Kedai Makan

Friday 24 February 2017

Dari zaman belajar membawak ke zaman kerja memang suka beno la makan dekat kedai. Tak suka pun actually tapi tak sempat nak masak lah. Tak sempat = Malas.

Malas bukan apa. Kita makan bila kita nak makan. Kalau bawak bekal pergi kelas/office sah2 la makanan tu berpeluh. Dari kecik sampai sekarang geli tengok makanan berpeluh. Urggghh



Tu belum masuk kau pergi beli barang dapur dah siap menu dalam kepala dalam kepala then balik rumah end up masak benda lain. It happens. Always. T.T

So untuk elakkan pembaziran masa dan tenaga, kan senang pergi kedai je. Tapi tu lah pergi kedai ni kadang menyampah jugak. Bila dah jumpa port chantek baekkk punya memang jadi loyal customer lah.

Tapi kalau tak jumpa kedai yang cun, mesti jumpa yang tak cun dulu and most likely they're like these :

1. Makanan Banyak Sampah.
Pesen yang jenis food hunting ni rajin la dia nak clearkan semua sampah. Kalau yang malas, memang idok le. By food hunting I mean memburu segala jenis bawang, daun kesum, halia, serai, bawang putih bla bla bla. Tu satu hal. Satu hal lagi bila isi entah berapa ciput je sampah je lebih. Bayar mahal pulak tu. Damn.

2. Menu Je Gah.
'Kak, saya nak kuey tiaw goreng. Yang pedas eh.'
'Takde.'
'Nasi goreng ayam'
'Takde'
'Nasi putih tomyam?'
'Takde'
'Hmmm bihun sup?'
'Takde.'
'Habis tu apa je yang ada?!'
'Semua dalam menu ni la'



3. Tandas Kotor
Pergi kedai makan takde tandas tu dah tak syok dah tapi kalau yang ada tandas tapi perghhh kotor nokharommmm. Pernah sekali tu masuk tandas dinding berlubang. Bila usha lubang direct pergi dapur. Cancel.

4. Waiter Gigih
Kalau pergi kedai makan haruslah mintak menu. Tapi tu lah waiter ni, dia tak faham kita ni ada konflik dalaman. Dia ingat senang gamaknya nak buat keputusan nak makan apa. Nak makan mana pun nokharom lama kena fikir baru boleh buat decision. Orang baru duduk usha menu dia dah buat muka panas kena tunggu lama nak ambik order. T.T

5. Perasan Masterchef
Kedai makan ni makin lama makin bersepah dekat muka bumi ni. Serious talk. Tapi yang tak tahannya bersepah yang perasan macam juara masterchef. Let say la dia masak nasi goreng bagi member sebelah makan. Member nak jaga hati member, dia kabo la sedap. Terus dibukaknya kedai makan sebab pujian member tadi. Harei betul.

6. Kedai Acah Laku
Kadang tu curious jugak nak try bila kedai tu ramai gila customer sampai kena beratur kalau nak makan situ. Nampak macam hebat. Rupanya tukang masak dia slow kemain. Patutlah. Dah lah slow tak sedap pulak tu. Lama nak tunggu lama jugak nak kasi habis.

Dah la sembang 6, kang sembang banyak orang suruh kita setup kedai makan sendiri pulak. Kita dah la malas lagi nak sembang setup. Gerak lu.

2 comments

  1. Haha... #6 tu paling best..
    Mmg tak tahan eh dgn tukang masak yang too slow...

    ReplyDelete
  2. Semua pernah rase tu --' high five !

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.