Kutip Duit Lebih Dengan HYPR

Friday 1 September 2017

Buat blog ni kadang-kadang nak jugak merasa cash masuk poket. Baru terasa indah kehidupan, ye dak? Kalau dulu ada Nuffnang dengan AdSense je sebagai sumber tapi sekarang dah banyak platform baru untuk tambah duit. Latest, HYPR ni. 

Disebabkan platform baru, so HYPR tengah mencari social media influencer untuk jayakan promotion diorang. 


Nak join komuniti HYPR ni pun mudah je. Ada Facebook ataupun Twitter pun dah boleh join dah. Tak ada minima per view pun. Lebih kurang macam 8Share jugak. Share link, ada yang klik then kaching masuk! Senang kan?

Untuk mendaftar, klik je dekat SINI

Lepastu dah boleh view dah segala promo yang ada untuk korang share. Senang kan?! Happy sharing guys :D

Farah & Sifir

Back then in my childhood days, kalau tak hafal sifir boleh dikira kegagalan terbesar dalam hidup. Supposedly darjah 1 dah boleh hafal sampai sifir 12. Sebab darjah 1 dah start masuk sekolah rendah kot. Kalau gagap pun, darjah 3 dah kena lancar dah hafal sifir sebab subjek pendaraban Matematik start darjah 3 ke darjah 4? I don't remember tssskkk

Kalau tak hafal, haruslah kena rotan & tak boleh main dekat luar & even worse, tak boleh main game tengok Goku Sesame Streets Sailormoon bla bla bla you name it.

Since ada adik kecik dua orang ni still in primary haruslah tanya dah hafal sifir sampai mana. Dah lah pemalas memasing. Tak kenal erti rotan pulak tu. T.T

'Farah, dah hafal sifir sampai mana dah?'

'Dah sampai 10 dah'

'Baca sekarang sampai 10. Start dengan sifir 2'

She passed sifir 2 even terkebil-kebil baca sifir sebab out of blue kena tanya cenggitu.

'Okay, sifir 3 pulak'

'Ermmmm cikgu Farah ajar macam lain.'

'Dia ajar macam mana pulak'

'Ermmm dia ajar sifir 2, 5 dengan 10'


Patutlah dia kata dia dah hafal sampai sifir 10, dia punya langkau kemain cantik. But guess what, semua sifir pun dia tak hafal. T.T

Bendera Malaysia Dekat Site

Wednesday 30 August 2017

Dah hujung-hujung projek ni memang banyak lah meeting dengan client. Client kitorang haruslah pihak TUDM Subang. Bila sembang dengan askar dekat-dekat nak Hari Merdeka ni, dia punya patriotik tu memang tinggi. 

Selalu kalau dekat sekolah dah nampak dah budak-budak sekolah pasang bendera, hias kelas tema Hari Kemerdekaan. Dekat kem ni pun dah banyak bendera kena pasang. Tapi yang cacatnya dekat site office ni satu pun tak ada. 

Haruslah kena bebel dengan askar. 

'Ni kenapa site office ni satu bendera Malaysia pun takde ni? *insert bebelan Hari Kemerdekaan*. At least pasang satu bendera pun dah boleh dah daripada kosong macam ni. Apa pun takde'

Okayyyy, nah satu bendera. 



Malas sebenarnya nak pasang banyak sebab dekat site ni dah wujud kera. Kalau jenis behave takpe, ni jenis suka buat onar lepastu degil. Bab melawan no 1. Datang bukan seekor dua je, kadang sampai 5,6 ekor. Habis bersepah office sebab diorang. Kucing pun dah tak berani nak datang sini. 


So, letak je satu ni. Kalau kena koyak tak rasa rugi sangat hewhewhew

Korang dah start buat decorate dah ikut tema Hari Kebangsaan? Ke ada yang tengah sibuk tempah baju anak-anak nak pakai nanti? Anyway, Happy National Day to Malaysians & yang paling penting selamat bercuti :D