Movie Review | To My 19 Years Old (2018)

Tuesday 11 December 2018


Director : Chao-Liang Huang
Writer : Chao-Liang Huang
Cast : Po-Hung Lin, Anni Shi, Minghan He, Wendy Wang, Shuo Wang,
Production Companies: Shanghai Lumination Pictures Co. Ltd, Huoerguos CHS Film & Television Media Ltd, Beijing Xingchi Media Ltd
Distributors: Weibo
Genre : Drama / Romance / Fantasy
Running Time : 99 minutes
Release Date : 29 May 2018
Trailer :


Tak tahu kenapa tiba-tiba nak layan movie China, since ada English sub terus tekan play. Movie ni quite good actually. I tak familiar dengan pelakon China and jarang layan movie dari negara tu plus movie To My 19 Years Old tak banyak info boleh google sangat. Ni pun dah berzaman baru keluar sikit siapa pengarah dan pelakon dekat IMDB.


To My 19 Years Old ni bertemakan time travel, di mana fokus kepada apa yang berlaku kalau pilih jalan yang kedua walaupun takdirnya sama. By takdir I mean watak utama tetap meninggal pada umur yang sama dan tarikh yang sama. 

Filem bermula dengan pengembaraan Mo Xianfeng (Po-Hung Lin) untuk koleksi fotografi dia di sebuah tempat yang terpencil. Dalam perjalanan tersebut, dia terjumpa dengan pakcik tua yang jual barangan unik. Xianfeng beli satu kotak kayu untuk dia simpan semua surat dan kenangan bersama Yang Yixue (Anni Shi) semasa zaman belajar dahulu.


Lepas Xianfeng meninggal, kotak kayu tu diserahkan kepada Yixue sebab ada surat Xianfeng tinggalkan untuk dia. Bila baca mula lah terimbau kenangan lama dengan Xianfeng masa dekat zaman kolej dulu sampai dia tulis surat luahan hati dia dan simpan dalam kotak kayu tersebut. Sebab tu tajuk movie ni To My 19 Years Old memandangkan masa tu mereka berdua jumpa buat pertama kali.

Keesokan harinya bila dia bangun, dia tengok surat yang ditulis tu hilang. Rupanya kotak tu berfungsi sebagai posmen. Tulis tarikh dan waktu kemudian surat tu akan sampai seperti yang kita hajatkan. Tapi banyak kali jugak lah baru Yixue 19 tahun nak jumpa surat dari Yixue 29 tahun sebab bukannya kita ingat sangat waktu bila kenangan tu. Tarikh mungkin ingat tapi masa belum tentu. Dah dapat pun belum tentu Yixue 19 tahun nak percaya.


Berusaha gigih jugak lah Yixue 29 tahun nak ubah semula jalan cerita sebab dia memang cintakan Xianfeng walaupun Yixue 29 tahun dah ada kerja bagus, tunang baik tapi mana nak sama dengan cinta pertama kan? Tunang dia tu jugak lah yang tolong dia ubah cerita cinta lama dia walaupun terpaksa lepaskan Yixue.


Shooting location filem ni semuanya terlihat cantik di mata, antara salah satu sebab kenapa best nak layan walaupun jalan ceritanya mudah diagak. Visual movie To My 19 Years Old arahan Chao-Liang Huang pun cantik nak pula masa zaman diorang belajar dulu. 

Disebabkan ada banyak scene zaman study dalam filem ni jadi memang banyak scene kelakar sampai kita yang tengok pun rasa rindu zaman belajar dulu. Bukannya kisah sangat nak dapat A tapi sibuk nak berjimba dengan kawan-kawan. Zaman kerja mana dapat dah semua tu. Hari-hari stress dengan kerja, dapat gaji bayar bil sampai miskin balik.



Bukan cinta Xianfeng je yang Yixue mampu ubah dengan surat dari kotak kayu tu tapi hubungan friendship dia dengan Li Qian (Wendy Wang) jugak sebab Xianfeng sebenarnya teman lelaki Li Qian tapi penat nak layan perangai diva dia. Selain cinta, persahabatan juga antara sub-plot yang dimasukkan oleh penulis untuk mengukuhkan mesej berbaur penyesalan. Banyak watak yang terkesan dengan rasa bersalah sebab kesilapan masa lalu. 



Walaupun jalan cerita movie ni predictable tapi seronoknya sebagai penonton, hati rasa lega bila Yixue ada kenangan manis untuk dikenang lepas Xianfeng meninggal dunia dan tinggalkan kenangan manis juga untuk anak mereka berdua. Xianfeng mati dengan cinta Yixue, bukan mati mengejut sebab rindukan Yixue masa travel dalam hutan macam yang ditunjuk pada awal filem. Bak kata Yixue, kebahagiaan sebenar adalah bila moment tu diraikan bersama walaupun Xianfeng jauh dari dia sebab kerja ataupun dah tak ada lagi di sisi dia.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

Family Mart Subang Airport

Sekarang ni kalau buka Twitter bersepah sana sini orang post pasal Oden dekat Family Mart. Sebab dah jadi kegilaan sekarang, Family Mart dah berkembang dan buka cawangan dia di Caltex Subang Airport 30 November 2018 lepas.


Disebabkan promosi pembukaan dia turunkan harga untuk manusia di Subang yang gilakan Family Mart ni. Tapi tak banyak pun lah 25% je. 


Walaupun nampak macam syok je kan tapi haritu memang azab lah nak pergi sebab Family Mart tu kecik je nak tampung manusia di Subang ni memang tak muat lah cerita dia. Kitorang decide pergi hari kemudian je. Itupun sebab nak tanya ada vacant position je dekat situ.

Dalam Family Mart ni tak banyak benda pun yang best. Banyak actually tapi tak mencapai standard poket kau yang nipis. My pocket to be exact.







Alang dah menyinggah try lah Oden dia yang jadi kegilaan sangat tu.



Kaunter Oden kecik je tapi yang beratur sampai nak dekat pintu dah. Nasib tak ada yang pesen dilema nak makan set yang mana. 



Takde lah sedap mana pun oden ni, biasa je. Baik korang beli pes tomyam lepastu makan dengan segala jenis bebola ni macam yang diorang post dekat FB tu. Menangis habiskan duit semata nak makan berapa ketul ni. Untuk manusia yang banyak duit maybe bahagia lah kot makan benda ni. Tapi lobster ball dia best sebab ada pop pop dekat dalam.

Kuah dia pun jenis pedas pijar dekat mulut, pedih dekat perut. Kalau tersedak memang perit. Kalau hirup kuah buat seksa perut je. So we decided beli aiskrim untuk legakan perut. Lagipun aiskrim pun antara product yang viral jugak. 


Ungu perisa sweet potato, hijau perisa matcha tapi dua2 pun tak mampu nak bahagiakan tekak. Thank u, next. 


Try jugak yang lain macam strawberry shortcake, matcha parfait dengan chocolate parfait. Choc parfait is a no no sebab pahit. Strawberry shortcake memang sedap! Matcha parfait ni ikut tekak, ada yang suka ada yang tak. Rasa dia lebih kurang kuih tepung pelita je hahahaha kbai

Movie Review : PASKAL

Saturday 8 December 2018


Pengarah : Adrian Teh Kean Kok
Penulis Skrip : Adrian Teh Kean Kok, Keoh Chee Ang, Frank See
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian , Henley Hii
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 27 September 2018
Syarikat Produksi : Asia Tropical Film, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures, Astro Shaw
Pengedar : GSC Movies
Trailer :

First of all, tahniah PASKAL berjaya dapat rating tertinggi di IMDb sebanyak 9.2 mengalahkan The Avengers : Infinity Wars! Tak sia-sia effort team PASKAL untuk movie ni sebab movie PASKAL boleh pergi jauh sebab dah jadi benchmark untuk filem tempatan.

PASKAL mengisahkan tentang team PASKAL (Pasukan Khas Laut) memerangi lanun di kawasan perairan Malaysia. First half you guys boleh tengok team PASKAL ada misi di Kapal Tangki Minyak Laurel 11 dan second half misi di pelantar minyak di KK, Sabah (Yang Hairul kata dia kena culik masa shooting tewwww).


Jerung/Kapten Arman Rahmat (Hairul Azreen) mengetuai pasukan Alpha yang dianggotai Ustat (Taufiq Hanafi), Gagak (Gambit), Yan (Hafizul Kamal) & Misi (Theebaan G) di bawah pengawasan Leftenan Komander Maznan (Namron). Hebat macam mana pun Jerung dalam PASKAL, di mata mak dia, Arman cuma buang masa selamatkan negara tapi tak mampu jaga mak yang tengah sakit. Disebabkan kesihatan mak dia makin teruk, Arman pilih untuk bersara dari PASKAL.

Tapi sebelum bersara dia ditugaskan untuk misi menangkap Rudy Rusli Parjo (Amirul Affendi) di KK tapi sayangnya misi dia gagal bila bekas ahli Alpha, Jeb (Ammar Alfian) yang bantu Rudy naik di dunia gelap. Flashback ke zaman training diorang untuk jadi PASKAL, Arman, Joshua/Girang (Henley Hii) dan Jeb dipilih sebagai 3 askar terbaik tapi sayangnya lepas misi UN, Jeb dibuang kerja. Sakit hati dengan sistem PASKAL, dia ubah haluan jadi jahat dan hidup mewah.


Jalan cerita movie PASKAL diadaptasi dari kisah sebenar pasukan khas laut yang menyelamatkan negara, terutamanya misi Kapal Tangki Minyak Laurel 11 dan misi UN di Angola. Nak tengok kecekapan navy kita bertindak, kena tengok movie ni. Wajib! Banyak kali mulut cakap ‘fuhhh nasib dia cepat’ padahal diorang memang kena train untuk jadi pantas dan tangkas. Action stunt dalam movie ni memang terbaik nak pulak bila semua pelakon buat sendiri dan train selama 2 bulan supaya scene nampak cantik. Memang puas tengok!

Bukan calang orang dapat lepas pemilihan pelakon dalam movie ni sebab barisan Alpha memang dah ada martial arts especially Hairul yang memang pelakon lagak ngeri sebelum ni. Misi pun dah 7x menang National Karate sebab tu scene dia fight lanun tu cantik dan sharp. Sesi menembak tu tak pasti training berapa lama yang pastinya Gambit curi perhatian sebagai sniper. Curi hati sekali yang pastinya


Since Adrian Teh sebelum ni jadi pengarah cerita komedi, scene komedi dalam movie ni memang menjadi nak pula bila ada Yan. Visual movie PASKAL pun terbaik walaupun CGI dia masih lagi belum di tahap terbaik tapi boleh tutup mata je sebab tak ketara sangat pun. The best shot I totally love in this movie bila Ustat dan Jerung sembang pasal pilihan terbaik dalam hidup bila diorang membelakangkan slogan ‘Sentiasa Yang Terbaik’.

'Tak ada ranting yang paling betul pun tuan'
'Habis tu apa je yang ada?'
'Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati'


Thumbs up to Adrian Teh yang memang buat kajian tentang PASKAL dan di bawah tunjuk ajar ahli TLDM, movie ni nampak real dengan guna semua alatan, senjata, transport and every detail dalam unit pertahanan kawasan perairan negara. Memang wow tengok scene diorang scan bom dan lanun dari luar bilik. Even gaya percakapan dan bagi arahan pun memang sama.


Cuma sayangnya director tak gilap lagi bakat lakonan masing-masing sebab lakonan Hairul nampak kaku tambah bila ada scene emotional dengan mak dia sedangkan watak Leftenan Komander Arman Rahmat Anuar diadaptasi dai watak sebenar. First half mungkin terlindung dengan action scene tapi second half nampak ketara sangat. Even mak dia pun tak berapa membantu. At least kalau pelakon utama tak bagus dari lakonan, pelakon pembantu akan menyerlah tapi tak dalam movie ni. Cuma mengharapkan Lily (Jasmine Suraya) dan Panglima TLDM (Eizlan Yusof). Even Amirul Afendi pun nampak tersia dalam PASKAL.

Ada lagi beberapa scene lain yang tak berapa cantik tapi anggap je lah minor glitch. Untuk movie yang bermodalkan RM10 juta, this is surely the best you can get. Sayang tak pergi tengok masa dekat wayang haritu sebab audio cinema lagi best. Movie PASKAL bukan setakat nak pamerkan kehebatan hero tak didendang negara tapi ketengahkan mesej perpaduan dan kerjasama dalam menjaga negara.

For sure akan emosi layan movie PASKAL nak pula bila scene Lily terima baju Joshua. Scene dia menangis tu teringat masa arwah ayah kena hantar ke Somalia and my mom terduduk menangis masa dapat phone call. Scene keluarga datang jumpa bila dah balik dari misi besar is totally the happiest moment.

Terima kasih Adrian The wujudkan movie PASKAL and of course terima kasih kepada semua team PASKAL yang menjayakan movie ni. Waiting for PASKAL 2, PASKAU, VAT69, Komando!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 8.22/10

Udang Kepala Besar

Thursday 6 December 2018

Bila datang mood nak memasak, memang rajin sangat nak pula kalau tengah craving teruk sangat. Kali ni disebabkan craving nak makan sambal petai udang, gigih sungguh beli semua bahan supaya tercapai hajat. 

Cerita dia suruh adik belikan udang tapi udang ni pelik sikit sebab kepala dia je besar. Yang syahdunya dia bukan udang harimau pun, bila makan kepala ada isi. Yang ni kepala memang keras, siap ada benjolan lagi so better buang je. 


Lepas dah asingkan badan dengan kepala.....


Tak banyak pun boleh dapat bila dah asingkan. Timbangan berat dekat kepala je padahal badan kecik je. Habis terbakar duit macam tu je. Lepas ni kalau nak beli udang memang kena belek supaya tak terkena macam ni lagi dah. 

Dah Google udang ni jenis apa tapi tak jumpa lagi setakat ni. Mungkin jenis yang merugikan.


But anyway, craving tetap craving. Masak tetap masak walaupun sakit hati. Dah settle siang udang, kikis sikit kulit petai lepastu potong then rendam dalam air garam supaya hilang kelat dengan pahit dia.


Dah blend cili, dah tumis sambal masukkan petai dengan udang then tadaaaaa!



Happy tummy! Udang tu rasa sedap je cuma saiz dia lah tak puas hati bila makan but still happy lepas makan sambal petai udang ni. Yang penting craving hilang and piggan licin!

Shell Out Izi Stesen, Sungai Buloh

Wednesday 5 December 2018


First time jejak kaki ke Stesen Izi ni walhal restoran ni quite famous sebab keunikan makanan dia. Kalau tak tahu tak pernah follow page makanan yang viral lah tu. Hei, kita geng kot sebab I tahu pun dari officemate. Kalau dia tak ajak makan sampai ke sudah tak tahu wujudnya siput sedut cheese. 

Jangan tanya sedap ke tak siput sedut cheese tu sebab tak order. Next time lah kot kalau ada rezeki datang sini lagi. Dinner malam tu order shell out je sebab kawan kata sedap, nak pula tak pernah try makan shell out ni. Ada tiga pilihan, buttermilk, black pepper ataupun asam pedas so we chose asam pedas sebab buttermilk habis and takde mood nak makan blackpepper. 

Image result for izi stesen


Harga untuk shell out ni RM35 untuk 2 orang makan, percuma air dan nasi. Disebabkan dinner taknak makan berat sangat so tambah je nasi dengan ayam goreng crispy. Dalam menu shell out dia ada memang bersepah lah seafood. Untuk 2 orang makan memang puas dan berbaloi sebab tak kedekut. Even makan 3 orang pun cukup. 


Nah close up shellfood dia, bab sedap memang sedap so lepas ni tak mustahil nak repeat dekat sini lagi. Service pun bagus dekat sini, restoran bersih, parking pun luas. Since restoran ni terletak dekat area food court, boleh je order makanan lain untuk manusia yang jenis tak tetap pendirian. 

Izi Stesen ni buka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 4.30 petang sampai jam 12 tengah malam. Cari je area Medan Selera Sungai Buloh tak pun waze je Izi Stesen confirm jumpa sebab kedai dia tepi jalan je. Come, eat and enjoy!