Showing posts with label Telemovie Melayu. Show all posts
Showing posts with label Telemovie Melayu. Show all posts

Telemovie Review | Derita Pia (2019)

Sunday 9 June 2019


Pengarah : Jinggo
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Pelakon : Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 7 Jun 2019
Syarikat Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Tayangan : TV3 Istimewa Aidilfitri

Tak tengok sebenarnya drama Pia ni tapi dua episod akhir tu tengok macam tu je lah sebab dekat rumah mak ada TV lepastu family layan so kita sangkut sekali. Masa Derita Pia ni tayang pun tengah lipat baju haaa terlayan sekali lah.


Derita Pia ni sambungan kepada drama Pia tapi macam tiba-tiba je cerita dia dah start dengan Zafran kahwin dengan Qis padahal masa dalam drama beria Qis menangis depan Zafran kabo diorang dah tak ada jodoh dan dia redho.

Zafran pulak kemain eh haritu minta peluang kedua dekat Pia sampai mabuk, accident lepastu buta tiba-tiba nak Qis jadi bini kedua. Lelaki jenis tak bersyukur ni memang kecacatan tu bukan penghalang pun. Paling menyampah bila dia sembang pasal adil padahal keluar rumah pun tak mampu nak bagitahu isteri. Nak jaga hati isteri pun tak pandai ada hati sembang adil.


Menyampah gila dengan Pia sebab bagi peluang kedua dekat Zafran padahal dia jugak yang sakit. Baik dia bawa Budi tinggal je dekat Dubai sana. Sembang sedih tapi bila Zafran minta maaf terhegeh jugak dia maafkan. Yihhh sakit hati!

Qis taknak gaduh tapi bila Makngah hasut tak ada pulak dia nak melawan. Menyampah tengok watak dia tak sudah-sudah call Zafran suruh balik rumah bila ada masalah jadi suruh Zafran settlekan. Kau settle lah sendiri bukannya susah sangat pun.


Budi pun satu hal jugak makin naik kepala suka hati sepahkan rumah. Dah tahu Makngah tu jahat, dia pun nak jugak cari pasal. Memang patut lah kena marah tapi part mendera tu melampau jugak lah.


Tak tahu kenapa pengarah drama Melayu ni suka beno watak terlebih baik macam lah rakyat Malaysia ni dikurniakan kesabaran setinggi Pia ni. Beria lah tunggu balasan dekat Makngah yang jahat tapi sudahnya elok je dia bahagia dapat kemaafan.


Cerita ni kalau ada yang interpret mesej pengajaran ‘tak ada masalah jadi jahat sebab orang baik akan sentiasa maafkan’ tu memang tak heran tau. 

'Kekurangan organ Pia melengkapkan kebahagiaan Zafran dan Qis'

'Kekurangan Budi melengkapkan kebahagiaan Mak Ngah sebagai OKU pembuli'


Lepas tengok telefilem Derita Pia ni memang tak lah nak tengok drama Pia, buat bazir masa je. Dah tahu ending satu hal. Siapa entah come up dengan idea untuk telefilem ni sudahnya caca marba je. Yihhh!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought 0 = 4/10

Telemovie Review | Esok Untuk Kita (2018)

Thursday 30 August 2018

Image result for Esok Untuk Kita

Pengarah : Isma Yusoof
Penulis Skrip : Adza Emie
Pelakon : Beto Kusyairy, Sara Ali, Uqasha Senrose, Sharul Kamal, Putri Qaseh Zaibo, Raja Azmi
Terbitan : Kembara Sufi Sdn Bhd
Tarikh Tayangan : Ahad, 22 April 2018
Siaran : Slot LUNA NTV7 (8:30 malam)
Trailer :


Tak tahu lah macam mana boleh terdownload telemovie ni, tahu tahu je dah ada dalam folder. Tertekan masa download drama Pengantin 100 Hari agaknya. Tapi okay je nak layan sebab ada Uqasha Senrose, my fav hihu. 


Telemovie EUK ni mengisahkan tentang Hisyam (Beto Kusyairy) dan Zulia (Uqasha Senrose) yang dah 7 tahun berumahtangga dan dikurniakan seorang cahayamata. Zulia memang agak sibuk dengan kerjaya sampai terabai tanggungjawab kepada keluarga dan kesihatan dia sendiri sampai dia pengsan lepas meeting. Rupanya Zulia didiagnos menghidap kanser dan "hasrat terakhirnya" supaya Hisyam memperisterikan Khalisya (Sara Ali), sahabat baiknya.

Awalnya Khalisya dan Hisyam menolak mentah-mentah hasrat Zulia tapi Zulia berkeras dengan pendirian dia. Diorang dipaksa memilih untuk berkahwin ataupun Zulia refuse untuk membuat pembedahan membuang sel kanser dalam badan yang dah merebak. Dia tahu dia tak mampu nak survive so dia nak suami dan anak dia hidup bahagia tanpa dia. 


Banyak yang berubah lepas Khalisya menjadi isteri Hisyam, lifestyle dan eating habit yang lebih sihat sebab Khalisya trauma bila ibu dan kawan baik dia diserang kanser. Hisyam yang agak kekok pada awalnya mula menyenangi Khalisya. Ibu bapa Zulia pun happy tengok anak menantu happy dengan cara Khalisya. Tapi harmoni sekeluarga tak lama bila Zulia sedar dari koma. Sakit hati dan geram bila semuanya diubah oleh Khalisya. Disebabkan taknak bertengkar, Khalisya keluar dari rumah dengan berbadan dua.

Simple je jalan cerita telemovie ni tapi cara pengolahan tu cantik je flow dia. Bila tengok telemovie ni rasa happy je tengok Hisyam, Khalisya dengan Zulia hidup berpoligami sebab Hisyam ni jenis yang cool je. Zulia mengamuk macam mana pun dia chill je redakan keadaan. Khalisya emosi macam mana pun, dia tahu nak pujuk. Hisyam tak macam Shah okay ;)

Image result for Esok Untuk Kita

Dalam telemovie ni bukan semata nak angkat hkeharmonian poligami bila ada tolak ansur tapi nak tunjuk yang masing-masing ada impian dan life goal sendiri. Macam Zulia yang berjaya dengan kerjaya tapi tolak ansur antara Zulia dengan Hisyam makes everything in control. Another thing you can learn watching this, tak semua benda dalam hidup ni you boleh buat. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. 

Walaupun ramai yang tak suka statement ni tapi poligami tu cantik bila ada tolak-ansur, pemimpin yang cool dan bertanggungjawab macam |Hisyam. I have fun watching this sebab cerita ni je yang boleh dapat ending macam I nak. Movie Chori Chori Chupke Chupke dengan Judaai mana dapat ending macam ni. Sobs :(

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.3/10

Telemovie Review | The Hantus (2018)

Tuesday 10 July 2018

The Hantus

Pengarah : Nabil Ahmad, Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nabil Ahmad
Pelakon : Alif Satar, Faizal Hussein, Hannah Delisha, Khatijah Tan, Mimi Lana, Namron, Rab Khalid, Sazrin Aizul, Firdaus Ghufran, Ucop Cecupak, Ziema Din
Genre : Komedi/Romantik
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 15 Jun 2018
Syarikat Produksi : KMN Production Sdn. Bhd
Penyiar : Astro First Eksklusif 480
Trailer :


This is the first time Nabil Ahmad jadi penulis skrip dan pengarah bersama and even pengarah bersama pun, kata Alif Satar dia memang gigih tau nak jayakan telemovie ni sampai lunyai skrip original dia pegang masa shooting. Sanggup pulak tu tunggu schedule Faizal Husein dengan Alif Satar free sebab nak diorang je yang berlakon dalam telemovie ni. And I really think its worth it.

Dalam telemovie ni ada 5 part yang menceritakan perjalanan Fahmi (Alif Satar) sebagai hantu selepas kemalangan di lebuhraya Karak apabila bas yang dipandu oleh Din Pekak (Rab Khalid) terbalik jatuh ke dalam gaung. Tapi jangan disalahkan Din sebabnya ni semua angkara bisikan syaiton. Hanya Fahmi je yang berjaya keluar dari bas tu dan naik ke atas untuk minta pertolongan tapi sayang tiada siapa pun yang berhenti untuk menolong.


Muncul Abang kereta Volkswagen kuning yang macho (Faizal Husein) datang tolong dan bawa ke balai polis dan hospital selepas ambil Kak Ponti (Khatijah Tan) di lorong kedai. Dalam Part 1, diceritakan tentang kisah hidup Din Pekak manakala Part 2 tentang kisah Abang Volkswagen kuning yang legend di lebuhraya Karak tapi handsome macho stylish teruk hantunya pun. Faizal Husein pulak tu ya tuhannn crush dari kecik! Disebabkan Nabil memang suka dengan Faizal Husein dalam Gila-Gila Remaja, watak Abang Volkswagen ni pun diambil sebijik macam watak Azroy.


Part 3 pulak mengisahkan tentang Kak Ponti (Khatijah Tan) yang ala-ala Hantu Kak Limah sebab sembang guna dialek Perak. Perangai pun gila-gila masuk air. Sepanjang perjalanan nak ke balai polis dan hospital tu Fahmi tak sedar lagi yang dia dah jadi hantu. Lepas beberapa siri menyakat manusia baru dia faham dia dah mati dalam kemalangan tu tapi dia okay je sebab Abang Volkswagen dengan Kak Ponti jenis kaki enjoy dan bawa dia ke funfair hantu.


Dekat funfair ni lah dia berjumpa dengan Dhia (Hannah Delisha) yang akan hidup bila dekat dengan dia tapi pengsan bila berjauhan. Comel sangat lakonan Hannah Delisha dalam telemovie ni. Dalam Part 4 ni mengisahkan tentang bagaimana Dhia mati, memang agak ngeri kehidupannya dah ala-ala Final Destination dah. Masa scene otak dia pecah tu nampak real betul, power makeup artist diorang ni. Ada juga scene dating ala SRK-Kajol dalam Dilwale cuma dalam ni ambil masa selama 2 minit je.


Part 5 pula mengisahkan tentang kehidupan Fahmi sendiri, bagaimana dia ditipu dan dipergunakan oleh Cinta (Mimi Lana) sehingga dia naik bas keluar dari Genting yang dipandu oleh Din Pekak. Ada sebab kenapa Dhia melekat dengan Fahmi dan jatuh cinta dengan Fahmi. Mampu atau tidak Fahmi dan Dhia bersama? Siapakah Dhia sebenarnya? Jawapannya dalam The Hantus!

Walaupun naskhah ni menggunakan tajuk The Hantus dan berkisarkan kehidupan hantu yang ingin bersuka ria tapi tak ada pun babak seram dalam telemovie ni cuma scene balai polis tu sebenarnya real dan boleh search di Youtube – ni Nabil yang bagitahu sebab tak berani nak tengok hantu apa yang ada. Dalam movie lawak lah. Funfair dalam telemovie ni diinspirasikan dari Mimaland tapi tak berapa menjadi sangat pun sebab nampak macam funfair biasa je. Jauh beza dengan Mimaland.


Antara sebab kenapa Nabil pilih barisan pelakon The Hantus kerana mereka ni semua bersahaja dalam lakonan dan nampak neutral and yesss they are! Memang chill santai je tengok telemovie ni ditambah pula dengan visual shot yang cantik dan colour grading ala cerita klasik zaman 60-an atau 70-an ditambah dengan lagu dari Kugiran Masdo memang menghidupkan vibe zaman tu. Kali ketiga tengok lakonan Mimi Lana dan kali ni berlakon sebagai gadis liar and what can I say, I'm already a fan now.

For me, Nabil already proved his worth as a director tapi kali ni dia bekerja dengan barisan pelakon mantap so kerja dia agak mudah, can’t wait for another genre in his production dan pelakon baru. Wish him luck and all the best for his new career!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

Telemovie Review | Bini Aku Dari....... (2018)

Tuesday 26 June 2018

Image result for bini aku dari neraka

Pengarah : Helmi Yusof
Pelakon : Sharifah Sakinah, Aiman Hakim Redza, Ungku Hariz, Fiza Thomas, Sharifah Shahora, Puteri Khareeza, Shahmir Afzan Idris, Jamil Abdul Manap, Amber Adneen Ajwad Mubarak
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 1 jam 40 minit
Tarikh Tayangan : 17 Jun 2018
Terbitan  : Hyper Pictures Sdn Bhd
Trailer :N/A

Sequel khas untuk Girlfriend Aku Dari Neraka The Series bersempena dengan raya ditayangkan di Astro Warna yang mengisahkan tentang kehidupan Rudi (Aiman Hakim Redza) dan Lydia (Sharifah Sakinah) setelah berkahwin. Lydia masih lagi mengekalkan imej bimbo untuk mengelakkan Rudi jatuh hati pada awek bimbo yang lain. Dalam masa yang sama Lydia minta tunjuk ajar dari Tasha (Fiza Thomas) dan Aunty Fara (Sharifah Shahora) untuk dapatkan anak sebab sunyi di rumah bila Rudi pergi berkerja.

Image result for bini aku dari neraka

Tasha yang makin busy dengan kerjaya dan anaknya, Aus (Amber Adneen Ajwad Mubarak) terpaksa melayan kerenah Mamat (Ungku Hariz) yang tak boleh lagi tinggalkan perangai zaman bujang bila melepak bersama Rudi. Rudi pula enggan beri komitmen sebagai seorang ayah dan mula menunjukkan minatnya kepada Dayang (Puteri Khareeza), PA baru di tempat kerja barunya selepas dinaikkan pangkat kerana ideanya yang bagus.

Rudi makin happy pergi ke pejabat bila Dayang mula jatuh suka pada dia ditambah pula kasihan dengan Rudi yang terpaksa menjaga isteri yang sakit mental. Lydia pula makin hanyut dalam dunia dia bila terpengaruh dengan kakiperamal.com yang mengeluarkan fatwa palsu sehingga boleh membahayakan nyawa Rudi dan Lydia.

Image result for bini aku dari neraka

Expectation untuk sequel ni tak lah tinggi sangat sebab video yang viral pun tak lawak sangat, lebih kepada bodoh sebenarnya especially scene makan ikan dengan handsock. Tapi dalam telemovie ni memang ada la scene yang kelakar dari Lydia macam scene masuk kereta guna kaki kanan, scene Lydia nak pergi masjid untuk terawih dll.

Telemovie ni dah bertukar pengarah, bukan lagi dibawah arahan Dira Abu Zahar tapi Helmi Yusof so nampak berbeza jugak lah antara dua ni. Momentum plot macam tak berapa nak meyakinkan sangat dalam telemovie ni. Even dialogue pun tak berapa nak kick sangat macam dalam the series cuma ada beberapa tagline dicedok dari telemovie macam tagline ‘Hati Sedih, Hati Pedih!’.

Wardrobe Lydia masih lagi menggunakan khidmat tajaan yang sama dari Miss Anastacia and yes masih vogue sama macam the series cuma part makeup je macam over sikit plus banyak guna lipstick matte warna lavender or purple which looks mehhhh. Hairstyle Aiman pun selekeh bila dengan Lydia but looks great dengan Dayang. 


Kalau dah layan the series memang patutlah layan telemovie ni lagipun sekejap je sejam lebih je walaupun tak lah best mana dan try hard nak buat lawak. Plot twist dia pun tak menjadi sangat sebab nampak bodohnya benda yang kau teringin sangat nak, bila dah dapat tapi tak pergi confimkan tapi dah beli semua kelengkapan.

Plus, agak kesian dengan Lydia put massive effort supaya Rudi tak curang tapi dia menggatal jugak dengan perempuan lain siap dah plan nak kahwin lain. Lagi suka kalau Lydia jadi diri dia yang asal daripada try hard nak jadi bimbo yang tak mendatangkan apa-apa faedah pun baik untuk diri dia ataupun untuk perkahwinan dia since Rudi tak appreciate pun usaha Lydia. Tak matang pulak tu, semua benda nak harapkan bini je walaupun dah 2 tahun kahwin. 


Anyway, harap lepasni dah takde dah kot drama/telemovie Girlfirend Aku Dari Neraka ni unless ada plot menarik dan lawak yang fresh untuk semua pelakon. Penat jugak kalau tengok Lydia sorang je yang galas tugas untuk ceriakan suasana.


1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Telemovie Review | Hari Terakhir Seorang Pengurus (2018)

Monday 28 May 2018

Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Telefilem, Astro Citra, Mustika HD, 2018, Pelakon, Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis, Lawak, Komedi, Unik,

Pengarah : Syed Fariz
Pelakon : Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 27 Mei 2018 – Astro Mustika
Production Company : Anomalous Films & Suar Channe
Trailer :



Ternampak trailer telemovie dekat Twitter terus tertarik nak tengok sebab mengisahkan tentang Nasir (Remy Ishak) yang tekad untuk terjun dari tingkat atas bangunan pejabatnya ke bawah sebab stress yang dihadapinya. Rakan sekerja Nasir, Hasbullah (Mustaqim Mohamed) yang paling rapat sejak 10 tahun orang pertama yang jumpa Nasir berdiri di luar bangunan terus kucar-kacir bagitahu bos syarikat, Clarice (Susan Lankester) dan juga seorang lagi rakan sekerja yang pendiam, Nerd (Junji Delfino) dan juga budak intern selama 3 tahun di syarikat tu, Linda (Bulan Terry).


Pada mulanya Clarice tak percaya Nasir cuba untuk membunuh diri dan lebih pentingkan kehadiran klien utama mereka, Natalia tapi kerana Nasir makin tekad untuk terjun dan Nasir sorang je yang boleh deal dengan Natalia, Clarice berusaha untuk pujuk Nasir supaya batalkan hasrat dia.

Sementara tu, masing-masing cuba untuk cari apa punca Nasir ingin membunuh diri sampai call isteri Nasir, June (Nadiya Nisaa) untuk pujuk Nasir tapi masih lagi gagal cari punca kenapa. Nasir cuma minta June percayakan dia hingga perkara ni selesai. Situasi makin tegang bila orang ramai mula perasan kelibat Nasir di luar bangunan dan wartawan mula telefon untuk dapatkan wawancara eksklusif. Tak lama kemudian, June call pihak bomba untuk pujuk Nasir.


Kehadiran pakar perunding di Selangor & KL, K-bomm (Amerul Affendi) yang juga merupakan sahabat lama Nasir juga gagal membuatkan Nasir batalkan hasrat untuk bunuh diri. Disebabkan kasihan dengan K-bomm yang ingin pergi berbulan madu dan menyelamatkan rumahtangga dia yang retak menanti belah, Nasir membuka rahsia kenapa dia ingin bunuh diri.

Barisan pelakon yang mantap salah satu punca telemovie ni menarik sebab lakonan yang bersahaja dari semua pelakon tambah pula bila banyak momen kelakar terutama scene Aunty So Lucy dengan scene Jijah (Sherie Merlis) halimunan. Tapi ada scene yang draggy jugak macam scene Hasbullah nak call June guna phone office. Lepas Busker, ni kemunculan kedua Bulan Terry and thanks God dalam telemovie ni dia ada banyak skrip nak dibandingkan dengan Busker.


Rasa nak release stress, try layan telemovie ni sebab dari awal sampai habis penat gelak layan kerenah memasing walaupun ada 8 karakter utama dan seorang watak sampingan je sepanjang telemovie ni. Cuma macam geram jugak la sebab tak ada scene yang intense atau kalut dalam telemovie ni. Lagi cantik kalau ada scene menggelabah Nasir nak jatuh dari bangunan sebab bila Nasir kena tekankan yang dia nak terjun agak bosan jugak lah nak pula bila dah nak hujung cerita dah. But still okay lah nak layan sampai habis sebab mesej telemovie ni quite strong dalam dunia pekerjaan.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.3/10