10 Pelakon Lelaki Bollywood & Pembedahan Plastik
Thursday 19 July 2018
Kalau sebelum ni sembang pasal pelakon wanita di Bollywood yang pernah dan selalu buat pembedahan plastik untuk tampak lebih menarik dan menawan, kali ni pelakon lelaki yang kerap berjumpa doktor untuk sesi konsultasi awet muda dan sebagainya. Kebanyakannya suntikan Botox dan juga hair transplant.
Tak banyak sangat info dapat tentang pelakon lelaki sebab kebanyakannya buat secara rahsia dan di tempat eksklusif but here are some for you guys :
1. Anil Kapoor
Siapa yang percaya Anil Kapoor
awet muda sebab tak merokok, tak minum arak dan sentiasa senyum adalah manusia
yang agak naïf dengan tips awet muda ni kerana Anil adalah golongan yang sering
berjumpa doktor untuk suntikan Botox di bahagian pipi dan juga membuat rawatan
rambut untuk nampak muda. Walaupun Anil menafikan perkara ni tapi Karan Johar menyindir kenyataan Anil dalam program Koffee With Karan.
2. SRK
King tak selamanya berada di atas
bila ketagihan rokok yang extreme di usia yang mencecah 50-an ditambah pula
dengan kedutan penuaan membuatkan SRK berjumpa dengan pakar suntikan Botox
supaya nampak awet muda walaupun tanpa penggunaan VFX dalam movie. Paps are
everywhere tssk
3. Salman Khan
Usia 50-an antara faktor utama
pendorong ke klinik untuk suntikan Botox sama seperti frenemy dia, SRK. Selain
Botox, Salman juga membuat pembedahan di bahagian mata untuk buang eyebag yang
buruk dan hair transplant kerana mempunyai masalah botak and of course
mencacatkan penampilan bujang terlajak laris di Btown ni.
4. Aamir Khan
Iras wajah yang comel dan
mempunyai karakter periang tak memberi jaminan akan selamanya comel. Suntikan
Botox antara penyelamat wajah Aamir Khan terutamanya di bahagian dahi kerana
masalah berkerut yang ketara. Aamir sendiri mengaku dia inject Botox untuk
watak pelajar kolej dalam 3 Idiots.
5. Saif Ali Khan
Mempunyai isteri secantik dan
letops seperti Kareena Kapoor bukan penyebab wajah Saif berseri dan nampak awet
muda sama letops seperti isterinya tapi kerana suntikan Botox. Saif juga
membuat pembedahan di bahagian mata untuk buang eyebag yang gelebeh dan
menegangkan kulit.
6. Shahid Kapoor
Pada awal karier, Shahid muncul dengan imej chocolate-boy tapi bertukar kepada imej maskulin dengan hidung yang agak mancung dan tirus. Yupp, he choose to do a rhinoplasty or nose job for his ‘defect’. Tapi dia buat keputusan yang agak bijak jugak sebab membantu dia jadi salah seorang kasanova dekat Btown sebelum berkahwin dengan Mira Rajput.
7. Karan Johar
Pengarah dan kadangkala pelakon terkenal, KJo mengakui melakukan pembedahan plastic di bahagian hidung dan suntikan Botox.
"It's me, my face. I am botoxed. I put collagen up there, I have adjusted my nose, I have done what everyone does in my industry, so that is one of the things."
8. Sanjay Dutt
Pernah menjadi kegilaan para
gadis pada era 90-an dengan wajah tampan dan berbadan sasa antara faktor Sanju
Baba melakukan beberapa pembedahan di bahagian wajah selain dari hair
transplant akibat masalah keguguran rambut sehingga botak licin. Antara
pembedahan yang dilakukan ialah pembedahan di bahagian mata untuk buang saggy
eyebags dan suntikan Botox untuk nampak muda.
9. Govinda
Setelah menyepi sekian lama
kerana masalah botak yang teruk, Govinda meminta nasihat dari Salman Khan untuk
rawatan pemindahan rambut supaya dapat tawan kembali peminatnya di Btown. Bukan
setakat rawatan rambut, tapi suntikan Botox dan juga beberapa ‘pembetulan’ yang
perlu pada wajahnya. Govinda mengaku kepada media dia akan mengubah imej
sebelum kembali aktif dalam industri. Look sells said Govinda
Antara kasanova terkenal di Btown dari tahun 90-an sehinggalah sekarang antara pelakon yang melakukan rawatan pemindahan rambut di Dubai kerana mengalami masalah keguguran rambut yang teruk gara-gara faktor penuaan.
Tak ramai pelakon lelaki yang buat plastic surgery sebab pelakon lelaki tak ramai sangat yang ada masalah untuk naik dalam industri ditambah pula beza bayaran dengan pelakon wanita yang agak besar. Pelakon lelaki yang tak handsome pun boleh naik dan ada ramai skandal jadi kekurangan fizikal bukan menjadi penghalang sangat.