Drama Review : Defendant

Friday 5 January 2018

Related image

Director : Jo Young Kwang
Cast : Ji Sung, Kwon Yuri, Eom Ki Joon, Oh Chang Seok, Uhm Hyun Kyung
Genre : Crime thriller/Mystery
Running episodes : 18 episodes
Trailer :


Sekarang ni tengah viral pasal drama Defendant ni best untuk tahun 2017, and yes I do admit this drama worth all the attention. Not sure drama ni underrated ke tak since genre mystery ni tak ramai yang minat but I love this piece. 

At first masa adik recommend drama ni semuanya sebab Ji Sung since lakonan dia power dalam Kill Me Heal Me & Secret Love. Drama lain tak tengok lagi so jangan tanya. Bukan sebab dia handsome tapi sebab dia berlakon power. 9 character berbeza dalam satu movie dia buat cantik je. I'm a fan!

So back to this drama, a bit of synopsis for this drama :

Park Jung Woo, prosecutor hebat di Korea mengalami amnesia sementara setelah dijatuhkan hukuman mati selepas membunuh anak dan juga isterinya di apartmen mereka tanpa motif. With solid evidence and his confession in murdering them, mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada Park Jung Woo. Ramai yang susah nak percaya Jung Woo yang lakukan jenayah tu sebab dia sayang keluarga dia plus there's no ulterior motive at all. Sepanjang tempoh dia dipenjarakan, dia mencari motif dan ingatan yang hilang semasa kejadian ngeri tu berlaku. Dengan bantuan peguam dia, Eun-hye, adik iparnya, Tae Soo dan kawan-kawan penjara yang lain, Jung Woo mencari ingatan yang hilang & selesaikan misteri pembunuhan keluarganya. 


Based on first episode, geram jugak lah sebab ada resemblance movie Shawshank Redemption, lelaki yang membunuh isteri sebab curang tapi hilang ingatan masa kejadian tu berlaku & jatuh hukuman penjara seumur hidup. Dengan bantuan kawan penjara, dia berjaya lari dan mulakan hidup baru. Ground base hampir sama tapi disebabkan character development, storyline, watak antago and plot twist buat cerita ni best.  Habis satu episod eager to watch another episodes sampai lah habis. Since hero amnesia & evidence pun tak berpihak pada dia susah jugak nak percaya yang dia sebenarnya tak bersalah. Only he himself can prove it. Even dah tahu pembunuh siapa but still nak tahu macam mana dia bunuh and other unexpected things happened lah. 

For acting chop, Ji Sung proved again he is the scene-stealer nak pulak dengan dua karakter berbeza which him in past and him in present time. From a strong character turns into vurnerable and sick. Supporting cast macam Yuri pun not bad lah. At first macam doubtful jugak mampu ke tak Yuri berlakon tapi lepas Yoona pun dah improved dalam drama K2, I guess she did improve cuma tu lah banyak lagi kena asah lakonan dia especially emotional scene. Tbh watak dia sedikit lemah dalam drama ni. Jadi peguam tapi slow, no wonder lah selalu kalah. Malang betul Jung Woo dapat peguam macam dia T.T

Even Um Ki-joon berlakon sebagai kembar dalam Defendant tapi screentime untuk watak yang berbeza tu tak lama pun. Dia antara salah satu watak besar dalam drama tapi antara salah satu benda tak logik yang wujud selain dari duit dia. Cha Sun-ho dengan Cha Min-ho berbeza karakter, yang seorang pendiam, yang satu lagi kaki parti. Dah lah tu dia tak pernah ambik port langsung hal business ayah dia tiba-tiba bila kembar dia mati & dia ambil alih tempat kembar dia amboi kemain jadi perfect copy. Perfect 100%. Even weakness & perbezaan dia keluar pun hampeh takde langsung yang perasan. The thing is dia tak fokus pun dengan business dia, tapi lebih habiskan masa untuk tutup jenayah dia sebelum ni. With heavy baggage he carry with him all the time, ada pulak masa dia untuk focus jadi perfect copy Cha Min-ho. But I must say lakonan Um Ki-joon sama level bagus dengan Ji Sung dalam drama ni. And that's what makes this drama compelling enough to watch.

Image result for defendant korean drama review

Drama Defendant ni macam sinetron pun ye jugak sebab hilang ingatan lepastu watak orang kaya memang berkuasa teruk dengan status & duit dia. Semua dia suap guna duit. Mungkin sesuai lah kot dengan tema drama ni, corruption tapi overdoing it might kill the story? Tapi geram tu tak lama lah sebab ada jugak yang berjiwa murni sanggup gadaikan nyawa tegakkan kebenaran. Tapi mengah jugak lah nak tunggu sampai 18 episod. Nasib lah tengok guna video speed 1.5, boleh lah habis cepat. Kadang tu kalau penat sangat naikkan sampai 2. 

Cinematography, editing and audio pun bagus dalam Defendant. Its not memorable macam soundtrack and cinematography Goblin but it is enough to spellbinding the drama. Nak pulak bila keluar instrumental ni, rasa saspen tu mencanak lah walaupun dah dapat predict apa jadi. 


All in all, drama Defendant ni best untuk fans Jisung dan fans genre mystery thriller. If you guys aren't in both, mungkin lepas dapat hint siapa yang bunuh, terus tekan pangkah & layan drama lain since drama ni slow pace. Actually Defendant ni 16 episod je tapi director tambah lagi 2 episod sebab rating meningkat. That's why ada part yang nampak draggy. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 7.2/10

MV Abang Nak Tegur 3.0 Paling Hebat Di Abad Ini

Thursday 4 January 2018

By time I writing this entri/rant about the MV, its already reaching 60,000 dislikes tapi kali ni Lepsyukri dengan Abang Sajat boleh lega sikit kot sebab 22,000 likes. But before I rant nah video kalau tak tengok lagi.




LIRIK LAGU ABANG NAK TEGUR

(abang nak tegur...)
Abang nak tegur insan bercinta
Dunia bukan selalu indah
Ada masanya laut gelora
Tak nak hanyut bijaklah berlayar

Abang nak tegur bila dilema
Jangan bertengkar lapik bahasa
Adat bercinta haruslah uda
Pergi pujuk hati si dara

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

(abang nak tegur...)
(abang nak tegur...)

Abang nak tegur pada si uda
Jagalah diri jangan curi curi
Bermain hati dengan yang lain
Jika kantoi salahkan sendiri

Pada si dara kena berjanji
Jaga emosi dan jangan curi curi
Untuk menguji kesabaran baby
Kalau gaduh rujuklah kembali

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan
Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru... Syok!!

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta
(abang nak tegur...)
(eloknya abang ni... Sukaaa..)

First of all, makin lama dengar lagu ni boleh tahan lah best sebab beat catchy macam lagu Ayam Mee tu but still goosebump dengar part Sajat nyanyi. Memang dia kena nyanyi macam tu ke sebab semua part dia acah menggoda gittew but its creepy. Actually kecewa jugak dengar suara dia macamtu sebab ada video karaoke dia nyanyi sedap je. Tapi lepas dengar dia nyanyi ni mungkin dalam video tu suara orang lain. 

Before I rant any further, lets talk about the best part in this MV first. Sajat actually fit perfectly the character of Spanish dancer, dia punya lentik, her sexy face memang the bomb cuma kenapa Sajat tak menari sekali dengan Spanish dancers yang lain? MV paling hebat abad ni tapi macam cincai je sebab leading cast tak in character pun. Plus part pakai stokin tu kenapa bukan Sajat yang berlakon dalam scene tu? Pretty sure Sajat suka tayang kaki dia yang melepak tu. 

Screentime Sajat sikit sangat dalam ni. As a leading character sepatutnya dia kena ada sama banyak dengan Aliff. Tak faham kenapa Yusry & Lisa decide nak buat Sajat berpeluk dengan lelaki lain sedangkan Sajat ada aura & persona dia sendiri. I mean standing alone pun boleh buat visual tu cantik sebab dia manusia cantik at least onscreen so kenapa nak lindung dengan watak lain and makes her looks like a street hooker? Its apalling how the team treat Sajat in this MV. They made her looks like nothing. Dulu pernah tengok video Sajat menari Nimbooda and she dance just like Aishwarya dance so I know Sajat can do better than this. 

Color grading memang cun, bab cinematography KRU Studios memang top notch lah I don't have any complaint on that tapi dari dulu sampai sekarang bab VFX memang hancur. Part fighting bull tu memang nampak lah guna VFX, tapi part Datin Shahida muncul tu ya tuhannnn nampak sangat kena tempek last minute. Kalau ye pun part tu gaduh dengan Sajat boleh je ganti Sajat tu dengan Lisa Surihani. Dah lah outfit Datin cincai je padahal outfit yang lain dah cantik meletops dah. Kayu satu hal.


Aliff Syukri looks dapper in this MV tapi tu lah bila tengok dia main gitar macam tu terus rasa murung. Kalau ye pun tak pandai jangan tunjuk sangat please? Lagi bagus kalau dia usung je gitar tu daripada acah main tapi sebenarnya tak pandai langsung. That's why I said leading character tak in character langsung. Pemalas. Lagi satu hal, kenapa Aliff Syukri beria marah Sajat tak pandai menari sedangkan dia menari pun buruk? Main gitar pun tak betul ada hati nak marah Sajat. Marah beria pulak tu. Lantaklah marketing strategy ke apa tapi tetap dia nampak teruk bila dia buat macamtu dekat Sajat sebab dia pun tak bagus mana. 


Lagu ni boleh pergi jauh tapi MV dia aduhhhhh sakit mata tengok. Based on my rant, I bagi dislike tapi bukannya diorang kisah pun sebab yang utamanya viewers tu cecah berapa ramai. Sekarang dah 433,986 viewers dah. Tak lama lagi cecah 500,000 lah tu. MV ni paling hebad di abad ni ke? Jawapannya haruslah tak. Cincai asal siap je. Tak tahu lah habis berjuta dekat mana. But as long the team are happy with their money then all good I guess. 

Btw, Sajat nampak macam Che Ta masa part ni. Power betul MUA Sajat. 


I wonder if KRU Studios ever think of PETA sebab animal cruelty untuk scene Aliff tampar lembu & scene fighing bull but I guess not kot sebab tak pernah dengar lagi PETA bantah apa-apa dekat Malaysia ni. Kalau dekat India sana, even VFX pun dah dapat legal notice hewhewhew.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline 0, 5. Casting +0.5, 6. Genre 0, 7. Themes +0.4, 8. Editing 0.4, 9. Social Message 0, 10. Personal  0 = 3.3/10

Basic Requirement Untuk Formal Report

Masa zaman study dulu hantar assignment ataupun report memang perkara wajib untuk setiap subjek and even sekarang dah kerja pun sama jugak, tiap bulan mesti hantar report, hantar surat kepada pihak atasan. 

Dulu kalau hantar report, lecturer tengok sekali imbas pun dah tahu report tu layak masuk tong sampah ataupun tak. Lecturer tengok je tak justify terus campak masuk tong sampah sebab bila baca karangan dengan font lain dan alignment lari memang boleh buat mood lari. Some lecturer bagi extra marks kalau pandai jaga hati dia. Macam mana nak jaga hati dia, ikut je basic requirement ni. Kalau dia tanda dengan hati yang panas pun at least dia tak campak dalam tong sampah. 

Dalam entri ni untuk basic sahaja tau, yang advance kena ikut lecturer masing-masing lah :)

1. Font

Mana-mana formal report ataupun letter memang akan guna font Times New Roman saiz 12 ataupun font Arial saiz 11. Apart than that, masuk tong sampah. Penggunaan font TNR ni memang penggunaan rasmi untuk semua media cetak sebenarnya, bukan terhad kepada urusan rasmi tapi cetakan akhbar, majalah dan buku. Penggunaan font TNR menampakkan kekemasan, kerja keras penulis konsisten dan dalam sesebuah penulisan. 

2. Justify Alignment

Apa tu justify? Ratakan kiri dan kanan perenggan tulisan. Kenapa kena justify? Supaya tulisan nampak kemas, teratur dan profesional. Banyak beza bila kita justify aligment dengan biarkan alignment hujung kiri, tengah ataupun hujung kanan. Tak susah pun nak justify, cuma highlight semua perkataan dan klik justify.

 Image result for justify words alignment
Yang bestnya bila justify ni, page yang sikit jadi banyak nak pulak kalau tengah kering idea untuk assignment. Hihu this trick works every single time. 

3. Margin

Margin ni saiz kelebaran tulisan atas kertas yang digunakan tu. Margin untuk top, bottom and right mesti 2.5cm. Untuk left 3.5cm ataupun 4cm, lebar sikit sebab nak bagi ruang untuk binding report nanti. Part ni kena hati-hati sebab lain microsoft office, lain setting dia. Sebelum print check dulu setting betul ataupun tak margin setting report tu. 

4. Spacing

Spacing report kebiasaannya saiz 1.5 tapi untuk thesis report guna saiz 2 based on my experience lah. But normally guna saiz 1.5 ataupun 2. Nampak remeh hal ni tapi banyak beza bila tiada spacing, spacing saiz 1, saiz 1.15, saiz 1.5 ataupun saiz 2. Ni pun lagi satu trick nak tambah page report hihu. 

Image result for word spacing 1.5

5. Page Break

Biasanya bila dah habis taip dekat page tu tapi panjang lagi nak masuk new page kita akan tekan enter sampai bawah lepastu bila adjust sikit dekat page sebelum, page yang bawah akan lari. Buang masa dekat edit report je kan? Here's the tips, dah habis taip dan nak pergi ke page baru, klik Insert kemudian Page Break. 

6. Save File/Document

Dah siap taip, dah siap edit report, tekan save file. Mohon taip nama dokumen guna nama rasmi sebab bila hantar guna email, bila orang download document tu keluar nama yang awak save cincai asal boleh. Kalau document tu official mohon save dengan nama rasmi biar nampak profesional tu. 

7. Convert PDF

Sebelum hantar kepada pihak berkenaan, report ataupun related documents tu convert kepada PDF supaya format tu kekal macam dalam laptop masa menaip. Bila pergi print dekat kedai pun memang tak lari ikut default setting kedai. Nanti dah print baru perasan format lari, gelabah satu hal, bazir duit satu hal. Plus, kelebihan guna PDF ni, document yang kita taip tu terpelihara. Orang tak boleh ubah dah penulisan kita.

Related image

So this is my 7 tips for you guys to apply in formal report writing. Yang ini basic sahaja tau, kalau advanced and specific details tu tanya lah dengan lecturer masing-masing. Cuma yang basic ni semua orang patut tahu dari zaman sekolah sampai zaman kerjaya. Semoga bermanfaat :)

Happy Birthday Chashma!

Monday 1 January 2018

Never have I ever thought I will wear an eyeglass. Sebab muka tak cantik bila pakai so I will avoid anything yang boleh buat mata rabun tapi tu lah as I grew older, makin banyak kerja yang libatkan screen. Dari silau biasa bertambah makin teruk nak pulak bila kena hadap screen sehabis fokus yang boleh bila buat kerja. Bila drive memang sengsara jugak lah sebab silau matahari, memang kena ada shade tapi bila malam mana boleh pakai shade so I hate driving at night. Banyak kali jugak lah hampir terbabas sebab silau punya pasal. 

So last year I've decided why not pakai before it getting worst kan? Lepas habis shopping barang dapur dekat Star Avenue nampak 'Back To School' promotion. Lepas pilih frame, ada lens checkup. Sebelum ni check boleh je nampak huruf yang paling kecil sekali tapi masa check tu, sampai berair mata nak tengok punya pasal. 

After 3 days, pergi collect and start pakai cermin mata, rasa macam wow terangnya dunia. 



Serious terang, jelas & nyata. Sebelum ni nak kena kecilkan mata untuk fokus. Tak tahu pulak bila buat macamtu makin bertambah sakit kepala. Kadang tu punya lah silau sampai menangis sebab pedih & sakit. But now tak payah nak menangis dah. Kalau tahu, dari zaman belajar lagi pakai sebab selalu sangat sakit kepala. Nak belajar pun rimas sebab silau. 

Since dah pakai spec ni, merasa lah benda-benda yang orang annoyed dengan spec. Memang nak kena jaga betul, kalau jatuh tu memang dah risau takut crack but lucky for me sebab pilih full frame. Even jatuh banyak kali pun boleh chill sikit. Paling menyampah kalau mata gatal dah tak boleh on the spot tenyeh sebab ada penghadang. Nak kena bukak soec dulu baru boleh keluarkan habuk atau bulu mata. Annoyed jugak sebab bulu mata selalu jatuh masuk dalam mata ataupun tercucuk mata. 


Part makan tu haihhh kalau makan benda panas confirm spec ada wap T.T

Kalau keluar dari office confirm buta sekejap kalau tak buka spec sebab dekat dalam office sejuk gila tapi bila keluar cuca panas kemain so spec tu penuh dengan wap sampai tak nampak langsung. Kadang tu menggelabah sendiri ingatkan dah buta pftttt. 

But above all, I am so grateful dah tak payah seksa hadap segala silau lepas pakai spec. Sakit kepala, sakit bahu & pedih mata pun dah hilang banyak lepas pakai spec. Cuma kadang-kadang rimas pakai & hidung pun lenguh tapi ramai pulak ingat saja beli spec sebab style letak spec atas kepala pffttt I've spent hundred ringgits for style? So not me!


Anyway, happy birthday my dear spectacle, please stay with me together we survive another year creating memories! Fightinggggg


Misi Mencari Remis di Pantai BNO, Sabak Bernam

Sunday 31 December 2017

Dah lama tak menapak ke BNO walaupun dekat je dengan rumah sebab jarang balik rumah. Kalau balik pun tak sempat nak pergi sebab banyak hal lain. Ni ada cuti lebih sehari boleh lah bawak family menyinggah sana. 


Tak plan pun nak cari remis sebab nak pergi ambil angin layan blues je dekat BNO & makan mee udang tapi bila sampai je sana nampak orang lain gigih cari, dia mula la nak join sekali. Sebelum ni kalau datang memang dah spare dah besen dengan pengorek sekali. Kalau gigih cari memang penuh besen tu. Tapi sebab datang melenaggang je tak banyak sangat lah dapat. Lagipun pergi hujung bulan memang tak berapa nak ada lah. Kalau ada pun yang kecik je nak makan pun kesian. 

Lepas habis breakfast terus start cari remis dekat bahagian laut sebab air dah surut. Boleh lah ke tengah sikit. Ada la dapat lokan seketul dua tapi remis tak banyak sangat. Even tak banyak, boleh lah dapat yang besar. Tension dah habis korek dalam pun tak dapat remis, try cari dekat kawasan batu. Rupanya banyak sembunyi dekat situ. Memang khusyuk lah memasing mengorek. 

Tips cari remis : Cari di bawah batu sebab dia sembunyi bawah batu. Ada batu yang boleh alih tu memang kitorang alih je. Dekat satu batu boleh dapat 5 atau 6 ekor remis. Sejam je dah penuh bekas tapi tak banyak sangat lah sebab bukan waktu dia. Banyak anak2.

Dah habis mengorek, pergi lepak makan mee udang pulak. Dah berzaman tak makan. Dari harga 5 hengget dah naik jadi 9 hengget dah haaaa.


Mee udang dia puas hati lah makan sebab banyak, boleh makan 2 orang. Udang dalam 6 ataupun 7 ekor.


Nasi goreng udang pun sama, RM 6


Laksa dia RM 5 tapi yang tak bestnya laksa ni dia letak pes udang. Laksa udang pun ada dia jual tapi harga mahal sikit lah, RM7. 


Tapi ABC agak hambar sebab kosong. Tak banyak pun bahan lain, yang tingginya ais kisar je lah. 

Habis je makan terus menapak balik sebab dah makin panas dekat pantai tu tapi segala jenis gerai jualan, layang-layang semua start aktif waktu tengahari sampai petang. Angin pun start kuat masa tu so best lah kalau main layang-layang. 

Dulu dekat pantai ni takde tebing tinggi ni pun tapi since air laut naik tahun lepas diorang dah bina nak elakkan banjir. Ada some parts dah cantik diorang buat mural. Tak lama nanti makin cantik lah kot Pantai BNO ni sebab pantai ni memang nampak terbiar. Beza betul masa first time datang dulu. Tapi tu lah, dulu-dulu dah habis bro :P


Pokok Cili

Saturday 30 December 2017

First entri untuk mini garden sendiri. Actually dari tahun lepas lagi dah start tanam itu ini tapi semua banyak yang mati sebab tak kena panas sangat. Noob lagi satu hal. Tahun ni usahakan jugak sampai jadi. Dulu dah pernah beli dah pokok cili dekat nursery tapi mati. Dah lah mahal aiyooo

Sudahnya ambik biji cili campak je ke tanah. Naik elok je haa tak payah labur ringgit banyak sangat. Cuma labur sikit lah untuk hilangkan kesan putih dengan semut dekat pokok tu.


At first tu macam mau tak mau je nak hidup sebab dia naik melidi je, daun pun tak merimbun sangat. Musykil mampu keluar ke tak cili dia tu.


But then bulan lepas nampak berbuah dah. Excited teruk sebab sebelum ni banyak kali mati so this time lepas gigih sikit jaga, alhamdulillah ada hasil. Walaupun tak banyak tapi syukur lah nak. Lepaslah buat sambal belacan makan sorang tapi dia punya pedas fuhhhh kebas lidah bingit telinga. Mak kata kalau tanam cili ni ikut tangan yang tanam. Kalau jenis garang, cili dia pedas lah tapi mak kata, jangan percaya k? Sebab cili memang pedas hewhewhew




Makcik pesan suruh rajin cantas & gembur so lepas dah kutip semua ni memang cantas beria lah. Gembur tu memang selalu pun tapi berpada lah sebab taknak kacau akar dia. Harap yang kali kedua ni subur elok lah. Ada semai lagi satu pasu pokok cili sebab kuat sangat makan cili so biar tanam beria sikit. Nanti nak buat sambal jawa senang. Petik je. 

Kalau tak mati la hewhewhew

Movie Review : Golmaal Again

Image result for golmaal again

Director : Rohit Shetty
Cast : Ajay Devgn, Arshad Warsi, Parineeti Chopra, Tabu, Kunal Kemmu, Shreyas Talpade, Tusshar Kapoor, Sanjay Mishra, Johnny Lever, Mukesh Tiwari, Vrajesh Hirjee, Neil Nitin Mukesh.
Genre : Comedy
Running Time :
Trailer :


I'm not a fan of Rohit Shetty's films so Golmaal Again is not my choice but I watch this merely because of Kunal Khemu. Susah tau Kunal nak muncul onscreen, so bila dia berlakon mana-mana movie memang nak kena tengok even dah tahu dah Golmaal ni cerita mengarut.

5 sekawan, Gopal, Lakshman, Laxman, Lucky & Madhav membesar di rumah anak yatim, Jamnadas Orphanage. Satu hari diorang terjumpa baby depan gate JO & namakan baby tu Khushi. Since then diorang berlima ni jaga Khushi dari baby sampai berumur 5 tahun. Tapi satu hari diorang bergurau sampai jadi gaduh sampai Gopal dan Lakshman ambil keputusan untuk keluar dari JO dan mulakan kehidupan sendiri. Sama jugak macam Madhav, Lucky & Laxman. Tinggallah Khushi sorang-sorang dekat JO. Lucky for her, tak lama lepas tu ada keluarga datang ambil Khushi sebagai anak angkat. Lepas 20 tahun, diorang berlima bertemu balik di majlis pengebumian pengasas JO. Diorang ingat mati sebab terjatuh dari bumbung rupanya tak, dia kena bunuh so dari situ diorang berbaik & selesaikan misteri pembunuhan pengasas JO.

Dengar je nama Rohit Shetty dah tahu dah macam mana jalan cerita dia buat. Dia ni sama level je dengan Farah Khan, logik kelaut. Lagipun movie masala macamni memang tak expect banyak. Cuma pelik kenapa boleh meletops dekat panggung, mana tahu best macam Chennai Express rupanya tak. Dalam banyak scene lawak tu ada some parts je yang betul-betul lawak. Johny Lever pun buat lawak merapu. Entah apa benda entah.

Lagu-lagu pun tak best, lagi menyampah bila dengar lagu Neend Churai Meri remake tak best langsung. Tapi cinematoghraphy cantik lah, nak pulak bila tengok scenery dekat Ooty memang cun kemain. Ni memang forte Rohit Shetty kalau bab visual memang top notch tapi visual je lah, bab lain kelaut.

Twist yang Rohut Shetty and his team harapkan memang tak nampak twist langsung. From the first moment pun dah boleh baca 'rahsia' movie ni. Disappointed big time. There's nothing new pun dalam movie Golmaal Again except new actors macam Tabu, Parineeti Chopra & Kunal Khemu. Itu je lah. Yang lainnya seksa nak tunggu sampai habis. Hancur.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio 0, 4. Storyline 0, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 4/10

Movie Review : Flatliners

Friday 29 December 2017

Image result for flatliners review

Director : Niels Arden Oplev
Cast : Nina Dobrev, Diego Luna, Ellen Page, James Norton, Kiersey Clemons
Genre : Sci-Fiction, Horror
Trailer :


At first thought I didn't know this is a horror movie. Ingatkan movie ni pasal a journey of comma patient sebab tak tengok trailer pun, tengok poster je everytime keluar dari panggung. Saja je tengok movie ni sambil iron baju.

Movie Flatliners mengisahkan tentang 5 orang medical students merasai pengalaman hampir mati yang biasanya pesakit koma rasa selama beberapa minit with great medical knowledge but it all turns out to be a horror experience for them when their sins haunts them back after flatlining. 

Related image

Masa tengok diorang buat flatlining tu memang best sangat, nak pulak bila masing-masing struggle kembalikan Courtney since Courtney the first one who come up with the idea and experiment flatlining thing on herself. First half memang best bila masing-masing nampak Courtney berubah makin bertenaga, makin cerdik, memori dia makin kuat lepas buat flatlining and attempt Jamie, Marlo, Sophie nak buat jugak sebab memasing compete nak nampak bagus dalam career diorang except Ray sebab bagi Ray, efforts and hardwork dia ada selama ni dah cukup untuk career dia lagipun masing-masing dah memang bagus dah pun tapi manusia kan, mana pernah puas. 

But then Courtney start kena kacau dengan hantu adik dia, Tessa yang mati 6 tahun lepas sebab kecuaian Courtney masa drive. The cliche horror experience for the whole movie memang menyampah nak tengok. Horror movie cenggitu lah, tiba-tiba bangunan jadi gelap, hantu datang, hantu buat seram and bla bla yada yada but I love when Ray sorang je yang rasional try cari scientific explanation lagipun memang dia sorang je la waras sebab dia tak buat flatlining tu. 

Image result for flatliners review

Scene seram tu tak seram sangat pun sebenarnya tambah lagi bila scene seram tu tak logik langsung sebab orang yang datang sebagai hantu tu hidup lagi. Meanwhile diorang serabut & cuak fikir kenapa jadi macamtu, I am here sambil iron baju sambil bagitau benda tu halusinasi je lah. Bila semua sense hightened, of course lah the guilts pun meningkat sekali macam dalam The Vampire Diaries lah masa Elena mati semua sense dia meningkat bila dia jadi vampire. Patutnya Nina Dobrev dah boleh jawab dah soalan tu sebab dia berlakon dalam TVD but nope they made them looks stupid although they're bright students. Ohhh part Marlo kena tarik untuk masuk ke alam lain tu sama scene dia kena tarik into vortex dalam TVD. Lewlz

Lagi tambah kecewa bila ending dia Marlo & Ray buang laptop Courtney sebab nak hapuskan bukti experiment Flatlining. WHYYYYY?! Masa Ray refuse untuk buat flatlining tu & most of them dah huru-hara I expect Ray akan buat documentary and kumpul semua hasil kajian, buat thesis or journal propose dekat dekan universiti. Flatlining tu dah gempak kot plus its 2017, people are looking for any opportunities in making easy money, become wealthy, have assets and influence but this movie playing safe and convey good message only. Hmmm k. Tengok ending terus rasa murung. Dah lah tak best, ending pun hancur. Grrr

Movie Flatliners ni remake sebenarnya dari movie Flatliners tahun 1990 tapi yang original lagi meletops lah with same storyline meanwhile this one turns out to be dull. Tsskkk

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.5/10

Image result for jumanji poster 2017

Director : Jake Kasdan
Cast : Dwayne Johnson, Karen Gillan, Kevin Hart, Jack Black, Rhys Darby, Nick Jonas
Genre : Fiction/Adventure/Action/Comedy
Trailer : 


Jumanji starts back in 1996 when a father took morning jog at beach found Jumanji board game and brought it home for his son, but he ignored it since board game is not cool anymore but later that night the sounds of Jumanji made him open the game and he disappeared into Jumanji world. For 20 years he hasn't come back and his house turns into Freaky House. Tahun 2016, Spencer, Fridge, Martha & Bethany masuk dalam kelas tahanan & found Jumanji board game. Just like previous character, they're suck into the game but according to the avatar they chose earlier. First half of the movie diorang still figure out character yang diorang pilih & mencari bahagian peta yang hilang disamping selesaikan misi untuk hilangkan sumpahan dunia Jumanji.

Related image

First half memang hillarious sebab masing-masing nak adapt dengan avatar yang diorang pilih. Spencer budak nerd berubah watak kepada Dr. Bravestone paling sado & bersemangat waja tanpa kelemahan langsung. Martha gadis nerd macam Spencer bertukar kepada watak Ruby Roundhouse yang hot and superb in martial arts. But credit goes to Jack Black sebab dari watak Bethany gadis hot di sekolah bertukar jadi professor berbadan besar. Dari perempuan jadi lelaki so banyak jugak benda dia explore. Nak pulak bila ada Kevin Hart sebagai zoologist & pembantu kepada Dr Bravestone and have lots of weaknesses while in real life dia kuat, tinggi & stamina tinggi. Comedy scenes dalam movie ni memang lawak cuma ada several parts tu cuma adults je faham macam scene Dr Shelly Oberon jumpa Alex for the first time.  

Scond half of Jumanji gets interesting bila Nick Jonas muncul sebagai watak Alex Seaplane, pilot kapalterbang di Jumanji. Alex tolong diorang berempat berlindung dari kumpulan jahat dalam movie ni and pergi ke level seterusnya. Walaupun Nick Jonas masuk dalam movie ni agak lambat tapi dia punya handsome campur dengan dia punya acting skill memang perfect. 

Image result for jumanji

Tak sure Jumanji Welcome To The Jungle ni sequel kepada Jumanji tahun 1995 ataupun reboot. Nak kata reboot, movie ni start tahun 1996. Nak kata sequel, there's no clue or hint about previous movie. But reboot or sequel this movie is worth to watch. Perfect comedy, twist, surprises and action scenes. Berapa kali entah menjerit dalam hall tu nasib pop corn dah separuh. I love it when Jake Kasdan keep real character combined with fictional character in one body. Even though Dr. Bravestone is strong and have no weaknesses at all tapi Spencer in real life penakut even dengan tupai pun dia boleh melompat, bila datang Jumanji masuk dalam badan Bravestone pun dia tak mampu nak hilangkan takut tu so the logic is there. Same with other characters.

Part bunyi drum yang diorang dengar out of nowhere tu sama macam dalam movie Hunger Games, bila dengar bunyi drum tu rasa makin saspen, no clue or hint given. Setiap masa kena berjaga-jaga. Bezanya dengan Hunger Games, nyawa diorang ada 1 je. Kalau mati, memang eliminate terus tapi dalam Jumanji ada 3 nyawa memang basic standard untuk mana-mana games. Cuma tak tahu apa yang jadi kalau habis 3 nyawa tu. Mati in real life sekali ataupun cuma dalam tu je. Well no one dare enough to experiment that.

Image result for jumanji poster 2017

Tbh I dah tak ingat the original movie of Jumanji macam mana so tak boleh nak compare but all I can say this movie is worth to watch sebab visual dia memang cantik. Tapi disappoint jugak lah sebab hutan Jumanji tu scary dah macam Amazon dah. Semua binatang agresif kemain, kerja nak makan orang je. Memang tak jumpa pun binatang yang jinak atau bantu diorang feel calm dekat situ. Kalau masuk Jumanji tu rasa nak keluar cepat2 je so tak tahu ada sequel ke tak sebab tak ada hint langsung pun for second installment. If you guys haven't watch it yet and need some entertainment, this movie have to be your pick! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Movie Review : Shubh Mangal Saavdhan

Wednesday 27 December 2017

Image result for shubh mangal savdhan

Director : R.S. Prasanna
Cast : Ayushmann Khurrana, Bhumi Pednekar, Seema Pahwa, Anushul Chauhan
Genre : Romantic Comedy
Running Time : 119 minutes
Trailer :


Ayushmann & romcom berpisah tiada but this time around, the problem is not the girl but the boy. Movie SMS is a remake of the 2013 Tamil film 'Kalyana Samayal Saadham' from the same director, R.S. Prasanna. Not knowing much about him but the producer of this film is Anand L.Rai, one thing for sure the dialogue and storyline makes the movie a totally worth to watch. 

Plus movie ni berbeza dengan movie romcom lain bilamana hero, Mudit Sharma (Ayushmann Khurrana) ada masalah mati pucuk tapi jatuh hati dengan Sugandha (Bhumi Pednekar), well the perfect girl next door. Disebabkan tak mampu nak confess dengan Sugu,  Mudit hantar pinangan secara online kemudian bertunang. Tapi sebelum kahwin both of them try to have sex but unfortunately for Mudit, Sugu already found out his problem. Sebelum kahwin, both of them cari jalan untuk masalah Mudit walaupun at first Mudit nak cancel je kahwin. Geram jugak dengan Mudit ni sebab dia yang beria tackle Sugu sampai dapat sudahnya dia yang nak cancel walaupun Sugu berusaha & yakinkan dia yang perkahwinan diorang akan kekal.

Image result for shubh mangal saavdhan review

The real star dalam movie ni Ayushmann lah sebab dia yang ada problem tapi dia nak jugak Sugu dalam hidup dia. Being romantic with Sugu, feeling helpless and clueless with his problem, furious, feeble semua lah dia tunjuk dalam movie ni. Nak pulak bila duduk dalam masyarakat yang akan salahkan perempuan walaupun masalah tu datang dari lelaki baik dari keluarga lelaki ataupun perempuan. Yupp, feminism vibe like all Anand L. Rai movies. Love it. Meanwhile, chemistry between Ayushmann-Bhumi memang terserlah since SMS ni movie kedua diorang lepas success dalam Dum Laga Ke Haisha. Bila chemistry onscreen jodi bagus, it adds brownie points for a movie. Cuma lagu dalam movie ni je tak best mungkin tu la sebabnya kot movie ni tak meletops sangat. Well, lagu tu penting untuk romcom movie. Its like the soul but SMS team fail to bring it onscreen. 

Image result for shubh mangal saavdhan review

By the genre of the movie, memang terhibur tengok SMS, tak berhenti gelak dari awal sampai habis cumanya part Jimmy Shergill tu macam hambar and unnecessary. It disappoint me the most sebab cameo dia panjang and talk unnecessary stuff despite adding fun to this movie it turns out bland and clueless and lost cause. Btw, Jimmy Shergill ni ada contract dengan Anand L.Rai ke sebab semua movie romcom Anand ada muka dia, Happy Bhaag Jayegi and Tanu Weds Manu franchise. Happy Bhaag Jayegi Returns tak sure lah ada ke tak. 

With the romantic twist macam scene Mudit tension dengan family Sugu ditambah pulak dengan stress masalah dalaman dia, and huru-hara dari saudara mara buat dia bengang tapi rupanya dia jadi real gentleman helping them uruskan majlis walaupun family dia larang sebab pengantin tak boleh turun padang. Awww sangat. I love it when they trust each other, always find way to one another although their family being irrelevant the most. Kahwin dengan pokok pisang untuk buang masalah mati pucuk? Really? Sugu pulak tu yang kena kahwin dengan pokok padahal yang bermasalah tu Mudit.

Image result for shubh mangal saavdhan review

It seems Bollywood being Bollywood bila part Mudit lompat dari kereta kabel dia ke kereta kabel Sugu semata nak pujuk Sugu supaya kahwin dengan dia. If it adds the romance and comedy for audience then it fits the frame lah. For me, tskkk. 

All in all its a great romcom movie lepas Badrinath Ki Dulhania and Bareilly Ki Barfi untuk tahun ni, leading cast did a wonderful job, supporting actors pun talented cantik je masuk dalam character especially Seema Pahwa sebagai ibu Sugu yang banyak ajar anak dara dia tentang sex relation. Kalau mencari movie Hindi yang santai nak layan, you guys should try Shubh Mangal Saavdhan.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10