Movie Review | Student Of The Year 2 (2019)

Saturday 7 September 2019


Director: Punit Malhotra
Writer: Arshad Sayed
Cast : Tiger Shroff, Tara Sutaria, Ananya Pandey, Aditya Seal, Samir Soni 
Production Companies: Dharma Production, Fox Star Studios, Nokia Studios
Distributors: Nokia Studios, Fox Star Studios (worldwide)
Genre : Romance / Action / Drama
Running Time: 145 minutes
Release Date: 10 May 2019
Trailer :


Sequel movie hit Student Of The Year (2012), movie debut trio Sid Malhotra, Alia Bhatt dan Varun Dhawan kali ni jadi platform debut kepada generasi seterusnya di mana Ananya Panday dan Tara Sutaria menagih perhatian dan cinta dari male lead, Tiger Shroff juga merebut gelaran Student Of The Year di St. Teresa College.


Kalau dalam SOTY 1, pelajar lelaki atau perempuan kena compete dalam study, dance competition dan triathlon untuk menang trofi Student Of The Year tapi berbeza sikit template kali ni bila perlu bertanding antara sekolah dalam acara sukan terutamanya sukan Kabaddi dan star student akan menang trofi Student Of The Year.


Dance competition ada jugak dalam movie ni tapi dijadikan acara asing. Menambahkan lagi sengit bila ada pertandingan menari di peringkat daerah. Cuma bab study, jawab exam je tak ada sebab masa dah banyak habis dengan sukan dan menari. St Teressa College ni dah macam talent school dan bukannya sekolah elit yang lain. Dalam SOTY 1 nampak juga pengarah masukkan scene study group, preparation untuk final exam bagai.


Bab cinta of course lah jadi main focus dan sama macam SOTY 1 ada kes love triangle, bezanya dalam SOTY 2, Shreya (Ananya Pandey) dengan Mia (Tara Sutaria) berebut nakkan Rohan (Tiger Shroff). First half director dah tayang kisah cinta Rohan dengan Mia sebab bercinta dari kecil lagi tapi bila masuk St. Teresa, Mia syok dengan Manav (Aditya Seal) sebab handsome dan jauh lebih kaya dari Rohan. Student Of The Year dua tahun berturut pulak tu.


Bila Manav sengaja kacau Mia untuk distract Rohan, Shreya datang berbaik dengan Rohan sebab kesian tengok Rohan dipergunakan Mia dan Manav sampai kena buang dari St Teresa. Lagipun Shreya nak dance partner untuk menang dalam dance competition supaya dia boleh pergi London sepertimana yang keluarga dia harapkan.


Kalau dalam SOTY 1, kita boleh tengok Rahul Nanda (Varun Dhawan) selalu diabaikan oleh ayah dia sebab pilih bidang muzik dan bukannya business untuk sambung legasi keluarga. Dalam naskhah Student of the Year 2 pula ada watak Shreya yang diabaikan oleh ayah dan abang dia bila menjadi  punca ibunya meninggal dunia selepas melahirkan Shreya. 

Sentimental mode tu kuat tapi Varun did it better lah dengan bakat lakonan yang lebih bagus dan mendalam berbanding Ananya. Tambahan pula plot dalam SOTY 1 nampak lebih relevan dan teratur daripada SOTY 2 supaya babak drama memberikan impak yang kuat hingga wujudnya krisis antara trio tersebut.


Nak sembang pasal scene kelakar, I can say hambar compared to previous installment tapi ada juga beberapa scene Shreya yang menghiburkan macam scene Mia datang minta maaf dekat Rohan. Quite impressed on how Ananya play her character well in this selain dari Aditya Seal yang menyerlah sebagai watak antagonis. Tak pasti kenapa pengarah tak jual juga Aditya Seal sebagai barisan pelakon utama sebab watak dia strong juga. Tak ada masalah pun nak keluar dari format 2 vs 1 sebab dah banyak perubahan yang dibuat. 

Kalau dalam SOTY 1 ada pengetua (Rishi Kapoor) sekolah yang menghiburkan dengan perangai dia, dalam SOTY 2 pula ada watak pengetua (Samir Soni) yang try hard being funny. 


Music album Student of the Year 2 boleh tahan juga menghiburkan dengan beat yang catchy dan groovy bila produser masih lagi menggunakan khidmat music director yang sama, Vishal–Shekhar. Sayangnya, music album SOTY 1 sampai boleh menang award Album Of The Year tapi music album SOTY 2 dapat sambutan biasa je, mungkin juga sebab saingan sengit dari beberapa filem lain yang diterbitkan untuk tahun 2019. Personally love Mumbai Dilli Di Kudiyaan, Fakira dengan Hook Up Song. The Jawaani Song dan Jatt Ludhiyane Da juga mnencuri perhatian. 


Walaupun SOTY 1 nampak lagi menarik jalan cerita, cast dan soundtrack album tapi SOTY 2 punya kekuatan pada visual. Lighting, color grading, transition, effects, cinematography buat cerita nampak lebih menarik dan sesuai dengan tema teen movie. Cuma kelakar part camera suka zoom dekat muka Rohan bila mention pasal trofi Student Of The Year dengan part tangan Manav buat circle masa game Kabaddi.





Overall untuk layan secara santai, okay lah nak  hilangkan bosan. Not bad for Ananya tapi sayang lah Tara cuma dapat watak lemau sedangkan Aladdin can do much better for her acting and singing career. Hopefully dia menyerlah dalam movie Marjaavan nanti.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

Dunkin' Donuts Bekerjasama Dengan SHOPEE Untuk Memperkasa Perjalanan E-Dagangnya

Friday 6 September 2019

It's September! It's 9.9 Super Shopping Day di SHOPEE!!

Berita baik untuk peminat Dunkin' Donuts, bermula sekarang hingga 9 September nanti, you guys boleh beli donat serendah RM1 dan beberapa baucar promosi dengan diskaun setinggi 90% bersempena 9.9 Super Shopping Day di SHOPEE. 


Dunkin’ Donuts adalah rangkaian café terkemuka di dunia yang diasaskan pada tahun 1950 dan berkembang secara global sejak tahun 1970. Jenama Dunkin’ Donut mempunyai lebih daripada 12,000 cawangan di 50 negara di serata dunia. 

Dunkin’ Donut menjejaki pasaran Malaysia pada tahun 1987 dan kini mempunyai hampir 90 cawangan di seluruh negara. Rangkaian café ini bermatlamat untuk menghidangkan sumber tenaga positif kepada pelanggannya dengan menawarkan makanan dan minuman yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik.

“Perjalanan e-dagang kami bermula pada September tahun lepas, apabila kami mula melancarkan kedai dalam talian kami. Kami kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi penghantaran makanan dan minuman atas talian seperti Foodpanda dan Grab untuk menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan kami.

“Kami telah memerhatikan perkembangan perniagaan cawangan-cawangan kami yang telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atas talian. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini,”  kata Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group.


“Oleh itu, kami beranggapan bahawa pasaran dalam talian seperti Shopee, dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa maanfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan kami.

"Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee– kami menganggarkan bahawa pengunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap bahawa kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami,” katanya.

Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Pek boucer RM9.90 dapat menikmati diskaun daripada pelbagai jenama termasuklah Dunkin’ Donuts. Jumlah diskaun yang diberi penjimatan kepada pelanggan sehingga 17 kali ganda daripada jumlah yang telah dibelanjakan.


Pihak SHOPEE juga memuji Dunkin’ Donuts yang telah mengorak langkah kehadapan dan memperluaskan perniagaan makan dan minumnya secara dalam talian kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Ho berkata, “Kejayaan promosi Dunkin’ Donuts di platform Shopee disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses penebusan baucar yang mudah, tawaran dan diskaun eksklusif dalam talian yang hebat. Lebih dari itu, rangkaian donat itu juga mempunyai kesediaan teknologi dan sumber-sumber asas untuk memasarkan produk dan jenama mereka kepada pasaran atas talian yang belum pernah ditembusi sebelum ini.

Di samping itu, kedai maya Dunkin’ Donuts juga mencatatkan peningkatan dalam pesanan harian sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness. Baucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali dari kempen sebelumnya.

“Kami akan sentiasa bersedia untuk membantu Dunkin’ Donut, tidak kiralah dari segi pemasaran atau kempen bersama supaya perniagaan atas taliannya terus berkembang dengan jayanya di seluruh negara. Sebagai rakan kerjasama, senarai aset kami seperti sepanduk atas talian, teknologi pemberitahuan (push notification) dan pengirim langsung elektronik (EDM) sudah tersedia untuk dimanfaatkan oleh Dunkin’ Donuts. 

Selain itu, Dunkin’ Donuts juga boleh memanfaatkan ciri-ciri aplikasi Shopee yang lain seperti Shopee Quiz dan Shopee Live untuk mendekati pelanggan mereka dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.”

Untuk menikmati diskaun hebat Dunkin’ Donut, Sila layari,  https://shopee.com.my/dunkindonutsmy.os

Surprise Party KFC

Thursday 5 September 2019

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA



Bulan lepas agak terkejut bila dapat Direct Message dekat Twitter dari KFC bila dia invite ke surprise party bertempat di HQ KFC, VSQ KFC di Kelana Jaya jam 7.30 malam. Lepas habis kerja terus gerak pergi sana sebab takut stuck dalam jam.

Dalam invitation tu boleh agak lah sebab Zinger Double Down sebab tweet tahun 2017 mention pasal menu ni dengan Krushers. Agak mencabar jugak nak sampai ke HQ ni sebab jam teruk sangat. Nasib baik tak sesat. 


Dah sampai kena isi attendance form lepastu pilih lah seat dekat luar sementara tunggu party start. 


Menyembang, minum, bergambar je lah sementara tunggu party start. Nak pergi tempat lain pun tak boleh sebab kawasan ni agak sunyi lah. 


 Tengah sakan menyembang tiba-tiba je ada yang jerit SURPRISE!!!!

Rupanya hos party malam tu Nabil dengan Angah. Dalam invitation tu tak ada pun tuls pasal artis jemputan. Memang bergilir lah ambil gambar sampai puas.



Lepas dah habis bergambar Nabil dah pesan, naik atas cari tweet masing-masing dekat atas meja. Not sure what that means tapi bergegas jugak lah naik sebab dah lapar sebenarnya. 


Dah jumpaaaaaa!


See, betul lah apa yang I teka masa dapat invitation tu. KFC nak launch Zinger Double Down lepas muncul sekejap tahun 2017 lepas I tweet request menu ni.


Its time to makannnnn! See how big the box is? Sebab Zinger Double Down ni pun sejenis yang besar jugak. Sekali makan confirm kenyang sampai esok. 


Nak tahu apa ada dalam tu? Tadaaaaaa



Ada Zinger Double Down, napkin dan apron supaya tak kotor baju bila makan ZDD ni. KFC siap bagi manual lagi macam mana nak makan ZDD.

Sesi makan bermula, even Nabil dengan Angah join rasmikan Zinger Double Down ni. Invitation surprise party malam tu untuk 10 twitter owner yang tweet pasal Zinger Double Down dan juga 10 orang blogger untuk promote  ZDD. 


Tak cukup dengan ZDD, KFC jamu kitorang dengan ayam goreng KFC, fries, cheesy wedges, nudget, crispy tenders dan soft drinks. Mintak je semua boleh dapat malam tu.


Siapa yang dah habis makan dijemput untuk join game di mana semua peserta kena tutup mata dan makan lagi satu ZDD. Thank God I makan tak habis, kalau tak boleh meletup perut makan dua ZDD. siapa yang berjaya habiskan boleh menang RM300 tunai.  


Dah habis main game, main soal jawab dan menang goodies bag KFC. Punya lah kenyang sangat sampai tak mampu pun nak jawab soalan Nabil tanya padahal banyak soalan yang tahu jawapan. Rugi la sebab terlepas menang tumblr limited edition KFC.


Surprise party ni berakhir dengan sesi pasang badge ZDD dan bergambar dengan Nabil & Angah. Badge ZDD agak kecil ye, Kecewa lah sebab takde logo KFC ataupun ZDD. Kalau orang tengok mesti diorang ingat badge biasa padahal fans tegar ZDD je boleh dapat tau!


I dah pakai badge tu tapi tak nampak pun kan dalam gambar ni. Haihhhh sedih!

Sebelum balik ada sesi bergambar sampai lebam.




Hasil tangkapan di KFC :


What a night lah I must say, happy sebab terpilih jadi top fans Zinger Double Down, happy sebab dapat bergelak sakan dengan Nabil & Angah, happy sebab jumpa kawan blogger yang lain, happy sebab dapat appreciation dari KFC sampai macamni sekali. 

Overall memang happy sangat lah malam tu. Selang beberapa hari lepas tu, Zinger Double Down keluar di semua franchise KFC. Soooo happy boleh makan ZDD tanpa risau dah lepas ni. Thank you KFC for making my wish come true. Much love!

Lunch Di MAKAN Culture, CITTA Mall

Before this dah pernah makan dekat sini masa reunion dengan kawan sekolah rendah, geng membawang hal duniawi. So this time around since dah jumpa tempat makan best dengan service bagus, ajak la adik lunch dekat sini sebab dia tak pernah pergi lagi.


Restoran ni memang tak ramai orang so nak cari tempat duduk tu tersangatlah senang. Pilih je port mana nak. 

Since haritu makan butter chicken dia sedap, I recommend my sister ambil menu yang sama tapi ambil yang spicy punya. I just go for light lunch sebab nak derma darah so taknak kenyang sangat takut tertidur masa menunggu so ambil Fried Man Tao dengan kuah kari. 


Butter Chicken dia memang creamy habis, sedap sangat makan. Spicy atau biasa, dua-dua sedap dimakan but for yang suka pedas better ambik spicy lah. Baru berselera makan ye dak?


Fried Man Tao ni macam bun tapi dah digoreng. Tak pasti lah digoreng ataupun tidak sebab tak berminyak pun lepastu isi dalam memang cantik je putih. Suka sangat makan bun ni sebab crunchy dekat luar, lembut di dalam.


Yang tak bestnya cicah dengan kari sebab kuah kari dia cair sangat. Nasib baik portion menu Butter Chicken tu banyak so cicah dengan kuah creamy tu nyummmmmmm! Sambil update entry ni sambil terliur.

For drinks just pilih ice blended coffee dengan teh tarik leleh. Before this pun ambil teh tarik leleh, this time pun sama sebab sedapppppppp!




Lepas ni nak datang lagi sampai dah habis cuba semua menu. Since plain rice dengan fried man tao I dah try, lepas ni nak cuba nasi bon bon pulak, signature dekat MAKAN Culture ni. Yang belum pernah pergi lagi, baik you guys pergi sebelum meja dekat sini penuh. 

#WordlessWednesday - Taimur Ali Khan

Wednesday 4 September 2019