Wedding Aima & Ninie

Wednesday 13 December 2017

Sekarang dah masuk musim orang kahwin ni rasa nak throwback wedding ceremony dua kawan sekolah BTS dulu. Since balik dari Sabah, masuk zaman kampus membawak ke zaman kerja, belum pernah lagi jumpa kawan sekelas. Kawan dari sekolah rendah pun baru sorang dua yang jumpa itupun kebetulan satu kampus dekat UiTM Segamat.

26 September 2017 wedding reception for one of my besties dekat Semenyih. Kahwin dengan polis haruslah jalan bawah pedang tapi sebab sampai lambat memang tak sempat nak tengok lah cerita dia. Dah sampai lambat satu hal, makanan pun dah nak habis. Beria makan laju-laju sebab nak kek red velvet tapi budak-budak dah habiskan. Yang geramnya tu bila ambik sendiri memang beria lah ambik banyak sudahnya makan ada lah dalam dua tiga suap. Why kids whyyyy T.T

Untuk sedapkan hati Ayat yang tengah lara kek red velvet dah habis, I said

'Tak sedap lah tu sebab tu diorang tinggal je'

Masa tu plan lepas makan, ambil gambar then balik lah sebab rimas jugak nak lepak dekat majlis kahwin ni. Bising. Nak gosip pun tak best tapi nak tunggu turn ambik gambar tu ya tuhannnn sempat lah habis dua kitab kitorang bergossip. Serious memang lama gila. I guess dalam 2 jam tunggu situ. But that's okay lah because we're waiting for other friends as well to arrive.

Ngam semua dah sampai baru dapat turn nak bergambar itupun kena cepat sebab ramai lagi kat belakang tengah beratur. Gambar cantik ke tak main hentam je asalkan ada.

Solemnization



Sama lah masa wedding Ninie dengan Eijat Sabtu lepas dekat Shah Alam. Nak bergambar dengan pengantin lama kemain tunggu. Dari pukul 8 sampai pukul 10 melepak sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai. But I'm glad at these two occasion, I can gathered with some of my old memories, laughing, selfies, gossiping. Tapi tu lah jumpa kejap je lah. Nak jumpa balik entah bila entah. Beria plan nak lepak sekali lah sudahnya krik krik je.




Bersyukur jugak ada rezeki dapat pergi dua majlis ni sebab dapat jumpa kawan lama yang susah sangat nak jumpa - Ainatul & Anis. Satu group whatsapp tapi nak jumpa busy kalah YB. Harap lepasni dapat jumpa the rest of them. Senior pun tak pernah jumpa lagi. Ni baru kawan kelas sendiri, kawan kelas-kelas lain belum jumpa lagi. And the list goes onnnnnn.......

Movie Review | Bisik Pada Langit (2017)

Tuesday 12 December 2017


Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis: Sofia J. Rhyland
Pelakon : Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson, Fadilah Mansor
Syarikat Penerbitan: Astro Shaw, Filmscape, Nusantara Seni Karya
Pengedar: Astro Shaw
Genre : Drama
Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Durasi Tayangan: 95 minit
Trailer :


Agak lambat jugak tengok movie melodrama paling syahdu tahun ni - you guys put that label for this movie while for me movie ni banyak loophole dia but its still good to watch since movie Melayu tak banyak pun yang berkualiti. Mungkin kita tengok movie ni dari sudut berbeza well setiap orang ada sudut perspektif dia tersendiri and mesej yang kita dapat might be different from others. 

Kecewa jugak bila riuh bercakap pasal movie ni boleh habis tisu sekotak lap air mata, kalau tengok dekat poster tu haa kemain hashtag tapi dari awal sampai habis tak jumpa scene yang boleh buat menangis cuma kesian sangat tengok Iqram dengan Zaidi. Anak-anak yang terabai oleh seorang ayah. WHY? I'm glad Hajar passed away sebab baru ayah dia nampak yang Zaidi & Iqram pun anak-anak dia.


Hajar is such a selfish character based on the story. Dia tahu ayah tak mampu tapi nak belajar oversea, dia tahu abang dia terpaksa berhenti belajar tanggung family tapi dia still nak pergi Australia walhal abang dia dah kata dekat Malaysia pun banyak lagi universiti bagus. Betul kata pakcik dia, ukur baju di badan sendiri, atap bocor pun tak terganti ada hati nak hantar anak ke oversea. Dalam rumah tu ada 4 tanggungan Ramli tapi kehendak Hajar jugak dia turutkan. 

Paling menyampah sekali, ayah dia pergi Johor Bahru pun tak pernah tapi Hajar happy ride satu Aussie? Tak sure Hajar ni dapat full scholarship ataupun ayah dia kena tanggung because nobody mentioned it anyway. Kalau dapat full scholarship kenapa Hajar tak balik cuti sem? Kalau ayah yang tanggung mana dapat duit beli superbike? Kalau superbike sewa, maybe tu punca tayar pecah sebab low quality. Maintenance superbike pun boleh tahan jugak kan? 

Throughout the movie memang suka sangat dengan watak Iqram nak pulak bila dia ingatkan abang dia berapa banyak dah abang dia berkorban untuk keluarga dengan gaji kecil macam tu. Bila Iqram ingatkan ayah dia betapa tinggi ayah dia angkat darjat Hajar dalam keluarga. Nampak dekat situ betapa gagalnya Ramli sebagai seorang bapa. Betapa ortodoksnya pemikiran Ramli bila Iqram dapat English terbaik tapi dia hancurkan harapan Iqram. Sudahnya jadi mekanik. Kalau Iqram dapat layanan macam Hajar, for sure dah boleh pergi jauh.


Ramli balik-balik sebut dia bukan saja-saja garang dengan Hajar tapi sebab nak menjaga tapi takde satu pun scene dalam movie tunjuk dia garang dengan Hajar except scene argue pasal motor. Tapi belum sampai tahap garang pun. Dia garang dengan Iqram je. Tapi tu bukan garang, tu pilih kasih. Tu kejam. Sorry I really hate Ramli for treating Zaidi & Iqram like they're nothing. Menyampah jugak tengok dia asyik marah dengan Wan tu sedangkan Wan yang tolong dari awal sampai jenazah sampai. Ramli ni ada pengalaman trauma dengan lelaki ke macam mana? Dashat sangat trust issues dia.

Dialogue dia ada some part yang terjongket kening jugak macam 'Hajar selalu doakan ayah dengan mak, dari fajar, dhuha sampailah maghrib' I was like errr where's Isyak btw? 

Dalam video Hajar ada tunjuk laut dekat Aussie cantik tapi air keruh padahal dekat Tanjung Piai air cantik kemain. Jatuh cinta jugak dengan cinematoghraphy movie ni, memang top-notch campur pulak dengan lagu Lygophobia karya Akim & Laq memang kena sangat sebagai soundtrack.


Part Beto kata Hajar accident sebab tayar pecah & bukan sebab laju padahal dia memang speed sampai Wan tu tertinggal jauh dekat belakang. Plus apa motif ride superbike kalau nak bawak sempoi? Baik naik basikal enjoy the view. Tapi VFX dia tak kemas sangat masa shot superbike Hajar pecah tu. But that's okay lah tak penting sangat pun.


Dekat ending scene tu Ramli ada kata kedatangan Hajar tu mengajar dia erti bersyukur tapi I rasa perginya Hajar tu buat dia bersyukur sebab dia dah nampak Zaidi & Iqram tu pun anak berguna? Sampai sekarang tak nampak kenapa movie ni Bisik Pada Langit. Lagi cantik kalau tajuk Hajar since movie ni tentang dia. 

Btw jauh beno Ramli bawak Hajar memancing sampai ke Tanjung Piai sana. Lawak jugak bila phone 3310 Nokia legend tu ada ringtone iphone siap boleh loudspeaker amboi. And oh, Beto sakit mata ke masa berlakon sebab scene dia balik dari jual kebun ayah dia tu mata dia berdarah?


Anyway, this is my rating for the movie 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline 0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing 0, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6/10

For me, movie Bisik Pada Langit ni kalau buat cerekarama dah okay kot. Jauh dia pergi sampai ke layar perak padahal cerita dia biasa je. Ni ramai yang cakap Pinjamkan Hatiku ni best. Entah ye entah tidak diorang ni. 

Movie Review | Guest Iin London (2017)


Director : Ashwni Dhir
Writers: Ashwni Dhir, Robin Bhatt
Cast : Kartik Aaryan, Paresh Rawal, Tanvi Azmi, Kriti Kharbanda, Lucinda Nicholas
Production Company: Panorama Studios
Distributor: Panorama Studios
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 132 minutes
Release Date: 7 July 2017
Trailer :


Guest Iin London mengisahkan tentang Aryan Shergill (Kartik Aaryan) yang mempunyai masalah dengan visa yang akan tamat tempoh. Dia pujuk Anaya Patel (Kriti Kharbanda) supaya berkahwin secara kontrak dan tinggal bersama di London. Aryan sedia bayar 7,000 punds kepada Anaya sebagai upah untuk perjanjian tersebut. 

Anaya yang keberatan pada awalnya termakan pujuk sebab bukan senang nak dapat duit yang banyak untuk perkara yang mudah tapi plan mereka mula terganggu bila terima tetamu tanpa diundang. Gangasharan Gandotra/Chachaji (Paresh Rawal) dan isterinya, Guddi/Sazia Khan Gandotra (Tanvi Azmi) adalah saudara Aryan dan datang ke UK untuk makan angin. Sepanjang mereka di sana ada beberapa perkara yang ditegur dan diubah lantas buatkan Aryan dan Anaya mengaku masing-masing suka sama suka dan berkahwin mengikut istiadat dan budaya India. 
  
Kecewa teruk tengok Kartik berlakon dalam movie comedy macam ni sebab track record movie dia semua best tapi this one I'll rate it as the worst. Try-hard comedy and repetitive. Lakonan cast dia semua okay tapi kalau dialogue and storyline hancur, memang tak ke mana lah, still hancur jugak. 

At first movie ni nampak menarik, lawak dia pun okay walaupun cliche tapi menyampah tengok sebab dia nak portray scene tu sebagai sesuatu yang lawak but end up jadi annoying. Nak gelak pun rasa malas dah. Bertahan sebab ada Kartik je since he's my fav dari debut movie dia lagi, Akaash Vaani.

Paling menyampah tengok lawak Sanjay Mishra jadi orang Pakistan, from a funny one it turns out to be racist. Paresh Rawal pun banyak buat lawak dengan kentut dia je. Yes, please avoid watching this during your lunch. 

But the good thing is dalam movie ni ada plot twist kira berbaloi jugak lah hadap watak yang annoying ni sebab plot twist tu turns out to be great scene in this movie. Punyalah bagus sampai menangis tengok. Kan bagus kalau story dia bagus dari awal sampai habis sebab casting dah bagus dah tapi tu lah tak semua yang kita nak kita dapat. Nama pun kehidupan k nah rating

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10