Showing posts with label pot pet. Show all posts
Showing posts with label pot pet. Show all posts

Aidiladha 2025 | Melapah Daging Qurban

Saturday, 19 July 2025

 
Selalunya Raya Haji tak buat apa sangat pun kalau tak balik kampung. Lepas Solat Sunat Aidiladha, balik makan dekat rumah sama-sama lepastu tengok movie sementara beradik lelaki keluar pergi melapah daging kurban. 

Tahun ni umi bagitahu awal-awal dia akan buat aktiviti melapah daging kurban dekat rumah. Awal tu kata dengan kawan-kawan dia tapi semua ada hal lain sudahnya kitorang adik-beradik lah yang kena laksanakan aktiviti tu. 

To be honest tak suka bila kena paksa melapah sebab penat balik kampung lepas habis kerja hari Jumaat tu. Adik-adik yang lain dapat cuti tapi office I dapat half day je so semua terpaksa tunggu I habis kerja dulu. Kalau tak, sebelum Subuh tu dah gerak balik ke Sabak Bernam. Boleh je nak ambil cuti tapi sayang lah bazirkan cuti memandangkan cuti tahunan bukannya banyak pun. 


Umi kata dia saja nak cuba melapah daging qurban sebab masa dia kecik dulu tokwan selalu panggil orang melapah dekat rumah. Masa kecik pun teringat jugak arwah abah pernah join melapah dekat rumah tokwan dari pagi sampai tengahari. 

Lepas solat dekat surau, umi dengan adik pergi ke Kampung Batu 40 nak ambil daging bahagian kitorang untuk dilapah. AJK surau tu bagi satu bahagian kaki je dekat kitorang padahal awalnya janji macam lain. Malas nak berbalah sebab kitorang pun masing-masing noob lagi bab ni. 

Bila buat kerja terpaksa, otak pun tak berapa nak bijak lah sebab I tak check dulu pisau dekat dalam rumah. Patutnya pesan dekat adik suruh singgah dulu ke Mr DIY beli pisau baru sebab pisau dekat rumah dah tunggu masa untuk dibuang. Nasib baik daging kurban ni lembut lagi jadi senang je lah nak potong tapi ada bahagian yang makan masa dan tenaga sikit. Yang tu bagi adik lelaki yang buat sebab dia guna pisau askar. 


Tak lah function sangat pisau ni walaupun tajam sebab dia tajam dekat bahagian hulu je. Tak kisahlah yang penting dah menyumbang sikit dalam aktiviti melapah ni. 


4 orang melapah daging, 2 orang kecik ni tukang timbang dan bungkus. Setiap satu bungkusan plastik ada satu kilo daging qurban. Tapi nak bungkus pun kena sama rata lah, kena campurkan daging, tulang dan bahagian lemak. Semua bahagian kitorang masukkan tanpa buang mana-mana bahagian dengan harapan bahagian agihan kitorang nanti pun akan dapat yang sama. Or even better which is perut muda. I tak faham kenapa orang sanggup buang perut muda padahal bahagian tu sedap :')


Lagi satu kesilapan kitorang masa melapah daging ni ialah tak bawa keluar kipas sebab dekat luar ni panas. Dekat Sabak Bernam ni tak ada tempat yang sejuk kecuali dalam sungai dan parit. Silap silap dekat situ pun air dia panas sebab taburan hujan dekat sini rendah yakmat dalam Malaysia ni. Bila masuk musim panas, adalah satu ujian yang sederhana beratnya bagi orang yang selalu duduk dalam aircond T.T


Masa melapah tu kitorang asingkan bahagian tulang besar sebab nanti jiran sebelah nak potong guna mesin. Sayang lah hidupkan mesin ni untuk satu bahagian tulang kaki je. Tapi itulah kita plan macam lain, jadinya lain pulak.


Lepas dua jam setengah melapah daging, baru rasa macam seronok jugak aktiviti ni. No wonder lah umi beria sangat nak buat aktiviti masa Raya Haji daripada melepek dekat depan TV tak buat apa. I harap aktiviti melapah yang kitorang buat ni dapat ganjaran pahala lah walaupun tak banyak sebab dekat awal tak rela hshshs tapi kalau tak dapat pun semoga yang dapat daging kitorang potong ni rasa bersyukur. Kalau tak dapat jugak entahlah tak tahu nak cakap apa dah. 

Yang pastinya kitorang mungkin akan buat lagi aktiviti melapah ni tahun depan tapi nak lagi banyak dari tahun ni. Semoga tahun depan ada lah jiran yang join supaya meriah sikit aktiviti melapah ni. By the way aktiviti melapah dekat surau tu selesai waktu petang sebab banyak daging nak kena lapah. Kalau bagi kitorang sikit mungkin tak selama itu tapi pape je lah benda dah settle dah pun. 

Meet & Greet Dengan Penulis Buku Nirnama di PBAKL 2025

Monday, 16 June 2025

 

Tahun lepas sesak nafas bila pergi PBAKL masa hari minggu jadi tahun ni kita ambil cuti pergi masa weekdays. Ngam pula tengah ada ASEAN Summit, mesti tak ramai yang masuk KL. Bahagia betul muka tarik luggage pergi MRT Putrajaya menuju ke LRT Titiwangsa. Upload gambar dekat socmed pun ramai yang tanya nak bercuti ke mana sebab bawak luggage bagai. Kitonyo nak ke PBAKL jahhhhh. 


Dalam MRT dan LRT pun tak ramai orang sebab ramai yang sedang bekerja kan. Tengah seronok bergambar depan pintu masuk PBAKL sebelah Seri Pacific Hotel tiba-tiba ada pegawai berbaju batik minta bagi laluan. Rupanya ada VIP dari agensi kerajaan datang melawat. Haihhh memang sesak lah cerita diaaaa T.T

Masuk ke dalam pun penuh dengan orang sebab ada banyak rombongan sekolah meriahkan kawasan supaya kunjungan VIP tu tak terlihat sendu. Kita plan dah cantik dah tapi gagal sekali lagi haihhh



Kitorang decide pergi 27 Mei sebab office kena tutup gara-gara ASEAN Summit. Kalau tak tutup pun memang dah plan nak ambil cuti waktu ni. Konon tak nak pergi awal sebab booth tak prepare lagi tapi tarikh hujung tak lah cun sangat sebab banyak stok buku dah habis. Freebies pun tak dapat walaupun dah beli buku dekat certain booth sebab dah hujung festival.

Kalau ikutkan tak lah hujung sangat sebab hujung minggu nanti baru jadi hujung tapi entahlah nokkk, kita pun tak faham. Tak berapa gemar sangat pun dengan konsep limited edition sebab terpaksa berebut kan tapi kita pun bukannya available untuk semua konsep yang wujud dalam dunia ni. Redho lah kalau tak dapat. 







Dah tak ingat booth mana yang kitorang terjah dulu sebab ada banyak dewan dekat tingkat bawah. Dewan yang ni ada International Affairs means ada publisher yang bawa masuk buku dari luar negara macam booth Turkiye, China, Arab and so on. Dekat booth MPH ternampak novel baru Teme - Rahsia Danny, sekuel kepada Bayang Sofea yang diterbitkan tahun lepas. Join the hype to buy Bayang Sofea but up until now tak baca pun lagi T.T

Lepas keluar dari dewan ni bergerak ke depan sedikit terjumpa booth Hijanah. Saja nak tengok Aisyah Hijanah dengan Alif Teega depan mata. Masa ni both of them datang untuk sesi meet and greet tapi yang beria layan fans ialah Aisyah. Alif sibuk dengan handphone sepanjang masa.




Dekat booth Hijanah ni je ada kopi so secara tak sengaja dah tersupport the couples yang pernah ada pengalaman bermalam di SPRM. Macadamia Latte dia sedap lah tapi kena tunggu ais cair banyak sikit baru okay nak sip sip sebab manis. Patutnya minta no sugar dekat dia tapi takut dia jeng pulak sebab syrup macadamia memang manis. 


Booth pertama kitorang leburkan duit di sini dengan beli kombo 3 bersiri dengan hard cover edisi PBAKL. Tambah dengan 1 lagi novel so dapat percuma sebuah lagi. I just pick whichever novel yang ada cover cantik tanpa baca sinopsis. Confident beli dekat Shopee sebab murah. 

😀: sis nak tanya, sedap tak kopi dari booth Hijanah tu?
😅: Not bad lah kopi dia, pekat jugak 
😀: Ye ke, kitorang ni nak beli dari haritu tapi sebab ramai yang beli tiba-tiba diorang tukar dari harga RM7 secawan jadi RM14 secawan.
😅: Lahhh ye ke. Kiranya I beli ni harga mahal la eh
😀: Tu lah tapi kalau sedap boleh la try. Menyesal tak beli masa murah haritu

No wonder lah Aisyah senyum melebar je tengok I beli kopi dia rupanya ada cerita di sebalik kejadian. Benda dah beli so minum je lah sampai habis. 








Dewan wajib masuk setiap tahun sebab dekat ruang Dewan Bahasa & Pustaka ada banyak buku rujukan dan majalah ilmiah dengan harga yang murah. Tahun ni seronok sikit sebab DBP kembangkan lagi bidang baru selain bahasa, ekonomi, sains dan agama. 

Selesai urusan dekat sini, beredar ke ruang ALPHA untuk beli beberapa novel dekat sini. Dapatlah grab 3 novel. Masa kitorang bergambar ni tak ramai orang so senang lah ambil gambar tanpa tergesa-gesa. Ingatkan backdrop ni untuk sesi meet and greet dengan penulis rupanya meet and greet dengan Merqeen dan Qasrina sebagai pelakon utama drama romantik baru. 




Dah settle pusing dekat tingkat bawah, kitorang naik tingkat 1. Sebelum masuk dalam dewan utama, singgah bergambar dulu dengan Imuda sebab setiap tahun datang PBAKL tak pernah bergambar dengan dia. 





Tak banyak publisher yang menarik dekat tingkat ni. Sempat juga jumpa penulis Zahirah Zamree dari jauh. Nak pergi bergambar tapi tak kenal siapa. Lagipun dia baru habis bagi autograf dekat pembeli buku dia. Sempat senyum lepastu naik ke tingkat 2 pulak. 





Masa meronda tengok publisher apa ada dekat tingkat 2 ni baru faham kenapa ramai sangat VIP hari tu. Sebab Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir tengah buat kunjungan hormat ke PBAKL 2025. Ambik gambar dari jauh je mampu sebab dekat keliling dia ramai sangat orang, kitorang kebetulan nampak sebelum naik ke tingkat 3. 


Tiap tahun memang excited naik tingkat 3 sebab ada IMAN dengan FIXI. Tapi sebelum naik ke atas ternampak booth Hilal Asyraf. Penulis pun ada sekali untuk sesi meet and greet. 






Meriah lah booth Hilal Asyraf ni sebab ada banyak merchandise untuk Nirnama Universe. Tapi tak seronok juga rupanya pergi tarikh hujung-hujung PBAKL sebab banyak merchandise dah habis. Poster Nirnama banyak jugak yang cantik tapi sebagai non-reader tak lah frust sangat bila tak dapat. Adik I lah sedih bila semuanya sold out nak pula photocard Kasturi. 

Ikutkan taknak beli apa pun sebab semuanya dah ada tapi sebab nak jumpa penulis jugak, beli lah dua komik baru. 






Dekat booth JIWA ada banyak juga novel baru tapi tak ada yang menarik perhatian. Mungkin belum lagi tapi lagi tepatnya sebab akaun bank buat hal so tengah resah gelisah macam mana nak balik dengan uang yang cukup. 




Novel ni menarik sebab guna konsep game tapi sebelum ni dah pernah beli dekat publisher indie. Baca sambil langkau ikut keputusan yang kita ambil berdasarkan situasi. Awal-awal seronok lah tapi lama-lama macam penat sebab nak baca, nak main game lagi lepastu nak ingat pula jalan cerita. 


Booth publisher ni siap ada merchandise section. Ada photocard T.T, ada stamp, ada pin dan lain-lain lagi lah. Watak dalam novel pun boleh ada photocard. entah harga dia berapa tak tanya pulak sebab kewujudan photocard dunia fiksyen pun dah jadi fakta yang susah untuk dihadam. 



Bergerak kek booth IMAN adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan sebab boleh cuci mata dengan warna yang ceria. Tahun ni ada ruangan baru di IMAN bila anak syarikat bernama NAMI diwujudkan untuk terbitkan buku terjemahan bahasa Korea ke Bahasa Melayu. 



Tahun lepas beria beli Bayang Sofea tapi membawa ke tahun ni tak bersentuh lagi padahal Teme dah release sekuel - Rahsia Danny. Kalau beli novel dwilogi dekat sini boleh dapat bookmark istimewa edisi PBAKL tapi tak tengok lagi macam mana rupa dia. 



Baru di IMAN juga, novel Tunggu Teduh Dulu nukilan Faisal Tehrani diberikan nafas baru. Sebelum ni dah pernah baca novel dengan cover asal. Comel lah bila IMAN terbitkan dengan cover yang comel. Tak pasti apa yang berbeza dengan edisi baru ni tapi novel ni memang best jalan cerita dia. 







Dah la booth cantik, tahun ni IMAN bagi bookmark percuma pulak tu. Masa kitorang pergi ni dah banyak bookmark yang habis so ambil yang mana ada je lah. Thank you IMAN! 


Sistem pembayaran IMAN pun improving like hundred times better than last year. Tahun ni ada ruang untuk beratur, sistem pembayaran pun laju sebab tak bersesak teruk sangat sampai migrain. Kudos to organizer and staff IMAN sebab come up dengan booth yang convenient dan selesa. Selesai di IMAN, bergerak pula ke booth FIXI. 

Happy bila jumpa booth FIXI sebab mencari novel Gantung 3, buah tangan terbaru Kak Neddo sebelum Gantung The Movie: Musketeer Code ditayangkan di pawagam. Tapi I tak rasa nak tengok movie dia sebab Gibbs dah bertukar orang. Tunggu je lah kot masuk dalam Netflix. 




Menarik dekat FIXI ada blind bookmark. Main tikam versi bookmark sebab tak boleh pilih nak bookmark yang mana. Setiap novel akan hasilkan satu bookmark berdasarkan watak yang ada. I ambil Gantung Series tapi belum buka lagi untuk tengok kejutan di dalam. I hope it's Ray, my bias hshshs


😬: taknak ambil buku lagi ke?
😅: Tak boleh dah, kad dah exceed limit
😬: Alamak, boleh je turun bawah ambil duit pastu datang sini beli lagi buku FIXI
😅: Hahaha macam dah banyak je memborong ni
😬: Isyyhhh mana ada banyak lagi tu
😅: Tak boleh tak boleh, kena balik dah ni. 


Kalau ikutkan betul lah juga apa brader FIXI tu kata sebab tahun ni bawa luggage je padahal tahun-tahun sebelumnya bawa bagpack setiap sorang. Setiap seorang pula ada 4 orang so memang boleh dapat 40 buah buku lepas memborong. Nak bandingkan dengan luggage ni, muat dalam 20 buah buku je. 







Turun dari tingkat 3 pergi cari ATM sebab nak try withdraw cash tapi sama juga kejadiannya bila dah kena monthly limit. Apa pun tak boleh buat. Sudahnya buat keputusan untuk balik je sebab makin lama dekat PBAKL makin moody jadinya sebab nak beli tapi duit stuck dekat dalam bank. Bila cari jalan keluar termasuk bahagian lain pula. Cuci mata lah kejap sebelum balik. 







Sebelum balik tu singgah kejap dekat booth publisher ni sebab dia ada offer service tulis nama dalam kaligrafi khat. Ada pilihan saiz bookmark dengan corak yang berbeza. Bila tengok koleksi tulisan khat dia dah belek mana bookmark yang sesuai tapi bila kena tunggu lama rasa macam malas dan penat pulak. So cancel je lah beli sebab malas nak beratur lama. 


Jalan ke depan sikit baru nampak ada booth Mangosteen tapi mampu tengok je lah sebab kad debit buat hal pulak. Nak tolong pun gaji tak masuk lagi. 




Dalam perjalanan ke PBAKL ni I bawa novel Kenzi x Embun sebab dah nak masuk 6 bulan tak habis lagi baca novel cringe yang satu ni. Rupanya dah ada sekuel or spin-off dah - Mencari Mrs Ross Gabriel and pretty sure novel ni guna latar masa Kenzi dengan Embun dah berkahwin dan Mr. Ross pulih sepenuhnya dari kanser lepas buat treatment dekat US. Bosan gamaknya lepas Kenzi dah kahwin. Apapun I skip this one sebab nak habiskan yang main pun seksa. 


Cadangnya nak makan dekat area rumah tapi dah lapar sangat sebab semua tenaga dah habis guna dekat PBAKL so kitorang makan tengahari di Chicken Rice Shop. Sementara tunggu makanan sampai I baru tahu adik I tak tahu M. Nasir pernah jadi Hang Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang sekaligus tak tahu kewujudan meme Hang Tuah yang legend ni. Danggggg


Anyway we had fun dekat PBAKL 2025 walaupun ada ujian melanda di tengah perjalanan tapi okay lah sebab tak lah kitorang hilang pedoman beli macam-macam. Tahun depan nak pergi tarikh awal ke PBAKL supaya tak terlepas novel dan merchandise yang best dekat PBAKL dan simpan duit dalam T&G apps supaya Maybank tak buat perangai.