SURIA KLCC MEMPERSEMBAHKAN 'A MAJESTIC CHRISTMAS', MENAMPILKAN FESTIVE SKATING RINK YANG DIIKTIRAF OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Tuesday, 2 December 2025

SURIA KLCC MEMPERSEMBAHKAN 'A MAJESTIC CHRISTMAS' | Musim Penuh Magis, Menampilkan Pokok Krismas Bertingkat serta ‘Festive Skating Rink’ Pertama di Malaysia Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

Kuala Lumpur, 25 November 2025 – Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik negara menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk melangkah ke naratif percutian yang indah dengan tema ‘A Majestic Krismas’. Sambutan ini berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, mengubah pusat beli-belah ini menjadi sebuah alam fantasi perayaan yang menggabungkan hiasan Krismas yang menawan dengan pengalaman interaktif yang mempesonakan.

Keindahan Centre Court

Pengalaman magis Krismas bermula di Centre Court yang telah dihias indah untuk sambutan perayaan Krismas. Tumpuan utama adalah pokok Krismas bertingkat yang megah, dihiasi rapi dengan lampu dan aksesori perayaan. Pembeli-belah dijemput untuk menerokai dunia magis berona putih emas ini, diiringi oleh latar belakang lampu interaktif dan alunan melodi ceria.

Di bahagian tengah struktur ini terletaknya Mirror Room, sebuah bilik mengasyikkan yang menampilkan panel pantulan lantas mencipta ilusi visual penuh kilauan, sesuai untuk foto menarik dimuatnaik di media sosial. Mirror Room turut diserikan dengan haruman elegan daripada Lancôme, penaja utama sambutan Krismas tahun ini.

Melengkapkan lagi keindahan Centre Court ialah Interactive Music Box. Para pengunjung boleh memilih lagu klasik percutian kegemaran mereka daripada enam pilihan lagu, mencetuskan melodi ceria dan gemerlapan lampu yang diselaraskan serentak dengan lagu yang dipilih. Pengalaman ini disempurnakan dengan Festive Photobooth yang menawarkan foto bercetak dan digital secara percuma.

Pengiktirafan Rekod: The First Outdoor Skating Rink in Malaysia

Suria KLCC dengan bangganya memperkenalkan pengalaman pertama yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records; The First Outdoor Skating Rink in Malaysia.

Festive Skating Experience yang eksklusif ini mengelilingi pokok Krismas setinggi 80-kaki yang menakjubkan, menawarkan detik yang tidak dapat dilupakan dengan latar belakang pemandangan ikonik Menara Berkembar PETRONAS. Gelanggang ini dibuka setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025.

Ganjaran Eksklusif dan Aktiviti Menarik

Suria KLCC menawarkan program ganjaran menarik dari 22 November 2025 – 4 Januari 2026:

Tier 1 (Festive Skating Experience): Mereka yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu (1) resit akan menerima Pengalaman Festive Skating, eksklusif untuk 2 orang.

Tier 2 (Christmas Rewards): Mereka yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua (2) resit akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Suria KLCC bernilai RM100 serta Pengalaman Festive Skating, ekslusif untuk 2 orang.

Program-program menarik yang bakal memeriahkan suasana perayaan dipertingkatkan lagi dengan Santa Claus Meet & Greet yang akan berlangsung pada 25 November, hari Sabtu terpilih (29 November, 6, 13, 20 Disember), dan 25 Disember. Program kedua ialah Christmas Carolling dengan suara lunak penyanyi karol bersama lagu-lagu Krismas mengasyikkan. Dijadualkan pada 25 November, hari Ahad terpilih (30 November, 7, 14, 21 Disember) dan 25 Disember 2025.

Suria KLCC juga menyediakan aktiviti untuk semua pengunjung di mana mereka boleh menyertai Christmas Wreath Workshops pada 29 November, 6 Disember, 13 Disember, 20 Disember dan 25 Disember 2025 serta merakam kenangan di Festive Photobooth secara percuma. Gambar berlatarkan pokok krismas dihiasi bebola dan hiasan Krismas yang diambil boleh dimuat turun secara digital dan juga fizikal. 

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai destinasi ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat beli-belah – ini adalah tempat di mana kenangan dicipta dan pengalaman dikongsi. Tahun ini, tema ‘Majestic Krismas’ kami, yang diserlahkan oleh pokok Krismas yang menakjubkan dan First Outdoor Skating Rink in Malaysia, direka untuk memberikan pengalaman percutian bertaraf dunia yang tidak dapat dilupakan, yang membawa kegembiraan dan kebersamaan kepada semua pengunjung kami.”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Suria KLCC di laman rasmi dan akaun rasmi media sosial Suria KLCC www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA: PENGALAMAN KRISMAS YANG MAGIS

Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya menyambut keajaiban Krismas dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026. Centre Court Alamanda akan menampilkan hiasan perayaan yang indah dan megah, berpusatkan pokok Krismas bertingkat, di samping gerbang berlampu serta perhiasan bebola bercahaya di seluruh pusat beli-belah, mewujudkan suasana yang benar-benar mempesona.

Alamanda akan menganjurkan siri program percutian yang menghiburkan:

Persembahan Perayaan: Hujung minggu akan menampilkan persembahan tarian Krismas, balet kanak-kanak dan pertunjukan silap mata.

Santa’s Visit: Pada Hari Krismas (25 Disember), Santa akan menggembirakan kanak- kanak dengan menyambut keluarga dan mengagihkan gula-gula.

Bengkel Kreatif: Kanak-kanak yang mendaftar dalam program VIKids boleh menikmati sesi kraf dan seni percutian khusus, seperti menghias donat.

Pembeli-belah juga akan diberi ganjaran:

Ganjaran Tier 1: Pembeli-belah yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM30.

Ganjaran Tier 2 (High Spenders): Pembelanja tinggi yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menikmati Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM80.

Inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental: Selaras dengan inisiatif kesihatan mental Suria KLCC Group, Alamanda akan menjalankan jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10 setiap satu sepanjang kempen, dan semua hasil akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Alamanda Shopping Centre Mall, sila layari - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

MESRA MALL: KEMERIAHAN BERCUTI DAN KARNIVAL VIKIDS

Di Mesra Mall di Kemaman, Terengganu, sambutan Krismas akan diadakan dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025. Centre Court Mesra Mall akan menampilkan hiasan perayaan dengan keindahan pokok Krismas yang didekorasi karusel kuda.

Sepanjang kempen perayaan Krismas, Mesra Mall akan menganjurkan aktiviti yang menarik untuk para pengunjung:

Aktiviti Perayaan: Pembeli-belah boleh menyertai dua bengkel: Creative Succulent Workshop dan Snowflakes Workshop.

Karnival VIKids: Sambutan diteruskan dengan Karnival VIKids yang meriah, berlangsung dari 25 hingga 29 Disember, di mana kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam permainan bertema dan menebus hadiah.

Sorotan Program Ganjaran Pembeli-Belah di Mesra Mall:

500 pembeli-belah pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam maksimum dua resit boleh menebus 2-Tiered Dessert Display Rack eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Mesra Mall, sila layari  - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.