LEBIH HANGAT, FRESH DAN TRENDING! INILAH KATEGORI BAHARU ANUGERAH MELODI TERHANGAT!

Monday, 7 July 2025

Selepas hampir satu dekad menyepi, Anugerah Melodi kembali dengan wajah dan semangat baharu menerusi Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025). Tidak seperti anugerah hiburan biasa, AMT 2025 meraikan bukan sahaja populariti, tetapi juga pengaruh sebenar dalam dunia digital dan sosial. 

Dengan kategori yang lebih segar dan relevan, AMT 2025 mencerminkan perubahan landskap hiburan masa kini yang ditentukan sepenuhnya oleh suara dan sentimen rakyat. Dengan 100% undian awam melalui Tonton, kuasa sebenar kini di tangan peminat.

Mengangkat tagline ‘Hangat Bukan Beshe-Beshe’, AMT 2025 mempersembahkan rangkaian kategori anugerah yang lebih relevan dan trending, cerminan sebenar dunia hiburan moden masa kini, antaranya:

Senarai Kategori Utama & Kriteria:

Selebriti Drama Sangat Terhangat

Dianugerahkan kepada pelakon dari drama dengan rating tertinggi, dinilai berdasarkan mutu lakonan dan impak tular di media sosial, tidak semestinya watak utama.

Tonton Original Terhangat

Tonton Original Series atau Movies yang disiarkan antara Januari 2024 hingga Jun 2025 dan mencetus impak positif melalui jumlah tontonan serta perbualan di media sosial. Penilaian merangkumi pengarahan, jalan cerita, pemilihan pelakon dan nilai keseluruhan karya.

Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai oleh Samsung Galaxy

Selebriti berpengaruh yang memberi impak positif kepada industri hiburan, memiliki pencapaian tersendiri dan imej yang kukuh, meskipun pernah terpalit kontroversi, namun mengendalikannya dengan penuh profesionalisme.

Selebriti Couple Goals Terhangat

Pasangan selebriti yang mencuri perhatian ramai dan mencetus fenomena tular menerusi kisah cinta atau kehidupan peribadi yang menjadi bualan hangat.

Selebriti Maskulin Terhangat

Selebriti lelaki berpenampilan maskulin yang kekal relevan dalam industri, serta sering menjadi pilihan penerbit untuk membintangi drama dan program hiburan

Selebriti Feminin Terhangat

Selebriti wanita yang mengekalkan penampilan menawan serta bijak menangani kontroversi dengan kematangan dan profesionalisme.

Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat

Penyanyi yang aktif dan konsisten menghasilkan karya muzik baharu, serta kerap menjadi sorotan dalam temubual dan segmen Melodi.

Selebriti Trending Terhangat

Selebriti atau personaliti dengan jumlah tontonan dan interaksi tertinggi di TikTok Melodi Berapi, sekaligus muncul sebagai antara nama paling trending sepanjang tahun.

Selebriti Stailo Terhangat

Selebriti yang menjadi inspirasi atau ikon fesyen melalui penampilan bergaya, konsisten dengan identiti diri, serta aktif menghadiri acara fesyen dan berkolaborasi dengan jenama. Berani bereksperimen dengan gaya baharu sambil kekal relevan dalam industri.

Selebriti Newcomer Terhangat

Selebriti baharu yang mencipta impak besar dalam masa singkat melalui bakat, populariti, pengaruh media sosial dan penerimaan positif dalam industri hiburan.

Anugerah Melodi Terhangat (Ultimate Award)

Kemuncak malam itu adalah Ultimate Award Anugerah Melodi Terhangat 2025, penghargaan tertinggi kepada figura paling berpengaruh berdasarkan impak positif, momen tular, serta sokongan dan interaksi awam sepanjang tahun. 

Anugerah Pilihan X50 Superstar

Sebagai Rakan Kereta Rasmi dan Penaja Bersama, PROTON menggegarkan AMT 2025 dengan Anugerah Pilihan X50 Superstar, berlangsung dari 5 hingga 26 Julai 2025. Selebriti, KOL dan pencipta kandungan diberi cabaran untuk menghasilkan video paling kreatif bersama All-New PROTON X50 dan pemenang utama bakal membawa pulang sebuah X50 serba baharu!

Setiap kategori mencerminkan evolusi hiburan semasa dari kaca TV ke skrin telefon, dari persembahan atas pentas ke impak digital. AMT 2025 meraikan bukan sekadar populariti, tetapi pengaruh sebenar yang membentuk naratif hiburan Malaysia hari ini.

Undian AMT 2025 kini dibuka hingga 31 Julai 2025! Sokong calon terhangat pilihan anda dengan mudah, layari www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat. Daftar akaun Tonton dan langgan pelan TontonUP untuk mengundi: 1 bulan = 500 undian, 3 bulan = 2,500 undian. Dengan 100% undian awam melalui Tonton, kuasa sebenar kini di tangan peminat.

2 comments

  1. zaman dulu memang gigih mengundi.. sekarang... nantilah kut sampai moodnya kita ikut mengundi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.