Sushant Singh Rajput's Death Case : NCB Failkan Affidavit Terhadap Rhea Chakraborty

Tuesday 29 September 2020

Pihak Narcotic control Bureau (NCB) telah pun failkan Affidavit terhadap Rhea Chakraborty kepada Bombay High Court semalam supaya pihak mahkamah tidak memberikan ikat jamin kepada tertuduh kerana akan menjejaskan bukti dan mengganggu siasatan kes kematian Sushant Singh Rajput. 

Rhea Chakraborty REVEALS What Happened With Sushant Singh Rajput During  Their Europe Trip | India.com

Dalam Affidavit tersebut jelas menyatakan bahawa Rhea Chakraborty telah terlibat dalam urusan jual beli dadah yang dibayar melalui wang tunai, Google Pay dan kad debit. Pembelian dadah ini disimpan dan tujuan penggunaan terhadap Sushant Singh Rajput. Aktiviti tersebut jelas menunjukkan aktiviti jenayah terlarang dan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 8(c), 20(b), 27(a), 28 dan 29 dalam Narcotic Drugs and Psychotropic Substances Act (NDPS), 1985. 


Seperti yang dinyatakan di dalam Affidavit, dadah tersebut disimpan di apartment Rhea Chakraborty dan dibawa kepada Sushant melalui manager Samuel Mirinda dan pekerja Dipesh Sawant. Penggunaan dadah terhadap Sushant sama ada atas kerelaan sendiri ataupun dipaksa akan ditentukan melalui siasatan oleh pihak CBI. 

Dari Affidavit jelas dinyatakan yang dadah tersebut disimpan di rumah Rhea Chakraborty dan bukan di rumah Sushant walhal Sushant dan Rhea menyewa bersama di Mount Blanc Apartment. Kenapa tak disimpan di sana kalau betul pembelian dadah ni untuk kegunaan Sushant? Lebih mudah untuk dia hilangkan ketagihan kalau ada easy access. 

Bila dadah ni dibawa masuk melalui Samuel Mirinda dan Dipesh Sawant, jelas menunjukkan terdapat konspirasi jenayah yang dirancang terhadap Sushant. Tambah pula sebelum ni terdapat bukti dari Whatsapp chat antara Jaya Saha dan Rhea bila Jaya suruh Rhea masukkan 4 titis CBD oil dalam minuman Sushant. 


Dari Affidavit ni, dinyatakan juga bukti pembelian dadah ni diambil dari Whatsapp chats, mobile phone, hard disk dan juga laptop. Creative manager Sushant iaitu Sidharth Pithani pernah buat pengakuan yang Rhea Chakraborty mencuri 8 hard disk dan juga laptop kepunyaan Sushant sebelum keluar dari Mount Blanc Apartment pada pagi 8 Jun 2020. 


NCB juga menyatakan terdapat pembelian Lysergic Acid Diethylamide (LSD) dari drug dealer Anuj Keshwani. LSD merupakan bahan yang perlu dilarutkan di dalam cecair. Bahan ni tidak bewarna, tiada rasa dan tiada bau. Kesan sampingan LSD akan mengganggu sistem fungsi otak di mana akan mengaktifkan serangan panik, kerisauan yang melampau dan psychosis bila diambil berulang kali secara kerap. 

r/JusticeforSSR - NCB Files Affidavit Opposing Rhea's Bail Plea In Bombay High Court Citing She Financed & Administered Drugs - Soumyadipta

LSD juga akan membuatkan seseorang hilang kewarasan dan mengalami skizofrenia. 


Dalam video ni pertuturan Sushant tak jelas dan nampak seperti berhalusinasi. Cara dia berfikir pun tak normal. Antara kesan-kesan sampingan akibat pengambilan LSD. Physical effects include increased heart rate and blood pressure, muscle twitches and shaking, dilated pupils, sweating, sleeplessness, and loss of appetite.

Kalau CBI berjaya buktikan konspirasi jenayah dan percubaan membunuh terhadap Sushant melalui siasatan mereka, kes suicide akan bertukar status kepada homicide.

Credit to Soumyadipta

Movie Review | Innocence (2020)


Director : Park Sang-hyun
Writer : Park Sang-hyun
Cast : Shin Hye-sun, Bae Jong-ok, Heo Joon-ho, Choi Hong-Il, Tae Hang-Ho, Park Chul-Min, Cha Soon-Bae, Hong Kyung, Kim Soo-Hyun
Production Company : IDIOPLAN
Distributor : Sony Pictures, Entertainment Korea, Kidari Entertainment
Genre : Thriller / Mistery / Drama
Running Time : 111 minutes
Release Date : 10 June 2020 (South Korea),  17 July 2020 (Taiwan)
Trailer :



Berdasarkan kisah benar, movie Innocence mengisahkan tentang seorang peguam jenayah, Ahn Jung In (Shin Hye Sun) balik ke kampung Deochon untuk selamatkan ibu dia, Hwa-Ja (Bae Jong Ok) dari dijatuhkan hukuman atas tuduhan membunuh 5 orang lelaki termasuk Datuk Bandar Choo (Heo Joo Ho).


Kesemua mereka minum arak beras yang dihidangkan di upacara funeral kawan baik mereka, Ahn Tae Soo (Choi Hong Il ). Bila dihantar ke hospital, arak beras tersebut dicampur dengan racun perosak. Ahn Jung In cuba siasat apa yang terjadi pada hari kejadian tapi dia sering diganggu dan dipukul oleh orang upahan Datuk Bandar Choo. Pendakwarya Shin (Jung In-Gyeom) pun dah warning supaya jangan masuk campur hal yang dia tak tahu.


Dari situ dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Kebetulan kawan lama dia, Yoon (Tae Hang-Ho) bagitahu yang ibu dia pernah datang ke balai polis pada lewat malam dan bagitahu yang suami dia pembunuh. Tapi masa tu Yoon cuma suruh dia balik sebab dia syak Hwa Ja mabuk atau meracau. Yoon juga bagitahu tentang kasino yang ditubuhkan oleh Datuk Bandar Choo. Dan kebanyakan mereka yang diracun ada position atau saham di kasino tersebut.


Hwa Ja bagitahu ada mayat di empangan tu tapi Yoon kata tak mungkin ada pembunuhan sebab kawasan tu diiktirafkan sebagai crime-free city. Jadi apa rahsia yang mak dia tahu dan kenapa Datuk Bandar Choo beria sangat nak tutup kes ni secepat mungkin?


Shin Hye Sun terima watak peguam dalam movie ni sebab ayah dia yang request sebab tak banyak lagi movie Korea yang ada watak peguam perempuan sebagai watak utama. So dia dah memang well prepared dengan watak Ahn Jung In ni dan belajar dari movie Hollywood - Miss Sloane. Bae Jong-ok pula transform menjadi wanita tua dan transform dengan khidmat prostetik dan make up khas. Walaupun watak dia tak dapat banyak screentime tapi excited bila dia muncul sebab nak tahu macam mana Jung In nak korek rahsia dari wanita yang dementia.


Taknak sembang pasal kes ataupun plot dalam movie ni sebab nanti timbul spoiler pula sebab first half pun dah start terbongkar sedikit demi sedikit misteri tu dan tak susah pun nak agak apa rahsia mereka semua. Kelemahan movie ni mungkin sebab slow pace tapi sayang la court room drama tu tak berapa menjadi sangat. Even ending pun tak bagi feel sangat. Movie ni pun banyak sangat watak sampingan sampai lost dalam penceritaan sama ada flashback ataupun dalam perbicaraan. Muka pula lebih kurang sama sebab watak sampingan kebanyakannya dah berusia so agak susah la nak cam.


Movie garapan writer-director debutante Park Sang-hyun ni mungkin tak takrifkan keadilan berdasarkan hitam putih keadaan tapi pada perspektif Ahn Jung In. Dari awal lagi Park Sang-hyun dah bagi hint pada watak Jung In bila dia kata 

“if we only represent thugs, we too become thugs”
Mungkin akan ada yang berbeza pendapat but that’s okay sebab definisi keadilan pun berbeza bagi setiap orang. Perspektif kehidupan kita pun tak sama. Adil atau pun tidak, mungkin jawapan tu perlu dicari dalam movie Innocence ni. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Director : N/A
Writer : N/A
Cast :  Jung Gun Joo, Oh Ah Yun, Gi Jae Yeong, Yoo Dong Guk, Lee Ji Won, Lee So Hee
Production Company : N/A
Distributor : Naver TV Cast, vLive, Playlist Global
Genre : Friendship, Comedy, Romance, Drama
Running Episodes : 10 episodes
Release Date : 10 November 2018 – 13 December 2018 (South Korea)


Kisah bermula dengan babak di mana Cha Yeon Woo (Jung Gun Joo) ditinggalkan oleh teman wanita dia, Yeo Joo Hyun (Lee So Hee) pada hari ke-100 mereka berdua officially a couple. Di Korea Selatan, hari ke-100 ni agak penting lah so most couple akan celebrate hari ke-100 ni. Tapi lain pula jadi pada Yeon Woo. Lagi sebak dada dia bila Joo Hyun bagitahu yang dia lelaki idaman dan tak ada sebab pun untuk ditinggalkan. 


Kejam jugak lah perbuatan Joo Hyun sebab dari pagi sampai malam diorang celebrate dengan moment indah tapi end up berpisah. Bila kawan baik Yeon Woo tahu pasal ni, Gi Jae Yeong (Gi Jae Yeong) dan Oh Seul Gi (Yoo Dong Guk) plan trip ke Jeju untukbagi semangat balik dekat Yeon Woo. Tapi kalau dah putus cinta ni, mana la ada mood sangat nak have fun. Murung semedang. Frust menonggeng fikir dekat mana silap dia. 


Dekat sana secara kebetulan diorang terjumpa dengan noona Da In (Oh Ah Yun) yang suka baca novel cinta dan Lee Han Na (Lee Ji Won), owner homestay dekat Jeju. Memandangkan tak ada teksi yang available masa tu dan homestay diorang bertiga ada masalah, Seul Gi pun setuju untuk book bilik dekat situ sepanjang di Jeju. Awalnya dia tak suka dengan Han Na tapi lama-lama dia pun tak perasan bila dia  jatuh cinta. Kebetulan masing-masing ada perangai yang sama so senang la nak ngam. 

Da In pun sebenarnya tengah nak ubat hati yang lara sebab dia pun baru je berpisah dengan bekas teman lelaki dia (Kim Young Jae) masa birthday dia yang lepas. Tapi dia yang buat keputusan untuk pergi sebab lelaki tu tak pernah ambil kisah pun pasal dia so dia tak la sesyahdu Yeon Woo. 


Dalam masa seminggu dekat sana macam-macam yang jadi. Jeju memang tempat yang cantik dekat Korea sebab one of top tourism destination so boleh la cuci mata dengan visual dan sinematografi menarik dalam web series ni. Kudos to prop team yang hias homestay Han Na dengan konsep minimal dan garden dia memang best lah. Since drama ni ada romance genre so banyak scene yang looks dreamy. 





Drama W.H.Y - What Happened to Your Relationship ni tak panjang pun sebab satu episod 12 minit je. Sebelum ni dah biasa dengan drama durasi satu jam atau lebih so jadi geram pulak nak kena tukar episod sebab sekejap sangat. Soundtrack web series ni pun best especially lagu Trouble Trouble sebab macam kena dengan situasi konflik diorang. 

Tak tahu lah kenapa web series ni tak naik padahal best je jalan cerita dia dengan beberapa scene komedi yang buatkan web series ni menghiburkan plus genre friendship ni gives warm vibe. Dah la shoot dekat Jeju Island, rasa macam nak pergi sana je tengok semua tempat dalam web series ni. 


Rasanya web series ni untuk promote some brands dan clothing apparel sebab sponsor je yang didedahkan dalam setiap episod tapi tak ada langsung pasal director, writer dan crew yang lain. Tengok la poster dia pun macam magazine cover dah gayanya. Jangan tanya berapa banyak kali diorang tukar baju dalam series ni. 


Anyway I have fun and kalau you guys nak tengok boleh layan dekat Dramacool sebab I tak sure Playlist Global tu kita boleh access ataupun tak. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10