Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh MB Azmin Ali dibawah parti pembangkang memberi inisiatif & bantuan kepada rakyat Selangor. Actually ramai lagi yang tak tahu tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Jom check mana tahu ada yang korang boleh apply :)
1. Bantuan kelahiran
TAWAS - Tabung Warisan Anak Selangor
Untuk kelahiran baru, ada bantuan kepada bayi sebanyak RM1,500. Parents digalakkan mendaftar keahlian anak sebelum berusia 3 tahun & untuk ahli TAWAS yang meninggal sebelum berusia 18 tahun, Kerajaan Negeri memberi RM1,500 kepada waris ahli untuk meringankan beban keluarga.
2. Bantuan Yuran TASKA Setiap Bulan -
Si Kembar
Bagi keluarga yang berpendapatan RM2,500 yang mempunyai tanggungan anak seramai 1 orang ataupun berpendapatan RM3,000 yang mempunyai tanggungan anak seramai 2 orang, layak menerima bantuan yuran taska RM100 setiap bulan di seluruh negeri Selangor.
3. Bantuan Pra-Sekolah
TUNAS
Dah dapat masuk taska, kerajaan Selangor bantu pula dengan bantuan yuran RM50 setiap bulan untuk keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah.
Bantuan RM1,000 diberikan sebagai hadiah dari Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap mahasiswa yang layak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi tak kira awam mahupun swasta dalam bidang diploma mahupun ijazah. Bantuan ini layak dimohon oleh keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
TKWBNS ni ditubuhkan berpandukan Enakmen 4 tahun 1949 (Pindaan 2001) untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada anak Selangor dan penjawat awam negeri Selangor. Ada 7 kategori pinjaman yang ditawarkan. Try check mana tahu layak :)
Skim ni menawarkan sumbangan khairat kematian sebanyak RM2,500 kepada ahli berdaftar yang boleh dituntut di Pejabat DUN kawasan tersebut. Skim ni dilancarkan pada bulan Mac 2017 & seramai 265,797 rakyat negeri Selangor & juga rakyat WPKL mendaftarkan diri menjadi ahli.
Yang ni dah ramai yang sedia maklum negeri Selangor memang provide 20mp air percuma untuk membantu mengurangkan bebanan tanggungan rakyat negeri Selangor sejak tahun 2010 lagi.
Program ni dilancarkan pada 2015 untuk menggalakkan lagi rakyat kelas pertengahan di negeri Selangor menjadi usahawan so program ni dapat membantu dari segi pengeluaran modal yang mudah, cepat & tidak membebankan peniaga & penjaja kecil di Selangor. Berita baik kepada mahasiswa yang ingin memulakan bisnes untuk jana pendapatan tambahan, tak lama lagi Hijrah akan menawarkan bantual modal kepada mahasiswa!
9. Insentif Perkahwinan RM500 seorang -
PIPB
Insentif perkahwinan ni diberikan kepada rakyat negeri Selangor ataupun yang bermastautin selama 10 tahun yang bakal mendirikan rumahtangga sebanyak RM500 seorang. Perkahwinan kali pertama ye, bukan kahwin 2,3,4 bini.
10. Pemeriksaan Mammogram Percuma -
IPR
Pemeriksaan percuma ni merupakan skim ke-6 dalam Inisiatif Peduli Rakyat kepada semua wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Skim ni bertujuan untuk memberi penjagaan kepada wanita di Selangor.
Tuisyen ni khas kepada pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun tersebut & merupakan salah satu bantuan yang diberikan dalam Inisiatif Peduli Rakyat. Antara matapelajaran yang ditawarkan adalah subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sejarah.
Kad kesihatan ni diberikan percuma untuk rakyat negeri Selangor yang layak macam kriteria dinyatakan dalam gambar atas tu. Pendaftaran ni boleh dibuat online ataupun secara manual & kad kesihatan ni boleh digunakan di mana-mana klinik panel negeri Selangor. Mana nak check senarai klinik panel? Dekat laman web tu semua dah lengkap dah & mungkin akan ditambah lagi. :)
13.Program Bantuan Makanan Bulanan (Food Stamp) -
IPR
Program ni bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mendapatkan bekalan makanan secukupnya terutama bagi keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai.
14. Khidmat Bas Selangorku PERCUMA -
IPR
Selalu dengar kan Bas Smart Selangor warna oren tu? Haaa yang ni la antara salah satu inisiatif Kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor. Tujuan utama program ni untuk membantu meringakan beban golongan berpendapatan rendah disamping menggalakkan orang awam menaiki pengangkutan awam & mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian untuk elakkan pencemaran & kesesakan di kawasan tersebut. 24 September nanti, bas yang ke-100 akan dilancarkan & dua lagi laluan baru akan dibuka.
15. Perkhidmatan Wifi Selangorku PERCUMA -
IPR
Program ni untuk memberikan perkhidmatan internet secara percuma kepada semua rakyat negeri Selangor & pemasangan hotspot dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai, kawasan luar bandar, kawasan tumpuan para pelajar & juga kawasan kampung. Pemasangan hotspot ni dijalankan secara berperingkat & akan ditambah dari semasa ke semasa.
16. Skim Rumah Selangorku -
IPR
Untuk warga Selangor yang berumur 18 tahun ke atas, mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan & ingin memiliki rumah sendiri bernilai RM250,000 ke bawah, boleh lah mendaftar dalam skim perumahan Selangorku ni.
Antara bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Selangor adalah khidmat dialisis buah pinggang, katarak mata, bantuan kaki palsu, pembedahan kecil yang dijalankan di hospital kerajaan dan juga bantuan rawatan kesihatan & permohonan lain yang dijalankan di hospital kerajaan.
18. Program Dana Usahawan Mikro Selangor - Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
19. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Selangor : Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan - Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
20. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin : Bantuan bina baru bagi rumah yang daif - Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
21. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Selangor - Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
22. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM 500 - Hubungi Pejabat Adun atau MBI Selangor
23. Bantuan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri dan Swasta bernilai sehingga RM 50, 000 - Hubungi Pejabat Adun
24. Program Bantuan "Back To School" - Hubungi Pejabat Adun
25. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM 100 - Hubungi Pejabat Adun
Ni antara skim bantuan yang dilancarkan oleh Kerajaan Selangor, kepada yang layak boleh lah layari laman web
Inisiatif Peduli Rakyat ni & sebarkan kepada warga Selangor yang lain. :)