Review Movie : Wanita Terindah

Monday 4 December 2017

Image result for Wanita Terindah

Director : Joon Goh
Cast : Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Samantha James, Ridzuan Hashim, Abu Bakar Juah
Genre : Drama
Trailer :


At first nak tengok telefilem ni sebab #Fattzura je & had no expectation at all. Tengok santai je lah. Sambil buat kerja sambil tengok. But storyline dia quite nice lah walaupun simple je.

Telefilem ni mengisahkan tentang Fahim (Fattah Amin) yang bekerja sebagai photographer tapi disebabkan perangai baran dia tu, boss dia nak pecat sebab dah terlampau banyak sangat aduan & saman datang sebab perangai Fahim. Tapi Reena (Sarah Hildebrand), anak bos suggest supaya Fahim berkerja dengan department dia, Fashion & Lifestyle section sebab Fahim tak payah deal dengan orang luar, cuma involve dengan model je tapi jadi hal jugak bila model tu ex Fahim, si Melissa (Samantha James). Selain masalah tempat kerja, dekat rumah Fahim kena hadap pulak dengan perangai Fikri, anak angkat ibu dia yang sakit leukemia. Tiap bulan Fikri perlukan RM3000 untuk rawatan kimo. Dengan bantuan Nuryn (Fazura), kawan tempat kerja Fahim, slowly masalah dia banyak dapat diselesaikan & diorang cari siapa sebenarnya Fikri, kenapa ibu Fahim beria sangat ambil Fikri sebagai anak angkat.

I just nak puji Fattah Amin je sebab lakonan dia makin improve dalam telefilem ni, kalau sebab Fazura well she deserves all praises and credits sebab berbeza sangat lakonan dia dalam Suri Hati Mr Pilot dengan Wanita Terindah. Actually dalam drama Hero Seorang Cinderella pun dah nampak improvement dia but this one I cried scene dekat hospital tu. Emotion dia sampai. I swear its not because of #Fattzura! But I warn you, lakonan Fattah ada improvement bukannya capai tahap excellent. Ada beza.

Image result for wanita terindah

First time tengok Samantha James berlakon, sebelum ni tak tahu pun dia tu pelakon. Yang bestnya dia berlakon jadi orang Melayu menjadi pulak tu padahal dia lots of mixxxxxxxssss. Sama lah dengan Sarah pun, model kacukan American-German. Dengar diorang bercakap takde pun macam pelat accent pelik macam lidah Serani, Pakistan and lots of mixxsss. K k k dah boleh stop dah. 

Bab chemistry, we all know #Fattzura have that sparks. Tapi scene Fattzura tak banyak sangat pun dalam ni. Telefilem ni lebih kepada Fahim sebenarnya. Yang lain tu cuma watak sampingan yang hadir dalam hidup dia je. Mungkin sebab tu kot tajuk dia Wanita Terindah, nak tengok watak mana dalam hidup Fahim yang boleh capai title tu. 

Bab visual and audio, WT memang cun dah. Lagu Wanita Terakhir ada olahan sikit dalam telefilem ni untuk disesuaikan dengan cerita kot but still enjoy lah sebab both songs are my fav, By both, I mean Wanita Terakhir dengan 1234U. 

All in all, memang berbaloi lah tengok Wanita Terindah ni since telefilem ni santai je, pasal kekeluargaan and lakonan memasing pun bagus. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Ada request suruh buat movie review Adiwiraku tapi tak sempat lagi tengok. Lagi satu movie Pengabdi Setan but I'm too scared to watch it T.T

5 comments

  1. not a fan of fattah amin n fazura hahah. so i dun think im gonna watch this. hehe

    ReplyDelete
  2. Hana dah tengok kat astro first! :) kisah dia lebih kepada kekeluargaan.So alhamdulillah,tak ada lah kena jelingan maut oleh Mrs.Mama

    ReplyDelete
  3. Macam okay je cerita ni kalau dapat layan 😁

    ReplyDelete
  4. Nak beli lah dkt astro. Tq for the nice review. Jd xsabar nk tgk pula.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.