Movie Review : Commando 2

Thursday 16 November 2017

Image result for commando 2 review

Director : Deven Bhojani
Cast : Vidyut Jammwal, Adah Sharma, Esha Gupta, Freddy Daruwala, Shefali Shah
Genre : Crime/Action
Trailer :


First of all, I'm watching this because of Vidyut. Tak, bukan sebab dia handsome hot berketak tapi sebab dia ni kalau berlakon action scene memang power since dia buat sendiri semua stunt, dia tak guna double body ataupun harness bagai. Commando 2 ni sequel kepada movie Commando tahun 2013 dengan genre yang sama & watak yang sama, Captain Karan cuma storyline je yang berbeza.

Untuk Commando 2 ni Captain Karan ditugaskan untuk cari Vicky Chadda atas kesalahan money laundering yang bersembunyi di Malaysia. Funny thing is masa dia mention Malaysia, happy betul ada scene dekat negara sendiri tapi hampanya rasa bila dia cakap Malaysia tapi sebenarnya Thailand. Whyyyy :(

Tapi ada polis Malaysia dalam scene Karan & the gang jumpa penjenayah tu dekat safe house dia. Help? I'm confuse?


Lagi confuse bila ada hacker polis yang mati sebab kena tembak dekat bahu. Itupun darah sikit gila like what? Jap jap tengok ni untuk murung bersama


Rasanya ni movie debut Adah Sharma but instead of making it great she turned out to be pale. Dalam movie ni dia just masuk untuk jadi cantik je. Just another flower pot. Sayanglah talent got wasted just like that. Dia try hard sangat nak jadi polis yang bubbly & funny. But all praise to Esha Gupta like always. Tapi geram jugak lah dengan director, seriously dalam movie ni female casts horny kemain?

Tak macam Commando 1 where storyline cantik and fresh, tapi yang ni huru-hara memang asal ada je plot dia. Shefali Shah yang berlakon sebagai Menteri Dalam & Luar Negara pun hancur padahal Shefali Shah kot bukan calang orang pelakon dia dalam ni. Semua bagus tapi tu lah, storyline dia buatkan movie ni hancur. 

Kalau tengok Commando 2 ni untuk action stunt dari Vidyut Jamwal, yes movie ni berbaloi. Sebab storyline dah hancur, banyak scene huru-hara, lagu pun tak best. Ada satu lagu dekat credit scene, Hare Krishna Hare Ram best tapi puja Tuhan diorang lah pulak. I'm torn :(

First half movie ni dah cantik tapi bila masuk second half, Vidyut je lah yang jadi penyelamat. Action stunt dia memang top notch, memang tak rugi layan Commando 2 kalau penggemar movie action. Cuma ada part yang dia berlawan dengan orang bawahan VK, director shot guna hidden camera I guess memang potong stim. Sebab kita nak tengok martial art technique tapi yang nampak sikit je. Wei, mana ada orang guna camera tu kalau untuk fighting scene. Every muscles are vital onscreen. Dah lah second half je fighting scenes haihhhh

Related image

Hampa sangat tengok movie ni sebenarnya sebab amazed bila tengok Commando 1 nak pulak bila diorang decided nak buat sequel expectation tu memang tinggi sangat plus Vidyut jarang berlakon dekat Bollywood movies, dia lebih ke Telugu. Bukan senang nak tengok action movie sebab nak hasilkan movie action pun makan masa belum masuk kalau pelakon tu injured sampai kena surgery bagai macam Hrithik dengan John Abraham. 

Bila dah ada movie macam ni & pelakon fav pulak onscreen tapi hampanya bila movie tu hancur but its okay lah at least enjoy tengok fighting scene & stunt dari Vidyut dalam movie ni. BUT if you guys belum tengok lagi Commando 1, do watch it. Its highly recommended from me. Memang gempak. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +0, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.9/10

Movie Review : Lucknow Central

Wednesday 15 November 2017

Image result for lucknow central

Director : Ranjit Tiwari
Cast : Farhan Akhtar, Diana Penty, Ronit Roy, Rajesh Sharma, Grippy Garewal
Genre : Thriller Crime
Trailer : 

I always have soft spot for Diana Penty, beauty and talented. Last year tengok movie dia, Happy Baag Jayegi, tahun ni dalam movie Lucknow Central tapi sayang lah sebab screentime dia tak banyak pun dalam movie ni & watak dia strong tapi the way director portray her character macam hambar sikit. 

Lucknow Central ni mengisahkan tentang Kishan Mohan (Farhan Akhtar) yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk satu kes pembunuhan seorang pegawai keselamatan lepas dia balik dari konsert. Kishan ni memang dah lama nak ada band tapi lepas dia masuk penjara, impian dia terkubur.  Dalam masa yang sama, menteri di Uttar Pradesh tu nak satu band dari penjara Lucknow Central untuk bertanding dalam pertandingan menyanyi. Disebabkan singing competition ni lah harapan dia untuk jadi penyanyi hidup balik, & dengan bantuan Gayatri Kashyap (Diana Penty), dia dapat tubuhkan sebuah band.

Image result for lucknow central

Before going for the review, fun fact for this movie is this movie inspired from a true events. Pada tahun 2007, ada singing competition antara penjara di Uttar Pradesh so 12 orang banduan di Lucknow Central ni dipilih & dilatih oleh warden penjara, Noor Muhammad yang membesar dengan muzik since ayah dia pun ada band jugak. Kos untuk peralatan muzik ni semua hasil daripada fundraising masyarakat di situ. Masa Republic Day, band Healing Hearts ni perform lepas berbulan gigih practice & dari situ diorang dah start dapat tempat di hati peminat & lots of invitations macam perform dekat kenduri kahwin, private events or even official ceremony. Habis je perform, diorang akan balik semula ke penjara lah sebab most of them dapat hukuman penjara seumur hidup. Band Healing Hearts ni memang sentiasa update dengan latest Bollywood songs untuk penuhi permintaan fans & customer diorang. Dekat penjara Lucknow Central ni ada satu kaunter khas untuk booking band Healing Hearts perform dekat majlis diorang. 

Image result for lucknow central review
Barisan pelakon bergambar dengan band Healing Hearts
Okay, back to the review. Movie ni memang entertaining sebab lagu-lagu dalam movie ni pun best tapi geram pulak sebab Farhan tak guna suara sendiri pun dalam movie ni. But Rangdaari memang menusuk. Arijit Singh ka jadoo kan, macam biasalah. ;)

Actually storyline movie ni strong jugak lah tapi sebab dah terlampau banyak sangat movie based on the same plot, rasa macam eh cliche sangat tau uolls. Masa tengok movie ni rasa macam tengok drama Korea, Defendant and a strong mix with Shawshank Redemption movie. Even movie Qaidi Band pun buat kisah yang sama. T.T

Instead of ubah storyline movie ni, I guess better Rajesh Tiwari cedok kisah band Healing Hearts je since they got a beautiful story to tell the world and this movie can give strong powerful social message compared to this one. Mungkin director nak tampilkan kekuatan quote 

Nobody gets justice; people only get good luck or bad luck - Orson Welles
Yes, memang strong tapi sejauh mana terkesan dalam hati penonton sedangkan nak go through movie tu boleh tahan lenguh jugak lah. 147 minutes tu lama kot. Mungkin ending lagi bagus since ending movie Lucknow Central ni buat orang tertanya-tanya so apa jadi dengan band Kishan? Setakat tu je ke impian Kishan? Kata ahli band ni finally dapat maruah diorang balik lepas semua ahli keluarga pandang hina sebab diorang ni banduan? Macam ada batu besar tau jatuh bila tengok ending. Lots of questions but you cannot find the answers. 

Lagi rasa nak terjongket kening bila ahli band Kishan ni semuanya expert dengan selok-belok penjara tu. By logic, for sure lah warden penjara tu dapat hidu plan diorang untuk lari keluar dari penjara tapi biasalah kan, nama pun movie. What do you expect lol. Instead of giving a brilliant story, its end up being trash sebab logic memang hancur. Don't get me started for the genre. Haihhhhh

Image result for lucknow central review

Movie ni terselamat sebab lakonan Farhan Akhtar & Ronit Roy menjadi plus the songs are entertaining. & not to mention the comical scenes tapi ada jugak scenes yang tak perlu ada dalam pun dalam ni sebab masa terbazir tengok scene mengah. Kalau tengok movie ni secara santai, memang fun lah movie ni sebab tak berat mana pun. Tapi tu lah, kalau movie ni berbeza storyline mungkin impak dia boleh pergi lagi jauh dari yang diterbitkan ni. 

1. Team Production 0, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

Drama Review : 13 Reasons Of Why

Image result for 13 reasons why

Director : Gregg Araki
Writer : Brian Yorkey
Cast :  Dylan Minnette, Katherine Langford, Christian Navarro, Alisha Boe, Brandon Flynn, Justin, Prentice, Miles Heizer, Ross Butler, Devin Druid, Amy Hargreaves, Derek Luke, Kate Walsh, Brian d'Arcy James
Genre : Teen Drama/Mystery
Running Episodes : 13 episodes
Release Date : 31st March 2017
Production Company : July Moon Productions, Kicked to the Curb Productions, Anonymous Content, Paramount Television
Distributor : Netflix

Dulu masa English series ni tengah top, tak rasa nak tengok pun sebab takde Netflix, so malas nak gigih. Tapi Ahad lepas bosan pulak bila tak layan series. Dah lama kot tak layan series since The Vampire Diaries dah habis. The Orginals dengan Suits pun tak habis tengok lagi sebab dalam tempoh bermurung dengan TVD. Tak boleh move on lagi TVD dah habis.

Tapi dah nak masuk 2018 ni, berazam nak layan balik English series. Hambar pulak bila takde drama dalam kehidupan. At first macam give up jugak lah nak cari link download series 13 Reasons Why ni sebab banyak yang dah mati. Nak tengok online pun tak syok sebab takde english subtitles. Boleh je nak tengok tanpa subtitles tapi nanti kalau ada words baru tapi ditambah dengan accent pelik dari yang lain mula lah blur.

Finally jumpa jugak 1 site yang ada complete link dari episod 1 sampai 13. Well series ni mengisahkan tentang Hannah Baker (Katherine Langford) yang bunuh diri sebab depressed dengan life dia so before dia bunuh diri, dia record 13 kaset & pass kepada kawan-kawan lain. Siapa yang dengar kaset tu maksudnya dia ada kaitan lah dengan kematian Hannah. Masa dalam series ni, Clay Jensen (Dylan Minnette), kawan baik/crush Hannah yang dengar semua kaset & cuba perbetulkan balik keadaan. Tapi tu lah, walau macam mana pun dia betulkan balik, Hannah tetap dah pergi. Yang menyesal pun dah tak berguna dah.

Image result for 13 reasons why season 1

Emosi tau tengok series ni sebab director portray kehidupan high school ni memang stress sangat. Buli tu memang dah jadi makanan harian dah. At first rasa macam Hannah ni ratu drama, ada je yang dia tak puas hati. Ada je yang dia nak upset tapi bila dah hujung series baru faham kenapa dia ambil keputusan untuk bunuh diri.

But still tak boleh terima kenapa dia bunuh diri sebab dia sepatutnya faham keadaan orang lain jugak because basically semua pun ada masalah masing-masing, bukan dia sorang je. Plus, Clay tu memang sayang dengan dia dan lebih kesian dekat Clay sebenarnya. Emosi betul tengok series ni sampai kena get ready kotak tisu dekat sebelah since Katherine memang power betul main dengan emosi. And that's the reason she nominated for Best Actress for Drama Series at Golden Globe Awards. 

Tapi tak se-emosi macam The Vampire Diaries lah sebab TVD dia punya soundtrack pun syahdu kena betul dengan scene. Daripada hati kental jadi hati tisu jugak. One of the plus point for this series is the dialogue baik dari main cast mahupun supporting cast memang ada kekuatan masing-masing bukan sekadar masuk untuk jadi penghias je. Mungkin ni antara kelebihan drama yang diadaptasi dari novel, bunga bahasa tu cantik.

Image result for 13 reasons why season 1 quote

Siapa yang belum tengok series ni, memang recommended sangat since one of their objectives pun nak sebarkan awareness tentang bully & depression. Nampak benda tu macam remeh je tapi sebenarnya effect dia boleh tahan teruk jugak. Plus, semua pihak mainkan peranan dalam isu ni. Kawan-kawan, guru sekolah, guru kaunseling, ibubapa and the list goes on...

Image result for 13 reasons why

Harap ada Season 2 sebab nak tengok Dylan Minnette lagi since watak Jeff Atskin (Brandon Larracuente) dah mati haha kbai.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10