Movie Review : Baywatch 2017

Thursday 8 June 2017

From last week nak tengok Baywatch tapi sabar tunggu hari Rabu sebab murah kan RM9 per ticket nak pulak dapat 2x points untuk MBO members. Semalam baru buat member card so dapat lah card Despicable Me 3 yang comel ni but I prefer gambar minions lol



And yes of course lah nak tengok Baywatch sebab Priyanka Chopra. The hype she brought in at Btown since last year is woaaaa. Sebab kedua haruslah Zac Efron. Hot sangat kenapa entah. Hewhewhew

Related image 

Director : 
Stars : Dwayne Johnson, Zac Efron, Priyanka Chopra
Rating : 8/10

*warning : PeeCee spamming*
Layan Priyanka dalam movie ni memang bersinar mata bcs she's slay in every screen apperance she made. Bila PeeCee berlakon watak jahat macam ni haruslah teringat zaman dia berlakon movie Aitraaz dulu. Jadi jahat sampai menang award so dalam movie ni watak PeeCee tu memang kacang goreng sangat lah. I mean jadi jahat tapi dalam masa yang sama hot kemain.

Related image

This movie as you guys know pasal lifeguard yang menjaga kawasan teluk. But before Victoria Leeds (Priyanka Chopra) datang buat hal, they already have an unfinished business. Tahun tu diorang kena pilih 3 teammates baru dari ujian kelayakan fizikal. Matt Broody (Zac Efron) antara yang terpilih padahal dia memang dah diambil bekerja cuma saja nak panjangkan movie layan diorang punya hot abs and muscles. Miawww

And the best part is I dont have to wait for a long time to watch PeeCee. Awal dia keluar tayang muka. Of course she's hot like always. 

Image result for baywatch priyanka

As a newbie memang banyak lah Matt buat silap nak2 pulak dengan perangai dia yang tak suka buat kerja berpasukan tu. Sampai satu tahap Mitch (Dwayne Johnson) ni dah give up sampai pecat dia. Disebabkan menganggur, so Matt belajar lah to work in team meanwhile to cope with new team they have new case in town. Flakka smuggling. Yeah yeah VL punya kerja la tu. 

Mitch dengan Matt ni team up lah untuk siasat apa yang jadi sebenarnya dekat teluk diorang even diorang dah tahu pun siapa punya kerja cumanya nak cari bukti sebab polis macam lambat sangat. The thing is with this movie, diorang just made it as cliche as it could be. Takde apa yang fresh pun. Comedy je lah bersepah. No action stunt yang woaaa pun. 

Related image

Minus 1 point for this movie because repetitive tired jokes. Sekali dua cukup lah ni beria jugak dia nak sumbat lawak tu but in one or two scenes lah so ada lah part yang macam hambar sikit. 

And yes minus 1 point also for too many slow motion. Kalau PeeCee yang buat slo-mo maybe I will be happy but nahhhhh. Its them. And yeah, another yuck moment part Ronnie dengan dia punya perangai selekeh dia. Not all of them just some but still yuck. 

Oh my expectation for this movie tak tinggi mana pun and kalau tak sempat tengok movie ni dekat cinema, nak download je sebab nak tengok PeeCee but wow oh wow dia punya best tu memang terbaik lah. Berbaloi lah duit tiket tapi untuk ulang tengok might be naaahhhh sebab storyline cliche and nothing suprising at all pun dalam movie ni. Banyak comedy dari action. Tapi kalau orang belanja no problem langsung hewhewhew

Image result for baywatch priyanka

And sekarang terjawab lah who's debut Hollywood movie is better, PeeCee dalam Baywatch or Deepika dalam XXX And my answer is PeeCee dalam Baywatch. XXX tu nasib orang belanja tengok tau so Iolls okay lah nak layan sampai habis walaupun Deepika's acent is unbearable. And its sooooo boring sampai I fell aslept.

All in all I have so much fun wathing Baywatch semalam. Hilang stress & bad mood semalam sebab ada je benda tak kena dari pagi. Plus, semalam dah cukup setahun kerja so Baywatch is my gift to myself lah kiranya. Celebrate with these two so its totally worth it. Hihi



2 comments

  1. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals!
    Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah ini. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H. Maaf Zahir dan Batin.

    http://www.zukidin.com/2017/06/keputusan-duit-raya-giveaway-by-abam.html

    ReplyDelete
  2. Macam best je cerita ni...haritu dalam dilema xtau nak tgok cite ni ke Wonderwoman...las2 tgok Wonderwoman sebab nak tgok Gal Gadot

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.