Tomok Kekal Padu dan Hebat, Menggenggam Trofi Karaoke Superstar Minggu Kedua!

Wednesday 15 June 2022

Minggu kedua program realiti pertandingan nyanyian berkaraoke ‘Karaoke Superstar’ menunjukkan persaingan yang sengit antara dua selebriti dalam persembahan mereka. Dengan jumlah kemenangan sebanyak 3 kali daripada lima segmennya, penyanyi Tomok dan geng kelab peminatnya berjaya menjadi juara untuk minggu kedua, mengalahkan Adira Suhaimi yang mendapat jumlah kemenangan sebanyak 2 kali.

“Terima kasih kepada peminat saya. Saya rasa sudah nak dekat dua tahun saya tidak mempunyai show yang ada peminat, jadi terima kasih semua kerana datang,” kata Tomok sebagai penghargaan kepada peminatnya yang tetap menyokongnya setelah negara beralih ke fasa endemik.

Pengadilan kedua-dua selebriti untuk minggu kedua ini dilakukan oleh penyanyi legend dan juga juri tetap ‘Karaoke Superstar’ yang dikenali dengan komen-komen pedasnya, Mummy Mas Idayu dan disertai dengan pelakon dan penyanyi yang hebat, Zul Huzaimy.

Persaingan ini dimulakan dengan segmen pertamanya iaitu Superfans di mana wakil daripada geng peminat masing-masing membuat persembahan yang memukau untuk menang. Kemenangan pusingan pertama ini diberikan kepada peminat daripada geng kelab peminat Adira bernama Khairul Faiz dengan lagunya “Kesempatan Bagimu”. Persembahan Khairul yang juga merupakan seorang guru dan fasih berbahasa mandarin menarik perhatian Mummy Mas Idayu yang telah memberi komen yang mengejutkan dirinya sendiri.

“Saya pun tidak sangka. Ini merupakan kali pertama saya menyertai program sebesar ini dan mendapat pujian daripada juri yang memang sangat terkenal dalam Malaysia jadi saya memang bersyukur,” katanya selepas mendapat pujian daripada Mummy Mas Idayu.

Beralih ke segmen kedua yang dipanggi Karok Uji, persembahan Adira bersama wakil daripada kelab peminatnya sekali lagi berjaya meraih kemenangan dengan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ nyanyian Anita Sarawak. Kekurangan markah daripada persembahan Tomok bersama peminatnya dengan lagu ‘Kenanganku’ nyanyian Jeffry Din adalah oleh kerana kesalahan lupa lirik yang dilakukan oleh peminatnya secara tidak sengaja.

Pusingan ketiga iaitu Kuiz Karok Star menampilkan artis dan peminatnya yang perlu memilih jawapan paling tepat dalam kuiz-kuiz yang diberikan untuk menjadi pemenang dalam segmen ini. Geng kelab peminat Tomok akhirnya meraih kemenangan dalam pusingan ini dengan mendapat jumlah markah sebanyak 17 markah, mengalahkan geng kelab peminat Adira yang mendapat jumlah sebanyak 9 markah.

Tomok sekali lagi meraih satu markah tambahan dalam pusingan keempat yang dipanggil Mikrofon Misteri kerana dapat meneka persona selebriti rapatnya yang berada di sebalik tabir dengan betul. Ketepatan ini meletakkan markah yang seri kepada kedua-dua selebriti.

Penilaian terakhir pertandingan nyanyian ala berkaraoke antara mereka bergantung kepada persembahan mesh up mereka dalam segmen Messy Up Star, yang juga merupakan segmen penentuan juara pada minggu kedua ini. Lagu yang dinyanyikan oleh Tomok adalah ‘Ku Ada Kamu’, manakala Adira Suhaimi pula menyanyikan lagu ‘Bagaikan Bidadari’. Walaupun lambat mengumpul markah, Tomok berjaya memukau para juri dan penonton dengan persembahannya yang meletakkan dia sebagai pemenang segmen terakhir sekaligus menjadi juara untuk minggu kedua Karaoke Superstar. Pentas ini ditutup dengan persembahan Tomok dan Mikrofon Misterinya, Naqiu.

Siapakah yang akan bersaing bersama pada episod seterusnya? Nantikan episod ketiga program pertandingan berkaraoke ini di saluran Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Ahad, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Kecewa Dengan Servis Cuci Gambar Termurah

Tuesday 14 June 2022

Dah lama tak cuci gambar sampai dia punya lama tu nak mencecah 10 tahun dah. Tahun lepas nak cuci gambar tapi malas nak download gambar dari link google drive yang kawan bagi sebab banyak sangat. Tengah semangat nak download mula lah kerja datang melambak, tak pun laptop ambil masa nak loading. 

Lepas beberapa kali pergi ke IKEA baru perasan rumah macaam kosong tak banyak gambar. Dah jumpa frame untuk deko tapi gambar pulak tak ada so belek lah Instagram untuk cari servis cuci gambar. Jumpa lah acc cuci gambar termurah. Awal tu macam takut jugak tak cantik tapi sebab ramai yang guna service dia termasuklah kawan-kawan dekat IG, so terus berurusan dengan dia. 


Awal tu macam nak ambil pakej raya - RM35 untuk 100pcs tapi takut pulak dia print tak cantik so ambil pakej biasa je - RM20 untuk 50pcs gambar bersaiz 4R. Seller ni dah bagitahu no fussy buyer dan servis dia ambil masa selama 2 minggu hingga 3 minggu. I pun okay je lah sebab bukan jenis nak hadap benda tu je. 

Selalu seller ambil masa paling cepat lah dari estimation time dia tapi seller ni dia memang ambil yang paling hujung which is 3 minggu haha. Takpe lah, I okay je sebab yakin gambar cantik. Masa parcel tu sampai macam gerak jugak lah sebab dia letak dalam envelope lepastu pack semua gambar sekali. Masa nak buka salotep ungu tu susah jugak lah sebab tak ada space nak gunting. Dah tak memasal gambar paling atas ada calar tapi okay lah sebab tak ketara sangat. 

Lagi frust bila tengok gambar tak cantik sebab dia potong tak kemas. Ada gambar siap ada garisan putih. Bila belek lagi jadi geram pulak sebab ada gambar yang berkedut macam ni




Yang berkedut macam tu semua gambar I pulak tu, entah dengki apa entah. Nak kata I dok whatsapp tanya bila nak siap tu takde pulak. Memang tak kacau langsung tapi tak cantik pun hasilnya. Kalau bagitahu seller pun, dia nak refund berapa sen lah sangat. Yang pastinya lepas ni memang tak guna dah servis dia. Nak marah sangat pun tak boleh sebab murah kan, so faham je lah level dia takat mana je. 


I tak tahu kenapa gambar dia jadi kelabu sebab kalau nak kata gambar I bad quality, gambar DK tu pakai camera high reso kot tapi nampak gak kelabu. Anyway, I happy dah ada gambar DK dengan Treasure yang besar gedabak dekat office. Rasa macam nak alih stationery storage ni untuk letak gambar lain sebab CPU ni kecil je. Tak banyak space sangat hihu

Beli Photocard Hyunsuk di Pasar Treasure

Setiap minggu mesti pasar Treasure akan trending dekat Twitter maknanya kena pergi menjengah lah kalau ada photocard ataupun merchandise baru. Kadang bukan yang baru pun tapi sebab certain seller nak let go collection dia. 

Mungkin sebab dia dapat double photocard masa beli merchandise lain dari YG Entertainment ataupun dah bertukar bias. Bertukar bias tu perkara normal lah dalam fandom. Masa promo suka tengok Haruto sebab dia terpaling kacak tapi bila layan Treasure Map suka Hyunsuk pulak sebab personaliti dan interest dia match dengan kita. Esok lusa suka Jihoon pulak. Ada 12 orang kan, boleh lah bertukar bias setiap bulan dalam setahun. Tak ada masalah. 


Masa menjengah ke pasar Treasure tu ternampak photocard Hyunsuk. Selalunya photocard Hyunsuk melonjak harga sampai RM50 ke atas sebab demand tinggi. Tapi kebetulan seller ni jual murah je, RM15 tak silap. Haaa memang sambar lah sebab comel. Dah membeli tu takkan lah nak beli satu je sebab harga postage kan mahal so kita tambah lah poskad Asahi, Haruto dengan Jeongwoo sebab tak ada lagi dalam koleksi. 


Selalunya kalau beli photocard ni seller akan bagitahu awal-awal no fussy buyer ataupun no rushing sebab kebanyakan Teume ni college students. Weekend je ada masa nak berurusan untuk pos atau jual beli item ni. I pun jenis tak menggelupur, hari ni book, hari ni nak so rules dia tu easy to follow lah. 

Masa sampai semalam dah happy dah bila tengok sweet notes dari seller. Comel betul dia wrap semua item yang I beli. Doodles dia pun cantik. Punya lah baik seller ni sampai bagi freebies - satu polaroid Treasure dengan jajan. 


Berbaloi lah beli poskad tu sebab besar, seler pun wrap setiap item dalam case dengan plastik supaya tak tercalar. Lepas ni kalau @softyjaehyuk jual lagi, memang I akan beli dengan dia lah. Mudah sangat berurusan dengan dia. 

Lirik Lagu | Sama Seperti Dulu - Hael Husaini

Monday 13 June 2022


Lagu balada karya terbaru Hael mungkin tak lah menyengat macam single Hari Ini, Haram, Hujan dan yang lain tapi chorus dia melekat juga lah dalam kepala. Lirik lagu dia simple dan berulang tanpa high note pun kecuali pada bahagian chorus sebelum outro tu untuk tambahkan mood dramatik. 

Suka tengok music video lagu Sama Seperti Dulu. Chemistry dia dengan Amelia antara kekuatan utama selain visual yang menggunakan filter vintage dan berkonsepkan aesthetic. Hael kata senang sangat nak bekerja dengan Amelia masa shooting music video ni. Amelia pun have fun, tak rasa macam tengah bekerja pun so no wonder lah music video dia terhasil cantik sebab cast masing-masing selesa dengan watak masing-masing. 


LIRIK LAGU SAMA SEPERTI DULU

Penyanyi: Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Iqie Hugh
Lirik: Hael Husaini
Studio: Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.


(Verse 1)
Pernah tak jauh berfikir
Berarah tak tahu mana
Yang benar ataupun salah

Mungkin kita terlalu muda
Bersama melawan dunia
Bodohnya

(Pre-Chorus)
Dan kini engkau tahu
Tiada yang lebih mengerti lelah mu
Selain diriku

(Chorus)
Temani diri mu
Selagi ku mampu
Temani mu sampai ke hujung waktu
Temani diri mu
Hingga kelabu mata ku

Tetap aku kan setia bersama mu
Masih ku cinta kau sama seperti dulu

(Verse2)
Sayang seharus kau tahu
Tak salah merasa salah
Kita manusia

(Bridge)
Temani, temani temani mu
Temani, selamanya

 

Khamis lepas ajak family pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 sebab tengah cuti sekolah so kalau pergi weekdays tak lah ramai sangat orang. Dari rumah naik MRT tukar tren LRT dekat stesen Pasar Seni lepastu tukar lagi dekat Kelana Jaya line lepastu berjalan kaki dari stesen PWTC sampai lah ke PWTC. 


Jauh ye berjalan untuk datang ke PBAKL ni sampai rasa nak patah balik rumah je. Masa pergi tu tak lah ramai orang, even ada yang dah menghala balik ke rumah. Masa kitorang sampai tu baru pukul 12 tengahari takkan dah ada yang nak balik kot? Risau juga tak banyak yang best sebab yang dah bergerak balik tu beli sikit je. Kitorang bawak bagpack sebab nak memborong. Ramai juga yang bawa luggage masa tu. 

Bila sampai dekat pesta buku memang ramai sangat orang walaupun hari bekerja sebab tengah cuti sekolah lepastu buat comeback lepas 2 tahun, memang sakan lah orang serbu. 


Nak makan pun susah sebab ramai sangat. Penganjur sediakan ruang untuk makan pun kecil je. Kalau main teka je, ada lah dalam 5,000 yang datang tapi meja disediakan ada 20 buah meja saja, mana nak cukup ye dak? Haruslah makan bersila dekat lantai. Kitorang bersila dekat belah dalam lah sebab sejuk sikit. 


Tandas dekat PWTC ni tak best sebab tak ada hand bidet lepastu bila ramai yang guna haruslah bersepah najis di lantai. Horror. Lama juga kitorang spent time dekat tingkat 1 sebab my mom nak jumpa penceramah favorite dia lepastu adik pulak nak borong komik baru dekat Gempak Starz. 


Sementara tunggu urusan diorang sempat lah I dengar penerangan dari pegawai Kementerian Dalam Negeri sebab ada display beza naskhah Al-Quran yang dilarang terbitannya dengan yang dapat kelulusan KDN. Banyak juga lah benda belajar dekat situ. Dari tak tahu jadi tahu lepastu boleh buat aduan dekat KDN kalau nampak. Kadang tu kita selalu je nampak bahan terlarang yang orang selalu guna tapi kita tak tahu pun bahan tu melanggar undang-undang. 






Masa berjalan tu adik ternampak novel dengan cover page berkonsepkan minimalis. Style gak lah sebab tajuk dia unik, cover page pun unik. Seller tu kata novel dekat sini kalau habis tu habis lah. Tak ada dekat tempat lain dah. Tapi tu lah, tak ada pun novel dari publisher ni yang famous so kalau dia habis pun, siapa yang ambil peduli?

Me : Kenapa novel ni letak tajuk xxxx Sayap Jibril (I dah lupa apa tajuk penuh dia)
Seller : Itu simbolik lah kepada cerita ni
Me : Tapi siapa je pernah nampak sayap Jibril?

Dan seller tu berlalu pergi biarkan soalan tak berjawab sampailah ke saat korang baca entry ni. 




Dekat bahagian tepi ada Jualan Garaj ITBM dengan harga yang agak murah sebab kebanyakannya 5 buah buku RM20. Yang tak bestnya, tak banyak bahan bacaan menarik. Masa datang tu ada ceramah tengah berlangsung dekat pentas dalam dewan tu. Menarik juga la nak dengar sebab dia cerita pengalaman sebagai penterjemah. Tapi sebab datang dengar masa dah dekat tengah dah so agak lost lah apa dia sembang. 




Masa pergi ke booth Prolog Media, happy betul jumpa Kanvas 2.0 sebab I baru je habis baca novel Kanvas, malam Rabu tu. Kira cerita dia masih segar dalam kepala. Tak tahu langsung penulis Ayumi nak keluarkan sekuel kisah cinta Ed dengan Kara. 


Book cover novel Kanvas agak berseni tapi yang sekuel ni macam tak menarik sangat lepastu curious Ed ni lelaki ke perempuan? Jangan dia buat plot twist yang Ed ni perempuan pulak. Kalau tengok dekat cover tu ada dua orang perempuan dekat atas katil kan?


Dekat booth Prolog Media ni kebanyakannya novel karya penulisan Anna Lee je banyak. Even seller tu pun suggest I baca novel dia tapi sinopsis novel Anna Lee ni mostly tak kena dengan selera I sebab tu tak pandang haha. 


Sementara tunggu my mom solat dekat Surau Ar-Rahman Putra, kitorang bergerak ke tingkat 2 lepastu jumpa booth Dubook - Liar & Angkuh. Tak tahu pulak Syed Saddiq dah terbitkan buku untuk bagi tips jadi debater. Memandangkan I tak ada cita-cita ke arah tu jadi I ambil lah buku Membedah Wayang Gambar dekat shelf atas tu sebab niat datang ke PBAKL ni sebab nak cari buku tentang filem atau dunia seni. Nak perluaskan lagi ilmu bila buat review. Mesti korang bosan kalau sembang ikut ilmu yang cenggitu je 5, 6 tahun tak berubah hshs


Terkejut masa nak bayar tu bila seller kata buku tu harga RM35 tapi kalau tambah buku lain, dia jadi RM10. I macam hmm marketing sangat. So I ambik lah buku diskusi tentang P.Ramlee. 


Malas nak cetak semula ke tak laku?


Kecewa jugak lah booth FINAS tak ada buku yang dicari. FINAS kotttttt





Naik tingkat 3 meriah lah sebab ada booth Karangkraf lepastu ada para penulis sekali. Memandangkan dah lama tak baca buku Karangkraf, kitorang skip je lah booth ni. Lagipun ramai sangat orang dekat sini. 




Naik tingkat 4 ada booth PTS Media paling besar tapi booth yang dituju haruslah booth Kembara FIXI sebab nak cari novel Musketeers. Lepastu nampak novel Galat dengan Not A Monster terus sambar sebab sinopsis dia menarik. Lagipun blogger Kak Sha pernah update dekat blog dia bulan ni. Beli laju ye, nak baca entah bila hshshs


Dekat level ni pun sesak juga sebab ada Ustaz Adnin dekat booth Tarbiah Sentap. First time la jumpa depan mata, selama ni tengok dekat social media je. Ambik gambar curi cenggini je lah, kang kalau pergi bergambar dia tak masal kena tarbiah sekali


Dekat luar dewan ada ruang Rehat dan Baca untuk pengunjung PBAKL yang datang  lepastu ada sesi berbual tapi tengok dari jauh je lah. Kitorang lebih tertarik nak bergambar dekat photobooth PBAKL. Masa kitorang bergambar tu tak ada orang pun, bila dah posing tetiba ramai pulak nak bergambar jugak T.T


Layannnnn

Habis je bergambar terus turun dekat tingkat 1 sebab ada persembahan tarian untuk pengunjung. Terhibur betul tengok persembahan Nasi Ambeng sebab lagu dia menarik. Selama ni tahu lagu Nasi Padang je rupanya ada lagu Nasi Ambeng jugak. 




Sebelum balik kitorang menyinggah ke booth Karya Seni sebab adik I nak beli novel Dheos karya penulisan Anjell. Ada lagi satu novel dalam list tapi dah habis stok. Takpe lah, sebab dia nak Dheos dari awal lagi. Kalau Dheos tak ada dah satu hal kena pujuk T.T


Banyak juga buku dah habis stok especially dekat booth yang popular macam FIXI. Pelik jugak kenapa FIXI tak buka booth besar untuk PBAKL 2022 ni. Kalau ikutkan nak jumpa Kak Neddo hari Sabtu tapi malas lah nak merasa lagi pengalaman bersesak dengan orang. Tahun 2018 I dah jumpa dah Kak Neddo dengan Ikmal Amry so kita bagi can dekat orang lain pulak. 


Punya lah sesak dan panas dekat PBAKL tu sampaikan kena migraine. Tak tahu lah nak pergi lagi ke tak tahun depan sebab tak lah menarik sangat seleksi buku yang ada. Harga pun dah naik, promo pun tak banyak. Better beli dekat Shopee atau beli dari penulis je terus.