Gigi Bongsu Nak Tumbuh

Tuesday 5 December 2017

Penghujung tahun 2017 ni dipenuhi dengan sakit gigi je. Haritu kes nak tampal gigi. Lepas dah settle check dengan 3 orang doktor, kes nak tumbuh gigi pulak. Sepatutnya gigi bongsu sebelah kiri ni doctor nak x-ray sebab dia tumbuh menyenget sangat ke dalam takut nanti dia rosakkan gigi sebelah dia tapi sampai sekarang tak x-ray lagi. Takut punya pasal. Bukan takut nak x-ray tapi takut nak buang gigi bongsu tu. Duit satu hal lagi. Nak buat dekat hospital kerajaan nak kena set masa working hours, risau dengan kualiti kerja pun satu hal jugak.

Dari hari Jumaat lepas tahan sakit gigi ni, doktor cakap pun habis kuat boleh bagi painkiller je lah. Tapi taknak bergantung sangat dengan painkiller sebab painkiller yang dia bagi tahap tinggi sekali. Taknak manjakan sangat badan. Hihu

Tapi yang stressnya, dah sakit gigi berjangkit pulak selsema dengan batuk oleh officemate. Tolonglah kalau ada sakit berjangkit, jangan masuk ke dalam tempat masyarakat yang sihat & busy dengan kerja.  At least use protection macam mask at least bila bersin tak lah tersebar kena dekat semua orang. Meja sebelah ni memang confirm kena lah walaupun antibodi kuat.

Sudahnya semalam pergi kerja jugak walaupun sakit sebab ada audit and alhamdulillah dah lepas dah audit dengan jayanya. Dia banyak tanya pemahaman kitorang dengan SWOT analysis tu je sebab ISO 9001:2015 ni lebih kepada SWOT. Kalau tahun lepas, dia more into documentations.

Hari ni memang tak daya lah nak pergi kerja sebab balik dari kerja semalam, lepas solat Maghrib terus tidur. Bangun sekejap pukul 11 pergi mandi then Isyak lepastu tidur balik. Pagi tadi Subuh lepastu tidur balik. Pendek kata, tidur je lah tapi terganggu jugak sebab officemate asyik call tanya pasal kerja.

Tapi yang sedihnya, nak pergi ambil MC tadi tapi doktor dah balik rumah dah. Redho je lah esok isi borang upaid leave hihu. T.T

9 comments

  1. Kak PC dah kena...memang sakit sebab gusi kita dah keras...sedangkan baby nak tumbuh gigi pun demam yang gusinya lembut lagi...apatah lagi yang dah dewasa...

    ReplyDelete
  2. kalau tumbuh senget mcm tu mmg seeloknya cabut takut kacau giigi sebelah,sy operate buang gigi bongsu dua belah hihi,tp mintak bawah bius satu bdn,so kita dlm keadaan tido :D

    ReplyDelete
  3. omg i know that must've hurt a lot. even and sakit gigi biase pun rasa nak nangis inikan nak tumbuh gigi bongsu. gws tau

    ReplyDelete
  4. Gigi bongsu tu Geraham belakang kan?

    ReplyDelete
  5. Syafakillah FJ. Banyakkan bersabar ye. Bab gigi ni lain macam sakit dia.

    ReplyDelete
  6. Sakit gigi memang lain macam sikit.

    ReplyDelete
  7. Allah.. Semoga cepat baik ye Farhana

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.