengarah filem, Lee Jun-ki (Lee Yi-kyung) pelakon extra yang ingin menjadi bintang ternama dan Bong Doo-shik (Son Seung-won) bekerja di pasaraya dan buat kerja sambilan sebagai penulis skrip.


Image result for eulachacha waikiki shooting location

Walaupun guesthouse diorang cantik tapi tak ramai yang datang menginap jadi masing-masing mengalami masalah kewangan sebab kerja hakiki pun tak berapa nak memberansangkan sangat. Lagi parah bila ada baby tertinggal di Waikiki guesthouse. Bila berjumpa dengan ibu kandung, diorang terpaksa benarkan dia tinggal bersama disebabkan kisah malang hidup Yoon-Ah (Jung In-sun) dan berkongsi bilik dengan Kang Seo-jin (Ko Won-hee), adik kepada Dong-gu.

Bertambah gamat guesthouse tu bila Soo-Ah (Lee Joo-woo), bekas kekasih Dong-gu yang ditipu oleh lelaki Thai datang menginap buat sementara waktu sebab dia dah inform family dia akan berpindah ke Amerika dan tinggal di sana untuk beberapa tahun. Karakter Soo-Ah tak disenangi oleh rakan Dong-gu yang lain sebab perangai kekwat dia tambah pula bila dia yang tinggalkan Dong-gu untuk lelaki lain.


Image result for eulachacha waikiki shooting location

Dalam drama ni memang banyak sangat scene kelakar berdekah tapi ada jugak scene yang nampak try hard sangat nak buat kelakar tapi tak banyak lah. Most of the time memang gelak sampai sakit perut nak pulak scene Jun-ki sebagai pelakon ekstra, ada saja dugaan untuk dia sebelum jadi bintang terkenal.

Jangan ingat main character je yang pandai berlakon, baby Sol dalam drama ni pun power buat ekspresi muka. Dah lah comel, bila dia buat mimik muka lagi bertambah comel. Tapi dekat hujung drama, baby Sol agak kerap jugak lah hilang sebab belakang drama tu dah banyak fokus dengan percintaan 3 sekawan ni. But no worries, masih lagi best nak layan.

Related image

Apart from cinematography yang cantik, main track Eulachacha Waikiki, Waikiki Wonderland pun comel dan best. Sesuai sangat sebagai main soundtrack drama ni. 


Idea jalan cerita yang mengisahkan tentang betapa messy kehidupan dewasa yang struggle dalam hidup untuk kejar impian dalam masa yang sama memerlukan duit untuk hidup memang terbaik sebab boleh relate sangat dengan kehidupan sendiri. Tambah pula bila sifat childish dalam diri tu ada tapi terpaksa simpan sebab penuh dengan tanggungjawab. Berdekah tengok scene Jun-ki dengan Doo-shik main skate dalam rumah. Nampak childish tapi tu je pun sumber untuk have fun tanpa bazirkan duit. Bukan senang pulak tu nak jumpa member yang masuk air dengan kita. 

Kalau stress, layan la drama kelakar berdekah ni, kalau tak stress pun layan jugak tapi jangan layan waktu malam sebab nanti tak boleh nak tidur. Mesti nak click next episode lepastu satu lagi then tambah lagi satu sampai mata jadi panda. Jangan tengok masa makan jugak takut tersedak sebab gelak banyak sangat. Sekian.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Pendidikan Seks, Wajar atau Tidak?

Thursday 21 June 2018

Related image

‘Pendidikan seks akan menggalakkan zina’

Mungkin ada yang masih baru lagi dengan terma pendidikan seks, tiba-tiba dikejutkan dengan cadangan dari YB Syed Saddiq untuk menggalakkan pendidikan seks di kalangan kanak-kanak dan remaja. Well actually it isn’t new. Sebelum pergi jauh, kaji dulu definisi seks dan apa itu pendidikan seks.

Definisi Seks

Seks mengikut Dewan Kamus Bahasa & Pustaka ialah jantina; jenis kelamin. 

Dari definisi seks itu sendiri dah buang mitos mengenai teori Pendidikan Seks ialah untuk mengajar tentang cara untuk mengadakan hubungan seks selamat secara berleluasa. Jadi apa itu Pendidikan Seks? 

Definisi Pendidikan Seks

Image result for countries with sex education

Pendidikan seks mengajar tentang seksualiti manusia yang merangkumi hubungan emosi dan tanggungjawab, anatomi seksual manusia, aktiviti seksual, pembiakan seksual, umur persetujuan, hak pembiakan, kesihatan reproduktif, kawalan kelahiran dan sekatan seksual. 

‘Semua ni ada dalam subjek sains di sekolah, tak cukup lagi ke?’

Jelasnya tidak kerana semua yang terlibat dengan jenayah seksual pergi ke sekolah dan belajar subjek yang sama tapi kenapa makin meningkat? Mungkin peranan Kementerian Pelajaran untuk meperkasa syllabus pelajaran. Atau mungkin peranan ibu bapa sebenarnya untuk memperkenalkan pendidikan seks di usia kanak-kanak sebab bahagian intim agak peribadi untuk dibicarakan maka parents adalah yang paling rapat dengan kanak-kanak. 

Pendidikan seks bukan taboo tapi keperluan sebab semua manusia berkait dengan seks dan segala yang berkaitan dengannya. Di sekolah belum tentu tengaa pengajar akan membincangkan secara serious kerana taboo dan ada sesetengah yang akan skip topik tersebut dan letak tanggungjawab untuk pelajar baca dan hafal. 

Safe sex cuma sebahagian daripada pendidikan seks dan kalau ramai yang risau dengan menggalakkan seks bebas, kena cakna juga dalam pendidikan seks ada sekatan seksual yang terikat dengan budaya dan agama. 

Statistik kes pedofilia di Malaysia yang direkodkan sejak Mac 2017 mencecah 12,025 kes di negara ni dan jumlah tu cuma sebahagian kecil sebab masih ramai lagi ibu bapa yang tidak berdaftar kerana malu dan ingin menjaga maruah keluarga. Kes pedofilia dan pornografi kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia dan dua perkara ni merupakan pelanggaran hak asasi sebagai manusia.

Jadi macam mana pendidikan seks akan mengurangkan statistik ni? Dengan peningkatan kesedaran tentang seksualiti individu. Di Malaysia sebenarnya pendidikan seks telahpun dicadangkan sejak era 1960-an lagi tapi dianggap terlampau terbuka kemudian dicadangkan lagi pada tahun 2000 kerana peningkatan kes rogol secara purata sebanyak 4 kes setiap hari. Selain kes rogol, sumbang mahram, gangguan seksual dan sebagainya semakin meningkat. Jadi cadangan pada tahun 2018 bukan lagi sesuatu yang mengejutkan.

Negara kita pernah membantah kerana terlampau terbuka tapi kes seksual makin berleluasa, jadi kenapa tidak kalau kita menerima? Di negara Eropah, penurunan statistik jenayah seksual kerana pendidikan seks yang berkesan terutamanya di negara Itali, Jerman, Switzerland, Sweeden, Denmark, Netherlands, Belgium dan Perancis.

Mungkin Pendidikan Seks takkan mampu membendung jenayah seksual dan masalah sosial secara total tapi penurunan statistik dari sesuatu inisiatif adalah penting. Pengetahuan tentang seksualiti mungkin dapat membantu mengelakkan dari remaja terjebak kepada kancah penderaan dan jenayah seksual.