😅: nak mai ka, ingatkan tak mau mai.
🤨: *bagi sticker mat sabu campak mic*
😅: hahaha buat sedih pulak. I segan nak invite ramai orang sebenaqnya sebab tera mana sangat kita ni masa chambering dulu ðŸ˜
🤨: okay, nanti I pi long call u!
Meanwhile Adzran:
🙇♂️: Assalamualaikum Kak Ana, maaf menganggu. Jika kelapangan, saya nak jemput datang pada 20 June 2025 (long call) di HCKL jam 10:30 am.
Since dah dapat undangan dari Adzran dan mencari undangan dari Adi, I plan nak car pool dengan Syida pergi KL Court. Ajak Aiesyah sekali untuk dia ambik bau long call.
Ain dah order bouquet ferrero rocher untuk Adi dengan Adzran dekat Whimsy Bloom so kitorang tinggal bawa je untuk bagi kepada 2 orang chambee yang kebetulan ditauliahkan dalam chamber yang sama, master yang sama, depan YA Amarjeet.
Masa sampai dekat parkir Mahkamah Tinggi KL, lama juga nak jumpa parkir kosong sebab ramai orang pagi tu. Bila dah jumpa, berjalan ke ruang legar, ternampak ada media dah standby dengan kamera.
Lepas selesai body check dekat pintu masuk, kitorang tunggu dekat port biasa sebab sesi Adi dengan Adzran tak habis lagi. Pelik lah juga sebab selalunya kalau gerak dari office pukul 10, by the time sampai Court tu dah settle dah sesi pertama sebab YA Amarjeet laju. Kali ni tak.
Untuk bagi laluan dekat orang lain bergambar di kawasan tangga tu, kitorang tunggu depan pintu kafeteria.
😮: Eh kak ana, tu kawan saya lah!😄: haaa pergi lah tegur dia aiesyah. Bila lagi nak jumpa dia.
😮: eiii segan lah, ramai orang ni
😄: eh pergilah kawan u kan, nak segan apa
*5 minit kemudian*
ðŸ˜: kak anaaaaa, dia tak kenal sayaaaa
🥴: allahuuu kesiannya. Patutlah kejap sangat kau jumpa
ðŸ˜: dia tanya saya siapa, saya cakap ni aiesyah tapi dia tak kenal gak
🥴: hahaha kesian gila. Dah la jom kita naik atas.
Kitorang decide nak naik atas pun sebab dekat bawah ramai gila orang. Boleh tahan bingit lah jugak. Tapi bila naik atas panas lah pulakkkk ðŸ˜
Masa dalam perjalanan ke BKK 3 tak silap, kitorang nampak Tan Sri Shafee Abdullah so maknanya media kat bawah tu tengah tunggu kes Najib lah. Nak tegur TSSA tapi takut padahal dia counsel untuk RRM jugak for few cases.
Lama jugak lah kitorang tunggu sesi pentauliahan selesai. Dah bermacam pose dah bergambar, bertukar port pun ye jugak. Bila tak tahan sangat panas dekat luar, menumpang sejuk air-cond dekat bilik saksi. Tapi tak lama pun sebab Syida dengan Hafizan berbalah pulak sama ada boleh stay ataupun tak dalam bilik Sakti. Syida kata boleh, Hafizan kata tak boleh.
Finally keluar jugak Adi dengan Adzran dari kamar mahkamah. Cepat-cepat lah kitorang bergambar dan greet family diorang sebab semua pun rushing nak bergambar. Masa tak ada banyak untuk stay lama sebab diorang nak pergi Solat Jumaat lagi.
Adzran flex business card baru dia sebagai lawyer Terengganu FC. Kalau ternampak dia dekat stadium, muka macam familiar kan, haaa tegur lah bekas intern dan chambering RRM ni.
Tak sure lah media akan interview anak lawyer pencil box ke tak tapi anak dia pun ditauliahkan dalam sesi yang sama dengan Adzran dan Adi. Sempat lah juga Adi menyembang dengan Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dekat luar.
Lepastu bergerak ke Wangsa Maju untuk serve documents. Kalau tahu sesi diorang lambat lagi nak habis, kitorang pergi serve document dulu sebab by the time kitorang sampai, pejabat dah kosong. Mungkin dah keluar lunch sebab hari Jumaat ada solat jumaat kan, so ada company yang rehat awal dan lama sikit dari hari lain.
Bila perut dah lapar, kitorang plan nak lunch dekat situ tapi macam sesak je, macam susah je nak park. Takut lepas dah habis makan, kereta tak ada sebab kena tarik. Fikir punya fikir rasa nak makan Old Town so kitorang waze menuju ke PJ Mall tapi bila dah sampai PJ, kitorang menuju ke Wartek Ara Damansara. Jangan lah tanya kenapa sebab I pun tak tahu.
I order Nasi Bebek, Aiesyah dengan Syida order Nasi Uduk. Berbaloi lah jugak tukar plan last minute sebab sedap. Habis makan dekat situ kitorang pergi beli Iced Matcha Latte dekat Slowork Cafe.
Masuk office balik fokus siapkan kerja yang tertunggak sebelum rest masa weekend nanti. Baru je angkat punggung, Aiesyah tanya nak tak maggi asam laksa? Dia boleh buatkan untuk I jugak.
Sambil siapkan kerja sambil tengok perangai boss kecik yang tak boleh terima kenyataan mata dia dah rabun. Dia pinjam spek sebab nak buktikan perbezaan mata dia tanpa kacamata dan bila pakai kacamata. Berbeza lah cerita dia sebab dunia nampak jelas, terang dan nyata padahal power spek I around 150. Tak tinggi pun sebab I sejenis yang silau.
Sebab ada yang sudi nak buatkan, kita angguk je lah. Bukan selalu dapat offer dari Gen Z kan? Thanks Aiesyahhhh!
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.