Sunday, 16 December 2018

Movie Review : Custody (Jusqu'à la garde)

Image result for custody movie

Director : Xavier Legrand
Writer : Xavier Legrand
Cast : Léa Drucker, Denis Ménochet, Thomas Gioria, Mathilde Auneveux
Production Company : K.G. Productions,France 3 Cinéma,Centre National de la Cinématographie (CNC)
Genre : Drama
Running Time : 93 minutes
Release Date : 8 September 2017 (Venice)
7 February 2018 (France)

Trailer :


Movie yang menang 13 award dan Silver Lion di 74th Venice International Film Festival dengan rating 95% dari juri mengisahkan tentang pasangan yang bercerai disebabkan perangai baran Antoine (Denis Ménochet). Both of them struggle untuk dapatkan hak penjagaan terhadap anak bongsu diorang, Julien (Thomas Gioria).

Bukan senang nak dapat hak penjagaan bila Miriam (Léa Drucker) terpaksa rahsiakan tempat tinggal dia untuk elak diserang oleh Antoine. Hakim pun susah nak percaya siapa yang layak jaga Julien walaupun ada confession letter dari Julien. Mungkin keputusan Julien untuk benci ayah dia bukan sebab perangai Antoine tapi sebab Miriam yang hasut Julien.

Image result for custody movie

First half memang nampak usaha Antoine nak berbaik dengan Julien sebab dia sayang sangat dengan anak-anak dia. Dia tak mampu nak bond dengan Josephine (Mathilde Auneveux), anak sulung dia sebab Josephine dah besar dan ada life sendiri. Julien je anak dia yang tinggal untuk buktikan dia dah berubah jadi ayah yang baik.

Tapi Julien memang benci dengan ayah dia, kalau boleh taknak jumpa langsung walaupun Miriam pujuk supaya berbaik. Dia taknak hilang hak penjagaan kalau langgar lagi arahan mahkamah untuk bagi Julien spend time dengan Antoine.

Image result for custody movie

Julien terpaksa setuju walaupun takut dengan Antoine sebab dia dah banyak kali nampak Miriam kena belasah dengan Antoine. Josephine pun pernah masuk hospital sebab perangai baran Antoine. Second half dah start nampak kenapa Julien takut sangat dengan ayah dia. Baran ayah dia bukan baran biasa-biasa. Even parents Antoine menyampah dengan baran anak diorang sampai halau Antoine keluar dari rumah. Sebab baran Antoine diorang tak boleh spend time dengan cucu diorang.

Kalau ikut perangai Antoine mengundang padah, kalau melawan lagi berbahaya untuk Miriam, Josephine dan Julien. Walaupun dia cakap dia dah berubah tu semua lakonan semata supaya keluarga dia tak buang dia.

Related image

Scene intense bila Antoine datang serang Miriam dengan Julien dekat rumah dengan senapang. Boleh rasa macam mana cuaknya dua beranak sembunyi dalam bath tub sementara tunggu polis datang. Bila-bila je Antoine boleh rempuh pintu dan belasah diorang berdua. Sama juga dengan scene Antoine paksa Julien bagitahu mana rumah baru diorang. Kudos to Thomas sebab buat scene ni nampak cemas, hidup dan real onscreen. Bila tengok scene ni boleh rasa takut dan nak keluar dari situasi tu tapi tak boleh sebab tak tahu mana nak lari satu hal, tak ada kekuatan satu hal.

Image result for custody movie

Walaupun scene Josephine tak banyak dalam movie ni tapi Mathilde prove her worth dalam scene dia menyanyi masa birthday party dia. Bila Julien hilang tapi dia kena control crowd supaya semua orang tak panik dan kecoh bila tahu Antoine ada dekat situ. Masa tengok movie Custody ni tak sangka langsung Xavier Legrand ni baru debut sebagai pengarah sebab cara penceritaan tu memang cantik. Dia tahu macam mana nak buat audience stay and curious dengan family ni.

Bila bercinta kita boleh butakan mata perangai baran partner sebab sayang tapi orang lain tak mampu, anak-anak tak mampu. Fun fact, statistik kes keganasan  rumahtangga dari Januari hingga Mei 2018 dah catat 2,276 kes so choose your partner wiser. Bahagia harini tak mampu menjamin kebahagiaan akan datang. Till then, please watch this movie.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10

6 comments:

  1. Best la review ni, nak tengok.. Hope dpt tengok online di youtube..hehe.

    ReplyDelete
  2. Wahh! Best baca review movie ni. Cara kak farhana tulis memang awesome,, nak kena cari movie ni ><

    ReplyDelete
  3. baca review ni terus rasa nak tengok!

    ReplyDelete
  4. Omg baran dia sampai nak tembak orang yer. Bahaya betul.

    ReplyDelete
  5. Berat betul cerita dia bila baca review Farhanna.. Nanti nak cuba tengok..

    ReplyDelete
  6. baca sinopsis buat mama kecut perut. banyak juga konflik dlm cerita ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)