SAKSIKAN ‘DIDI & FRIENDS RESCUE SQUAD’ SELAMATKAN PEKAN HOREY

Monday 5 September 2022

Warnakala Studios dengan berbesar hati mengumumkan siri animasi kanak-kanak popularnya hasil usahasama dengan Astro, ‘Didi & Friends’ kembali dengan siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ yang berkisarkan tentang keselamatan dan adiwira-adiwira. 

Pengisian kandungan siri ini lebih padat dengan intipati pembelajaran awal bagi kanak-kanak tentang cara-cara untuk mengendali kecemasan serta sikap-sikap positif yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan ketika berada dalam keadaan kecemasan. Musim baharu ini merangkumi 8 episod dan akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula pada 8 September ini. 


Kejayaan siri lagu-lagu  dan animasi 3D Didi & Friends yang bertemakan pelbagai jenis kenderaan penyelamat seperti ambulans, polis, bomba, helikopter dan kapal selam pada musim terdahulu telah mencetuskan sebuah konsep dan panduan untuk ‘Didi & Friends Rescue Squad’. Lagu-lagu ini telah mendapat banyak perhatian dan tontonan di platform penstriman Astro, On Demand dan dalam platform linear serta YouTube Didi & Friends dalam masa 2 tahun. Antara jumlah tontonan tersebut adalah :

i. Jumlah tontonan di platform penstriman Astro, On Demand:
Kereta Polis – 782 ribu tontonan 
Ambulans – 977 ribu tontonan
Trak Bomba – 877 ribu tontonan 
Helikopter – 940 ribu  tontonan 

ii. Jumlah tontonan di YouTube Didi & Friends Malaysia:
Kereta Polis – 26 juta tontonan 
Ambulans – 17 juta tontonan
Trak Bomba – 9.7 juta tontonan 
Helikopter – 8.3 juta tontonan 

Susulan kejayaan ini, Warnakala Studios dan Astro telah mengembangkan tema ini menjadi sebuah siri spin-off terbaharu mereka, ‘Didi & Friends Rescue Squad’. Musim terbaharu ini juga merupakan permintaan daripada ibu bapa yang inginkan lebih kandungan berpandukan pendidikan dan pembelajaran di luar bilik darjah serta tinjauan daripada para penonton yang sukakan lagu-lagu bergenre wira yang memberi inspirasi kepada kanak-kanak.


Episod-episod siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ memegang tema utama iaitu untuk mengajar kanak-kanak cara untuk mengelak diri daripada keadaan yang berbahaya dan kaedah untuk bertindak dengan tenang semasa kecemasan. Karakter kegemaran kanak-kanak ini termasuk Didi, Nana dan Jojo akan memakai kostum baharu yang menarik serta alatan-alatan seperti gajet, gear dan menaiki kenderaan untuk menyelamatkan dan mempertahankan warga Pekan Horey yang menghadapi pelbagai keadaan bahaya dan kemalangan. Dengan kata sepakat “Respon dengan Tenang, Susah Jadi Senang”, Didi dan rakan sekumpulannya akan sentiasa bersedia untuk mengharungi pelbagai pengembaraan, sama ada di darat, udara atau pun di laut.

Farah Fauzana Zainul Kamar, Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro, berkata “Rata-rata kita dapat saksikan reaksi positif kanak-kanak terhadap francais Didi & Friends, di mana mereka mengenali karakter-karakter dan menghafal lagu-lagu daripada siri ini. Di sini kami nampak betapa pentingnya untuk Didi & Friends sentiasa menampilkan sesuatu yang baru selaras dengan perkembangan minda dan trend kanak-kanak zaman sekarang. Oleh itu, Didi Rescue Squad ditampilkan untuk menjadi inspirasi baharu mereka dengan harapan untuk menerapkan nilai-nilai murni berbuat baik dan sentiasa suka menolong orang di sekeliling, seperti seorang adiwira yang sebenar.”
 
“Reaksi positif yang kami telah terima daripada peminat-peminat salah satu lagu daripada Didi & Friends musim keempat iaitu Ambulans telah mendorong kami untuk menghasilkan siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini. Kami percaya ini merupakan petunjuk bahawa para peminat Didi & Friends mahukan sesuatu yang berbeza, lantas siri yang bertemakan adiwira ini dihasilkan untuk menemui citarasa mereka. Kami yakin kanak-kanak yang meminati siri animasi ini akan menantikan perjalanan terbaharu Didi & Friends.” - Khairul Ammar Jamal, Ketua Pegawai Kandungan Warnakala Studios dan Pengarah Didi & Friends Rescue Squad


Hairulfaizalizwan Bin Ahmad Sofian, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios Sdn Bhd, pula berkata “Kami telah lama menulis dan mencipta lagu-lagu untuk Didi & Friends dan kali ini, kami memerlukan sesuatu yang baharu dan berbeza. Begitulah ‘Didi & Friends Rescue Squad’ telah terhasil. Kami percaya siri terbaharu ini bersesuaian dengan kanak-kanak di bawah umur enam tahun kerana ia mempunyai intipati yang boleh mengajar mereka tentang tingkah laku yang baik seperti membantu orang yang memerlukan dan banyak lagi. ‘Didi & Friends Rescue Squad’ akan pasti lebih menyeronokkan dan mendebarkan para penonton!”

Sempena musim terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini, Didi & Friends telah berkolaborasi dengan Fire Fighter Industry Sdn Bhd, iaitu sebuah Syarikat Keselamatan Kebakaran No.1 di Malaysia. Misi mereka adalah “fireproof Malaysia” dan kolaborasi ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang keselamatan kebakaran, di mana syarikat tersebut telah menghasilkan beberapa Alat Pemadam Api DRS edisi terhad yang juga kids-friendly untuk kanak-kanak. 


Didi & Friends juga telah menganjurkan beberapa usaha untuk mempromosikan siri ini sebagai sebahagian daripada pengenalan kepada musim terbaharunya iaitu dengan pemberian Didi & Friends Rescue Box kepada selebriti-selebriti yang sudah bergelar ibu serta anak-anak mereka. Didi & Friends Rescue Box mempunyai beberapa barangan edisi terhad daripada ‘Didi & Friends Rescue Squad’  seperti alat pemadam api mesra kanak-kanak, pelitup muka edisi terhad, baju T-Shirt DRS dan juga kad perantis DRS. Setiap yang menerima kotak tersebut akan membuka dan memuat naik rakaman video “unboxing” mereka ke platform media sosial atau YouTube masing-masing. 

Untuk aktiviti hujung minggu bersempena cuti sekolah pada bulan September ini, Didi & Friends akan menganjurkan sebuah kempen ‘Jom Kenali Didi & Friends Rescue Squad’ pada 9 hingga 11 September 2022 ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang menarik termasuk Mini Muzikal Didi & Friends, kemunculan maskot dan penjualan barangan Didi & Friends pada harga istimewa akan diadakan untuk ibu bapa dan anak-anak cilik mereka bagi meluangkan masa bersama karakter-karakter Didi & Friends. 

Siri animasi ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini akan ditayangkan bermula 8 September 2022, jam 3.00 petang secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611). Siri ini turut boleh distrim melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Selain itu, siri animasi terbaharu ini juga boleh ditonton di Youtube Didi & Friends Malaysia setiap hari Khamis bermula 15 September ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Didi & Friends, sila layari https://www.warnakala.com/

Pengalaman Jadi Live Audience Terpaling Juara TV3

Sunday 4 September 2022

 

Bulan lepas Kak Liya bagitahu dia jadi live audience untuk program Terpaling Juara TV3, menjerit lah masa dia bagitau tu sebab ada Kapten Akim. Terus Kak Liya ajak join sekali jadi supporters untuk Aqeesh. I onzzz je sebab Aqeesh anak didik Akim dalam program ni. Sambil jerit Aqeesh, boleh lah jerit nama Akim sekali. 

Program Terpaling Juara ni bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam jadi audience kena datang sebelum jam 8.30 malam di Plaza Alam Sentral. Tapi I tersalah baca dan pergi ke Plaza Shah Alam. Happy dinner dekat Starbucks jam 7.30 malam lepastu pergi cari Tingkat 5. Kemain melenggang tapi tak jumpa lepastu pakcik guard tu tegur cari apa. I cakap cari program Terpaling Juara, TV3. 

'Dik, plaza ni belum pernah lagi buat program dengan TV3. Tu Plaza Alam Sentral. Takpe, tempatnya dekat je dengan sini'

Mencicit kitorang lari pergi ke parking sebab masa tu dah pukul 8 lebih. Dah lah salah plaza lepastu salah masuk simpang lepastu salah jalan sesat entah ke mana. I nak pergi tengok Akim Ahmad je kot, dah kenapa penuh pancaroba perjalanan nak ke sana entah. Dah nak nangis dah masa salah jalan tu sebab takut tak sempat masuk tapi Kak Liya kata takpe, belum start pun lagi. Pintu studio pun baru je bukak. 

8.20 malam sampai jugak ke Plaza Alam Sentral, park kereta dekat basement terus naik lif pergi Tingkat 4 then naik eskalator ke Tingkat 5. Lega bila nampak meja pendaftaran. Check nama, tunjuk IC, covid test result dengan MySejahtera kemudian dapat sticker hijau dari staff. Settle terus masuk set. 


I dengan adik dapat seat sebelah parents Aqeesh. Belakang seat I ada Team Kerja Gila Akim. Row sebelah fan club Rahmad MEGA, Row sebelahnya fan club Shaz dengan Hazami. Belakang ada fan club Aina Abdul. 

Sebelum program start, crew test suara crowd level mana. Crew pesan supaya jangan main phone bila kamera shoot muka audience. Boleh update dekat socmed, boleh record tapi kena jadi audience yang sporting. Onzzzz!



Jauh jugak seat dengan para mentor. Akim nampak seperti bilis. 


Best jugak jadi live audience ni sebab boleh tengok depan mata, macam pergi mini konsert. Nak pulak lagu untuk Minggu Ke-3 semuanya lagu best. Start dengan Aqmal perform lagu fav, Rashidah Taman Utama. Nampak api keluar depan mata, dengar fan club Aqmal cheers bagi support. Kalau tengok dekat TV mana nampak semua tu. Feel dia tak sama. 

Lepastu sambung performance kedua, Sepi Sekuntum Mawar Merah dari Ifa Raziah. Masa ni suasana agak tegang jugak lah sebab Dato Hattan tegur kenapa tak perform elok-elok then Ifa jawab dia nak terjatuh sebab dress dia. Masa dia perform tu bukan dengar sangat sebab I karok dekat bawah hahahaha. Member kat atas stage dah nak tersembam dah. 



Happy tengok Aqeesh perform Tak Tercapai Akalmu sebab sesuai dengan suara dia yang boleh reach high note even energy level Aqeesh pun mantap. Akim puji performance Aqeesh malam tu sebab dia kata masa rehearsal biasa je. Rupanya simpan untuk perform depan juri. Sama juga dengan Shaz yang perform lagu Purnama Merindu. Memang bagus dia keluar dari bayang Tokti tapi yang tak bagusnya banyak salah lirik. Mungkin nervous. 

Seat I walaupun tak masuk dalam TV tapi kira cun jugak lah sebab artis lalu sebelah untuk pergi ke backstage. Tak semua tapi dapat jumpa Shaz, Rahmad MEGA, Ifa Raziah dengan dress dia, Aina Abdul siap small pat dekat bahu adik I. Aina Abdul wehhhhh. 

Naim Daniel minta tunjuk ajaar dari juri

Masa commercial break boleh nampak juri jemputan dengan kesemua kapten Terpaling Juara buat apa. Susah betul nak nampak Akim masa ni, asal break je dia hilang. Macam ada something come up but don't know what hihu. 

Penat sebenarnya jadi live audience ni, mana nak jadi fangirl Akim Ahmad, nak pegang banner Aqeesh, nak rakam momen, nak ambil gambar, nak buat story, nak live tweet, nak menyanyi, nak menari lagi pergghhh peminat terpaling busy nyahhhh. 

Haziq, Hael Husaini dan maskot Vivo

Kelakar masa commercial break fans Shiha Zikir jerit nama Shiha sampai dia pun terkejut. Kemain panjang dia menjerit. Tu kalau tak dapat jumpa lepas habis program mesti kecewa. Najwa bagitahu masa performance Rahmad MEGA dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah tu ada dancer dan pemain muzik dari ASWARA. No wonder lah menari cantik je. 

Tak sangka dekat hujung program ni ada plot twist sebab sepatutnya minggu ketiga ada penyingkiran dan bottom 2 adalah Ifa Raziah (Kapten Naim Daniel) dengan Hazami (Kapten Akim). Dato' Hattan tak setuju buat penyingkiran sebab baru lagi bertanding. Tak patut lah buat penyingkiran sebab masing-masing baru nak warm-up. Terpinga Shiha dengan Haziq contact pihak produksi untuk kelulusan tiada penyingkiran. 

Dato' Hattan taknak final nanti ada dua kapten je padahal Hazami dengan Ifa Raziah berbeza kapten. Mungkin high possibility ada kapten yang akan habis kerja awal kot tapi adat pertandingan lah kan? I macam tak setuju lah dekat sini tapi kalau pihak poduksi dah luluskan, kita enjoy the show je lah. 

Habis program tu kitorang tunggu dekat luar untuk bergambar dengan artis dan selebriti. Najwa kata ada Amir Masdi sekali malam tu tapi tak nampak lah pulak. Aman Aziz pun sama. Tahu tahu ghaib dah. 



Haziq kira mesra peminat lah, dah habis kerja pun sporting je layan semua yang tunggu dekat luar. Memang ramah orangnya selain handsome. Naim Daniel pun comel jumpa fan clubs dia sekejap sementara tunggu turn dia interview dengan media. 

Hael Husaini keluar kejap untuk bergambar tapi tak buka mask pun. PA dia bagi masa sekejap je untuk bergambar sebab Hael kena rushing pergi schedule lain pulak. I tak sure schedule lain ataupun kena balik awal. 

Shaz was soooo pretty that night


Haruslah bergambar dengan Aqeesh kan? I baru tahu Aqeesh iKONIC tapi tak pasti lah dia ID ataupun fandom lain haha tak sempat sembang banyak pun sebab dah lewat malam dah. Esok nak masuk kerja on time. Lama jugak tunggu Aqeesh sebab dia ada interview dengan media sebelum keluar. Bila tanya mana Akim rupanya dah balik dah. Me sad :(

Anyway, all the best Aqeesh untuk performance minggu ni. Nak karok puas-puas sebab lagu minggu Ke-4 ada Rampas dan Mewangi hiksss!

 

Last time I jumpa Datin Kinah masa anak sulung dia Zubayr umur setahun. Sekarang ni Zubayr dah ada adik nama Zylkarnain. Tak tahu kenapa anak datin semuanya ada huruf Z sebab husband dia initial S, datin pun S jugak. Care to explain Datin?

Memandangkan dah lama tak jumpa dan birthday I jatuh on weekend, maka datin ajak lah keluar lepak Setia City Mall. Dari rumah I dalam 30 minit je, dari rumah datin pulak 15 minit. Ikutkan nak cari hadiah untuk adik sekali tapi keluar rumah pun dah pukul 3 petang, sampai sana dah nak menginjak pukul 4 dah, mana sempat nak berjalan sangat. 

Sampai je dekat Setia City Mall datin ajak makan sebab diorang satu family belum lunch lagi. Masa lunch tu baru nak berkenalan dengan Zylkarnain. Comel orangnya, muka ikut abang dia jugak masa kecik dulu. Mata besar, pipi gebu. Senang ramah dengan orang pulak tu, sembang sikit je tapi dia punya reaction tu A+, sama macam parents dia jugak. 


Lepas habis lunch kitorang pergi ambil angin dekat padang dataran yang famous dekat Setia City Mall. Awan mendung tapi tak ada tanda nak hujan pun. Mendung berangin, just nice lah untuk budak-budak main. Ada yang main bubble, ada yang bagi makan ikan. Tak perasan ada yang terbangkan layang-layang ke tak masa tu.



Zubayr yang tidur dari awal kitorang jumpa tadi terus terjaga bila ayah dia park stroller dekat taman. Bertuah perangai, bab main laju je buka mata. Nampak je padang terus switch play mode. Sebab ramai yang main bubble, ayah dia pun sewa satu bekas. Ada 2 bubble maker stick orang kedai tu bagi. Syok lah nak main bubble masa ni sebab tak payah beria tiup pun, angin tolong tiupkan. 





ayah Zubayr sewa bubble maker ni untuk anak dia tapi I pulak yang beria main hshshs sorry lah Zubayr


Percubaan Zubayr tiup bubble.... gagal



Padang dataran ni berlecak jugak masa tu. Tak pasti lah sebab bubble banyak sangat ataupun sebab dah hujan pagi tu. Over nau orang main bubble banyak sangat sampai basah ye dak? Nasib baik lah Zubayr pakai crocs, tak la terjejas sangat. Zylkarnain je biar dekat dalam stroller sebab dia baru di fasa merangkak. Kang habis basah seluar dia kalau lepas dekat bawah. 

Dah habis air sabun sebekas, awan pun makin gelap, kitorang pun bergambar sebab dah nak balik dah. 


Tapi nak dapat satu gambar yang elok dengan Zylkarnain memang mencabar ye. Patutnya ada Zubayr sekali tapi dia tengah seronok berlari sana-sini. 




Masa nak balik tu kemain Zubayr menangis sebab tak puas main. I pun tak puas jumpa datin tapi nak buat macam mana, terpaksa gerak jugak sebab ada schedule lain. Walaupun kejap je tapi happy dapat spend time dengan datin sekeluarga. Terima kasih bagi hadiah birthday. Ada rezeki lagi, kita spend time sama-sama :)

Makan-makan di SANTAN, Setia City Mall

Kalau pergi mall yang tak pernah pergi mesti blur nak makan apa lepastu mula la pilih restoran merepek macam santan ni. Patutnya kitorang take the hint dah kenapa restoran ni kosong tak ada orang sedangkan restoran lain penuh. Tapi mana lah nak tahu yang restoran ni menyedihkan. Tu lah, percaya lagi cakap ibu mengandung T.T

Nak makan dekat santan ni kena order dulu dekat kaunter menu apa yang kita nak. Memandangkan menu dia pun tak banyak yang menarik I ambik popcorn chicken, indo mee goreng, teh ais dan nescafe ais. 


Masa Indo mee dia sampai I macam speechless sebab kosongnya lah mee kau noks. Ada mee, sambal satu sudu, telur mata dengan timun dua keping. Portion ni besar tapak tangan dengan harga RM7.50. Better I makan dekat mamak lah, mee goreng ayam RM8 menimbun dalam pinggan. Rasa dia sedih. Rasa tak nak datang dah makan sini. 


Sama lah dengan popcorn chicken dia, bekas je besar tapi ayam berapa ketul je dia letak. Dah la kecil potongannya, ayam pulak keras liat macam ayam tak habis semalam goreng balik untuk hari ni. Sos korea dia entah lah, orang korea pun tak mengaku tu sos dia. Total semua ni RM27 include sst bagai tapi trauma yang I dapat is priceless. 

emart24 Mula Beroperasi Di Subang Bestari! Hye Treasure!

Saturday 3 September 2022

 

Dari awal bulan lagi dah nampak signboard emart24 dah naik tapi kedai belum dibuka lagi. Bila lalu depan kedai pun pekerja tengah sibuk menyusun barang. Usha jugak kot kot ada cup Treasure sebab tengah on going kolaborasi emart24 dengan Treasure ni. 

Sebelum ni gigih tau menapak ke emart24 Sunway Giza, Kota Damansara tu walaupun jalan penuh berliku sebab ada construction tapi sebab nak join the hype dan join Teumes lain update story. Sekarang dah tak payah pergi jauh sebab emart24 ada dekat belakang rumah je! 


emart24 Subang Bestari ni sederet dengan CU, Tealive, Zus Coffee (bakal dibuka) dan Family Mart. Tahun ni memang kebabom semua kedai serbaneka naik dengan jayanya. Dulu dekat sini macam jin bertendang, nak apa-apa kena pergi Kota Damansara ataupun Subang Perdana. Sejak McD naik dekat depan sekolah tu makin rancak jugak franchise lain berlumba dekat sini. 

Kalau ikutkan pada jadual projek kolaborasi emart24 dan Treasure ni, 03 September 2022 adalah tarikh terakhir produk Treasure keluar. Bukan stop jual tapi menu terakhir yang emart24 akan reveal which is pouch bag drinks. Ada dua jenis kopi dalam tu, sama ada Americano ataupun Americano Hazelnut. Kenapa pilih kalau boleh beli dua kan? 

Find Your Treasure! 

Happy gila masuk emart24 ni sebab pasang lagu Treasure satu hal, logo Treasure bersepah dekat shelf dan ada jual makanan Treasure. Memandangkan 3 September tu birthday I, ikutkan hati nak celebrate birthday dengan lunch dekat sini tapi berakhir dengan kekecewaan sebab semua menu yang melibatkan ayam dah habis. 

Semua tempat habis sampai kena tunggu kilang restock balik pada 17 September nanti. Haihhhh geramnya......


Lepas settle bayar pouch drinks dekat cashier, staff emart24 request nak ambil gambar untuk update dekat official Instagram emart24. I okay je lah sebab berootd memang untuk bergambar dengan menu Treasure pun. Tapi tak sangka la pulak sampai staff dia yang nak ambil gambar. Lama jugak lah ambil gambar ni, segala angle ada. Staff dia sampai terbongkok, duduk nak dapat angle cantik punya pasal. Lighting emart24 Subang Bestari ni memang mantap. 


Hasilnya.....


Okay tipu. Ni hasil tangan adik I yang ambil gambar. Gambar yang staff tu ambil pastu update dekat IGstory tak cantik pun sebab I nampak pendek. Buat penat je jengket hshs. Memandangkan I dah habis membebel, layan je lah gambar syok sendiri macam biasa. Happy bucket hat behave dan semua gambar I cantik hikssss









Hopefully emart24 bawak masuk burger Treasure sementara projek kolaborasi ni berlangsung hingga Jun 2023.