KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL RAIH RM 1 JUTA DI TAYANGAN AWAL & HARI PERTAMA

Friday, 29 November 2024

KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL RAIH RM 1 JUTA DI TAYANGAN AWAL & HARI PERTAMA | ‘Fenomena Watak Kahar Dominasi Layar Perak’

Filem paling dinanti-nantikan tahun 2024, Kahar: Kapla High Council telah berjaya meraih RM 1 juta di tayangan awal dan hari pertama. Watak Kahar lakonan Amir Ahnaf dengan gandingan pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson, Husyairi Hussain dan Hasnul Rahmat telah mendapat pujian daripada penonton kerana keberkesanan ‘menghidupkan’ karakter di layar perak. Rata-rata di media sosial menyatakan perjalanan emosi dan konflik yang dipersembahkan berjaya meninggalkan kesan kepada penonton. 

Antara komen, “Just watched Kahar: Kapla High Council and I have to say, the story was actually great! I went in with low expectations, but surprisingly, the movie was 💯🤞🏻✨ Applause to Amir Ahnaf and the entire cast!” - @cheeseretard; “What a prequel/sequel for High Council series. Lain mcm filem ni, camera work dgn cinematography lawa gila. Walau 1h42min je tapi padat dgn story yg menarik. Lakonan pun mmg top. Dapat closure utk character kahar” - @hzlmy14; “KAHAR: Kapla High Council terbaik. Congrats Razaisyam on your neverending achievement. 10/10” - @ViolaAstorre.

Sementara itu, filem Kahar : Kapla High Council kini berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC, dan sekali gus mengenepikan filem-filem antarabangsa. 


Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, filem Kahar : Kapla High Council telah mula temui penonton di pawagam menerusi tayangan awal pada 27 November dan semalam merupakan tayangan rasmi.

Menurut Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton filem Kahar : Kapla High Council di pawagam. Kami amat terharu dengan sokongan penonton dan menjadikan filem ini meraih kutipan RM1 juta di hari tayangan awal dan hari pertama. Watak Kahar sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dan bagi kami Kahar bukan sekadar watak, tetapi simbol kepada mesej anti keganasan. Kami mengharapkan permulaan baik ini dapat membawa momentum positif yang berterusan sekali gus mencipta kejayaan luar biasa.”

Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.  Bukan sekadar mempertaruhkan jalan cerita dengan babak-babak yang mengundang keterujaan, filem berdurasi 102 minit ini mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja. Ia turut membicarakan isu kritikal seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang dan menekankan mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.

Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu. 

Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. 

1 comment

  1. Teringin sangat nak nonton. Issue bully begini biasanya menarik dijadikan movie. Walaupun kadang menontonnya ikut merasakan emosi. Harap2 dengan ada nya film bertema bully, bisa menyadarkan banyak orang utk tidak menutupi dan berani speak up ketika dibully

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.