Showing posts with label drama Korea. Show all posts
Showing posts with label drama Korea. Show all posts

Drama Review | 18 Again (2020)

Friday 6 May 2022


Director : Ha Byung-hoon
Writer : Ahn Eun-bin, Choi Yi-ryool, Kim Do-yeon
Cast :  Kim Ha-neul, Yoon Sang-hyun, Lee Do-hyun, Choi Bo-min, Hwang In-youp, Ryeoun
Production Company : JTBC Studios
Distributor : JTBC, Netflix, Viu, WeTV, iQiyi
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 16 episodes (67–75 minutes per episode)
Release Date : 21 September 2020 – 10 November 2020
Trailer : 


Drama 18 Again mengisahkan tentang Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) yang kecewa dengan kehidupannya setelah berbelas tahun berkahwin dengan Jung Da-jung (Kim Ha-neul). Zaman remaja dia indah dan mempunyai arah tuju yang jelas. Dia adalah pemain bola keranjang yang bakal mendapat biasiswa dari Hangeuk University namun dia memilih tanggungjawab untuk besarkan anak-anak kembar dia - Hong Si-a (Roh Jeong-eui) dan Hong Si-u (Ryeoun).

Dae-young pergi ke basketball court dan buat satu lontaran jauh dengan hajat yang besar supaya dia boleh kembali ke zaman remaja. Hajat dia tercapai tapi bukanlah masa yang berpatah balik cuma fizikalnya saja berubah menjadi muda. Dae-young minta bantuan kawan baik dia, Go Deok-jin (Kim Kang-hyun) untuk sara dia sepanjang kehidupan dia berubah. 


Dae-young (Lee Do-hyun) daftar masuk di sekolah yang sama dengan si kembar dan tahu banyak perkara yang berlaku dalam hidup anak-anak dia. Dari perspektif dia sebagai ketua keluarga, Dae-young dah buat yang terbaik untuk sara keluarga tapi pada perspektif anak-anak pula, dia sentiasa sibuk sampai tak ada masa untuk mereka. Da-jung pula anggap diri dia sebagai beban kepada Dae-young dan punca kenapa Dae-young hidup melarat kemudian menyesal berkahwin. 

Remake kepada movie 17 Again (2009) arahan Jason Filardi ni masih mengekalkan plot utama movie tersebut. Baik movie ataupun drama, kedua-duanya dipersembahkan dengan baik dan menghiburkan. Kagum dengan lakonan Lee Do-hyun sebab dia boleh lakonkan watak Dae-young dan padankan tahap lakonan dia dengan Sang-hyun. Cara dia bercakap, cara makan dan lain-lain sampai kita pun rasa diorang berdua memang Dae-young. 


Dah 5 kali tengok Wi Ha-joon berlakon dalam 18 Again, The Chase (2017), Gonjiam : Haunted Asylum (2018), Squid Game (2021) dengan Bad and Crazy (2021) tapi setiap kali tengok lah rasa kagum dengan dia. Mungkin sebab senyuman dia menawan kot. Rasanya dia pun tahu senyuman dia antara kekuatan besar dalam hidup sebab dalam drama ni entah berapa kali dia senyum walaupun kecewa. Watak dia memang sesuai lah untuk stress reliever dalam drama dan konflik keluarga kecil yang dipaparkan ni. Chemistry dia dengan Kim Ha-neul pun meyakinkan baik sebagai kawan baik ataupun kekasih. 


Watak sampingan yang lain pun bagus dalam watak masing-masing. Selain dari plot yang mnarik, barisan pelakon yang kacak pun antara kekuatan drama 18 Again. Happy betul tengok Choi Bo-min, Hwang In-youp dengan Ryeoun. Ditambah dengan sinematografi yang menarik, makin bertambah terpukau lah tengok kehebatan visual masing-masing. 


Tak suka dengan watak Da-jung yang tak pernah puas atau bersyukur dengan usaha Dae-young. Betul lah apa yang Dae-young rungutkan, dia bukannya pergi curang ataupun malas nak buat kerja rumah. Kalau malas pun bersebab lah bila dia dah stress dengan kerja, dimaki customer, ditekan oleh boss sampai dia pilih untuk minum arak. Da-jung cakap tak suka suami dia minum arak tapi dia pun buat benda yang sama. 

Another thing yang I rasa kurang bila pengarah tak tonjolkan sangat watak Si-u sedangkan dia pun anak Da-jung dengan Dae-young, lahir sama-sama dengan Si-a tapi banyak flashback dan babak terarah pada Si-a. Nampak tak seimbang lah dekat situ sebab diorang kembar tapi parents utamakan yang sulung saja walhal si bongsu pun sebahagian dari keluarga juga. 


Walaupun kekurangan yang I pointed out ni mengganggu penceritaan tapi sepanjang tengok drama ni banyak kali jugak lah menangis sebab penceritaan dia buat kita berfikir tentang usaha dan pengorbanan ibu bapa. My mom kahwin muda dan tak sempat habiskan pelajaran pun lepastu dah dapat tanggungjawab besarkan anak. So along the way a lot of frustrations and anger was thrown. 

Sama macam Si-a, I rasa macam beban kepada parents sebab jadi batu penghalang untuk diorang achieve what they supposed to achieve. Tapi bukan salah Si-a jugak sebab tak minta pun lahir ke dunia ni. Da-jung dengan Dae-young ada pilihan untuk gugurkan kalau masing-masing belum bersedia. 


Masa Dae-young bermonolog yang dia benci ayah dia sebab minum alkohol dan abaikan dia masa remaja tapi dia juga buat benda yang sama bila jadi seorang ayah tu memang tepat kena batang hidung sendiri. Dulu menyampah tengok ayah balik marah-marah tapi sekarang bila dah kerja baru faham especially bila awal pagi keluar pergi kerja hadap jam, pergi kerja hadap stress, masa balik kerja pun stress stuck dalam jam. Balik rumah nak rehat tapi kena hadap pulak stress dekat rumah. 


A clear message that I can learn from this drama definitely about appreciate and be grateful. Kadang kita tak nampak effort orang lain untuk bahagiakan kita sebab susah payah orang banyak disimpan supaya tak nampak lemah atau tak nak orang sedih. Satu benda kitab oleh buat cuma appreciate and be kind toward others. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Drama Review | Thirty-Nine (2022)

Friday 15 April 2022


Director : Kim Sang-ho
Writer : Yoo Yeong-ah
Cast : Son Ye-jin, Jeon Mi-do, Kim Ji-hyun, Yeon Woo-jin, Lee Mu-saeng, Lee Tae-hwan, Ahn So-Hee, Kang Mal-Geum, Park Ji-il, Lee Kan-hee, Seo Ji-young, Seo Hyun-chul, Lee Ji-hyun, Nam Gi-ae, Jo Won-hee
Production Company : Lotte Culturework, JTBC Studio
Distributors : JTBC, Netflix
Genre : Romance / Drama
Episodes : 12 episodes (70 – 80 minutes per episode)
Release Date : 16 February 2022 – 31 March 2022
Trailer : 


Drama Thirty-Nine mengisahkan tentang persahabatan 3 sekawan, Cha Mi-jo (Son Ye-jin), Jeong Chan-young (Jeon Mi-do) dan Jang Jo-hee (Lee Da-yeon) yang menerima banyak perubahan dalam hidup pada umur 39. Pengakhiran fasa 30-an akan menentukan permulaan fasa 40-an mereka bertiga. 

Mi-jo yang mengalami mild anxiety ambil keputusan untuk bercuti selama setahun di US untuk belajar tentang sukan golf. Sebelum dia pergi ke US, mereka bertiga pergi ke Onnuri Child Care Center dan tanpa disangka mereka bertemu dengan Kim Seon-U (Yeon Woo-jin), doktor yang baru balik dari US. Dari situ mereka berdua berkenalan kemudiannya jatuh cinta. 


Chan-young cuba cucuk jarum supaya Seon-U pujuk Mi-jo untuk batalkan plan dia ke US. Belum pernah lagi semenjak mereka bertiga berkawan sejak sekolah menengah hidup berenggang. Sementara Chan-young bergelut dengan masalah relationship dengan Jin-seok (Lee Mu-saeng), Jo-hee pula jatuh suka dengan chef muda, Hyeon-jun (Lee Tae-hwan). Tak sangka pula chef tersebut kawan baik kepada Seon-U. Makin bertambah rapat lah mereka berdua sebab selalu melepak di restoran China kepunyaan Hyeon-jun.

Sebelum Mi-jo pergi ke US, mereka bertiga buat medical check-up dan Mi-jo dapat tahu ada di antara mereka yang menghidap kanser tahap 4. Ada 6 bulan saja lagi untuk hidup kalau tak buat chemotherapy. Sesiapa pun akan paksa orang yang dia sayang untuk dapatkan rawatan tapi paksa macam mana pun, keputusan tetap pada kawan baik dia. 


Penceritaan Thirty-Nine awalnya nampak menarik sebab tiga sekawan ni bagi harapan baru kepada wanita bujang untuk kekal menawan dan kejar impian walaupun sudah di penghujung fasa 30-an. Suka tengok diorang spend time sama-sama tak kisah lah setakat minum kopi di café ataupun selca di taman bunga. Chemistry dan bonding ketiga-tiga pelakon yang menghidupkan lagi penceritaan pengarah Kim Sang-ho ni. 

Lagi suka tengok scene tiga sekawan ni daripada scene mereka spend time dengan life partner masing-masing kecuali watak Jo-hee dengan Hyeong-jun sebab both of them comel. Mungkin juga sebab Jo-hee dapat bercinta dengan lelaki lebih muda dari dia. Selain dari tema persahabatan yang akrab, drama Thirty Nine juga mengetengahkan tentang anak angkat sama ada dari perspektif Mi-jo yang hidup disayangi oleh keluarga mahupun melalui watak So-won (Ahn So-hee) yang dihalau keluar. 


Awal juga lah pengarah dedahkan berita mengejut sampaikan episode kemudiannya jadi draggy dengan melodrama dan permintaan merepek hanya kerana dia dah nak pergi. I tak suka bila watak tu paksa orang turut permintaan dia tapi orang lain tak boleh paksa dia buat itu ini walaupun untuk kebaikan dia juga. 

Drama Thirty Nine ni ada masanya nampak seolah dibikin untuk mempromosikan barangan yang dijual di Lotte memandangkan produser adalah Lotte Culturework. Setiap episod ada product placement sampai naik jelak. Buat scene mereka bertiga berjalan dekat taman waktu malam sebab nak promote wardrobe atau kasut sukan padahal member tengah sakit teruk. Muka dah pucat pun kena hadap angin malam sedangkan boleh je bincang via call or Whatsapp. 


Walaupun drama Thirty Nine ada 3 pelakon utama tapi boleh nampak screentime dan kisah Mi-jo jauh lebih banyak. Kesian jugak tengok watak Jo-hee sebab apa yang dia cakap tu ada betulnya. Boleh kira berapa banyak lah dia ada solo moment dan contribute dalam friendship diorang. Drama ni bolehlah nak layan kalau suka tengok lakonan Ye-jin dengan Mido. Pace terlampau perlahan dan terlampau ringkas penceritaannya. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4= 5.8/10

Drama Review | Juvenile Justice (2022)

Friday 11 March 2022


Director : Hong Jong-chan
Writer : Kim Min-seok
Cast : Kim Hye-soo, Kim Mu-yeol, Lee Sung-min, Lee Jung-eun, Park Ji-yeon, Lee Sang-hee, Shin Jae-hwi, Keum Kwang-sun, Lee Yeon, Hwang Hyeon-jeong, 
Production Company : Gill Pictures, GTist
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Law
Running Episodes : 10 episodes (55 – 70 minutes per episode)
Release Date : 25 February 2022
Trailer : 


‘I detest young offenders’

Pesalah juvana gerun dengan kehadiran Hakim Sim Eun-Seok (Kim Hye-Soo) kerana hukuman dia sentiasa akan mencapai tahap hukuman maksima. Kesalahan apa pun yang dilakukan, elakkan dari berjumpa dengan Hakim Sim Eun-Seok. Personaliti dia yang dingin juga menyukarkan pesalah-pesalah juvana berlakon atau reka cerita simpati. 


Drama Juvenile Justice bawa tema dan penceritaan yang segar bila jenayah yang dilakukan adalah golongan bawah umur di mana semua kesalahan hanya mendapat hukuman yang ringan termasuklah kesalahan membunuh dengan sengaja. Di Korea cuma ada 20 orang hakim yang mengendalikan mahkamah juvana sedangkan kes jenayah semakin hari semakin bertambah tapi undang-undang masih tak berubah. 

Hakim Sim dipindahkan ke daerah Yeonhwa dan dibantu oleh hakim pembantu Cha Tae-joo (Kim Mu-yeol) yang dahulunya pernah masuk ke pusat pemulihan kerana kesalahan membunuh ayah tanpa sengaja setelah didera. Personaliti dia jauh berbeza dengan Hakim Sim bila dia guna pendekatan yang mesra untuk ubah pesalah juvana ke arah yang lebih baik. Tugas hakim bukan sekadar menghukum tapi memantau dan mengajar pesalah juvana ni supaya jadi manusia yang lebih baik. 


“We need to show them how harsh the law can be! We have to teach them that when you hurt someone, you have to pay the consequences” - Shim Eun Seok

Sepanjang 10 episod drama Juvenile Justice ni ada beberapa kes juvana yang dimasukkan antaranya kes bunuh, penderaan domestik, gang rape, mencuri dan banyak lagi sebagai plot utama untuk dipaparkan bagaimana sistem Mahkamah Juvana berfungsi dan pengadilan yang diberikan oleh para hakim yang terlibat. Selain masalah juvana, penulis Kim Min-seok selitkan juga konflik beberapa watak utama supaya audience kenal dengan lebih dalam lagi. 


Dekat episod awal drama ni penulis masih rahsiakan identiti Hakim Sim kemudian perlahan-lahan kupas sedikit demi sedikit. Sama juga dengan watak Hakim Cha sampai masing-masing selesa bekerja sama-sama di pejabat tu. Amazed lah jugak tengok semua watak dekat situ buat kerja sebab satu fail kes tebal sampai menggunung atas meja. Mana nak review kes lagi, nak siasat pula kes tu dalam masa yang singkat. 

Staff pula tak ramai mana, ada assistant pun tengah sarat mengandung. Dah la bangunan mahkamah tu besar, satu hari boleh cecah 10,000 langkah. By the way, muka Shin Jae-Hwi tu sama macam Azhan Rani. Distracted betul setiap kali dia muncul sebab muka dengan perangai masuk air tu sama. 


Suka tengok props dan details yang dimasukkan dalam drama ni selain dari sinematografi yang mengukuhkan screenplay bertemakan jenayah. Lepas ketua jabatan bertukar, props yang digunakan bertukar sesuai dengan personaliti ketua tersebut. Macam sebelum ni Kang Won-joong (Lee Sung-min) suka berbincang tentang kes yang diorang dapat jadi meja yang dia guna agak besar macam meja makan saiz standard. Bila masuk ketua baru, dia guna coffee table je sebab ketua tu tak suka buang masa untuk nilai kes. Bila dia panggil kedua-dua hakim masuk, dia cuma nak dengar keputusan dakwaan je. 


Drama Juvenile Justice ni emotional coaster ride sebab sakit hati dengan pesalah juvana yang tak menyesal langsung dengan kesalahan diorang lepastu biadap dengan orang tua. Kebanyakan pesalah haruslah datang dari keluarga miskin bila parents sibuk sampai anak-anak terabai. Anak orang kaya pun ada juga buat salah tapi tak lah teruk mana. Ada beberapa babak sakit dada sebab menangis dan terpukul dengan emosi terutamanya kes penderaan domestik tu. 

‘She’s a child who suffered from abuse. Children like that never grow up. Ten years? Twenty years? Time will quickly pass by but she’ll still be an abused kid, she’ll still carry that weight.’ – Judge Cha 

Actually I tak sure hakim boleh siasat kes macam Hakim Sim buat ke tak sebab Ketua Jabatan dia pun dah kata kerja dia cuma jatuhkan hukuman bukan siasat kes. Patutnya siasat tu kerja polis dengan peguam. Hakim cuma boleh buat pengadilan berdasarkan apa yang dibentangkan sepanjang perbicaraan. Kalau hakim keluar siasat then penghakiman tu dah jadi biased. Sebab tu juga lah hakim tak boleh bicara kes sendiri sebab tak nak terbawa dengan emosi macam kes yang terakhir tu. 


Anyway, drama ni berbaloi untuk ditonton tapi lambat I nak habiskan sebab pacing dia terlampau perlahan, Netflix pulak boleh ubah speed sampai 1.5x je ☹

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Drama Review | Happiness (2021)

Sunday 20 February 2022


Director : Ahn Gil-ho
Writer : Han Sang-woon
Cast : Han Hyo-joo, Park Hyung-sik, Jo Woo-jin
Production Company : Studio Dragon
Distributor : tvN, TVING, iQiyi, Viki, Viu
Genre : Supernatural / Thriller
Running Episodes :  12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 5 November 2021 – 11 December 2021
Trailer : 


Kemunculan pandemic Covid-19 dah cukup menyeksakan ditambah pula dengan Rita Virus yang berpunca dari pil Next. Pil suplemen Next diwujudkan dengan bertujuan untuk menyembuhkan manusia dari wabak Covid-19 namun gagal lantas menyebabkan manusia bertukar agresif dan menyebabkan manusia hauskan darah. 

Sama seperti wabak zombie, individu yang berubah menjadi zombie akan mencederakan manusia lain dan berupaya sembuhkan diri dengan cepat. Sekiranya individu yang berjangkiti gagal mengawal diri untuk bertukar kepada zombie, virus Next akan ambil alih otak dan badan dan mati dengan kadar yang cepat. 


Yoon Sae-bom (Han Hyo-joo), polis dari skuad Special Operation Unit antara yang terawal berjangkit selepas dicakar oleh trainee. Namun dek kerana antibodi yang kuat, dia tak bertukar malah menjadi pelindung kepada penduduk kompleks apartment mewah, Seyang Forest Le Ciel juga. 

Dari awal episod membawa ke hujung episod menyampah dengan perangai penduduk blok 101 dan juga pelawat yang tanpa sengaja terperangkap lepas Leftenan Kolonel Han Tae-Seok (Jo Woo-Jin) arahkan untuk kuatkuasakan martial law di kawasan tersebut. 


Ikut perancangan asalnya, penduduk hanya perlu bertahan selama seminggu sahaja dan akan mendapat bekalan makanan juga minuman setiap hari. Tapi tu lah, kerajaan kan. Bab berjanji memang laju tapi perlaksanaannya kelaut dalam. Nasib baik lah Sae-bom dengan suami dia, Jung Ji-hyun (Park Hyung-sik) sama-sama anggota polis dan tinggi survival skill. 

Tak faham jugak kenapa pasangan suami isteri ni yakin sangat nak jaga semua penduduk blok tu sedangkan penduduk dekat situ bukannya baik sangat pun. Dari saat diorang berdua buat keputusan tu sampai lah ke hujung cerita mempadanmukakan Sae-bom dengan Ji-hyun setiap kali timbul masalah. Bukan sebab tak kesian tapi diorang berdua yang terpaling kuat judge tindakan-tindakan Leftenan Kolonel dekat kem rehabilitasi. 


Tapi nak marah sangat pun tak boleh jugak sebab nanti mana jadi cerita ye dak? Lagipun tu lah perbezaan utama dengan manusia jenis bertindak lebihkan rasional dengan manusia yang guna empati. Pandangan dua-dua tak ada salahnya dan dekat hujung cerita pun ketiga-tiga watak ni belajar perbezaan pendekatan ni. 

Berbeza tau feeling layan drama Happiness ni dengan feeling masa layan drama All Of Us Are Dead walhal kedua-duanya menggunakan tema yang sama dan berpunca dari virus yang diwujudkan atas alasan tersendiri. I tak pernah penat untuk kagum dan beri pujian kepada Studio Dragon untuk kehebatan karya yang diterbitkan di bawah production house mereka. Boleh jadi juga feeling berbeza sebab perspektif penulis lebih terarah pada perangai manusia dalam situasi genting. 


Rasanya Studio Dragon dah mula dapat perhatian dari streaming platform lain lepas beberapa kali rating tontonan drama mereka popular di Netflix. Memang selayaknya lah dapat peluang dan kejayaan macam tu sebab drama terbitan Studio Dragon selalu bawa sesuatu yang baru dan kebanyakannya menggunakan template edutainment. 


Sama macam naskhah yang lain, sinematografi Happiness dipaparkan dengan cantik menggunakan transition yang kemas. Lighting dan tona warna juga berubah mengikut kehendak situasi dalam babak tertentu. Make up yang digunakan untuk watak zombie nampak meyakinkan. Darah yang digunakan juga tampak asli. Music score banyak membantu menghidupkan elemen saspen sampai anxious setiap kali Sa-beom dengan Ji-hyun perlu buat sesuatu. 


Memandangkan watak-watak utama dalam drama Happiness adalah anggota polis, stunt yang dipaparkan pun menarik terutamanya dalam babak Ji-hyun nak halang Leftenan Kolonel bawa Sa-beom keluar tanpa izin dia. Masa tu memasing woaaaaa limited edition betul suami macam ni. Chemistry Han Hyo-joo dengan Park Hyung-sik antara taruhan drama Happiness. Kalau bukan sebab Sa-beom tak mungkin lah Ji-hyun nak stay dekat situ. 

Skrip dan olahan Happiness boleh kata bagus juga lah sebab pengarah Ahn Gil-ho adalah pengarah yang sama untuk drama Stranger (2017). Lee Kyu-hyung pun berlakon sebagai guest appearance dalam drama ni tapi screentime dia tak lama dan tak penting mana kalau nak dibandingkan dalam Stranger. 


Malangnya bagus macam mana pun drama Happiness dan macho atau romantik watak Ji-hyun tu tetap tak boleh ulang lagi sebab tekanan darah naik tinggi tengok perangai watak sampingan yang lain. I tak rasa ada kekuatan lagi untuk hadap konflik macam tu. Cukuplah sekali. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

Drama Review | Bad and Crazy (2021)

Monday 14 February 2022


Director : Yoo Seon-dong
Writer : Kim Sae-bom
Cast : Lee Dong-wook, Wi Ha-joon, Han Ji-eun, Jung Sung-Il, Cha Hak-yeon, Sung Ji-ru, Lee Hwa-ryong
Production Company : Studio Dragon, Mink Entertainment
Distributors : tvN, iQIYI (International)
Genre : Crime / Action / Comedy
Episodes : 12 episodes (65 -75 minutes per episode)
Release Date : December 17, 2021 – 28 January 2022
Trailer : 


Drama yang berlatarkan profesion Anti Corruption Unit yang diketuai oleh Su-yeol (Lee Dong-wook) dalam membongkar pembunuhan melibatkan Assemblyman Do Yu-gon (Lim Ki-hong). Asalnya Su-yeol ditugaskan untuk cuci kerja kotor yang dilakukan oleh ketua parti tersebut tapi kedatangan K (Wi Ha-joon) mengubah pendirian dan plan asalnya. 

K anggap diri dia sebagai hero alam semesta yang ingin membanteras manusia jahat seperti Su-yeol. Bekerja sebagai polis tapi sentiasa terlibat dengan rasuah. Cekap buat kerja tapi misinya menghala ke arah lain. Sebab tu juga lah Inpektor Lee Hui-gyeom (Han Ji-eun) putuskan hubungan mereka walaupun masih sayang. 


Awalnya Su-yeol anggap pembunuhan tu hanya pembunuhan biasa tapi tebakan dia salah bila melibatkan musuh dalam selimut yang bekerjasama dengan drug dealer dari Russia. Andrei (Won Hyun-jun) dan Boss Yang (Kim Hieo-ra) datang ke Korea untuk luaskan pasaran dadah mereka, Pupil. Malangnya mereka lebih banyak menanggung kerugian dari untung kerana Do Yu-gon. Boleh jadi musuh mereka dan musuh Su-yeol adalah orang yang sama. Siapa yang mengejar siapa, kena tengok sendiri lah di iQiyi.

Masa tengok Dong-wook dengan Ha-joon promote drama ni dekat variety show pakai outfit Joker pun dah tertarik nak tengok. Drama Bad and Crazy ni adalah drama kedua buat I tertarik dengan lakonan Dong-wook. Watak dia sebagai Ryu Su-yeol pun lebih kurang sama dengan karakter sebenar bila dia suka membebel dan grumpy. 


Memandangkan watak K jadi sparring partner Su-yeol dalam drama bergenre action comedy ni, terpaksa lah Ha-joon follow perangai Dong-wook padahal sebelum ni watak dia intense dalam drama Squid Game (2021). Dinamik dan chemistry Dong-wook dengan Ha-joon antara kekuatan drama terbitan Studio Dragon. Kelakar bila tengok Su-yeol rindu atau teringat dekat K bila K merajuk bawa diri. Awwwdorable! Boleh nampak lah kenapa Ha-joon cakap dia nak menang anugerah Best Couple dengan Dong-wook. 

Drama Bad and Crazy ni lebih kurang macam The Fight Club bila dua hero utama berbeza karakter sepenuhnya. Both are smart and charming. Suka tengok senyuman Ha-joon sampai ke telinga. Stylist team did a great job dalam menzahirkan karakter K melalui outfit dia setiap kali muncul onscreen. Nampak macho dan cool. Menggunakan warna terang untuk serlahkan karakter yang ceria. 


Episod-episod awal agak perlahan sebab penceritaan yang boleh dijangka perjalanannya tapi bila Su-yeol dengan K mula bekerjasama, momentum penceritaan meningkat dan menarik sebab genre lebih terarah pada komedi. Tambah pula bila watak Inspektor O Gyeong-Tae (Cha Hak-yeon) join Anti Corruption Team makin semangat nak tengok sebab watak dia sejenis yang tangkas dan cerdas. 

Kalau drama terbitan Studio Dragon memang tak perlu nak risau dah bab sinematografi sebab diorang memang titikberatkan faktor yang satu ni. Sama juga dengan music score yang menambahkan impak pada penceritaan. Montaj pembukaan pun menarik dengan menggunakan ilustrasi komik.


Walaupun drama Bad and Crazy ni menarik untuk ditonton namun ada juga kelemahannya bila watak antagonis tak cukup kuat. Beberapa pelakon sampingan yang melakonkan watak antagonis kelihatan kayu sampai penceritaan tampak mendatar. Babak emosi pun tak cukup kuat untuk menangkis beberapa sangkaan yang wujud terutamanya babak Su-yeol dengan ibu dia. Rasanya sedih lagi bila tengok K dengan Su-yeol terpaksa berpisah di hujung cerita. 

All in all Studio Dragon did good job with this theme and genre. Sebab watak K, jadi jatuh cinta pulak dengan Wi Ha-joon. Rasa nak tengok dia berlakon dalam movie atau drama komedi dan romantic comedy. 

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought += /10

Drama Review | Sell Your Haunted House (2021)

Sunday 13 February 2022


Director : Park Jin-seok
Writer : Ha Soo-jin, Jung Yeon-seo, Lee Young-hwa
Cast :  Jang Na-ra, Jung Yong-hwa, Kang Hong-seok, Ahn Gil-kang
Production Company : Monster Union, May Queen Pictures
Distributor : Korean Broadcasting System
Genre : Comedy / Horror / Supernatural
Running Episodes :  16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 14 April 2021 – 9 June 2021
Trailer : 


Drama yang bertemakan real estate property bawa keunikan dengan memaparkan kehidupan personal dan professional Hong Ji-ah (Jang Na-ra) sebagai ejen hartanah di Daebak Real Estate dan juga pengusir hantu. Dulu masa bekerja dekat syarikat lelong hartanah memang banyak je property yang tak boleh nak jual sebab ada hantu especially dekat kawasan Bukit Merah Laketown Resort. 

Kalau ada yang beli pun Chinese bidder sebab murah dari harga pasaran. Dia kata panggil je lah bomoh untuk halau hantu. Banyak juga property best dia jumpa tapi orang tak nak beli sebab hantu selalu kacau. Kalau ada yang kata tak percaya hantu tu mesti tak pernah jumpa lagi. Ni bukan jenis kacau main guli ataupun dengar tapak kaki tapi jenis kacau sampai rasuk sebab tak nak orang duduk dalam rumah tu. 


Excited layan drama ni sebab suka tengok cara Daebak Real Estate buat kerja halau semua hantu yang menggangu tuan punya. Rugi besar lah kalau property tak boleh jual atau sewa dekat orang gara-gara hantu selalu kacau penyewa. Banyak insiden yang berlaku sepanjang Ji-ah dan partner dia, Oh In-beom (Jung Yong-hwa) jalankan tugas mengusir hantu lantas buatkan penceritaan drama kelihatan menarik. Sub-plot yang dimasukkan juga menguatkan penceritaan Sell Your Haunted House. 


Dalam masa yang sama In-beom dengan Ji-Ah kena cari apa pertalian mereka berdua sebab mak Ji-Ah stuck dekat dunia nyata bila ada lagi urusan yang belum selesai. Besar kemungkinan urusan tersebut berkait dengan In-beom yang pernah dirasuk oleh Hantu Telur. Hantu jenis ni akan tercipta bila ada manusia yang melakukan dosa dalam skala besar. Macam Oh Seong-sik (Kim Dae-gon) yang tanpa sengaja cipta Hantu Telur lepas bakar satu kampung dan mengorbankan 7 nyawa tak berdosa. 


Drama Sell Your Haunted House arahan Park Jin-seok bersilih ganti antara masa lampau dan sekarang bila In-beom atau Ji-Ah akan serap memori roh yang tak tenang selama seminggu. Kelakar bila tengok In-beom pandai melukis lepas dirasuk roh pelukis. Lukisan bukan calang-calang nilainya sampaikan mencecah 2 juta won. Dari seorang con artist yang tak percaya dengan hantu berubah karakter kepada seorang yang lembut hati dan sentiasa membantu orang lain, Yong-hwa deliver kesemua emosi dan perubahan karakter dengan baik. Tak hairan lah dia menang Best Actor di KBS Drama Award 2021. 


Berbeza dengan Jang Na-Ra yang lebih terikat pada watak berhati batu selepas 10 tahun bekerja sebagai pengusir hantu. Dari seorang yang naif dia berubah menjadi seorang yang lebih pendiam bila sering gagal bagi keadilan pada roh yang berdendam akibat dibunuh. Banyak watak melodrama yang ditonjolkan oleh Na-Ra terutamanya babak yang melibatkan roh ibu dia. Emosi Ji-ah selalu terganggu bila Hong Mi-jin muncul sampai kita menangis sekali bila tengok. 


Selain watak yang tegang, Na-Ra kena buat banyak action stunt bila dia kena berlawan dengan roh jahat. Selalu Na-Ra bawa watak yang soft tapi kali ni dia tonjolkan sisi baru dalam lakonan. Something fresh to watch indeed. Kira hebat jugak lah pengarah dia sebab berjaya cari kekuatan dua pelakon utama dia dan paparkan dengan baik. Chemistry Na-Ra dengan Yong-hwa pun nampak natural walaupun nampak ketara perbezaan umur antara mereka berdua. 


Sinematografi yang banyak bergantung pada VFX juga dipaparkan dengan cemerlang dan menambahkan impak pada penceritaan. Transition yang menarik digunakan dalam beberapa babak. Music album drama Sell Your Haunted House pun sesuai dengan mood penceritaan yang santai dan kelakar. Dengar lagu I Got Ya pun dah tahu Yong-hwa yang nyanyi sebab dia ada gaya sebutan yang tersendiri. Sesuai lah dengan karakter dia dalam drama ni. 


Nice jugak drama ni kalau ada sequel sebab banyak lagi jenis hantu yang diorang boleh explore memandangkan Ji-ah dah jumpa partner yang serasi dengan dia. Nak tengok jugak kalau dia akan sambung legasi ni atau biar habis dekat dia je. Drama terbitan Monster Union dan May Queen Pictures ni mungkin bertemakan hantu dan beberapa babak mempunyai jump scares tapi kalau tengok waktu siang okay lah kot. Creepy but fun to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Chimera (2021)

Wednesday 9 February 2022

Director : Kim Do-Hoon

Writer : Lee Jin-Mae

Cast :  Park Hae-Soo, Lee Hee-Jun, Soo-Hyun, Cha Joo-Young, Nam Gi-Ae, Kang Shin-Il, Heo Joon-Seok

Production Company : N/A

Distributor : OCN

Genre : Action / Thriller / Crime

Running Episodes : 16 episodes (1 hour per episode)

Release Date : 30 October 2021 - 19 December  2021

Trailer : 


Kedatangan FBI profiler dari UK, Eugene Hathaway (Soo-Hyun) disambut dengan kes letupan yang disebabkan oleh gas oksigen. Kes yang pelik sepanjang karier dia. Apabila diselidik kes tersebut bukan yang pertama kali berlaku kerana kes letupan ini pernah berlaku 35 tahun yang lepas dan digelar sebagai Chimera. 

Mengikut kepercayaan mitos Greek, Chimera adalah makhluk campuran dari 3 ekor binatang iaitu singa, kambing dan naga di mana raksasa betina ini mempunyai nafas api. Kalau ikutkan pada siasatan kes tersebut, dalang Chimera telah pun ditangkap dan bunuh diri beberapa hari kemudiannya dalam tahanan akibat rasa bersalah. 

Jadi besar kemungkinan kes letupan yang berlaku sekarang adalah palsu ataupun cuma kebetulan. Namun kepulangan  Dr. Lee Joong-yeop (Lee Hee-jun) mematahkan teori tersebut bila latar belakangnya merupakan anak kepada dalang kes Chimera 35 tahun tersebut. Detektif Cha Jae-hwan (Park Hae-Soo) bekerjasama dengan Eugene untuk menyiasat kes Chimera sekarang. 

'If you want to hear the truth, you must also share the truth. Establishing rapport. You know that.' - Dr. Lee Joong-yeop

Excited nak layan drama ni bila drama Chimera tersenarai dalam Best K-Drama untuk tahun 2021 tapi kecewa bila tengok beberapa episod awal disebabkan watak Detektif Cha yang lemah. Meleret rasa kecewa sehingga ke hujung cerita sebab kedua-dua watak utama tak dikembangkan dengan bagus berbanding watak-watak sampingan. 

Tak faham macam mana watak Detektif Cha jadi watak utama sedangkan dia tak mampu connect the dots?! Kalau dalam drama penyiasatan yang lain ataupun drama berlatarkan anggota polis, mesti ada perjalanan kes yang diletakkan pada board tapi dalam Chimera ni tak ada langsung. Lepas watak Ko Gwang-soo (Heo Joon-Seok) datang ambil alih baru nampak ada board tu dan cara kerja lebih sistematik. 

Kebanyakan scenes leading roles banyak bergantung pada input yang mereka dapat dari wartawan Hyo-kyung (Cha Joo-Young) ataupun watak sampingan yang lain. Walaupun Detektif Cha nampak hint utama depan mata tapi masih lagi tak nak percaya sedangkan dia detektif dan watak utama? Macam scene dia nampak gambar Chimera sebenar tapi abaikan je walhal dari situ dia dah boleh dapat maklumat baru. 

Sama juga dengan Eugene yang gagal menyerlah dengan kepakaran sebagai profiler FBI sebaliknya banyak terarah pada emosi. Muka tebal pulak tu guna quotes dari Dr. Joong-yeop untuk diletakkan dalam novel dia tapi tak faham pun apa maksud quotes tu? Boleh nampak kenapa bos dia hantar ke Korea untuk muhasabah diri. Itupun sampai ke sudah dia tak berubah sebab dia ada unnecessary judgmental minded. Watak dia tak perlu ada pun tak apa sebab tak membantu langsung dalam kes Chimera ni. 

Kekuatan drama Chimera terbitan OCN ni hanyalah pada keunikan cerita yang menggunakan formula kimia sebagai senjata. Siapa sangka oksigen boleh meragut nyawa dan menghasilkan letupan besar dan juga air boleh menghasilkan api untuk membakar badan manusia sehingga rentung? Misteri dalang Chimera 35 tahun lepas dan juga Chimera sekarang disimpan dengan baik sehingga ke akhir cerita. 

Sinematografi pun mengagumkan juga bila cameraman tahu angle mana yang menambahkan impak khususnya pada watak tertentu macam scene Dr. Lee bila anak buah Hahm Yong-Bok kepung dia dekat kawasan terpencil. Scene dia bangun lepas kena belasah tu wahhh macho betul sampai I dah jadi team Chimera lepas tengok kebodohan watak Detektif dengan Eugene bertimpa-timpa. Tapi kalau ikutkan dua-dua Chimera tak salah pun tapi jadi mangsa pada kebobrokan sistem. 

Tapi kekuatan tu tak dapat tutup kelemahan jalan cerita sebab di episod awal pun kita dah boleh nampak Chimera adalah perempuan muda dek kerana fizikal dan ketahanan stamina dia. Tapi observation ni tak digunakan langsung dalam siasatan. Bila dia asyik syak Dr. Lee adalah Chimera memang terserlah benar kelemahan dia sebagai Detektif. Mitos Chimera sendiri adalah raksasa betina jadi kenapa dia nak fokus pada lelaki?

Sama juga dengan casting director yang bawa Soo-Hyun masuk ke projek Chimera ni sedangkan dia tak ada American accent bila bertutur Hangeul untuk seorang yang membesar di US tanpa ada saudara di Korea Selatan. Watak Bae Seung-Gwan (Woo Hyeon) paling kelakar sebab mengecut bila dah tua. Setiap kali dia muncul tak boleh nak feel amarah atau ketegangan tu sebab teringat dia mengecut. 

Overall drama Chimera antara drama yang mempunyai potensi untuk jadi yang terbaik tapi tersia dek kerana kelemahan team production dari pelbagai aspek. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

Drama Review | All of Us Are Dead (2022)

Monday 7 February 2022


Director : Lee Jae-Kyu, Kim Nam-Soo
Writer : Joo Dong-Geun (webcomic), Chun Sung-Il
Cast : Park Ji-hu, Yoon Chan-young, Cho Yi-hyun, Park Solomon, Yoo In-soo, Lee Yoo-mi, Kim Byung-chul, Lee Kyu-hyung, Jeon Bae-soo
Production Company : Film Monster by JTBC Studios, Kim Jong-hak Production
Distributor : Netflix
Genre : Fiction / Horror
Running Episodes :  12 episodes (53–72 minutes per episode)
Release Date : 28 January 2022
Trailer : 


Drama baru terbitan Netflix mula mendapat perhatian ramai bila menyajikan kisah yang bertemakan zombie. Jonas Virus adalah virus baru yang dicipta oleh Cikgu Lee Byeong-chan (Kim Byung-chul) di mana sel agresif digandakan telah menyerang pelajar sekolahnya kemudian mengakibatkan zombie outbreak. Tujuan virus tersebut dicipta adalah kerana ingin membantu anaknya lawan masalah buli di sekolahnya. 

 "We live in a system of violence. A nobody like me can not change the system". - Lee Byeong-chan


Chong-san (Yoon Chan-young) yang baru sahaja kecewa setelah dapat tahu On-jo (Park Ji-hu) ada hati dengan Lee Su-hyeok (Park Solomon) bertindak sebagai hero untuk melindungi On-jo seperti selalunya. Mereka kemudiannya berkumpul di dalam kelas bersama survivors lain. Maka bermulalah survival strategy mereka sekumpulan untuk keluar dari neraka tersebut. 

Kalau ikutkan tak nak layan pun drama baru ni sebab dah mual dengan cerita zombie tapi saja bagi peluang, mana tahu syok nak layan. Rupanya kecewa bertimpa-timpa sebab jalan cerita tak logik yang dibebani dengan kedangkalan penulis untuk keluar dari kepompong dunia pelajar sekolah. Drama All Of Us Are Dead adalah adaptasi dari webtoon yang diterbitkan pada tahun 2009. Kata director ada banyak babak diolah untuk sesuaikan dengan latar masa sekarang tapi susah nak hadam bila banyak sangat lompong pada cerita.


Macam babak mereka bersetuju untuk naik ke makmal sains hanya untuk berdrama. Tak ada seorang pun nak siasat tentang virus yang dicipta oleh cikgu mereka sedangkan satu kelas bergosip sebelum zombie outbreak tersebut. Dari awal sehingga habis cerita, perkara sama akan jadi. Dapat data baru untuk dibincangkan tapi tak digunakan langsung dalam strategi seterusnya. 

Sama juga macam scene Chong-san dan Su-hyeok dapat tahu tentang Yoon Gwi-nam (Yoo In-soo) dan Prez (Cho Yi-hyun) adalah spesies Hambie, separuh manusia separuh zombie tapi tak ada langsung cadangan untuk biarkan watak Prez berkembang namun disorok saja sebagai watak yang lemah dan perlukan perlindungan. Sudahnya semakin ramai yang mati dan bertukar menjadi zombie. 


Kenapa biarkan zombie semakin ramai sedangkan tenaga survivors makin lemah? Melainkan pengarah tunjuk yang watak Prez tak boleh bertukar kepada Hambie dengan cepat sebab keinginan untuk makan akan jadi makin kuat. Antara kekuatan drama ni ialah simbiosis virus dan perumahnya. Macam mana drama The Silent Sea (2021) tunjuk manusia beradaptasi dengan lunar water, macam tu juga lah Jonas Virus mencari perumah yang kuat untuk hidup bersama. Sama juga dengan virus covid-19 yang sentiasa bermutasi dengan sel manusia dan menghasilkan varian baru. 


Dalam kebanyakan babak, kesemua watak ambil jalan mudah dengan tukar musuh jadi zombie walhal masing-masing sedar yang zombie adalah musuh utama yang belum diketahui kelemahan atau kekuatan mereka. Nak kata pelajar sekolah ni tak tahu pasal zombie, ada babak diorang mention pasal movie Train To Busan (2012) so they are well aware of zombie. Lebih menarik kalau diorang guna general knowledge untuk lawan zombie tapi cara tu tak menjadi ataupun sebaliknya. Sekurang-kurangnya kita tahu millennials are well-prepared with zombie apocalypse. 


Kalau watak-watak pelajar sekolah ni dangkal dan fikir pendek, boleh lah kita terima sebab kebanyakan survivors adalah pelajar yang malas dan corot dalam pelajaran. Tapi bila watak guru dan dewasa yang lain pun fikir pendek, nampak sangat kelemahan tersebut datang daripada penulis dan pengarah. Tu belum masuk part transition zombie mengikut kadar screentime pelakon. Kalau pelakon sampingan amboi lama ambil masa untuk bertukar tapi kalau extra pap pap pap dah bertukar!

Kebanyakan masanya team production cuma guna babak emosi untuk buatkan penonton setia sehingga ke episod akhir. Team budak sekolah ni boleh sampai ke kem kuarantin dengan cepat kalau diorang guna kelebihan Prez. Watak mak Chong-san pun lemah bila dia dah sedia maklum tentang situasi negara tapi bahayakan diri dan panggil zombie. Ayah Chong-san entah hilang ke mana. Watak dalam drama ni kalau penulis nak dia muncul maka muncul lah dia tanpa kepentingan atau character development. Kalau penulis kata dia kena mati maka mati lah watak tersebut. Pfftt


I dah excited bila nampak Kim Byung-chul because he is one of my favorite actor. Dia hidupkan watak ayah yang desperate cari jalan untuk bantu anak hadap masalah buli ni dengan bagus dan meninggalkan impak tapi watak dia pun terbatas dek kerana kelemahan penulis. My favorite scene bila dia bercerita tentang siput babi dan parasit dalam kelas juga pada masa yang sama anak murid dia kena buli. Watak dia melambangkan keterbatasan manusia marhaen yang cuma hidup terkurung dalam sistem. Tak mampu untuk ubah dan tak mampu juga untuk bertahan dalam sistem tersebut. Pendek kata, faktab.


Naik semangat bila tengok watak Song Jae-Il (Lee Kyu-Hyung) sebagai detektif tapi senasib juga dengan Dr. Lee. Sebelum ni Kyu-Hyung berlakon bagus dalam drama Stranger (2017) dan movie Juror 8 (2019) tapi dapat watak lemah pula lepas dah lama tak berlakon. Patutnya director tak payah masukkan watak dia pun tak apa. Perjalanan watak dia menyedihkan. 

Watak Nam So-Ju (Jeon Bae-Su) pun satu hal juga, muncul sebagai paramedik kemudiannya bertukar kepada ahli bomba dan dapat tahu dia pernah join Special Force. Nampak gah pada perjalanan karier tapi tidak pada penceritaan. Buat apa lah askar habiskan peluru untuk kejar manusia yang lari dari kem kuarantin padahal musuh mereka lagi besar dekat luar sana? 


Watak On-jo pula bukan sahaja corot dalam pelajaran malah dalam kehidupan juga. Sentiasa jadi batu penghalang pada kejayaan orang lain dengan emosi dan kedangkalan dia. Macam mana rescue team nak datang kalau tak letak sign SOS dekat broadcasting class tu. 

Pendek kata tak ada yang menarik pun dalam drama terbaru Netflix walaupun ada keunikan pada spesies Hambie yang mungkin akan dikembangkan pada musim kedua. Tak pasti lah nak tengok sequel ke tak sebab kelemahan skrip ni akan kekal sekiranya pengarah dan penulis tak ditukar kepada yang lebih mantap hasil kerjanya. 

p/s : Rasa nak marah dengan tajuk yang exaggerate – All Of Us Are Dead katanya tapi bila tengok statistik zombie hanya minoriti.

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10