Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Ram Reza & Muhammad x UIA Career Fair

Thursday 2 November 2023

Kali kedua untuk tahun ni Ram Reza & Muhammad dapat slot untuk career fair dan kali ni di Universiti Islam Antabangsa Malanysia di Gombak. Kalau ikutkan pertalian RRM dengan UIA ni agak kuat lah sebab ramai partners, lawyers dengan chambees ramai dari universiti ni. 


Kalau terlibat dalam career fair ni Kak Nurul sebagai HR lah yang in charge. Props, bunting, company profile, booklet, business card dan goodies semuanya Kak Nurul yang sediakan. Ms Tasya dengan Yun assist dan join pada hari kejadian. 

Bunyi macam kesian kan, Kak Nurul yang prepare semua benda but to be honest kitorang tak tahu pun ada career fair ni. Tup tup dalam meeting Kak Nurul bagitahu dia akan pergi ke UIA. Career Fair sebelum ni beria, siap ada yang bergilir shift untuk jaga booth. 


Mungkin sebab Kak Nurul expect booth akan sendu macam sebelum ni, so dia pun pergi dengan relax dan santai je lah. Tup tup ramai pulak yang datang sampai kena call En. Hazman datang backup. Berbeza lah sambutan dengan event sebelum ni. Ramai sangat nak attend sampai tak menang tangan, tak sempat nak lunch, tak sempat duduk pun. 


Ni je gambar yang sempat ambil dekat Career Fair UIA 2023 ni sampai nak buat video untuk TikTok pun tak sempat. Kitorang assume mungkin sebab booth ni buat dekat Fakulti Undang-Undang jadi ramai yang datang jenguk sebab nak tahu lebih lagi pasal chambering dan peluang pekerjaan di firma. Booth RRM jadi tumpuan juga sebab firma RRM ada banyak department - Civil, Corporate, Conveyancing, Company Secretary, Syariah, Patent & Trademark. Lagi satu sebab goodies bag kitorang cantik. Thanks to Hanako Personalized Craft for that! 💖💖💖😊😛


Anyway it's a great experience for RRM. Thanks for the opportunity from UIA. Terima kasih juga kepada students UIA yang singgah ke booth RRM. Semoga dapat manfaat dari perkongsian kami. All the best and till me meet again!

Belajar Tentang Gusi di Be Gum Proud Systema Event

Wednesday 25 October 2023

 

Bulan Mei dapat invitation ke event Systema. Dah berzaman entry ni terperam dekat draft, baru sekarang nak publish. Event Systema ni bersempena Hari Gusi Sedunia dan diadakan di Aloft Nu Sentral sebagai pelancaran kempen kesedaran untuk orang awam tentang kesihatan gusi dan gigi. Masa ni ambil half day, gerak dari office sebab event start jam 2.30 petang. 

Naik je dari eskalator tingkat bawah, dah boleh nampak satu floor tu penuh dengan booth Systema dan props berkaitan. Dekat event ni baru tahu yang Systema, jenama yang berasal dari negara Jepun ni dah beroperasi selama 130 tahun, menjaga gigi dan gusi. 

Selesai bab pendaftaran, boleh look around sementara tunggu semua jemputan sampai. Kebetulan I pakai outfit warna hijau sebab tema event Systema, gabungan warna hijau dan putih. Pelbagai jenis ubat gigi dan berus gigi, dua produk utama Systema dipamerkan di event ni. Terbaru, Systema keluarkan berus gigi dengan teknik Systema Slim TEQ, inovasi terbaharu Jepun yang boleh membuang 85% plaque dari permukaan gigi. Dalam masa 2 minggu, gigi boleh jadi lebih cerah dari sebelumnya. 




Boleh kata berus gigi baharu dari Systema ni adalah berus gigi yang disarankan oleh doktor gigi sebab berus yang digunakan adalah halus, bersaiz 0.02mm. Bukan setakat menjaga gigi, menjaga gusi sekali dari kotoran yang melekat selepas makan. 

Dekat event Systema, Be Gum Proud ni ada booth yang sediakan gum quiz untuk tahu gusi kita di tahap mana. Kena jawab 10 soalan untuk tahu tahap kesihatan gusi andddd gusi I sihat walaupun ada masanya bila berus gigi keluar darah. Staff Systema bagitahu itu perkara normal bila kita tukar berus gigi. Gusi akan berdarah juga kalau pakai berus gigi dengan berus yang tebal dan kasar. Sebelum ni beria beli berus gigi jenis hard sebab nak sental gigi sampai bersih padahal tak perlu pun. Bila gosok gigi kasar-kasar, gusi senang luka. Bila gusi luka, bakteria datang menapak. 


Staff Systema are super friendly and nice. Banyak lah benda diorang share tentang penjagaan oral. Bila dah habis melawat semua booth, nak ambil gambar pun tak ada masalah sebab staff Systema yang akan assist. I jarang pergi event sorang-sorang sebab takde orang nak ambil gambar. Seronok lah bila ada yang assist lepastu ambil gambar cantik pulak tu. Siap tanya lagi, okay tak gambar dia ambil tu :')


Bila Awal Ashaari datang sebagai emcee, majlis terus start dekat bahagian ruang legar tu. Lepas 15 minit di bahagian luar, semua tetamu dijemput masuk ke dalam banquet hall. 


Seating arrangement dalam hall ni cantik sangat tapi kerusi dia tinggi. Nasib baik pakai loafer, boleh lah tahan badan dari terjatuh sebab I pakai kain licin. Ruang kerusi tu tak besar pun jadi kemungkinan untuk jatuh tu sangat lah tinggi. 

Majlis bermula dengan sejarah Systema oleh Pengarah Urusan Southern Lion, Encik Kazuo Mabuchi kemudiannya ucapan dari Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 



Selesai ucapan dari barisan kenamaan, ada sharing session bersama dua orang doktor gigi, Dr. Kayla dan Dr. Faizal. Sharing session yang pendek tapi ada banyak ilmu dan tips bermanfaat untuk jaga gusi sebab gusi ibarat tanah kepada gigi. Kalau tanah bermasalah, agak susah untuk pokok hidup dengan sihat. 

Sebab tu kena berus gigi dengan cara yang betul, dalam circular motion, flossing, jaga diet pemakanan di mana kena elakkan makanan bergula, berminyak dan pedas. Kata Dr. Faizal, masalah gusi ni tak sakit sebab sejenis a silent pain. Bila dah bermasalah dah susah dah untuk kita rawat. 

Setiap tempat duduk disediakan sebiji epal hijau untuk Bite Challenge. Challenge ni untuk kesan sama ada gusi dan gigi sihat atau tidak. Cara dia mudah je, dengan gigit mana-mana bahagian epal hijau. Kalau ada kesan darah, bermakna gusi tak sihat. Challenge ni bermula dengan Syaza Bae. 



Mentang-mentang dah lulus buat Bite Challenge, terus makan makanan sedap dekat event tu. Tangan laju sangat ye ambil dessert dekat situ padahal baru je dengar pesanan dari doktor gigi kena kurangkan makanan bergula supaya gigi sihat. 











Nutty Pumpkin Bread Pudding


Dah kenyang makan dekat sini, kitorang terjah awal sebab nak minta dia buat shout out. By kitorang, I jumpa kawan baru dari Remaja. 



Settle shout out, bergambar lah dengan Awal sebelum gerak balik. Geram jugak dengan tudung sebab dah start buat hal padahal event dua jam je pun. But overall I had fun here. Thank you Systema for the invitation! 

Selalunya bila up entry pergi event mesti cerita pengalaman yang seronok kan? Kali ni sembang pengalaman yang tak best walaupun seronok dapat jumpa dua pelakon terkenal dari negara seberang. 


First of all terima kasih Antenna Entertainments untuk jemputan ke Majlis Tayangan Perdana dan Meet and Greet bersama Refal Hady juga Prilly Latuconsina. Kalau tak dapat jemputan, tak mungkin lah dapat merasa pengalaman ni. 

Ikut tentatif, pendaftaaran media start jam 2.30 petang tapi bila jam menginjak 2.28 petang, I tanya dekat staff di meja pendaftaran tu bila media boleh mendaftar sebab tak ada ruang langsung untuk media beratur. Dekat meja tak ada tag sedangkan lagi 2 minit nak daftar. Selalunya pergi event, bila daftar awal akan dapat seat cantik lah. Hall dekat GSC Starling Mall ni besar jadi kena la grab seat yang cun untuk layan movie. 

Tapi respon staff agak rude lah bila dia cakap dengan nada tegas, 'Registration pukul 2.30 petang ye!'. Okay lah mungkin dia annoyed sebab I kacau diorang buat kerja. Tapi by the time dia habis jawab soalan I tu, jam dah masuk 2.30 petang dah pun tapi keadaan masih lagi sama. Tak ada line untuk media. Berbeza pula dengan fans yang dah beratur panjang untuk register. 


Lepas 10 minit I tanya balik sebab media lain dah pelik kenapa tak staff tak buka meja pendaftaran lagi. Tiba-tiba dapat jawapan media kena beratur dengan fans jugak untuk daftar. My brain isn't braining. Weh fans yang datang masa tu beratus kot. Kalau bagitahu awal-awal, media boleh beratur tapi kenapa media yang tak sampai 20 orang ni kena beratur dengan fans? Ada cameraman yang dah panas hati persoalkan lah arahan tu. Apa relevannya media kena beratur sekali? 

Staff dah kelam-kabut cari lanyard media dekat dalam kotak lepastu keluarkan tiket masuk. Rupanya ada senarai media dah diasingkan dari fan club. Lepastu staff panggil nama media one by one. Can you imagine, her small voice shouting in a huge crowd? I lapar tau masa tu sebab nak lepaskan registration punya part dulu baru fikir pasal makan. Masa tu heavy breakfast so boleh la lunch lambat rupanya tak, sebab energy dah guna untuk bersabar. 

Ikutkan hati nak mengamuk sebab staff cari pasal tapi ni majlis orang and I was invited. In future pun mungkin dijemput tapi rasanya lepas kes ni, nama I dah kena campak jauh dah kot. That's why lah share sini hshshs

Bila panggil nama satu persatu tak jalan, baru staff buka dua meja untuk media mendaftar. Selesai dapat tiket baru perasan I tak dapat lanyard media. Kena patah balik, minta dengan staff. Of course, tak ada yang say sorry for their mistake but what was I'm expecting kan? Dari awal pun dah rude. 


Since dah lapar dan tak ada resfreshment provided untuk media, kitorang turun makan sebab tak nak join Meet and Greet. Biarlah fans yang enjoy dapat jumpa pelakon kegemaran diorang. Kalau congak dari cara kerja staff kat situ, for sure tak mula pukul 3.30 petang. Betul lah apa yang I congak tu sebab pelakon baru sampai lepas kitorang habis makan. Padahal kitorang dua kali tawaf LG sebab tak tahu nak makan apa. 

Bila naik ke tingkat atas balik, I nampak ada refreshment untuk media. I was like ???? Ikut husnuzon, okay lah diorang baru letak sebab pelakon lambat sampai. Ikut sakit hati, staff tak inform media pasal refreshment. But that's okay lah sebab makanan diorang hidangkan tu sedap. Meet and greet pun baru nak start so we have like 30 minutes to waste. 





Dah masuk dalam hall, dah dapat seat, borak-borak dengan fans Refal Hady, tup tup barisan seat depan tengah kusut. Dua ticket holder dapat seat yang sama. Bukan barisan depan I je, seat dekat bahagian tengah pun hadap masalah yang sama. I dah cuak takut seat I pun bermasalah. Nasib baik tak kena. 

Yang mana affected kena turun ke tingkat bawah balik lepastu bagitahu staff dekat meja pendaftaran. So I thought the issue will solved. 10 minit kemudian, muka sama yang turun tadi naik balik. But this time, they're furious sebab staff dekat bawah suruh naik atas minta staff dekat dalam hall selesaikan. It was so messed up sebab emcee dekat bawah suruh semua orang duduk sebab majlis nak start tapi masalah seat tu tak settle lagi. Nak duduk dekat mana kalau ada masalah kan? I nampak one of the staff cakap 'ooopps nope I taknak terlibat dalam hal ni' pastu lari pergi ke tseat dia. Sudahnya adik I cakap duduk je mana-mana sebab masalah ni nampak gaya tak ada penyelesaian. 

So the screening event started and everyone was happy with the movie. Nasib baik lah movie dia syok. I laughed, I'm awwwwed, I cried together with the fans and cast. 


Dah selesai dengan screening emcee bagitahu media ada interview session dengan Refal Hady, Prilly Latuconsina dan pengarah Umay Shahab di kafe tadi. Memandangkan emcee tak umum keluar ikut pintu mana, semua orang menuju ke arah pintu masuk tadi rupanya salah pintu. Kena keluar ikut pintu depan. Dah la stuck sebab huru-hara lepastu staff yang dekat pintu belakang marah-marah pulak. 

'Eiii apa yang tak paham orang cakap keluar ikut pintu depan?!'

Sis, mana ada pengumuman ikut pintu mana. Bila ramai yang nak keluar kau nak marah pulak dah kenapa? Masa tu rasa macam nak balik je sebab dari awal sampai nak hujung event ada je masalah. Dah la kerja on weekend lepastu kena layan teruk pula. Seronok lagi spend time dekat rumah layan Netflix. Setakat nak tengok satu movie tapi bertimpa-timpa masalah, baik tak payah. Bukannya tak ada duit nak beli sekeping tiket. 

Interview session start jam 7.30 macam tu tapi masa nak masuk tu kena tahan pulak dengan staff yang sama dekat meja pendaftaran siang tadi. Dia tanya dengan muka biadap, I ni siapa, media dari mana. Bila jawab soalan dia, plus one tak boleh masuk sebab limited seat. Of course lah sakit hati sebab I register diri sendiri dan plus one so macam mana kerusi boleh tak ada? Kalau kerusi tak ada pun then fine lah, my plus one boleh berdiri but she said no. 

Adik I dah bengang gila sebab malas nak hadap another bullshit so dia lepak surau. I continue with my work tapi tu lah, storage penuh. So I malas nak buat one on one session dengan pelakon. Entah pukul berapa pulak nak balik kan? 





Sebelum group interview session tamat, ada group photo antara staff dengan pelakon. Rupanya seat penuh sebab staff terkinja nak bergambar dengan Refal Hady. Lahhhh kisahnya. I pun blah je lah dari situ sebab dah malas nak cara. Balik, mandi dan tidur. 

Setakat ni, event ni lah paling teruk I pernah hadap. Tak minta pun royal or VIP treatment tapi tak patut kot kena layan macam ni just because dapat tiket tayangan percuma. Pergi pun tak dapat payment, memang semata tengok movie free je. Kecewa teruk tapi hadap je lah. Jadi pengalaman dalam kehidupan, ye dak?

Anlene Mobility Check Mendedahkan Risiko Kesihatan Tulang Yang Membimbangkan Dalam Kalangan Warga Malaysia | Anlene Malaysia meneruskan komitmen untuk menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang sempena Hari Osteoporosis Sedunia

Anlene, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang, sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu, baru-baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Check. Dimulakan pada Mei 2022 dan telah berjaya menyaring seramai 20,000 rakyat Malaysia sehingga kini, saringan yang melibatkan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot ini telah mendedahkan bahawa 50% orang dewasa Malaysia mungkin berisiko untuk tulang lemah. Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang.

Saringan ini juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia1 mempunyai kekuatan otot yang lemah. Bertujuan untuk menilai kekuatan tulang dan otot, saringan percuma ini telah dijalankan melalui beberapa siri roadshow bermula pada bulan Mei 2022 dan dibuka kepada orang dewasa berumur 19 tahun ke atas.  

Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata: “Hasil daripada saringan mobiliti telah mendedahkan trend yang membimbangkan iaitu kesedaran rendah dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesihatan tulang. Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk menangani masalah dan risiko berkaitan dengan mobiliti di negara kita. Di Anlene, kami percaya bahawa langkah pencegahan terhadap osteoporosis boleh mengurangkan kelazimannya dalam populasi rakyat Malaysia dengan ketara. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu untuk menjaga kecergasan dan kesihatan tulang, sendi serta otot mereka secara proaktif, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan membantu mereka untuk kekal aktif selama yang boleh.” 

Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia 2023, Anlene Malaysia mengukuhkan komitmen teguhnya untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kesihatan tulang dan otot dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pemahaman yang lebih mendalam dan menggalakkan penjagaan proaktif untuk kesihatan tulang mereka, Anlene Malaysia telah bekerjasama dengan rakan kongsi runcitnya, AEON serta rakan kongsi perubatannya, Columbia Asia Hospital Puchong.

Kerjasama eksklusif ini akan ditunjukkan melalui inisiatif meluas dengan roadshow Anlene Mobilit Check yang dijalankan di pelbagai cawangan AEON di seluruh negara dan di Columbia Asia Hospital Puchong sepanjang bulan Oktober 2023. Roadshow ini akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada orang ramai dengan menggunakan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot, bertujuan untuk memberikan warga Malaysia maklumat tentang kekuatan tulang dan otot mereka.

Dr Paisal Bin Hussin, Pakar Bedah Ortopedik di Columbia Asia Hospital Puchong menjelaskan bahawa osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang  boleh menjejaskan ramai orangsecara senyap. “Kelaziman osteoporosis diunjurkan lebih tinggi di Asia berikutan populasinya yang semakin tua, dan Malaysia tidak terkecuali. Lebih membimbangkan, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan tertinggi dalam jumlah patah tulang pinggul menjelang 2050. Lonjakan ini adalah akibat langsung daripada osteoporosis—keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah yang lebih terdedah kepada patah tulang, terutamanya di kawasan pinggul,” kata Dr. Paisal.

Tambahnya lagi, "Untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat, badan kita secara semula jadi menjalani proses yang berterusan dipanggil pembentukan semula tulang, di mana tulang lama digantikan dengan tisu tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang hayat kita. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, ia boleh menjadi kurang cekap, dan kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an. Wanita yang dalam tempoh peralihan menopaus mungkin mengalami kehilangan tulang yang cepat, berpotensi kehilangan sehingga 20% ketumpatan tulang mereka.

“Mujurlah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis boleh dicegah. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Dengan mengambil langkah proaktif untuk menguatkan tulang kita hari ini, kita boleh menjamin masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan,” nasihat Dr. Paisal.

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan, “Menjaga tulang, sendi dan otot kita bermula dengan pilihan gaya hidup yang sihat yang menggabungkan kedua-dua senaman kerap dan diet yang seimbang. Mengamalkan senaman yang kerap bukan sahaja menggalakkan tulang yang kuat tetapi juga menguatkan otot yang menyokongnya. Gabungan aktiviti ini dengan diet seimbang yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, adalah penting. Anlene diformulasi untuk menyokong kekuatan tulang bersama dengan diet seimbang dan gaya hidup yang aktif,” jelas Yen Lee.

Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik dengan nutrien utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium & vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral. 


Satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan harian dua gelas susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.

Pemakanan yang baik adalah asas untuk membina dan mengekalkan tulang, sendi, dan otot yang kuat yang amat penting untuk gaya hidup yang aktif. Dapatkan saringan pemeriksaan status kekuatan tulang2 dan otot anda secara PERCUMA di roadshow Anlene Mobility Check. Saringan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di pelbagai cawangan AEON dan Columbia Asia Hospital Puchong.

Untuk maklumat terperinci tentang lokasi dan tarikh Anlene Mobility Check, sila layari https://www.anlene.com/my/ms/anlene-move-check.html. 

****************

Tentang Fonterra
Kami merupakan sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang dimiliki oleh 10,000 orang peladang dan keluarga mereka. Kami membina kepakaran menerusi warisan ribuan peladang yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju tenusu di dunia. Menerusi semangat kerjasama dan sikap serba boleh, kami menjadi pengeksport tenusu yang terkemuka di peringkat global. Warga kami seramai 22,000 orang berkongsi kebaikan pemakanan tenusu dengan warga dunia menerusi jenama penyelesaian khidmat makanan pengguna dan ramuan yang inovatif dan operasi perladangan dan pemprosesan kami di empat buah benua.

Fonterra Brands Malaysia memulakan operasinya di Shah Alam, Selangor pada 1975. Hari ini syarikat memiliki dua kilang pengeluaran, Susumas dan Dairymas, dan seramai 700 pekerja yang berusaha untuk menyediakan khasiat tenusu terbaik untuk rakyat Malaysia. Semua produk tenusu Fonterra Brands Malaysia memiliki sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri antarabangsa dan tempatan dan memiliki sijil FSSC22000, Veterinary Health Mark dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali menerusi jenama terkemuka termasuklah Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum dan Chesdale. Bagi bahagian khidmat makanannya, Anchor Food Professionals, dikenali menerusi jenama Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.