Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Sofia Iman, jenama yang sinonim dengan keanggunan abadi dan warisan budaya, membuat penampilan sulung yang mengagumkan di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 menerusi pertunjukan pembukaan rasmi hasil kolaborasi bersejarah bersama Suria KLCC pada Isnin, 4 Ogos. Bertemakan ‘Heritage Reimagined, Style Redefined’, pertunjukan ini memukau lebih 500 tetamu dengan koleksi yang meraikan kekayaan seni kraf Malaysia melalui perspektif moden.

Acara pembukaan ini diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh ternama termasuk Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Encik Andrew Tan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany. Ramai tetamu turut tampil anggun mengenakan busana berunsurkan songket dan batik, sejajar dengan tema acara yang menghargai warisan tekstil negara.








Menampilkan interpretasi unik dan menyentuh hati, visi Sofia Iman dizahirkan oleh lapan pereka tempatan terkemuka: ABU, Ashley @ Kapas, Atelier Prive Melson, FUZA by Fuzana Mokhtaza, Jimmy Lim, Jimmy Wong, TANGOO, dan Uzair Shoid. Koleksi ini merupakan penghormatan kepada para penenun songket mahir dari Terengganu, yang menghasilkan karya-karya eksklusif jenama tersebut. Dengan menggabungkan teknik tradisional dan potongan moden, pertunjukan ini bertujuan mengangkat songket sebagai pernyataan fesyen bertaraf global, melangkaui batas tradisi.


Francis Tan, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, memuji kolaborasi bermakna ini, “Kerjasama kami bersama Sofia Iman untuk KLFW 2025 mencerminkan komitmen kami dalam menyokong bakat tempatan dan mengetengahkan kekayaan budaya Malaysia. Melihat sebuah jenama yang memulakan perjalanan mereka bersama kami di sebuah ruang promosi kecil pada tahun 2008 kini berdiri gah sebagai pereka pembuka KLFW adalah satu detik yang sangat membanggakan. Ini adalah kisah kejayaan, kepercayaan dan cita-cita bersama.”

Beliau turut menekankan peranan Suria KLCC sebagai destinasi beli-belah berpengalaman ikonik Malaysia, “Menerusi ‘Suria KLCC presents Sofia Iman’, kami bukan sahaja meraikan fesyen, tetapi juga mengangkat warisan dan kreativiti Malaysia ke pentas dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Kolaborasi ini mengukuhkan misi kami untuk menjadi platform kepada pereka tempatan untuk menyerlah dan memperlihatkan keindahan serta inovasi dalam tradisi kita. Kami juga komited menyediakan ruang untuk kreativiti dan legasi mereka terus berkembang. Kami turut teruja menyambut pasangan pereka tersohor Rizman Ruzaini ke dalam keluarga Suria KLCC, dengan pembukaan butik mereka pada suku ketiga tahun 2025.”

Bagi jenama Sofia Iman, pemilihan sebagai pereka pembuka untuk pertunjukan pertama di KLFW merupakan satu penghormatan besar dan pengiktirafan terhadap misi mereka. “Pertunjukan ini adalah kemuncak kepada bertahun-tahun dedikasi, kreativiti dan kesetiaan kepada akar budaya kami,” kata Puan Faralina Binti Abdul Wahab, Pengasas Sofia Iman. “Kehadiran kami di Suria KLCC membuktikan bahawa pelanggan kini menghargai interpretasi moden songket yang boleh digayakan dalam kehidupan seharian. Koleksi ini adalah respons langsung terhadap permintaan tersebut, dan membuka tirai KLFW 2025 adalah peluang luar biasa untuk kami berkongsi kisah kami, menghormati para artisan, serta mengetengahkan hasil kraf Malaysia kepada khalayak yang lebih luas.”

Pertunjukan ini telah menetapkan nada inspirasi untuk minggu fesyen yang bakal menampilkan lebih 55 pereka dan jenama terkemuka tanah air, meraikan identiti dan inovasi Malaysia di pentas fesyen paling berprestij negara.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan www.suriaklcc.com.my  dan  www.facebook.com/SuriaKLCCMall


Suria KLCC baru-baru ini menutup tirai acara “Picnic in the Park” yang amat dinantikan; kini kembali dengan format baharu yang lebih meriah sebagai sebuah festival berskala penuh berlatarbelakangkan taman ikonik KLCC Park dan Esplanade KLCC.

Berlangsung dari 4 hingga 6 Julai, acara luar selama tiga hari ini menggabungkan keindahan menjamu selera secara al-fresco dan pengalaman gaya hidup tersendiri dalam suasana yang penuh warna dan interaktif. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, kempen tanda aras ini mencapai tahap baharu dengan dekorasi moden rustik, “Glam Bar” untuk sentuhan gaya festival, serta van retro combi yang berfungsi sebagai stesen snek dan lokasi bergambar Instagram-worthy.


Akses ke festival ini dikhaskan kepada pembeli Suria KLCC yang berbelanja RM3,000 dan ke atas dalam dua resit bertarikh antara 13 hingga 29 Jun. Setiap pembeli layak menerima penyertaan picnic eksklusif untuk empat orang, bersama baucar e-F&B bernilai RM80 untuk dinikmati semasa festival.

Dari jam 4 petang hingga 9 malam setiap hari, seramai 75 kumpulan diraikan dengan pengalaman unik yang sukar didapati di tempat lain, berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas dan pancuran Lake Symphony, dari waktu senja hingga malam.



Esplanade KLCC diubah suai menjadi lokasi festival terbuka yang mempesona, dihiasi kanopi lut sinar dan kehijauan semula jadi. Semasa pendaftaran, para tetamu menerima bakul picnic yang dikurasi khas dan kad panduan perjalanan. Pengalaman bermula di stesen Glam Bar dengan aktiviti solekan dan aksesori manik buatan tangan, diikuti dengan bar DIY minuman, sudut rasa kopi, photobooth cetakan tanpa had, dan pelbagai lagi.


Sementara itu, di KLCC Park, tetamu bersantai dalam suasana santai bertemakan bumi di bawah khemah tipi, sambil menyertai bengkel interaktif seperti peribadikan beg tote dan permainan belon gergasi. Hidangan enak disajikan oleh Imperial Chakri Palace, TGI Fridays, Sakana, All About Chew, Eight Ounce Coffee Co, dan Gong Cha. Tetamu juga menerima pelbagai ‘goodies’ daripada Toys “R” Us, Remax, Kiehl’s, MAC, dan HOKA.


Kemuncak festival adalah struktur macramé setinggi 10 kaki dan pentas persembahan di KLCC Park Hill, yang menampilkan persembahan secara langsung oleh Orkestra Filharmonik Malaysia, pemuzik dan kumpulan ‘buskers’. Setiap malam diakhiri dengan pemandangan menakjubkan Persembahan Air Pancut Lake Symphony sebagai penutup sempurna kepada pengalaman penuh magis.

Pelbagai lokasi bergambar seperti van combi vintaj, kerusi buaian rotan, dan struktur macramé yang menawan memastikan setiap tetamu pulang dengan kenangan bergambar yang penuh gaya dan sesuai untuk dikongsi di media sosial.



“Di Suria KLCC, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui aktiviti membeli-belah. ‘Picnic in the Park’ merupakan cara kami menghargai para pembeli dengan menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa: satu pengalaman yang dikurasi rapi di tengah-tengah kota,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila layari  www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall

BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI DALAM KEMPEN THE GOLDEN TICKET

Wednesday, 14 May 2025


BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI DALAM KEMPEN THE GOLDEN TICKET | 
Beli-belah di Suria KLCC dan berpeluang memenangi RM10,000!

Destinasi beli-belah ikonik Malaysia, Suria KLCC, membawa ganjaran kepada pembeli ke tahap yang lebih tinggi dengan kembalinya kempen yang dinanti nantikan; The Golden Ticket! Berlangsung dari 9 hingga 25 Mei, edisi keenam ini adalah yang paling menarik setakat ini, di mana seorang pembeli belah berpeluang memenangi RM10,000 dalam e-Baucar Beli-belah Suria KLCC setiap hari.







Menampilkan rupa baharu yang lebih memukau dan skala yang lebih besar, kempen tahun ini mengubah Centre Court menjadi taman permainan neon bersaiz sebenar yang diilhamkan daripada permainan klasik ’snakes and ladders’ – lengkap dengan panel bercahaya dan replika dadu gergasi. Para pembeli boleh menantikan empat peringkat tiket menarik: Golden Ticket, Ruby Ticket, Emerald Ticket, dan Purple Ticket.

Untuk menyertai, pembeli hanya perlu membelanjakan RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Setiap pembeli yang layak boleh melontar dadu gergasi dan melangkah ke papan interaktif bertema ’snakes and ladders’ untuk memenangi samada:

• Purple Ticket (e-Baucar bernilai RM50)
• Emerald Ticket (e-Baucar bernilai RM100)
• Ruby Ticket (e-Baucar bernilai RM5,000)
• Golden Ticket (e-Baucar bernilai RM10,000)

Jika Golden Ticket atau Ruby Ticket yang dimenangi, suasana akan berubah menjadi meriah dengan muzik perayaan dan lampu neon yang berkelipan untuk mencipta detik yang tidak dapat dilupakan.



Pembeli yang memenangi dua peringkat tiket teratas akan dipaparkan di Wall of Winners, di mana mereka boleh bergambar dengan replika tiket besar dan dadu, dan gambar serta video mereka akan dipaparkan pada skrin berputar di Centre Court.

Menambah keceriaan suasana adalah arcade photobooth serta claw machine dengan hadiah menarik, dan hidangan hujung minggu seperti gula-gula kapas dan neon glow sticks untuk pembeli dari semua peringkat umur.

"Kempen The Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh pelanggan setia kami. Untuk edisi tahun ini, pihak Suria KLCC benar-benar menggandakan kemeriahan ke tahap seterusnya, memastikan semua yang menyertai pulang dengan senyuman," ujar Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Bagi mereka yang mengikuti dalam talian, The Golden Ticket juga berlangsung dalam bentuk digital melalui platform media sosial Suria KLCC — dengan hadiah wang tunai tambahan menanti.

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA


Alamanda Putrajaya membawa kembali kempen The Golden Ticket untuk tahun kelima berturut-turut atas permintaan ramai. Bermula dari 23 Mei hingga 8 Jun, kempen di Alamanda juga mengangkat tema yang menyeronokkan yang diilhamkan daripada permainan ular dan tangga klasik.

Pentas Centre Court akan dihias dengan tema flora dan fauna, dipenuhi dengan animasi ’snakes and ladders’.

Pembeli yang berbelanja RM500 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih boleh melontar dadu berwarna enam untuk peluang memenangi e-Baucar Alamanda bernilai sehingga RM1,000. Sebanyak 50 hadiah disediakan setiap hari, dan setiap peserta dijamin memenangi sesuatu dalam bentuk e-Baucar Beli-belah Alamanda, iaitu:

• Golden Ticket (RM1,000)
• Yellow Ticket (RM500)
• Blue Ticket (RM50)

Tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya, menambah keterujaan setiap kali kunjungan. Setiap hari, seorang pembeli bertuah akan memenangi Golden Ticket dan diraikan dengan cahaya berkelip, muzik ceria, serta sesi foto segera dengan cek replika.

MESRA MALL

Di Pantai Timur, The Golden Ticket kembali ke Mesra Mall dari 9 hingga 25 Mei. Mengangkat tema serupa, pusat beli-belah di Terengganu ini menghidupkan nostalgia permainan zaman kanak-kanak dengan paparan ’snakes and ladders’ yang meriah di Centre Court.

Pembeli yang berbelanja RM300 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih boleh melontar replika dadu berwarna-warni untuk membuka kotak misteri dan berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai sehingga RM1,000. Sebanyak 51 peluang disediakan setiap hari, iaitu:

• Golden Ticket (RM1,000)
• Silver Ticket (RM500)
• Blue Ticket (RM30)

Pentas Centre Court menampilkan latar belakang ’snakes and ladders’, lengkap dengan hiasan yang menarik — sempurna untuk bergambar bagi pemenang bertuah dengan cek replika mereka.

Tiket yang tidak dituntut setiap hari akan dibawa ke hari berikutnya, meningkatkan peluang menang dengan setiap lawatan.

Untuk info lanjut dan terkini, layari:

ALAMI KEAJAIBAN MAGHRIBI SEMPENA HARI RAYA DI SURIA KLCC

Saturday, 15 March 2025

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik yang menawarkan pengalaman unik, mengundang pengunjung untuk menikmati sambutan Hari Raya yang spektakuler berinspirasikan keindahan Maghribi.

Dengan Hari Raya disambut pada 31 Mac dan 1 April, Suria KLCC memeriahkan suasana dengan perayaan selama sebulan dari 7 Mac hingga 13 April 2025.

Keindahan Istana Maghribi di Suria KLCC

Ruang Centre Court dihiasi dalam warna biru diraja dan emas berkilauan, menampilkan kubah tertutup yang dihiasi dengan unjuran interaktif yang menakjubkan. Tanglung Maghribi memancarkan corak cahaya yang mempesona, manakala lengkungan tradisional yang megah menghidupkan suasana halaman istana yang indah.

Di Esplanade KLCC, lengkungan Moorish yang besar berdiri megah dengan pencahayaan interaktif, menawarkan latar belakang yang menarik untuk merakam detik indah Hari Raya.

Irama Tradisional dan Persembahan Memukau

Melodi Maghribi yang memikat dan rentak muzik tradisional Melayu akan memenuhi udara melalui siri persembahan Tradisional Raya Tunes, menampilkan gitar Oud Arab dan gendang Maghribi. Pembeli-belah boleh menikmati persembahan ini di Centre Court pada 30 Mac dan pada hari kedua Hari Raya (1 April).

Menambah kemeriahan, ’A Raya Dance Spectacle’ akan menghidupkan Centre Court dengan tarian bertemakan Maghribi. Penari dalam kostum Maghribi yang menawan akan mempersembahkan tarian yang menggabungkan elemen budaya, keanggunan dan tradisi. Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan ini pada 23 dan 29 Mac serta hari pertama Hari Raya (31 Mac).

Bengkel Kreativiti Raya

Pengunjung boleh menyertai pelbagai bengkel kreatif bertemakan Hari Raya. ’Raya Coaster Workshop’ mengajak pembeli-belah mencipta alas cawan mozek berwarna-warni sebagai kenang-kenangan, manakala ’Raya Floral Workshop’ memberi peluang untuk menghasilkan hiasan bunga yang indah untuk menyemarakkan suasana perayaan.

Kemeriahan ‘Pesta Meriah Lain Macam Astro’

Menambah kegembiraan Syawal, ‘Pesta Meriah Lain Macam Astro’ akan berlangsung di Suria KLCC pada 15 dan 16 Mac di Centre Court, Aras Concourse, dari jam 3 petang hingga 6 petang.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama selebriti terkenal dari lineup Raya 2025 Astro, termasuk Wani Kayrie, Dinda Dania, Miss Alvy, Hael Husaini, Zizan Razak, Nadeera Zaini, Raes Ariffin, Bulan Asyraff, Shazreen Shaharum, Ramlah Ram, Asfan, dan Keka. 

Ganjaran Istimewa untuk Pembeli-Belah

Suria KLCC menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna dengan ganjaran eksklusif. Pembeli yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus akan menerima e-Baucar RM100 dan satu set Sampul Raya Suria KLCC. Mereka yang berbelanja RM10,000 dan ke atas akan menerima e-Baucar RM300, satu set Sampul Raya Suria KLCC, serta pemegang sampul mewah.

Lebih menarik lagi, pembeli yang membeli e-Baucar Beli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar tambahan bernilai RM100. Tawaran istimewa ini hanya untuk 50 pembeli pertama, dengan satu penebusan setiap pembeli.

Komitmen Suria KLCC terhadap Kesedaran Kesihatan Mental Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang terhadap kesedaran kesihatan mental, Suria KLCC menawarkan Bengkel Pembuatan Coaster Hari Raya khas kepada pembeli yang membeli ’Suria Ribbon Pin’ dengan harga RM10. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental.

“Sempena Hari Raya ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan satu sambutan yang bukan sahaja memukau dengan keindahannya tetapi juga menggalakkan perpaduan, kemurahan hati dan kegembiraan. Kami mengalu-alukan semua untuk bersama-sama meraikan musim penuh makna ini,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA

Dari 7 Mac hingga 6 April, Alamanda Putrajaya turut membawa tema Maghribi dalam rona biru diraja dan emas di Centre Court, menggabungkan elemen tradisional dan moden.

Pada hujung minggu dari 15 hingga 23 Mac, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab yang penuh warna-warni, diiringi muzik perayaan yang meriah. VIKids juga berpeluang menyertai ’Moroccan Glass Painting’ pada hari Sabtu dan Ahad dalam tempoh tersebut.

Pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit di kedai khusus akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca. Mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima ganjaran sama serta e-Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM50.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR, kanak-kanak dari rumah kebajikan YAYAKEM akan dijemput ke Alamanda pada 20 Mac untuk membeli Baju Raya, menikmati persembahan perayaan, menerima Duit Raya, dan berbuka puasa bersama media.

’Green Ribbon Pin’ turut dijual pada harga RM10 sepanjang kempen Hari Raya Alamanda bagi menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental oleh Kumpulan Suria KLCC, dengan hasil jualan disalurkan kepada NGO berkaitan.

MESRA MALL

Di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, kempen Hari Raya berlangsung dari 7 Mac hingga 8 April dengan dekorasi bertemakan Maghribi yang megah.

Pelbagai persembahan budaya dan bengkel kreatif menanti pengunjung. Persembahan muzik Gamelan dan tarian tradisional akan berlangsung pada tarikh terpilih sepanjang Mac. Pengunjung juga boleh menyertai Bengkel Anyaman Ketupat (14 Mac), Pembuatan Tanglung Raya (21 Mac), dan Kaligrafi Jawi (14 dan 21 Mac). Selain itu, Pertandingan Pakaian Tradisional (22 Mac) menggalakkan peserta mengenakan busana biru dan emas sempena Hari Raya.

Pembeli juga boleh menikmati pengalaman “Berbuka Puasa di Taman” di Courtyard dengan suasana piknik setelah membuat pembelian minimum dua tin minuman F&N dalam satu resit di Food Court.

Kemuncak perayaan adalah acara ‘Jalinan Mesra’ pada 13 Mac, di mana Mesra Mall akan meraikan pelajar pendidikan khas dari sekolah rendah terpilih melalui sesi berbuka puasa yang dianjurkan bersama Pejabat Pendidikan Daerah. Acara ini turut menampilkan persembahan Gamelan, bacaan Al-Quran, kumpulan Nasyid, dan pemberian pakaian Raya khas.

Sebagai ganjaran untuk pembeli, mereka yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di kedai khusus akan menerima set balang kuih eksklusif dan Sampul Raya.

Menekankan semangat memberi, penyewa utama Mesra Mall, TMC, akan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai pada 16 Mac, dengan 500 hidangan disediakan untuk dinikmati bersama komuniti setempat.

Untuk info lanjut dan terkini, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

**************************************

Mengenai Suria KLCC

Suria KLCC, destinasi membeli-belah pengalaman ikonik Kuala Lumpur, merangkumi intipati kecemerlangan runcit. Dengan slogan ‘Always Something New’, Suria KLCC menjemput pengunjung di kompleksnya seluas 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 360 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini.

Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan pemandangan kulinari yang meriah, menjemput tetamu untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan, destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua.

Suria KLCC mewujudkan suasana kecanggihan dan ketenangan, menggabungkan beli belah, makan dan bersantai dengan lancar. Ia berfungsi sebagai bukti pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda

Pusat Beli-belah Alamanda, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Dengan kira-kira 12 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.

Selain runcit, Alamanda juga merupakan pusat gaya hidup dan hiburan yang dinamik. Tarikan terbaru, Escape Putrajaya di Esplanade, adalah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, taman ini menawarkan pengalaman yang mengujakan dengan tarikan seperti Zip Coaster, Flying Lemur, Banana Flip, Slingshot, Coco Climb, dan banyak lagi. Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.

Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur dua tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.

Mengenai Mesra Mall

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA

Sunday, 19 January 2025

TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA | Hayati gabungan tradisi dan inovasi dalam sambutan meriah yang tiada tandingan!

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia melancarkan kempen Tahun Baru Cina 2025 yang menjanjikan pengalaman perayaan unik dan meriah dari 3 Januari hingga 9 Februari.

Dengan tema Taman Oriental Kontemporari, sambutan tahun ini menampilkan hiasan menakjubkan, ganjaran beli-belah, dan persembahan budaya yang mencerminkan semangat warisan dan tradisi.

Melangkah ke dalam Taman Oriental berwarna merah dan emas yang memukau di Centre Court, dihiasi motif halus potongan kertas Cina. Sorotan utama termasuk gerbang besar, pagoda Cina yang menarik, dan dua belas zodiak Cina.

Jambatan yang indah merentasi kolam digital koi interaktif, di mana pengunjung boleh memilih harapan mereka dan melihatnya dipaparkan dengan indah di kolam tersebut. Menambahkan suasana mempesona, ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’ tersergam megah di taman itu, melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua.

Di Esplanade KLCC, para pengunjung dapat melihat sebuah gerbang besar Cina yang megah disertai dengan menara yang mengagumkan. Struktur ini dihiasi dengan tanglung merah yang membawa tuah, mencipta pemandangan menyerupai terowong, sesuai untuk gambar perayaan yang sempurna.

Sepanjang tempoh kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan budaya dan aktiviti menarik, termasuk: 

Tarian Singa: Saksikan kehebatan tarian tradisional ini pada 19, 26 Januari, 2, 9 Februari, dan dua hari pertama Tahun Baru Cina (29, 30 Januari).

Persembahan Muzik Tradisional Cina: Persembahan oleh alat muzik tradisional seperti erhu dan guzheng pada 18, 25 Januari, serta Hari Pertama Tahun Baru Cina (29 Januari).

Bengkel Perhiasan Barang Kemas: Pengunjung boleh menyertai sesi pembuatan barang kemas dengan kerjasama Luna Jewellery pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baru Cina (29, 30 Januari), dengan aktiviti tambahan pada 19 dan 26 Januari.

Pembeli yang berbelanja RM2,500 atau lebih dalam dua resit layak menebus e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 dan sekotak Angpau Suria KLCC. Bagi pembelian RM10,000 ke atas, ganjaran adalah e-Baucar RM300 bersama set Angpau. Selain itu, pelanggan yang membeli e-Baucar bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar bonus RM100, sesuai sebagai ‘e-AngPow’ untuk yang tersayang. Bonus ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sepanjang kempen.

Selaras dengan komitmen Suria KLCC terhadap kesejahteraan komuniti, kempen tahun ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental. Pengunjung boleh membeli ‘Suria Ribbon Pin’ pada harga RM10, yang membolehkan mereka memilih ucapan bermakna untuk dipamer di ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’.

"Tema Taman Oriental Kontemporari kami tahun ini membawa sentuhan moden kepada nilai tradisi yang abadi. Kami juga berbesar hati menyokong kesedaran kesihatan mental melalui inisiatif ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’, membolehkan pembeli-belah menyumbang dengan bermakna sambil menikmati suasana perayaan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Pusat Beli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya turut mengetengahkan tema Taman Oriental Kontemporari sempena Tahun Baru Cina ini, dari 17 Januari hingga 2 Februari. Pengunjung akan terpesona dengan hiasan di Centre Court yang menampilkan struktur tradisional Cina seperti gerbang besar, jambatan, dan pagoda.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman, persembahan menarik seperti Tarian Singa Akrobatik di atas tiang, Tarian Pita Cina, dan persembahan Chinese Opera Mask-Changing akan menghiburkan pengunjung sepanjang tempoh tersebut.

Bagi pengunjung muda, program VIKids Alamanda menawarkan aktiviti budaya yang menyeronokkan sempena Tahun Baru Cina. Pada 25, 26, 29, dan 30 Januari, kanak-kanak boleh mencipta tanglung mereka sendiri di sesi Kraf Kertas Tanglung dan membawa pulang hasil karya mereka.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan Suria KLCC terhadap kesedaran kesihatan mental, jualan ‘Green Ribbon Pin’ akan diadakan sepanjang kempen. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental, dan pembeli ‘Green Ribbon Pin’ akan menerima buah limau mandarin sebagai tanda penghargaan.

Pengunjung juga berpeluang menikmati ganjaran melalui Program Ganjaran Pembeli. Berbelanja RM600 atau lebih dalam dua resit untuk menerima e-Baucar Alamanda bernilai RM30, atau RM1,500 untuk e-Baucar RM80.

Pusat Beli Belah Mesra Mall

Di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, kempen Tahun Baru Cina akan berlangsung dari 17 Januari hingga 6 Februari. Hiasan pusat beli-belah ini mengetengahkan palet warna merah monokrom yang menawan dengan motif potongan kertas Cina.


Pengunjung boleh menikmati persembahan memukau seperti Tarian Kipas, Tarian Singa tradisional, dan Persembahan Gendang yang bertenaga, menjanjikan sambutan penuh irama dan budaya.

Kempen ini juga menawarkan bengkel menarik untuk kanak-kanak, termasuk kaligrafi Cina, pembuatan tanglung kertas, dan seni potongan kertas. Selain itu, satu pertandingan mewarna akan diadakan dengan hadiah menarik menanti para pemenang.

Pembeli yang berbelanja RM350 atau lebih di mana-mana kedai khas layak untuk menebus beg tangan sulaman eksklusif berbentuk simpul.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall