Showing posts with label pot pet. Show all posts
Showing posts with label pot pet. Show all posts

Ramadhan 2024 | Kelapa dan Ketupat

Sunday 21 April 2024

Setiap kali balik beraya dekat kampung, aktiviti menganyam ketupat adalah antara aktiviti wajib. Tapi walaupun wajib, tak semestinya tangan I mampu menganyam ketupat palas dengan sempurna. Bukan takat sempurna, jadi seperti yang sepatutnya pun belum tentu. 


Umi: Chaq, mangkit pi parut kelapa sat
Chaq: Eiii tak mau lah parut kelapa. Satgi tangan luka macam mana, dah nak raya dah ni. 
Umi: Eiii hang pi lah beli dekat pekan dah kalau tak mau ka
Chaq: Nak berapa? 
Umi: 2 kilo cukup kot. Eiiii Tokwan hampa pi jual buah kelapa dekat orang, mai dekat cucu dia dok buat takmau parut kelapa pastu pi beli kelapa parut dekat orang. Harga lagi mahal dari buat sendiri
Me: Kita jana ekonomi setempat.



Dah dapat kelapa, dah tanak pulut, bermulalah aktiviti menganyam ketupat. Daun palas tu dah ambil dekat pokok palas masa subuh tadi tapi tak banyak sangat. Daun pun kecil halus je, tak macam daun palas dekat pekan. Kitorang buat ketupat ni masa Ramadhan ke-28, itupun dah ramai yang kecoh sebab ada yang cakap esoknya raya tapi dalam kalendar tunjuk 1 Syawal jatuh hari Rabu. 

Plan tak nak anyam banyak pun ketupat palas ni sebab kitorang nak beraya dekat Kuala Nerang masa raya pertama tapi sebab pulut ada banyak, terpaksa lah habiskan. Sayang pulak nak bazir sebab ketupat ni boleh bekukan. Daun palas yang mak I ambil subuh tadi dah habis makanya keluar ke belah kanan rumah nak ambil daun palas baru. Tak tahu lah bila masa tok tanam pokok palas ni sebab sebelum pkp dulu tak ada lagi. 



Jenuh la jugak nak mengait daun palas sebab pokok yang belum kembang tu terlindung so nampak tak nampak je bila nak kait. Dah la pakai galah tinggi, berat pulak tu. Nasib baik lah berjaya jugak dapat dua tangkai. 



Sepetang jugak lah buat ketupat ni sebab nampak je bertiga tapi sebenarnya yang anyam dua orang je itupun satu tangan laju, satu tangan lagi sederhana, satu tangan lagi terpaling teruk. Tok I dah anyam 10 ketupat, I baru anyam 1 itupun kena touch up balik dengan mak I.


Nampak tak beza ketupat palas I dengan tok I buat? Walaupun ketupat I tak berapa nak jadi tapi kira ketupat ni ketupat palas 3 generasi hshshs siapa yang bertuah je dapat makan. 


Dah settle bab ketupat terus rebus dalam kuali. Lepastu baru je nak layan drama Korea, tok dah ajak keluar cari asam limau. Asam limau tu limau nipis. Tok tanam dua pokok dekat area kebun tebu. 


Besar tak besar lah pokok dia tapi tak banyak pun limau nipis kitorang dapat sebab haritu Tok baru je kutip. Kitorang kat limau nipis pun kemain riuh suara sebab kait guna galah. Sorang tolong pegang ranting pokok, sorang lagi tolong potong tangkai guna galah. Pastu dapat pakej kena gigit dengan kerengga. Demmmm. 


Sebakul ni pun tak penuh, itupun ada yang kitorang kutip dekat tanah. Tok kata dia nak makan air asam sebab tu dia nak kutip limau nipis. Masa beli daun palas tu Tokwan ada beli daging sekali. Lepastu dah singgah belakang, kutip lah sekali daun putat. 







Bila tengok kawasan kebun tebu dekat belakang rumah Tok ni baru perasan yang kawasan belakang ni luas teruk. Dulu sebelum tanam tebu, Tokwan tanam padi tapi tak tahu lah kenapa dia buang. Malas nak jaga kot. Tengok banyak pokok buah ni rasa nak balik masa raya Haji sebab masa tu dah banyak buah matang. Nak makan durian, manggis dengan cempedak. Aaaaaa sedapnya makan cempedak goreng fresh! 

Anyway, settle entry bulan puasa, lepasni update entry beraya pulak. Tengok ramai yang update entry bulan puasa dengan raya, kita pun nak share pengalaman berpuasa dan beraya dekat kampung macam mana. 

Ramadhan 2024 | Balik Kampung

Dari tahun lepas lagi kitorang dah plan nak balik beraya dekat kampung sebab dah 6 tahun tak balik beraya dekat sana. Sebelum ni sebab covid lepastu tak ada transport pulak. Nak sewa kereta pun kena booking awal. Rezeki lah tahun ni dapat balik kampung sebab adik-adik dah ada kereta masing-masing. 

Sebelum puasa haritu highway baru menghala ke belah utara dah siap, highway WCE dah siap sepenuhnya. Tengok dekat Waze pun ambil masa 3 jam lebih dari Sabak Bernam menghala ke Baling, Kedah jadi pilih highway ni lah sebab tak nak stuck dekat Menora. Kitorang balik hari Ahad sebab dah tahu dah Isnin mesti sesak punya bila Kerajaan umum tol percuma untuk 8 hingga 9 April. 


Nak jadi cerita, masa kitorang nak topup Touch N Go dekat Sabak Bernam tu system fail so terpaksa lah topup dekat perhentian pertama. Nak topup RM30 tapi I bagi RM50 sekeping. Mesin pulangkan balik RM20 dalam syiling. Dah la banyak syiling dua puluh sen dia bagi. Sabo je lah. 


Kalau guna highway PLUS ada banyak gunung dengan air terjun, dekat highway WCE pulak banyak sungai dengan laut sepanjang Sabak Bernam sampai ke Teluk Intan. Lepas dari kawasan tu dah banyak ladang kelapa sawit dengan gunung batu. Bosan jugak lah guna highway WCE ni tapi masa balik tu bulan puasa jadi tak terasa lah nak pergi tandas atau beli makanan ke apa. 

Me: Ni banjaran apa eh?
Chaq: Entah. Banjaran Titiwangsa kot
Me: Ye ke? Banjaran Titiwangsa bukan dekat Pahang ke?
Chaq: Aikkk habis tu? Banjaran Tahan?
Me: Hmmmm entahhhh
Farah: Eh banyaknya gunung dekat sini
Me: Ha'ah tadi lagi banyak, masa Farah tidur tu. Ada air terjun dekat gunung tu. 
Chaq: Ada gajah jugak tadi. 
Me: Ha'ah nampak tu cermin kereta basah sebab gajah tu sembur air dekat kereta.
Farah: Alaaaaaa kenapa tak kejut Farah?!
Me: Malas lah, Farah tidoq lena sangat tadi. 
Farah: Alaaaaa

Menangis lah bila exit highway kena masuk Selama. Dekat situ jalan berliku teruk, sampai adik pun pening kepala masa drive. Jauh la jugak dalam 80km nak kena hadap jalan macam tu. Jarak dia macam pendek je tapi bila berliku sangat terpaksa lah drive slow je. Dekat sini pun ladang kelapa sawit jugak lepastu jalan pun sempit. Tengok jalan macam tu dah set taknak lalu highway WCE dah lepas ni. Sanggup lagi lalu Menora dengan cerun dekat sempadan Gerik-Baling tu. 


Terasa lama betul bila lalu jalan kampung tapi bila dah jumpa signboard tunjuk arah Baling dah seronok dah sebab nak sampai destinasi dituju. Masuk Kuala Pegang tu dah melebar senyum. Lalu kampung Lanai andddd sampai!

Gerak jam 8 pagi, sampai dalam 12.30 tengahari, lebih kurang 4 jam lebih lah perjalanan itupun sebab ada berhenti pergi topup dengan toilet. 


Masa sampai ni tengah nampak Tokwan tengah raut tebu untuk jual petangnya. Lepas 6 tahun tak balik, Tokwan nampak susut banyak sangat. Tok pun berjalan pakai tongkat dah. Lama jugak peluk sebab dah lama tak balik. Syukur rezeki dapat balik beraya dekat kampung tahun ni. 

Settle unload barang dari kereta, kitorang pergi melawat kawasan sebab dekat rumah Tokwan dengan Tok ni ada banyak pokok buah. Pokok manggis dah berbuah tapi tak besar lagi. 



Depan pokok manggis ada pokok petai tinggi melayup dekat atas atap rumah. Dulu Tokwan selalu lah panjat naik ambil petai tapi sebab sekarang dah tak larat memang biar je. Masa balik ni ada dua papan petai dah nak masak. Sayang tapi tak berani nak panjat naik. Pokok rambutan dengan rambai pun dah mula berbuah tapi belum besar lagi. Putik buah durian pun dah keluar. 


Pergi kawasan belakang rumah nampak pokok macang dah penuh dengan buah. Pokok pelam dengan kelapa pun sama. Dekat dengan kebun tebu ni ada pokok putat merimbun dekat pagar. Seronok lah tengok sebab berbuka puasa nanti boleh makan ulam cicah sambal belacan. Sedappppp!



Testing ootd raya dekat kebun tebu....



Sekejap je kitorang melawat kawasan petik mana yang patut lepastu masuk rumah tidur. Belah petang tu adik tolong Tokwan ikat tebu untuk mesin dekat gerai tepi jalan. Alang-alang dah tak ada apa nak buat, baik ambil pengalaman dan kenangan tolong Tokwan meniaga air tebu. 


Selalunya kalau kitorang balik memang Tokwan akan mesin tebu untuk anak cucu dia jugak. Air tebu Tokwan memang pekat lah, tak macam orang lain meniaga. Nak minum air tebu piau memang minum Tokwan punya ja sebab tak campur air pun. Satu plastik besar pun dia jual RM3 je. Kalau dekat Subang dah RM8 itupun ceroi. Kalau nasib malang dapat yang masam hshshs

Ramadhan 2024 | Program Raya Astro 2024

Tahun ni dapat jemputan ke Program Raya Astro sama macam tahun lepas. Bezanya tahun ni pengumuman buat lebih awal jadi senang lah untuk minta half day tapi I tak apply sebab nak gerak lepas office hour. Tapi silap besar buat macam tu sebab jam 4 dah sesak teruk. Grab pun tak ada sebab semua stuck dalam jam gara-gara hujan. Menyesal lah sebab tak dapat interview ramai artis dan join Q&A session untuk program-program raya Astro untuk tahun 2024. 


Venue masih lagi sama macam tahun lepas, di Le Meridien Petaling Jaya. Sebelum ke Ballroom, ada press conference di Tingkat 3. Masa registration pun dapat meja sama macam tahun lepas tapi okay je lah sebab dekat dengan makanan. Sebelum berbuka tak payah bergerak jauh untuk ambil menu yang kita nak. 




Masa nak ambil makanan ni adik I hampir belanggar dengan Dina Nadzir sebab meja kitorang dekat. Nasib lah tak accident, Dina pun chill je cakap it's okay its' okay. 



Menu wajib ambil - Kambing Golek. Tahun ni tak ada Sup tulang jadi kita makan ala kadar je. Lasagna dekat sini sedap. Mi kari pun sama. Tak lama pun makan sebab rushing pergi solat Maghrib lepastu datang balik untuk join interview artis lain. I sempat join Naim Daniel dengan Zul Ariffin je sebab dah ramai artis lain nak balik. 





Toleh sebelah nampak Blimey terus ajak bergambar sekali tapi lupa nak tanya diorang pergi konsert TREASURE jugak tak tahun ni. A bit shy shy cat nak sembang Korea dengan Blimey sampai annyeong pun tak tersebut. 


Jalan depan sikit ternampak Shila Amzah dengan Ubai tengah bergambar dengan wartawan. At first tak sempat nak bergambar dengan Shila sebab lepas bergambar dekat sini terus diorang bergerak ke kawasan escalator. Sedih lah sebab nak jumpa Shila rupanya diorang u-turn masuk dewan balik. 


Terus panggil Shila ajak bergambar. I tak menyembang banyak pun dengan Shila sebab dia tengah sarat, takut dia penat berdiri. Masa nak bergambar tu terjoin sekali drama suami isteri ni. 


Shila: Betulkan la rambut u terkeluar dari songkok tu


Dah segak balik Ubai hshshs

Ingatkan Ubai ni sejenis extrovert, tak segan berjumpa orang sebab dia content creator rupanya dia sejenis shy shy cat jugak. Masa Shila bergambar dengan media pun dia tunggu belakang sebab tak biasa tengok kamera banyak sangat. 



Duta untuk Program Raya Astro 2024 ramai tahun ni. Tahun lepas Nadhir Nasar dengan Qasrina je tapi tahun ni ada Hun Haqeem, Mierul Aiman, Merqeen dan Erysha. Handsome teruk Hun Haqeem dekat event ni. Tahun lepas dah bergambar dengan dia, tahun ni pun nak lagi. 




Dah habis bergambar dekat luar, kitorang masuk dalam balik sebab nak jumpa Mierul Aiman. Tahun lepas tak sempat jumpa dia pun sebab busy nau lepas berbuka. Tahun ni dia jadi duta so kena layan sampai tetamu balik. Itupun masa kitorang nak ajak bergambar, lama nau dia berborak dengan Merqeen. 


Tahun ni tak ramai pun artis atau selebriti yang datang Program Raya Astro ni. Kalau datang pun ramai yang dah balik. Masa dekat majlis ni nampak Faizal Hussein, Noreen, Amir Ahnaf, Hael Husaini tapi tak sempat approach pun. Tahun ni ramai content creator sebab jarak dekat dengan Gempak Most Wanted Award tapi tak kenal so segan nak tegur. 

Tahun depan kalau dapat jemputan lagi kena datang awal supaya tak rushing macam tahun ni. Menyesal teruk buat plan cenggitu. Anyway, I had fun dekat sini. Thanks Astro.