Lan's Burger, Subang Perdana

Sunday 16 December 2018

Minggu lepas saja try dinner dekat area Subang Perdana sebab tak pernah jejak kaki ke food court dekat sini. Selalunya tengok dari jauh je. Kali ni nak cuba sebab mana tahu ada yang best. Ni memang random je try tanpa tengok review ataupun suggestion dari sesiapa. 


Lepas dah tengok semua so kitorang decide nak makan dekat Lan's Burger sebab ternampak Roti John Cheese Leleh dia. Ada banyak lagi menu dekat sini tapi disebabkan roti john tu besar, so ambil satu menu je. Nanti tak habis siapa nak makan? 





For drinks, ordered Ais Milo Kepal dengan Iced Green Tea. Actually nak minum air botol kaca tapi diorang tak serve yang sejuk. Kalau nak sejuk kena ambil ais dengan gelas sendiri. Bukan malas tapi air botol kaca yang sejuk tu beza feel dia bila minum dengan minum dalam gelas. Siapa faham, faham lah. Ais Milo kepal dia not bad lah cuma banyak wei penat nak makan sampai habis. 


Lepas setengah jam, menu utama Roti John Cheese Leleh Ayam Kambing Daging sampai. Ha'ah lama kot nak siapkan menu ni. Kalau lapar jangan lah gigih order sebab terseksa zahir batin menunggu makanan sampai. 


Nampak kecik je dalam gambar tapi sebenarnya besar. Baru makan satu potong dah kenyang sampai surrender pastu tapau bawa balik. Menu ni menu combo so ada wedges dan fries. Menyesal jugak ambil combo sebab wedges dengan fries dah boleh buat kenyang. 

Banyak tak cheese dia? Hah nah close-up



Tak la meleleh macam dalam gambar even kewujudan cheese dia tak terasa sangat since minyak dia banyak sangat. Esoknya reheat untuk breakfast I tambah lagi cheese supaya meleleh. Daging dia okay lah banyak juga. Bila makan terasa lah semua daging cincang yang dia letak dekat dalam tu. 

Berbaloi tak RM18.90 tu? For me tak sebab tak lah sedap mana pun lagipun minyak dia buat tekak turn off sangat. For my tekak lah, tekak orang lain mesti okay je sebab beratur jugak yang order dekat sini. Kalau lepasni pergi pun I'll try menu lain sebab banyak lagi kan dekat dinding tu. 

14 comments

  1. Suka tengok banyak cheese, tapi kalau minyak pun banyak, tak jadi la.

    ReplyDelete
  2. Nampak banyak betul cheese dia tu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. menggodanya menu tuh, nampak chesee leleh2 tu alahai
    tp klu berminyak sgt... jd tak best lak kan...

    ReplyDelete
  5. Pergh harga.. Kalau minyak banyak memang boleh buat selera hilang..

    ReplyDelete
  6. Wow sedapnya.. Macam-macam menu makanan ada tu. Terliur pulak tgk ni

    ReplyDelete
  7. nampak macam sedap jee. alamak lama tak makan burger rasanya

    ReplyDelete
  8. Turn off juga nampak berminyak banyak tu, haha.

    ReplyDelete
  9. kombinati burger dan abc memang terbaik laa..

    ReplyDelete
  10. Boleh kemurungan tengok makanan ni. Hihihi

    ReplyDelete
  11. Wow..banyaknya cheese dia tapi kalau nak tunggu setengah jam tu rasa mau krem dulu perut :P

    ReplyDelete
  12. Laah Farhana tinggal kat Subang Perdana ke? Siqah kadang2 lalu sini juga nak ke rumah Mama Siqah, tak pernah singgah sini. Hihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.