Berlatarkan tahun 2003, kisah bermula dengan Endah (Ersya Aurelia), Fadhil (Arbani Yasiz), Dwi (Arif Alfiansyah), Hendra (Bukie B. Mansyur), Wati (Wavi Zihan), Naning (Erika Carlina), dan Franky (Benidictus Siregar) bertolak bersama puluhan orang lain dari kampung mereka ke sebuah
kilang gula untuk mencari kerja sambilan pada musim panas.
Setiap tahun kilang gula akan mengambil ratusan pekerja sementara dari kawasan-kawasan kampung untuk proses
penggilingan tebu berjalan dengan lebih lancar dan pantas. Hendra dan Wati sama-sama bekerja di kilang gula tersebut untuk mendapatkan wang lebih supaya dapat menampung semua perbelanjaan untuk majlis kahwin mereka.
‘Enak ya mas kerja di pabrik ini. Gajinya gede, ada rumah lagi.’
‘Iya, tapi warga di sekitar pabrik kan udah enggak mau lagi kerja di sini. Makanya, pabrik nyari orang yang jauh-jauh.’
Semasa sampai di sana, mereka terus didaftarkan mengikut rumah kediaman masing-masing. Bu Marni (
Vonny Anggraini) juga mengingatkan pekerja tidak dibenarkan berada di luar kawasan kediaman selepas jam 9 malam. Siren akan dibunyikan untuk makluman semua pekerja kilang. Ada beberapa bangunan juga yang dilarang untuk dimasuki.
Pada malam pertama di situ, Endah terjaga kerana terdengar suara orang keluar dari rumah. Mengekori suara tersebut, Endah menuju ke kilang lalu masuk ke kawasan terlarang. Endah terlihat ritual
wayang kulit bersama makhluk aneh dan besar. Sejak dari kejadian tersebut, Endah sering diganggu tapi tidak diceritakan kepada sesiapa.
Kerana pekerja yang lain juga mula diganggu tak kira siang atau malam, Franky syak khabar angin bahawa kilang gula tersebut pernah terbakar suatu masa dulu adalah benar. Gangguan yang dialmi oleh mereka adalah roh semua pekerja yang terbakar di kilang tersebut.
Filem Pabrik Gula arahan Awi Suryadi menggunakan kisah viral yang diceritakan oleh SimpleMan yang pernah popular dengan filem seram
KKN Di Desa Penari (2022) dan
Sewu Dino (2023). Vibe filem Pabrik Gula lebih kurang sama dengan filem KKN Di Desa Penari kerana menggunakan khidmat pengarah yang sama. Alurnya jelas dan mudah difahami serta babak seram yang tanpa henti.
Sama macam apa yang diceritakan oleh Franky, hantu yang dimasukkan adalah mangsa terbakar yang penuh dengan dendam tapi tak semua lah bertindak ekstrem. Cuma menampakkan diri di kawasan sekitar kilang. Mungkin tak terlihat ekstrem sebab pihak kilang dah cuba sehabis baik dengan kawal pergerakan pekerja pada waktu malam. Selain hantu terbakar, ada juga penampakan
hantu Belanda which I don’t really understand why. Macam
Ivanna (2022) pun ye jugak tapi possible je kan sebagai tease atau homage since dua filem ni di bawah produksi yang sama.
Boleh kata ada 3 kumpulan hantu – mangsa terbakar kilang, hantu Belanda dengan hantu si
Maharatu Kerajaan Demit yang mengganggu Endah di pejabat. Tak pasti lah
Zhadug masuk dalam kumpulan yang mana. Kalau dia asing, maksudnya ada 4 kumpulan lah. Sebab tu gangguan dekat dalam filem Pabrik Gula ni banyak dan non-stop.
Latar masa dalam filem Pabrik Gula pun tak lama, dalam seminggu lebih macam tu. No wonder lah kilang gula tu susah nak dapat untung. Bila beroperasi je, ada gangguan. Nak buka dekat tempat lain bukannya senang sebab ladang tebu perlukan kawasan yang besar.
Nasib baik lah Endah dengan Fadhil ni ada kelebihan untuk nampak alam ghaib. Dapat lah juga bantu Mbah Jinah (Dewi Pakis) dengan Mbah Samin (
Budi Ros) selesaikan misteri Maharatu naik angin sebelum ramai yang jadi mangsa.
‘Orang yang memiliki
ilmu batin, kadang mendapat petunjuk lewat mimpi. Mimpimu bisa jadi petunjuk.’ – Mbah Jinah
Selain babak seram, ada juga diselitkan babak-babak komedi yang dihadirkan melalui watak Franky dan Dwi. Pengawal keselamatan yang dilakonkan oleh Sadana Agung dengan Yono Bakrie juga kelakar dengan lakonan mereka yang bersahaja. Berdekah tengok babak Karno dengan Rano sembang pasal hantu tak makan lembu.
Sinematografi dari
Arfian mewujudkan suasana seram dalam filem Pabrik Gula. Babak-babak malam yang bergantung dengan
lampu minyak tanah menambahkan lagi rasa ngeri yang dialami oleh Fadhil atau Endah. Background music dari
Ricky Lionardi mengukuhkan lagi visi Awi Suryadi untuk naskhah seram ni.
Kekurangan pada filem Pabrik Gula bila watak-watak yang dimasukkan tak ada backstory atau perkembangan. Macam Naning yang ada perasaan pada Hendra walhal sudah bertunang dengan kawan baik dia, Wati. At least bagitahu lah kenapa Naning terpikat dengan Hendra, bila bermula perasaan tu. Kenapa ada Zhadug walhal dah minta perlindungan dengan Ratu.
Overall, I had fun watching Pabrik Gula dengan kekayaan budaya yang dimasukkan dalam penceritaan macam
kulit wayang atau
ritual kuda kepang. Nampak lah yang budaya Malaysia dan Indonesia lebih kurang sama bila kita serumpun. Kudos to our neighbour yang mengangkat kebudayaan tradisi dalam naskhah spektrum di layar besar.
p/s: Filem ni tak sesuai untuk ditonton dengan anak-anak bawah umur sebab ada adegan panas.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10
Baca review Farhana ni, macam best pula nak tengok tapi sebab seram, nantilah kita fikir fikir dulu..
ReplyDeleteSaya dah nonton film ini. Bab hantu saya pun kurang paham sebenarnya ada berapa jenis 😅😅. Tapiiii, pabrik gula ini kalo tak salah diangkat dari kisah nyata pabrik gula colomadu yg ada di Jawa tengah. Naaah pabrik itu berdiri sudah sejak 1800an. Yg artinya masih zaman penjajahan Belanda. Bisa jadi dulu pemiliknya adalah orang Belanda. Mungkin saja dulu pun ada case yg melibatkan nona Belanda meninggal di sana, Krn tu ada hantu wanita Belanda 😅😅.
ReplyDeleteOpini sayalah.
Kalau maharatu kan, Krn dari awal pabrik2 begini banyak pakai pesugihan. Tak heran lah ada timbal, apalagi pabrik gula di Indonesia banyak sangat. Saling bersaing lah mereka.