Kenduri Kahwin

Saturday 18 March 2017

Normally memang tersangatlah jarang dapat pergi kenduri kahwin sebab semua nak kahwin hari Sabtu. Memang tak dapat la den nak poie. Den kerja.

Tapi kalau dapat pergi haaaaa tengok la dulu kalau rajin. Kadang tu Ahad la ada program bagai, tertidur sampai petang lah itu lah ini lah. Semua benda nak buat Ahad

Benda paling best pergi kenduri kahwin ni haruslah bila dapat makanan sedap. Secara free. Dan tidak memenatkan. Kalau balik kampung, orang depan rumah buat kenduri memang syok la pergi sebab kau tak payah nak fikir mana kau nak letak kereta kau. Jalan kaki lenggang mak joyah pun dah sampai.

Benda yang buat menyampah nak pergi kenduri :

1) Parking space.

Bukan kewajipan tuan rumah pun nak sediakan parking space tapi tu lah lenggang mak joyah lagi best kan? Kau tak payah fikir mana nak parking, kereta kau selamat ke tak. Kereta Iolls pernah kemek uolls sebab ada kereta mana entah reverse suka hati bidin dia je. Tu belum masuk part kau dah nak balik sebab nak berak lepas makan sebab digestive system kau bagus tapi kena block. Haa nangis lah kau tunggu sambil tahan taik.

2) Karaoke/DJ

Hari orang kahwin kau nyanyi lagu sendu rabak meleweh dah satu hal. Tak sedap pulak tu. Kadang nak tercekik kita dibuatnya sebab pasang lagu serupa nak meletop kenduri kahwin tu haaa. Hari orang kahwin pasang lagu bahagia lah. Yang santai sebab orang nak makan. Nasib bukan wedding iolls, kalau tak, turun dari pelamin halau balik je.

3) Geng Lepak

Kenduri kahwin ni biasanya space sangatlah terhad. Kadang tu ada kenduri letak 4 table je. Bila ada geng yang suka melepak ni jadi baran serupa nak simbah ayaq sirap pi kat muka sorang2 hampa tau dak. Kita nak makan tapi takdak tempat jadi punca la nak marah. Yang depa amboi syok la duduk sambil makan kerepek, selfie sana sini dok gelak sampai hujung jalan boleh dengaq nohh. Mentang-mentang la kawan pengantin amboi rasa diri tu eksklusif sangat. Lain kali bawak meja kerusi sendiri lepak sampai habis majlis.


Tapi benda free kan, nak hingaq banyak pun rasa tak gamak. Orang dah bagi makan kira syukur lah. Hewhewhewhew

4 comments

  1. Hahaahahahahah lawak la baca. Macam marah sangat ni ha. Part yg nyanyi karoke tu memang cukup menyampah. Dah la suara tak sedap confident pulak tu. Kita nak makan pun boleh jadi putus selera kot. Nyanyi dalam jamban ja sudahlah.

    ReplyDelete
  2. fae pernah pegi kenduri kahwin kat malaysia sekali je.. kat Sabah.. saudara kahwin sana..

    ReplyDelete
  3. selalu dah kat tmpt org kawen, org karaoke lagu yg sendu. aduhhh, hari yg bahagia camtu nyanyilah lagu yg bahagia sikittt. kan

    ReplyDelete
  4. Mai cuma pergi kenduri bila parents ajak je, hahaha. Nak pergi sendiri malasnyeeee lah....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.