Movie Review : Solo: A Star Wars Story

Friday 25 May 2018

Related image

Director : Ron Howard
Cast : Alden Ehrenreich, Woody Harrelson, Emilia Clarke, Donald Glover, Thandie Newton, Phoebe Waller-Bridge, Joonas Suotamo, Paul Bettany
Production Company : Lucasfilm Ltd.
Genre : Sci-fi/Adventure/Action
Running Time : 135 minutes
Release Date : 23 May 2018
Trailer :


I’m not a fan of Star Wars but thank God this movie tak relate banyak sangat dengan movie-movie dalam franchise Star Wars. This is where you get to know one of the main character in Star Wars, Han Solo during his young age. Since tak pernah tengok star Wars so this review basically about this movie only.

Han (Alden Ehrenreich) tinggal di planet Corellia sebagai penyeludup yang berhutang besar dengan Ratu Corellia, Lady Proxima (Linda Hunt). I bet not only Han but most of them akan mencuri atau cari barang yang boleh buat Ratu impress. By luck, Han terjumpa benda yang paling berharga di seluruh galaksi which is Coaxium. Dengan adanya Coaxium, Han boleh keluar dari Corellia dan hidup bebas bersama awek dia, Qi’ra (Emilia Clarke).

Tapi rancangan gagal bila pengawal Imperial berjaya tangkap Qi’ra sebelum melepasi pintu utama untuk ke planet lain. Han berjanji untuk datang kembali kepada Qi’ra but still Han tak ada tiket dan pengawal Imperial masih lagi memburu so he join Imperial Navy sebab cita-cita Han adalah untuk menjadi seorang juruterbang.

Image result for solo star wars

Lepas 3 tahun, Han masih lagi gagal dengan misi hidup dia. Bukan takat tu je, Han gagal jadi juruterbang disebabkan ingkar arahan superior so dia dibuang ke medan perang bersama askar lain untuk menakluk planet Medan. Di sana dia berjumpa dengan geng perompak Coaxium – Beckett (Woody Harrelson), Val (Thandie Newton) & Rio (Jon Favreau).

Han cuba yakinkan Beckett untuk join kumpulan diorang dengan kebolehan yang dia ada tapi gagal kemudian dicampak ke sangkar Wookie sebagai hukuman. Disebabkan Han pandai berbahasa Shyriiwook, Han dengan Chewbacca (Joonas Suotamo) menjadi kawan dan diterima masuk team Beckett. Misi Beckett ialah untuk mencuri satu gerabak Coaxium dan hantar kepada Dryden Vos (Paul Bettany) tapi sayangnya gagal bila team Nest mempunyai misi yang sama.

Image result for solo star wars

Beckett, Han dan Chewbacca terpaksa berjumpa dengan Dryden Vos untuk tebus kembali kegagalan mendapatkan Coaxium and interestingly after 3 years, Han berjumpa dengan Qi’ra sebagai pembantu Dryden Vos. Tak ada jalan untuk tebus kegagalan tapi Han cadangkan untuk curi Coaxium mentah di Kessel. Walaupun idea Han agak tak logik sebab Coaxium hanya mampu bertahan dalam suhu tertentu or else dia akan meletup but still Dryden Vos terima idea Han dan mengarahkan Qi’ra untuk join team diorang thus leads them to meet Lando (Donald Glover) & L3 (Phoebe Waller-Bridge). Berjaya atau tak diorang mencuri Coaxium mentah, you guys have to watch it.

Related image

For a great franchise like Star Wars in Hollywood, audio dan visual aren’t really a problem plus this  movie under Disney Studios so yupp its like the eye feast watching them fighting with lasergun and saber knife tambah pula dekat scene team Beckett curi gerabak Coaxium, scene curi Coaxium mentah dan scene Qi’ra fight dekat hujung movie. Not to mention scene Han dengan Chewbacca take over The Millenium Falcon, kapal terbaik Lando. 

Jalan cerita for me biasa & quite simple, tak ada pun macam wow moment tambah pula bila kebanyakan comedy scene dalam movie quite typical dan hambar. Krik krik most of the time dalam hall. Even plot twist pun predictable but still I developed some interest to watch the whole series of Star Wars and know more about this epic brand disebabkan character Han. He’s witty, smart and sneaky also character Qi’ra pun still lagi misteri bila dia berubah dalam jangkamasa 3 tahun terpisah dengan Han and end up terjerat dengan Dryden Vos dan Darth Maul (Ray Park).
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

Giveaway DouDou.my X #CeritaMak



what you wish to buy from DouDou.my website if you have RM50 vouchers.

Movie Review : Baaghi 2

Thursday 24 May 2018


Director : Ahmed Khan
Cast :     Tiger Shroff, Disha Patani, Darshan Kumar, Deepak Dobriyal, Prateik Babbar, Randeep Hooda, Manoj Bajpayee
Production Company : Nadiadwala Grandson Entertainment Pvt Ltd
Genre : Action/Mystery
Running Time : 144 minutes
Release Date : 30 March 2018
Trailer :


Sequel Baaghi tahun 2016 muncul kembali dengan pelakon yang sama, Tiger Shroff tapi heroin berbeza, Disha Patani dan juga kisah yang berbeza. Maknanya dalam franchise Baaghi ni setiap movie berbeza macam franchise Raaz dan Hate Story. Bukan tu je, pengarah pun berbeza juga di mana kali ni di bawah arahan Ahmed Khan.


Movie Baaghi 2 diolah semula dari movie Telugu tahun 2016, Kshanam yang mengisahkan tentang Neha (Disha Patani) yang kehilangan anak perempuannya, Rhea akibat diculik oleh 2 orang lelaki upahan di hadapan taska.

Selepas 2 bulan tiada jawapan dari pihak polis, taska dan usaha pencariannya, Neha minta bantuan bekas kekasih hati zaman kolejnya, Ronny (Tiger Shroff) ataupun dikenali sebagai Captain Ranveer Pratap Singh yang sekarang ni berkhidmat di sempadan sebagai pegawai askar.


Sama macam Neha, Ronny pun buntu dengan pencarian Rhea. Lagi bertambah pelik bila manusia sekeliling Neha terutamanya suaminya, Shekhar (Darshan Kumar) beritahu perkara yang sama, Neha tak pernah ada anak langsung. Even worst, Rhea sebenarnya anak orang lain yang hilang beberapa bulan sebelum tapi tak pernah diiklankan di mana-mana bimbang nyawa anaknya terancam.

Image result for baaghi 2

Satu hari Usman Langda (Deepak Dobriyal), pemilik kereta sewa Ronny beritahu yang dia ternampak kelibat Rhea di tempat lepak adik Shekhar, Sunny (Prateik Babbar). Dari situ Ronny gali balik semua bukti yang terlibat dan mencari siapa dalang penculikan Rhea dengan bantuan ACP Loha Singh (Randeep Hooda).

Jalan cerita Baaghi 2 lebih kepada misteri dan ada beberapa plot twist di second half movie tapi menyampah bila action stunt nampak tak real macam Baaghi 1. Tendang sikit dah melayang sampai terbelah meja, angin dan tali tak payah cakap lah berapa banyak contribution dalam movie ni. Sayang bila franchise ni ialah brand kepada martial art skills Tiger Shroff tapi dicacatkan dengan action stunt yang berlebihan seperti genre masala.

Related image

My expectation for Baaghi 2 is quite high because I love real action stunt but this one is a big disappointment. We already have enough masala genre movies. Lagi sedih bila heroin langsung tak ada action stunt dalam movie ni. She is just a helpless and traumatic sick mother. Boleh kata dalam movie ni watak Disha cuma watak pasu bunga, penyeri sesebuah movie je. Just jadi cantik sepanjang masa tanpa perlu berusaha sangat pun untuk tunjukkan bakat lakonan.  Sama jugak lah macam watak Randeep Hooda dan Manoj Bajpayee yang disia-siakan dalam movie ni.


Walaupun ada beberapa plot twist di second half tapi tak cukup meyakinkan sangat tambah pula bila banyak part mengarut terutama di hujung cerita Ronny berubah jadi Rambo dalam hutan di pulau untuk selamatkan Rhea. Seorang diri. Tambah mengarut bila dialog merapu.

Part Usman Langda jumpa Rony pertama kali di bengkel kereta dan dia boleh agak yang Ronny dah lalui banyak perkara dalam hidup dia padahal Ronny tak ada cerita apa pun dengan dia. Tu belum lagi dia bersedih dengan kematian Neha padahal dia tak kenal pun Neha. Not to mention watak Randeep Hooda sebagai ACP yang suka buli pekerja bawahan dia sampai menangis. Don’t ask why he cried, he just did. T.T


Kalau Baaghi 1 ada album soundtrack yang best, berbeza dengan Baaghi 2 ada 6 lagu dan satu daripadanya adalah remake dari lagu famous Madhuri Dixit, Ek Do Teen dari movie Tezaab tahun 1988 tapi gagal mendapat tempat di hati pendengar. Cuma lagu O Saathi sahaja yang masuk dalam carta nyanyian Atif Aslam.


Baaghi 2 is such a huge disappointment in story, background music, action stunt and even acting talent but hey, there’s already have Baaghi 3 on the line. So yupp all the best.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought =0 = 4.7/10