Lunch Date Di Kyochon Pavillion KL

Tuesday 7 May 2019

Sebelum ni jarang sangat nak turun event, ambil job pun yang tak perlu keluar dari rumah. Dapat job dari email ssup ssap mengarang lepastu publish entri. Kalau ada event pun datang lambat, dekat hujung event baru sampai sebab datang lepas habis kerja. Nak jumpa blogger lain memang tak sempat le kaedahnya. 

Tapi rezeki terpijak Sabtu lepas bila dapat jumpa dengan blogger yang lain. Selalu menjengah ke blog diorang je tapi kali ni jumpa depan mata. Banyak jugak ilmu dapat, banyak jugak tips blogging keluar, banyak jugak lah menyembangnya. 

Habis je program Nak Ubah Hidup under Richworks Sabtu lepas join Kak Atie dengan Kak Sue Sopian bergegas ke Lot 10 sebab ada event. Sebelum menapak ke sana, rehat sekejap dekat MRT Taman Maluri sementara tunggu Sally datang dari Ampang tapi bila sampai je dah krik krik sebab event dah habis dah pun. Sudahnya lepak makan sebab masing-masing dah kelaparan. 

Angkara sis Comel, maka terjebak beratur di Kyochon, Pavilion KL. 


Kyochon ni kalau kaki dengan tahap kesabaran lemah, jangan datang beratur sebab memang lama jugak lah menunggu dekat luar sebelum dapat masuk dalam. 

Masa tengah menunggu ada staff datang ambil order tapi bila dah dapat meja pun tetap juga kena tunggu dalam berbelas minit untuk order sampai ke meja. Tak order banyak pun, cuma 2 menu je - Honey Chicken dengan Spicy Chicken. 



Me and sis Comel ambil set nasi dengan sup sebab lapar sangat. Bukan jadi lunch dah, tapi santapan dinner terus sebab dah menjengah ke jam 4 dah masa tu.


Set ayam dia akan datang bersama salad campur. Yang Hony Chicken ni manis dekat lidah tapi bila dah telan dia ada rasa pahit yang tertinggal macam kenangan cinta kita yang dah lama habis tu. Indah pada mulanya pahit pengakhirannya haaa gittewww


Spicy Chicken ni quite good lah untuk yang suka makan pedas, tak pedas sangat tapi boleh tahan terbatuk jugak lah kalau gelojoh. Kalau makan ayam je terasa jugak lah bahang dia, kalau makan dengan nasi dan sup, rasa pedas tu tak la memedihkan sangat.


Dekat Kyochon tak banyak sangat menu tambahan lain sebab menu utama dia ayam je. Ayam salut cheese pun tak ada. Not worth the wait sebab set ayam dia biasa je. Kalau pergi sorang memang menangis, kalau pergi ramai macam ni tak lah terasa sangat sebab menyembang sakan tak terasa lah penantian tu. Kalau kau bosan menunggu lama, dekat meja dia dah bagi dah game crossword puzzle. 



Outlet Kyochon ni bersih dan kemas tapi kalau staff service tu agak hambar, bila panggil memang tak kena layan. Busy dengan kerja mungkin. Macam biasa lah franchise makanan Korea wajib lah ada lagu Korea.


All in all, this is my first and last kot makan Kyochon, I rather go to Chickens dekat Melawati Mall sebab banyak choice, ayam dia pun sedap. 


But totally having fun with this lunch date sebab dapat jumpa kawan blogger yang awesome dan ramah. Harap lepas ni boleh jumpa blogger lain area KL & Shah Alam. 

Program Nak Ubah Hidup Bersama Richworks

Monday 6 May 2019

Syarikat Richworks International Sdn Bhd yang diterajui oleh Dr. Azizan Osman atau dikenali sebagai DAO berjaya membantu 700,000 orang peserta setelah 11 tahun ditubuhkan. Bertemakan dari Zero Ke Million, ramai peserta yang berjaya ubah nasib hidup dari kusut dan penuh dengan bebanan hutang kepada hidup yang lebih baik dan berjaya sebagai usahawan dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. 

4 Mei lepas dijemput oleh Richworks untuk merasa sendiri pengalaman menyertai program Nak Ubah Hidup di Menara PRGRM, Cheras. Selama ni nampak kawan share dekat FB dengan IG je tapi kali ni tengok sendiri depan mata macam mana DAO menyuntik semangat dan ilmu usahawan kepada para peserta yang datang dari merata negeri.


Jam 7 pagi pun dah sesak dengan 2,000 peserta yang datang mendaftar di kaunter pendaftaran sebelum program mula jam 8 sehingga jam 2. Selalunya kalau datang seminar program agak formal dan sunyi tapi dalam program Nak Ubah Hidup ni memang meriah. Sebelum start seminar, ada sesi ice breaking, semasa seminar pun banyak kali juga selingan 'Switch'. Masa tu jerit lah puas-puas hilangkan mengantuk, stress ataupun penat yang ada. 



Dalam program Nak Ubah Hidup ni bukan setakat nak bantu berjaya dalam business tapi mencari winning factor untuk business kekal lama hingga 10 tahun ke atas dan winning factor ni ialah datang dari team business tu sendiri. Bagus pemimpinnya, bagus juga team di bawah. Kalau leader terpinga mencari hala tuju syarikat, huru-hara juga yang di bawah. Tak payah tengok jauh, contoh depan mata pun dah ada bila staf Richworks mampu handle program besar dan bantu DAO dari awal program sehingga habis. Layanan dan service dari staf Richworks memang terbaik!


Selain dari ilmu dan pengalaman DAO sendiri mengendalikan Richworks, ada sesi bersama dua peserta Titanium - HasNuri Collections dan Sabella dijemput untuk share pengalaman dan rahsia macam mana boleh berjaya dari ratus ringgit sebulan ke jutaan ringgit keuntungan sebulan. Dari menguruskan seorang diri kepada 70 orang staf dan beratus ejen dan dropship. 


Dapat jumpa ramai founder dan top stokis seperti Dexandra, MamaSab, Jamumall, Mawar Rashid, Kavitha Sidhu, Akak Burger Seringgit, RynaRazak dan ramai lagi dah rasa hebat, bila dengar pengalaman masing-masing memang tak putus rasa kagum. Jangan kata kita yang dekat bawah kagum dengan yang dekat atas, founder HasNuri Collections sendiri kagum dengan pencapaian Sabella. 

Dah dengar pengalaman founder top, peserta yang di bawah kena berkongsi pula pengalaman masing-masing dalam masa 30 saat dan cara untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi dalam sepanjang berniaga. Q&A sessions pun meriah bila ada pesakit kanser yang berjaya sembuh dan bersemangat nak bantu orang lain hasil suntikan semangat dari DAO lepas join program ni. 



Kalau sebelum ni Richworks datang membantu sebagai coach untuk usahawan di luar sana berjaya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan dengan Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), kali ni Richworks nak ubah strategi kepada 10 kali ganda IMKK untuk ubah hidup dengan teknik kuasai potensi diri, kewangan dan juga bisnes. 

'Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.' - DAO


Program Nak Ubah Hidup 2019 - Kuasai Potensi Diri, Kewangan Dan Bisnes secara live event ni akan diadakan pada 30 Ogos sehingga 1 September di Setia City Convention Center (SCCC). Kalau yang 4 Mei ni cuma 2,000 orang peserta, program 10XIMKK ni mensasarkan 10,000 orang peserta. Kalau suara 2,000 dah meriah dan bertenaga, bayangkan suara 10,000 orang! Dari tak tahu hala tuju nak buat business apa mungkin dah ada sales target 10 tahun berniaga. 


Pendaftaran 10XIMKK dah pun dibuka sekarang untuk yang berminat Nak Ubah Hidup dari Zero Ke Million. Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi details di bawah :

Facebook: Azizan Osman Official Page
Email: inquiries@richworks.com.my

Atau layari :

Facebook : https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/
Twitter : https://twitter.com/azizanofficial
Instagram : https://www.instagram.com/azizanosmanofficial/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCrfKlqYU1AsoRVkpy6HLbZw
Linkedin : https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial

Kalkulator Kiraan Bayaran Fidyah

Jadi orang perempuan ni memang tiap tahun ada lah episod ganti puasa nak pula kalau dah berkahwin, dah ada anak episod ganti puasa dia lagi dramatik dari biasa. Special case kalau yang memang tak puasa disebabkan uzur dan sakit yang menghalang dia untuk puasa. Maka golongan ni memang kena bayar fidyah lah. 

Untuk memudahkan you guys membuat kiraan, Zakat Negeri Sembilan come up with kalkulator online khas untuk kira berapa jumlah bayaran fidyah mengikut kiraan Mazhab Syafi'e yang kita kena bayar. 

Steps yang sangat mudah untuk para pengguna : 

1. Klik Kalkulator Bayaran Fidyah

Lepas klik link di atas, you guys akan masuk ke page Zakat NS dan jumpa kalkulator digital ni.


2. Masukkan tahun awal puasa yang ditinggalkan. 

3. Masukkan tahun akhir puasa yang ditinggalkan. 

4. Masukkan bilangan hari yang ditinggalkan. Kalau jumlah tak menentu tiap tahun tu, better tanya Pusat Zakat lah macam mana nak kira kalau tak nak genapkan. 

5. Letak harga beras semasa di kawasan you guys. Then klik Kira Fidyah. 

6. Jumlah bayaran akan keluar dekat bahagian bawah. Dah tahu jumlah boleh pergi ke kaunter Pusat Zakat di negeri masing-masing. 

Senang kan? Yang ni kiraan kasar, kalau nak yang lebih tepat, kena tanya Pusat Zakat supaya tak wujud rasa gelisah dan was-was. Selamat membayar Fidyah :)