SINDROM ISTERI PERTAMA? BILA RESTU BERTUKAR MENJADI CEMBURU DALAM BERPOLIGAMI

Thursday, 31 July 2025

Poligami sering dianggap sebagai solusi untuk menambah kebahagiaan dalam rumah tangga, namun hakikatnya ia bukan perkara yang mudah dan bukan untuk semua orang. Seperti yang digambarkan dalam drama Seindah Hujan Cinta, poligami bukan sekadar lafaz akad semata-mata, ia menuntut keadilan, keikhlasan dan keteguhan hati yang luar biasa untuk mengemudi perasaan serta tanggungjawab terhadap semua yang terlibat.

Dalam drama ini, penonton diperlihatkan dengan pasangan Zarita (Nelydia Senrose) dan Wassim (Yusuf Bahrin). Zarita merupakan seorang wanita berdikari yang memilih untuk hidup tanpa zuriat, namun demi kasih sayang terhadap suaminya, dia merelakan Wassim berkahwin lagi. Lebih mengejutkan, Zarita menyuruh Wassim untuk bernikah dengan Aneesa (Ezzanie Jasny), yang merupakan adik angkatnya dan kawan baiknya sendiri, dengan harapan agar Wassim dikurniakan cahaya mata.

Namun segalanya berubah apabila restu yang diberi bertukar menjadi cemburu yang membara. Zarita, yang pada awalnya kelihatan ikhlas dan menyokong, mula menunjukkan sisi berbeza, manis di depan mata, namun penuh helah dan manipulasi di belakang. Dia tidak lagi mampu menahan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran madu yang dulunya direstui sendiri. Inilah realiti pahit poligami yang jarang dibicarakan, dikenali sebagai ‘Sindrom Isteri Pertama’.

Keadaan semakin rumit apabila ibu mertua, Umi (Norma Damanhuri), yang menyimpan dendam, menolak kehadiran Aneesa dalam keluarga dan sanggup merancang pelbagai helah untuk memisahkan mereka. Lebih menyedihkan, Wassim sendiri gagal berlaku adil, sering memihak kepada Zarita dan hanya mencari Aneesa saat sunyi atau menghadapi masalah. Tanpa keadilan dalam kasih sayang, perhatian dan nafkah, poligami menjadi beban dan bukan kebahagiaan yang diimpikan.

Mampukah Zarita terus berselindung di sebalik wajah manisnya sambil merancang kejatuhan Aneesa? Sampai bila Aneesa mampu bertahan dengan tekanan daripada madu dan ibu mertua yang tidak pernah menerima dirinya? Dan yang paling utama, adakah Wassim akhirnya mampu berlaku adil, atau rumah tangga mereka akan hancur tanpa kejujuran dan keberanian untuk memilih yang benar?

Saksikan Seindah Hujan Cinta, eksklusif di Tonton setiap Isnin hingga Khamis. Strim dan muat turun serendah RM9.90, langgan lagi, layan terus! Untuk info dan perkembangan terkini, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram serta sertai perbualan dengan hashtag #Tonton.

3 comments

  1. Aiiih gemaaaas yaa. Dia yg setuju, dia pula yg cemburu 😅😅😅. Biasa istri kedua yg punya helah segala cara, ini istri pertama...

    ReplyDelete
  2. bila watak orang dah mula marah tanda nya lakonan nya menjadi

    ReplyDelete
  3. ishhhhh tak boleh tgk cerita gini....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.