Rezeki Ramadhan
Tuesday 12 June 2018
Minggu lepas dapat 2 hadiah dari rakan blogger so this is appreciation token for them since bersusah payah pilih sebagai pemenang dan pos hadiah sebelum pejabat pos tutup office.
1. Giveaway Sampul Raya Anak Denosor
Jarang menyinggah ke blog Anak Denosor yang comel ni tapi bila pergi memang bom kotak komen dia. Masa dia buat GA ni dekat insta, tak silap Kak Sha yang tag supaya join. Kebetulan syarat pun senang je, memang terus join lah. Tak sangka pulak boleh menang. Malam tu jugak terus hantar details dan pilih design sampul raya yang mana idaman hati. Sebenarnya malam tu kusut jugak nak pilih yang mana sebab banyak design yang lawa. Tapi saja ambik yang kurang berkenan di hati supaya tak berat hati nak hulur duit raya dekat orang nanti :P
2. Top Commentator Blog Kak Aida
Hah yang ni memang dah aim nak jadi Top Commentator sebab tengok Kak Sha menang hadiah Tupperware 3 beradik, so memang goal tercapai lah. Lepas ni nak bom kotak komen orang lain pulak. Tunggu je lah siapa yang kena. Terima kasih Kak Aida bagi hadiah ni. Tak sempat nak whatsapp so kita post sini je lah ea. Panjang lebar nota Kak Aida bagi, senyum je baca sebab dalam kekalutan dan kesibukan tu sempat juga curi masa pos hadiah untuk kita.
3. Jam Raya
Hah yang ni special sikit sebab pakwe yang bagi so kitorang dah ada jam matching hihu gedik sikit. Dah lama dia pakai untuk track daily steps plus buat alarm sebab vibrate teruk masa tidur. Nak compare dulu kena call berpuluh kali baru bangun, sekarang ni dia guna wrist band ni je sebagai alarm. Nanti lah buat review sebab wrist band Xiaomi ni tengah in trend sekarang. Dekat India dah jadi produk no 1 paling ramai yang guna dah. Not sure dekat Malaysia macam mana. Anyway, yeayyyy!
Terima kasih untuk semua hadiah ni. Tak banyak tapi bermakna. Selamat berpuasa semua :)
Director : Vince Marcello
Cast : Joey King, Joel Courtney, Jacob Elordi, Molly Ringwald, Carson White
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Comedy/Teen Romance
Running Time : 104 minutes
Release Date : 11 May 2018
Trailer :
Just like every other cheesy teen
romance movies, The Kissing Booth is no exception at all. Movie terbitan
Netflix, The Kissing Booth ni diadaptasi dari novel The Kissing Booth hasil
penulisan Beth Reekles. Mengisahkan tentang kehidupan remaja Elle Evans (Joey King) dan Lee
Flynn (Joel Courtney,) yang bersahabat baik dari baby lagi since their moms are bff. Boleh kata
diorang ni kembar sepasang lah sebab tarikh lahir sama, ada minat yang sama dan
serasi bersama.
Walaupun ada banyak persamaan
tapi dalam persahabatan diorang tetap ada beberapa rules tapi yang paling utama
ialah rules no 9 sampai terhasilnya movie ni – Relatives of your bff are totally
off limits. But nahhh who cares with rules when Noah Flynn (Jacob Elordi) is here. Noah Flynn
is super duper HOT! I mean, seriously he is. Tengok movie ni pun sebab dia je
sebab movie ni cheesy teruk and mengarut.
Why mengarut? Sebab who the hell
give permission for students set up some kissing booth to raise school funds?
Are you kidding me? Its high school and kissing booth isn’t included in this
phase. But who cares anyway, people love cheesy and dreamy stuff.
Tapi kalau nak kritik teruk sangat pun tak boleh jugak sebab novel TKB ni dihasilkan masa penulis umur 15 tahun je kot. So you guys are living in someone's romance fantasy except love chemistry between Noah-Elle is a real thing sebab diorang memang couple in real life pun for almost 2 years already. Another scene yang best layan bila Elle dengan Lee menari sebab cantik sangat and they practice 3 jam setiap hari before shooting untuk make sure dance scenes diorang nampak perfect onscreen and the result is voila!
Dalam movie ni adults macam tak wujud langsung, wujud tapi cuma jadi pasu bunga penghias movie je. Kiranya all decisions made by teens and we are supposed to take lessons from them because they are suddenly became mature. Americans I tell ya, kalau Asians parents memang murung dah bebudak ni. Tak jadi dah movie ni sebab takkan terfikir pun idea nak buat kissing booth, idea cari nahas nama dia.
Tapi kalau nak kritik teruk sangat pun tak boleh jugak sebab novel TKB ni dihasilkan masa penulis umur 15 tahun je kot. So you guys are living in someone's romance fantasy except love chemistry between Noah-Elle is a real thing sebab diorang memang couple in real life pun for almost 2 years already. Another scene yang best layan bila Elle dengan Lee menari sebab cantik sangat and they practice 3 jam setiap hari before shooting untuk make sure dance scenes diorang nampak perfect onscreen and the result is voila!
Dalam movie ni adults macam tak wujud langsung, wujud tapi cuma jadi pasu bunga penghias movie je. Kiranya all decisions made by teens and we are supposed to take lessons from them because they are suddenly became mature. Americans I tell ya, kalau Asians parents memang murung dah bebudak ni. Tak jadi dah movie ni sebab takkan terfikir pun idea nak buat kissing booth, idea cari nahas nama dia.
So the movie starts with the
beauty of Elle-Lee friendship and turns to Elle-Noah secret love relationship
then Elle dengan Lee bergaduh sebab Elle langgar peraturan so bermula la episode
Elle pujuk Lee guna pelbagai cara. Lee is quite selfish actually sebab dia
boleh bahagia dengan kehidupan dia tapi Elle tak boleh dah lah Lee dengan Noah
memasing acah parents kepada Elle. Rimas sebab Elle tak boleh buat keputusan
sendiri. Anak-anak orang kaya kan, they think they own the world and other
people’s life. Pffftt.
Movie ni takde konflik teruk mana
pun cuma memasing saja buat teruk. Lee dengan buat teruk dia, Elle dengan buat
teruk dia. Noah je relaks and chill layan kehidupan. Kalau bosan pi tumbuk atau
belasah siapa yang dia nak. Dalam movie ni korang takkan nampak student lain
yang handsome kecuali Noah sebab ni movie dia so supporting cast yang lain
semua tahap average ataupun nerd teruk. Dia takde in between or average. So
sebab tu la Elle boleh terlanggar peraturan no 9. Kalau jadi Elle pun langgar
je.
Nak chill layan kekacakan dan
betapa sado badan Noah, boleh la layan The Kissing Booth. Apart than that,
there’s nothing much to offer pun. Even shooting place is different with exact location mentioned in the movie. Supposed to be Los Angeles but to make LA hella great onscreen, they shoot at Cape Town, South Africa instead.
Kalau yang dah tengok TKB tapi tak puas hati, chill sebab nanti ada sequel since Beth Reekles sendiri bagitau berita gembira ni. Awwww anything for my Noah.
Kalau yang dah tengok TKB tapi tak puas hati, chill sebab nanti ada sequel since Beth Reekles sendiri bagitau berita gembira ni. Awwww anything for my Noah.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10
Movie Review : Hichki!
Monday 11 June 2018
Director : Siddharth Malhotra
Cast : Rani Mukerji, Neeraj Kabi,
Harsh Mayar, Ria Shukla, Shivkumar Subramaniam, Hussain Dalal, Sparsh
Khanchandani, Sachin Pilgaonkar
Production Company : Yash Raj
Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 116 minutes
Release Date : 23 March 2018
Trailer :
Kalau movie Taare Zameen Par
mengisahkan tentang dyslexia yang dihidapi oleh seorang pelajar kemudian
dibantu oleh gurunya untuk berjaya, Hichki pula yang diadaptasi dari buku autobiografi Brad
Cohen bertajuk Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I
Never Had yang menyelami kehidupan seorang guru yang mempunyai sindrom neurologi, Tourette
dan membantu 14 orang pelajar kelas belakang untuk lulus dalam peperiksaan dan
buktikan yang pelajar miskin mampu mencapai kejayaan sama seperti pelajar lain.
Dengan tema ‘Tak ada pelajar yang
teruk tapi hanya guru yang teruk’, Hichki ketengahkan hasil perbezaan didikan
guru yang baik dan hasil didikan guru yang mementingkan status semata which you
guys can see clearly dalam karakter Mr. Wadia (Neeraj Kabi), guru kelas 9A.
Selepas 18 kali permohonan untuk bekerja sebagai guru, Naina Mathur (Rani
Mukherjee) diterima di sekolah berprestij, St. Notker's School untuk menjadi
guru kelas 9F.
Walaupun movie Hichki agak cliché, mampu
ubah pelajar kelas belakang yang degil dan nakal kepada pelajar yang mampu
lulus dalam peperiksaan tapi Hichki mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.
I really love the way Naina teach her students since all of them datang dari
golongan berpendapatan rendah dan semua bekerja sambil belajar so Naina
aplikasikan subjek mengajar dalam aktiviti harian pelajar-pelajarnya.
Macam topik Parabola menggunakan
lontaran telur rebus, topik kinetic Fizik dengan bermain basketball, Another
scene dimana Naina point out kelebihan students dia dalam aktiviti harian
diorang macam Ravinder yang power dalam Maths sebab conduct illegal gambling
setiap hari, Killam tahu tentang Fizik sebab berkerja di bengkel kereta,
Tamannah tahu tentang Kimia sebab berniaga di gerai makan dan banyak lagi scene
lain yang tonjolkan keseronokan dalam belajar.
Tapi dalam seronok belajar tu
tetap ada masalah di sekolah baik dari pihak sekolah mahupun dari pelajar 9F tu
sendiri sampai diorang terpaksa digantung sekolah sehingga hari peperiksaan.
Even lepas peperiksaan pun masalah tak habis lagi since diorang kantoi meniru
kertas peperiksaan yang dibocorkan oleh penjaga sekolah, Shyamlal (Asif Basra)
dengan harapan pelajar 9F yang datang dari golongan pendapatan rendah ni akan
dihapuskan selamanya supaya sekolah cuma layak untuk pelajar pandai dan
pendapatan sederhana dan atasan kerana bagi diorang golongan kelas ketiga tak
perlu belajar dan takkan minat untuk belajar lebih daripada keperluan untuk
mencari sumber rezeki.
You guys will have fun watching
Naina and her students but at the same time feel emotional since they’re stuck
in their poverty life. Diorang nak berubah tapi keadaan sekeliling buat diorang
terpaksa buang impian tu. Emosi jugak tengok masa diorang datang jumpa Naina
dekat kedai untuk pujuk Naina jadi guru diorang balik.
Despite having tipical storyline
but the dialogue is great plus Rani makes it convincing either. Sama macam
lakonan dia sebagai pesakit Tourette yang sentiasa ada hiccup dan keluarkan
bunyi wak-wak-wak or chak-chak-chak tambah bila dia stress or nervous bunyi ni
akan keluar lebih kerap so Naina akan ketuk dagu dia untuk hentikan bunyi tu.
Part dia menangis dia akan sumbat tisu dalam mulut supaya tak berbunyi so
nobody will know she’s crying at place she’s hiding. I guess we already have a
winner for Best Actress this year.
p/s : Siapa pelakon ni ya tuhannnn handsome teruk!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10
Director : John Lee Hancock
Cast : Michael Keaton, Nick Offerman, John Carroll Lynch, B.J. Novak, Linda Cardellini, Laura Dern, Patrick Wilson
Production Company : FilmNation Entertainment, The Combine, Faliro House Productions S.A.
Distributor : The Weinstein Company
Genre : Drama/History
Running Time : 115 minutes
Release Date : 16 December, 2016
Trailer :
If you guys think movie Founder is about how McDonald first established as a fast-food restaurant, then you guys are deadly wrong. Founder menceritakan tentang betapa liciknya Ray Kroc (Michael Keaton) seorang salesman yang berjaya mencuri idea speedy-system dari adik-beradik Dick (Nick Offerman) & Mac (John Carroll Lynch) di San Bernadino, California dan menggelarkan diri dia pemilik restoran McDonalds bermula pada tahun 1954.
Ray Kroc bekerja sebagai salesman yang gagal dengan barang niaga dia sehinggalah dia berjumpa dengan adik beradik McDonalds di California bila Mac & Dick order 8 mesin milkshake dari Ray. And at the moment Ray mula jatuh cinta dengan konsep speedy-system dan juga nama McDonald tu sendiri. Lepas Dick & Mac ceritakan tentang sejarah McDonald dan beberapa kegagalan franchise diorang, Ray offer diri untuk kembangkan McDonald melalui sistem franchise dan franchise pertama di Des Plaines, Illinois menggunakan senibina adik-beradik McDonalds. Boleh kata semua benda Ray curi dari adik-beradik ni.
Gagal bagi adik-beradik McDonalds tapi kejayaan bagi Ray Krocs bila dia mampu mencari investors dan beberapa orang yang boleh dipercayai untuk jaga business McDonalds di setiap franchise tanpa kacau agreement contract antara Ray dan adik-beradik McDonalds. Tapi jadi masalah bila Ray kekurangan dana untuk bayar hutang pinjaman bank untuk franchise dia sebab duit yang ada dia gunakan untuk buka 228 franchise di semua daerah. Lagi tambah bengang bila dia nak renegotiate bayaran keuntungan dia dapat dari adik-beradik McDonalds tapi ditolak mentah-mentah sebab risau akan kehilangan ownership business diorang.
Dalam serabut mencari dana untuk elakkan business dia jatuh, Ray terjumpa dengan perunding kewangan, Harry Sonneborn (B.J. Novak) yang memberi cadangan untuk tubuhkan satu company untuk menjadi ejen hartanah dan bukannya pemilik restoran burger so dengan idea ni Ray tak langgar contract dengan beradik McDonalds. Ray kemudian bagi tawaran kepada beradik McDonalds untuk menjual semuanya kepada dia termasuk nama McDonalds dengan US$27 juta dan juga royalti penuh dari Ray tapi sampai sekarang adik-beradik McDonalds tak dapat royalti mahupun pengiktirafan sebagai pemilik asal McDonald.
Bukan lakonan Michael Keaton je menjadi sampai rasa bertambah sakit hati dengan salesman licik tapi B.J. Novak sekali sebagai perunding kewangan yang bijak cari peluang dalam fast-food industry sampai mampu letakkan diri dia sebagai CEO pertama McDonalds. Movie Founder letakkan watak antagonis sebagai watak utama dan protagonis sebagai watak sampingan thus show the real deal in business. You can’t deny the fact to survive in this business politics, you have to be very sleek and smart. While McDonalds siblings have integrity, Ray and his team has sneaky move to succeed.
Dalam perjalanan Ray Kroc sebagai founder McDonalds, memang banyak juga watak yang baik dibuang dari hidup dia macam Ethel (Laura Dern), isteri dia yang setia dari zaman susah sudahnya kena buang macam tu je kemudian Ray berkahwin dengan Joan (Linda Cardellini), isteri Rollie (Patrick Wilson) salah seorang franchise manager McDonald di Hennepine Avenue.
So to sums it all, Founder adalah movie tentang macam mana kejam dan liciknya seseorang manusia untuk naik ke atas. You guys will feel sorry for McDonalds siblings as they’re left out in any possible way to make their dreams come true. And yupp lepas McDonalds dibeli oleh Ray Kroc, they got nothing left even business diorang tak mampu bertahan lama tambah pula Mac jatuh sakit disebabkan stress terlampau. Worth to watch, yes indeed. Movie settings, plot, dialogues and visual is top-notch. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)